BAB 7

Romance Series 8741

"Eh Iya, mana Faiz?" tanya papanya.

"Faiz kat kereta. Papa Iya nak air."

"Nah."

"Iya duduk sanalah...Tak nak kacau mama papa borak dengan uncle auntie."

"Lah Iya duduk je lah sini." kata auntie Shila.

"Tak apa lah auntie borak jelah. Iya duduk sana."

Iya terus beransur pergi. Dia duduk menikmati air kotak laici nya. Iya sambung melihat Instagramnya. Tiba-tiba dirinya di tag oleh seseorang. @HarrazFaiz_ ! Dengan pantas dia terus pergi menekan nama itu. Terbutang biji matanya apabila melihat Faiz menghantar gambarnya bersama Faiz yang sedang meletakkan tangan di atas kepalanya. Kemudian dia melihat pula kepsyen yang ditulis oleh Faiz.

"Thank you for coming to see me play football yesterday.Two goals last night for you. I am sorry miss artist."

Ouwwwww so sweet robot aku. Aduh ini yang cair macam ni. Rasa macam hari-hari nak merajuk. Tapi Iya, tadi kau bukan merajuk kau just malu je. Arh tak kesah la janji dia pujuk aku...comel je.

Iya sudah tersenyum seorang diri. Dia membaca komen daripada pengikut Faiz.

"Wahh... Sejak duduk KL dah ada awek dah."

"Wey srs lah ni membe aku? Tak pernah-pernah kau tangkap gambar dengan perempuan bro."

"Eh ni bukan Ara yang pelakon tu ke?"

"Bro jangan lupa bawak balik Melaka, kenal-kenal dengan kitaorang."

"Wey srs memang sepadan."

Iya tersenyum membaca komen-komen rakan Faiz. Tetapi senyumnya mati melihat satu komen yang tertera di ruangan komen itu. Ada seseorang yang memberi komen. Apabila dia melihat profile tiada pula gambar si komen.

"Tak padan langsung!Tah apa yang bagus sangat perempuan ni. Faiz baik kau pilih orang lain je."

Siapa ni? Mesti haters aku. Sorry Faiz,sebab saya ada orang komen negatif kat komen awak. Dah Iya jangan fikir sangat. Jom kita buat live lagi best.

Semasa Iya sedang seronok berborak dengan pengikutnya di instagram, tiba-tiba Faiz menyapanya.

"Sofea."

Iya  memandang ke arah Faiz di hadapannya. Dia tersenyum sikit.

"Tengah buat apa?"

"Live." kata Iya sambil menghalakan kamera ke muka Faiz. Lantas dia menutup kamera. Iya  membuat muka bosan.

"Sorry semua, dia sombong." ucap Iya selamba.

Iya mencapai air mineralnya. Sambil membaca komen, dia membuka penutup. Tetapi ketat. Lantas Faiz merampasnya dan duduk di sebelah Iya. Iya hanya terdiam, kemudian dia terus membaca komen.

"Wah Ara...Siapa sebelah tu?" [KOMEN]

"Ha sebelah ni? Ha tanya lah dia siapa?" kata Iya sambil menghalakan kamera ke arah Faiz. Di skrin kelihatan mereka berdua.

"Sofea...." leret suara Faiz. Dia bukan marah tetapi hanya berasa malu.

"Diorang nak tengok muka awak lah. Dorang tanya awak siapa?" usik Iya.

"Nah air. Tadi orang tanya siapa aku ea. Ha teka lah dulu."

"Bf Aralah kan. Jarang tau Ara live dengan lelaki." [KOMEN]

"Abang Ara ke?" [KOMEN]

"Bf Ara kan." [KOMEN]

"Awak ramai cakap awak bf saya. Abang pun ada." kata Iya tergelak kecil.

"Saya classmates Ara." jawab Faiz selamba. Jauh disudut hati Iya, dia terasa hati.

"Ha ah classmates." sokong Iya perlahan.

Faiz memerhati wajah Iya berubah. Dia menahan diri untuk tertawa.

"Dia ni kuat merajuk betul. Nasib kau comel." gumam Faiz di dalam hati.

"Classmates? Tak akan bercuti sama-sama."
[KOMEN]

"Ha ah... Ara awak kata bercuti dengan family."  [ KOMEN]

"Ouh...Ara bukan bercuti dengan family je. Ara bercuti dengan family Faiz sekali. Parents kitaorang kawan." jawab Iya.

"Sofea... Jom gi dekat mama papa. Diaorang tunggu kita." kata Faiz.

"Awak pergi dululah. Kejap lagi saya datang." jawab Iya. Jujurnya dia tidak mahu berjalan dengan Faiz.

"Lah merajuk ke? Okaylah sorry she is mine." kata Faiz selamba. membulat mata Iya. Sungguh dia tidak sangka.

"Awak! Ha korang jangan percaya cakap dia. Dia gurau je."

"Srs eah kau tak nak?" usik Faiz.

Iya memandang Faiz dengan wajah yang mengharapkan Faiz menarik balik kata-katanya.

"Kalau aku tarik balik. Memang betul-betul tak ada dah tau." ugut Faiz.

Iya menayang wajah sakit hati.

Dia ni. Aku nak selamatkan dia. Dia lagi selamba. Kalau kau kusut lepas ni jangan salahkan aku.

"Kitaorang kawan je... Okaylah Ara dengan Faiz nak gerak dah. Terima kasih layan Ara. Bye. Assalammualaikum." kata Iya dan terus mematikan live.

"Awak!!!!" marah Iya. Faiz tergelak.

"Ada orang kecam kita siap awak! Orang cakap jangan bagitahu. Saya tak nak awak kena kecam nanti."

"Lek sudahlah. Dah jomlah kita pergi kereta. Kau dah tak merajuk kan?"

"Bila masa saya merajuk? Saya just malu je tadi. Sorry rampas fon awak."

"Lah macam tu pulak. So aku boleh delete balik lah kan yang aku post tu."

"Eeee sampainya hati awak. Ha deletelah." kata Iya dengan nada merajuk. Kali ini memang dia betul-betul merajuk.

"Ala...aku gurau je lah... Tak kanlah aku nak delete gambar miss artist aku ni. Sofea....jomlah pergi kat mama papa. Dorang dah tunggu." pujuk Faiz. Iya tersenyum kembali.

"Saya nak beli air kejap. Air saya dah tinggal separuh. Air laici dah habis."

"Banyaknya kau minum. Kau pergilah toilet dulu. Air biar aku beli. Kalau kau siap awal tunggu aku kat situ. Jangan pergi mana-mana."

"Awak ni....awak fikir saya budak-budak ke? Saya tahulah nak cari kereta."

"Arh tak ada. Kau duduk diam-diam dekat situ. Kau pergi mana-mana aku sekel kau nanti."

"Ish yela yela." jawab Iya berlalu pergi. Faiz tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

****************************************

"Eh Sya, tengok ni. Iya bercuti dengan Faiz lah. Ni dia punya fans ss." kata Airees sambil menunjukkan gambar Faiz sedang membuka penutup botol untuk Iya.

"Kemain gedik lagi perempuan ni. Dia tunggu. Dia fikir aku nak biar je macam tu. Tak apa selagi kau boleh happy...kau happy dulu."

"Bukan main bercuti sama-sama. Gatal betul."

"Kau macam tak kenal perempuan tu. Acah-acah baik je tapi perangai tak serupa perempuan. Tak paham aku asal mak bapak dia biar je dia berlakon. Fikir muka anak dorang tu lawa sangat."

"Sya apa masud kau? Biarkan dia happy dulu?"

"Aku ni nak jatuhkan dia sekejap je. Aku tak akan biarkan dia dengan Faiz.Faiz milik aku." kata Syasya tersenyum sinis.

****************************************

"Iya dengan Faiz pergi mana? Penat kami semua tunggu." kata mama Iya.

"Iya pergi toilet. Faiz pergi beli air. Air Iya dah habis tadi." jawab Iya.

"Macam-macamlah kamu berdua ni. Dah jom kita gerak. Ramai dah tunggu."kata uncle Faizal.

Aik bukan papa kata ada family Sofea je ke? Ni siapa pulak ni? Aduh ni aku malas nak jumpa kawan-kawan papa ni. Kang ada je anak-anak kawan dia menggedik dengan aku. Kalau aku tahu memang tak aku nak ikut. Sofea pun aku tak bagi ikot.

Sejak Faiz dipaksa berpindah ke kampung, hubungannya bersama papanya sedikit renggang. Papanya suka memaksanya membuat sesuatu perkara. Kalau A, A lah.

"Papa cakap kita-kita je semalam. Ni siapa pula yang tunggu kita ni?" tanya Faiz dengan nada sedikit tegang.

Jelas wajah semua orang terkejut mendengar nada Faiz ketika itu. Iya berasa hairan secara tiba-tiba Faiz berubah menjadi tegang.

"Faiz...Kan ada uncle dengan auntie ni. Jaga sikit mulut tu." tegur mamanya.

"Apa ni ma...mama papa kata kita-kita je. Ni kita nak jumpa siapa lagi?" marah Faiz. Dia memang tidak suka beramai-ramai ni.

"Awak... Jom teman saya pergi beli jajan. Saya laparlah."ajak Iya. Dia tidak mahu percutian mereka menjadi hura hara. Faiz memandang arah Iya dengan pandangan yang tajam.

"Tadi kata nak air je. Ni nak jajan pulak! Kau ni mengada-ngadakan." marah Faiz.

Berubah air muka Iya saat itu. Dia hanya tidak mahu pertengkaran tadi dibesar-besarkan.

"Kalau awak tak boleh teman, tak apalah saya pergi sendiri. Iya pergi kejap ea mama papa." malas dia ingin bergaduh mulut dengan lelaki itu. Lagi-lagi di hadapan ibu bapanya.

Faiz memandang Iya. Dia berasa serba salah. Dia tidak patut memarahi kekasih hatinya itu. Dia tahu Iya hanya ingin meredakan keadaan.

"Sofea!!!! Tunggulah." laung Faiz dan terus berlari anak mengejar Iya.

Tanpa sedar ibu bapa mereka tersenyum melihat kelakuan Faiz yang sekejap sahaja sudah sejuk hati. Mama papa Faiz akui bahawa Faiz seorang yang mudah marah dan mengambil masa sehari untuk dia kembali normal. Tetapi dengan Iya hanya mengambil masa 30 saat sahaja.

"Maaf ya. Sejak Faiz duduk Melaka dia jadi cepat marah." ucap auntie Shila.

"Lah tak apalah. Biasalah dah besar macam tu." kata mama Iya. Dia juga sering bergaduh mulut dengan anaknya disebabkan hal berlakon.

"Tapi kejap je kan dia marah. Tu dah nampak okay je." celah papa Iya.

"Kitaorang pun terkejut sekejap je dia dah okay. Selalu ambil masa sehari juga nak bagi dia okay balik." kata papa Faizal.

" Aku rasa, Faiz tu macam suka je dekat Iya." teka encik Ikhwan.

"Ha kan bang. Bila Iya cakap macam tu terus berubah air muka dia." sokong puan Laila.

Mereka semua tersenyum. Seolah-olah merestui hubungan mereka berdua.

****************************************

"Sofea!!!!!"

"Apa? Saya boleh pergi soranglah." jawab Iya tanpa memandang ke arah belakang.

"Sofeaaaa..." panggil Faiz sambil mencapai tangan Iya supaya dia berhenti.

"Apa?" jawab Iya memandang wajah Faiz.

"Sorry. Aku tak sengaja marah kau."

"Saya okaylah. Awak tu kenapa marah papa awak macam tu tadi?"

"Haih aku tak sukalah jumpa kawan-kawan dia.Kau tau ke yang kita kena jumpa dorang?"

"Tak saya tak tahu pun. Kalau saya tahu memang taklah saya nak ikut. Tak memasal adalah dorang perli saya nanti."

"Sofea...Jom kita balik. Kita tak payah pergi."

"Awak gila ke? Tak kan kita nak balik. Awak... kesian parents kita."

"Ala kau cakap kau tak nak ikut. Jomlah Sofea kita balik."

" Awak...Dengar cakap saya ni. Kita tak boleh buat macam ni. Saya tahu awak ada something happend dengan papa awak,tapi saya tak tahu lah sebab apa. Saya sendiri ada tak berapa elok dengan mama saya. Tapi saya tak nak sebab pergaduhan kita dengan family, kita punya holiday jadi tak best. Jarang tau papa mama saya nak bawak saya bercuti, spendtime macam ni. Jadi awak pun kena jadi macam sayalah. Macam tak ada benda jadi. Kita holiday,nak happy-happy kan? Mana tahu ni first and last kita holiday sama-sama."

"Asal kau cakap macam tu? Kau menyesal ada relay dengan aku?"

"Apa awak cakap ni Faiz? Saya tak fikir macam tulah."

"Habistu kau cakap first and last tu apa pulak?  Bukan kau menyesal ke?"

"Saya cakap mana tahu. Awak...kita tak tau apa akan jadi tentang perkara akan datang."

"Kau ni bebel macam mak-mak lah." kata Faiz selamba.

"Ish awak ni. Saya cakap benda betul lah. Jap lagi minta maaf dengan papa awak." marah Iya.

Ceh Iya kemain lagi nasihat orang. Kau sendiri jarang minta maaf dengan mama kalau bergaduh. Kau buat macam tak ada benda jadi je. Tahu-tahu dah bercakap balik. Hampeh lah kau Iya.

"Tengoklah macam mana kang. Eh jom lah beli jajan kau tu. Dorang dah tunggu. Kau ni macam budak-budaklah."

"Eh orang dah besar pun makan jajanlah." jawab Iya berlalu pergi. Bengang pula dia bercakap dengan Faiz ini. Ada saja dia nak kenakan.

Marahlah tu. Perempuan memang macam ni kan. Kejap okay kejap marah. Haih nasib kau lah Faiz minat dekat budak artis ni. Confirm ramai usya dia ni. Arh aku tak akan bagi sesiapa rampas dia daripada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience