Chapter 15

Drama Completed 41674

Tiara terlebih menggelabah apabila Anas mahu menghampirinya tetapi dia kembali tenang apabila lelaki itu telah dipanggil untuk masuk ke dalam dewan.

Dia berdoa dalam hati supaya si Wani itu memilih meja yang agak jauh dari meja suaminya. Kalau boleh dia tidak mahu bertentang mata pun dengan jejaka kacak itu. Dia berjalan masuk ke dalam dewan setelah beberapa saat lelaki itu masuk.

Aroma minyak wangi Anas menusuk ke hidungnya walaupun lelaki itu sudah jauh ke depan. Minyak wangi inilah yang sentiasa 'menemani' Anas tak kira dimana jua lelaki itu pergi dan berada.

Kelibat rakannya dicari sehingga ketemu. Allah. Depannya si Wani tu pilih meja kalau boleh nak duduk atas pentas. Dia menggeleng perlahan. Tak. Tak boleh jadi ni. Dahlah meja itu hanya disebelah meja vvip sahaja. Cari penyakit kalau dia duduk disitu.

Tiara membuat keputusan untuk tidak duduk bersama rakannya. Dia lebih rela duduk dibelakang sekali. Aman je hidup. Dia mencari tempat kosong. Ada tapi..dimeja bulat itu semuanya lelaki hanya dua orang saja wanita. Macam mana ni? Ah lantaklah!

"Err..excuse me? Can I sit here?" Tujuh pasang mata memandang ke arahnya apabila suaranya menyapa gegendang telinga mereka.

"Yeah sure! Have a seat." Sampuk seorang lelaki yang segak mengenakan tuxedo. Tiara melemparkan senyuman manis pada lelaki tersebut. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi. Disebelah kirinya lelaki manakala disebelah kanannya pula perempuan.

Dua orang wanita itu melihatnya atas bawah setelah itu berbisik-bisik. Tiara memandang kedua orang wanita itu dengan hujung mata. Nak mengumpat pun janganlah depan tuan dia. Bongok tu sila simpan dalam almari dapur.

Seusai pemilik hotel ini sendiri memberi ucapan, Anas pula dipanggil untuk memberi sepatah dua kata. Hanya beberapa minit saja lelaki itu berucap dan diakhiri dengan senyuman yang cukup manis.

Naik pula seorang lelaki ke atas pentas bersama mic ditangan. Mungkin pengacara pada majlis ini.

"Untuk pengetahuan Tan Sri, Puan Sri, Dato', Datin, puan dan tuan sekalian, pihak kami telah menjemput dua orang gadis yang cukup jelita untuk menghadiri majlis pada malam ini bagi memeriahkan majlis tari menari yang akan diadakan sekejap saja lagi. Dijemput Miss Esya and Miss Fiqa untuk naik ke pentas." Tiara yang sedang menunduk bermain instagram terus mengangkat muka apabila namanya diseru.

Hah? Asal pengacara itu seru nama dia tadi? Dia terlihat Wani berdiri dari kerusi dan menuju ke pentas untuk naik. Kerutan didahi bertambah. Asal naik ke pentas? Lapar famous ke budak tu?

"Err..sorang lagi dancer kita mana ya? Sila naik ke pentas segera." Pinta pengacara itu.

Ssup!
Tanpa banyak halangan, anak panah yang cukup tajam tepat ke jantungnya.

Semua mata memandangnya kerana dia dan Wani saja yang memakai mask dimajlis itu. Dia berdehem sebentar untuk menutup rasa gugup lalu dia berdiri.

'Go Tiara Daneesya go! Jangan malu jangan takut! Kau bukannya buat salah pun.' Bisik hatinya memberi semangat. Muka dimaniskan sebaik mungkin. Dia berjalan menuju ke pentas. Tangga pentas didaki lalu dia berdiri disamping Wani.

"Yang baju pink tu lawa!"

"Yang baju coklat tu lawa!"

"Piwwiit"

"The beautiful angels!"

"Cop! Aku nak menari dengan baju pink!"

"Cop! Aku yang baju coklat!"

Itulah antara kepujian yang dirinya dan Wani dapat. Menjerit-jerit pula tu. Well, spesis beruk mana pernah nampak manusia, tu yang terpekik terlolong tu dan tidak lupa juga dirinya dan Wani telah mendapat beberapa jelingan jelek dari beberapa orang wanita. Dengki. Biasalah perempuan. Tak sah kalau tak dengki.

Tiba-tiba..

"Yang baju pink tu! Dua tiga kucing berlari, minta payung number?"

Bertaut kening Tiara mendengar pantun yang tak serupa pantun tu dari seorang lelaki. Ya Allah, buat malu kaum adam je dahlah pantun pun tunggang-langgang. Konfem bm pantun 'F'.

Lengannya disiku Wani. Dia berpaling. Dia melihat rakannya yang tersenyum penuh makna.

"Apa?" Hairan dia memandang gadis itu.

"Dia minta payung number tu, bagi jelah." Dengan mudah Wani berkata. Tiara membuat muka toya.

"Hotak kau. Apa kata kau je yang bagi number kau dekat dia." Wani tersengih kerang busuk sambil menggeleng. Tiara mencebik. Dia melihat ke depan kembali.

Secara tidak sengaja anak matanya bersatu dengan anak mata milik Anas. Tidak tahu mengapa bibirnya terlalu gatal melebarkan senyuman manis pada jejaka itu.

"Dah habis dah nak mengorat anak dara orang? Sesiapa yang dah berpunya tu sila ingat-ingatkan diri. Hahaha joke joke! Okay, Miss Fiqa and Miss Esya dibenarkan untuk mengambil tempat semula." Kata pengacara itu bersama wajah ceria.

Wani menarik tangan Tiara menuruni pentas. Dia memaksa gadis itu untuk duduk disebelahnya.

"Kau pergi mana tadi?" Tanya Wani separuh berbisik geram pada rakannya.

"Aku duduk dekat belakang sekejap tadi. Kau pun satu, yang pilih tempat dekat depan sekali ni asal? Tahulah excited terlebih." Dia berasa seperti ingin mengetuk saja kepala Tiara menggunakan senduk tomyam yang berada dihadapannya itu.

"Aku nak tanya kau ni minah sengal,"

"Hm?"

"Kita diundang kan?"

"Iya.."

"Inilah meja yang sepatutnya jadi tempat kita. Meja yang dekat belakang belakang tu untuk staf staf je. Bodoh tu tolong simpan sikit." Kutuk Wani yang menyampah dengan temannya dari tadi lagi.

"Okay..kau menang." Tiara mengangkat kedua belah tangan tanda mengalah. Tak naklah pula lancar perang bibir dekat sini dengan Wani.

"Tan Sri, Puan Sri, Dato', Datin, puan dan tuan sekalian, dipersilakan untuk menjamu selera dengan makanan-makanan dari pihak Hotel HQ sediakan dan yang mana ingin menari, dipersilakan ke ruangan sebelah kiri dewan. Itu saja. Sekian terima kasih."

Baru saja Tiara mahu meneguk air, seorang lelaki datang menghulur tangan. Eh?

"Let's." Satu kenyitan mata dihadiahkan padanya. Dia masih berkira-kira. Kot ya pun nak menari, tunggulah dia habis makan dulu.

"Pergilah, dia nak menari dengan kau tu. Don't be shy." Bisik Wani perlahan. Tiara mengemam bibir sambil menyambut huluran tangan lelaki itu. Dia dibawa ke kiri dewan.

Pinggang rampingnya dipeluk jejaka itu. Dia dengan teragak-agak memaut leher lelaki itu.

"Glad to meet you Esya." Tiara mengukirkan senyuman manis yang kekok.

"Yeah me too err Mister..?"

"Adham. Call me Am. Don't call me Mister because I'm feel too old if you call me like that." Tiara tergelak kecil.

"Okay okay. I'm sorry Am."

"No. It's okay." Adham merenung lama wajah cantik Tiara yang ditutupi mask. Walaupun wajah gadis itu ditutup separuh tetapi dia tahu yang gadis dihadapannya ini begitu cantik sekali.

Renungan itu membuatkan Tiara kurang selesa.

"Macam nak telan je dia tenung kita." Bicaranya perlahan tetapi tetap didengari Adham. Jejaka itu ketawa halus. Pelukan dipinggangnya diperketatkan lagi sehingga tubuhnya bersentuhan dengan jejaka itu. Wajahnya juga makin rapat dengan si dia. Hah sudah!

"Err..awak?"

"Hm?"

"Saya nak pergi ladies kejap boleh tak?" Bukan nak pergi tandas sangat pun sebenarnya. Itu alasan supaya dia dapat lepas dari lelaki ini.

"Nak I temankan?" Tiara segera menggeleng.

"Saya boleh pergi sorang. Sorry." Baru saja dia melangkah setapak, tangan kanannya digenggam lelaki itu. Hah? Nak apa pula ni?

"Sebelum tu.." Tangannya yang dipegang lelaki itu dikucup lembut. Setelah itu kenyitan mata diberikan padanya.

Tiara berasa seperti tidak percaya dengan semua ini. Dia berlalu ke tandas apabila tangannya telah pun dilepas.

Ah! Gila semua ni! Tapi demi duit, dia terpaksa lagipun dulu dia juga yang beria nak semua ni berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience