BAB 6

Romance Series 8741

Malam itu,Iya membelek-belek gambarnya bersama Faiz. Tidak sangka semasa bergambar Faiz tersenyum. Ada juga gambar Faiz meletakkan tangannya di atas kepala Iya seakan mengejek Iya pendek. Sepanjang meneliti gambar Iya hanya tersenyum.

Tak sangka, Faiz ni kalau senyum hensem dia lain macam. Aduh untunglah awek dia nanti dapat dia ni.Pandai pun pandai. Pandai main bola. Serba bolehlah.Tadi dia okay je kan aku kata nak post gambar dengan dia? Kau sabar jap. Aku siap tag kau lagi.

Dengan pantas Iya menekan apps Instagram. Dia memilih gambar yang paling dia gemar. Gambar yang dipilihnya ialah gambar Faiz dan dia tersenyum. Dia mahu meletakkan gambar Faiz meletakkan tangan di kepalanya, tetapi dia tidak mahu ia salah anggap. Terus dia menekan "POST". Dia tersenyum. Kemudian dia membuka Whatsapps dan menghantar gambar kepada Faiz.

MAMAT ROBOT

"Hai buah hati."

"Kau jangan macam-macam ea Sofea."

"Bukan awak ke yang cakap saya buah hati awak."

"Asal kau memang nak jadi buah hati aku ke?"

"Emmm. Taknaklah... Awak garang sangat. Baik pilih Azim. Lembut je dia cakap tadi."

Eh dia ni. Apa yang minat sangat tah dekat si Azim tu. Aku lagi hensem daripada mamat tu. Buta agaknya dia ni.Kau sabar jap.

"Eh elok le aku garang. Tak ada siapa perempuan nak tegur. Kalau macam si Azim tu, entah-entak playboy. Kau apa tahu."

"Eleh... So kira awak lagi eloklah nak jadi bf saya?"

"Memang pun."

"Okaylah...macam tu awak je jadi bf saya...okay?"

Eleh robot ni. Dia ingat dia elok sangat la tu. Ni kalau depan-depan sah muka dia merah macam tadi ni. Ha jawab lah asal lambat type. Kau kan Iya, buat dia kata okay ha mati kau.

"OKAY."

Terbutang mata Iya membaca mesej Faiz. Sungguh dia tidak sangka yang Faiz akan menjawab begitu. Dia hanya mahu bergurau. Mahu sahaja telefon di tangannya itu jatuh.

"Awak...awak srs ke ni?"

"Asal?Kau tak sudi? Tadi beria."

"Eh mana ada. Saya tanya lagi sekali nak kepastian. Mana tahu awak ni jenis tak ada pendirian."

Iya kau memang nak cari penyakit. Patutnya kau cakap yang kau gurau je. Adu Iya mana nak letak muka ni Isnin ni.

"Okay aku jadi bf kau. Kalau aku nampak kau rapat dengan mana-mana laki siap kau. Aku sekel-sekel kepala kau."

Sekali lagi mata Iya terbeliak.

Perh srs lah mamat robot ni. Belum apa-apa dia dah warning aku. Lain macam je dia ni. Aduh Iya kau nak jawab apa ni. Kau dah lah bab bercinta blur semacam je ni. Arh try jelah Iya. Atleast lepas ni kalau aku keluar dengan budak budak kat set tak ada lah aku pisyang sorang-sorang.

"Mana boleh awak sekel kepala gf awak. Tak baik berkasar."

"Kalau dah nakal macam kau, memang patut kena sekel. Eh dah lah aku nak solat. Kau kalau belum solat pergilah solat."

Wah tengok. Baru satu minit jadi bf dah ingatkan aku solat. Boleh pergi jauh ni. Eceh kemain lagi.

"Ha okay."

"Bye Sayang."

Weh!!!!!! Serius aku rasa nak pengsan. Mamat robot panggil aku sayang. Arh sweetnya. Em mimpin indah malam ni.

"Bye Bf." balas Iya sambil tersenyum lebar.

Senangnya dalam hati,sudah mempunyai bf. Ewah Iya kemain suka lagi kau ea.

****************************************

DI MEJA MAKAN

"Iya, kejap lagi kemas baju."

"Nak pergi mana pa?"

"Kita pergi bercuti."

"Pa, srslah kita pergi holiday? Dekat mana?" tanya Iya teruja.

"Pergi Langkawi. Tapi ada uncle Faizal dengan auntie Syila dengan anak dia sekali. Uncle Faizal yang ajak papa."

"Lah ingatkan kita-kita je. Malaslah ikut."

"Ala Iya jom lah teman mama sekali." pujuk mamanya.

"Alah mama nanti jumpa auntie Syila terus tak ingat adik."

"Kali ni anak dia ada. So adik tak bosanlah."

"Anak diaorang bukannya duduk dengan mak ayah uncle Faizal ke? Bila pula dia balik sini?"

"Anak dia dah balik sini."

"Alah adik malaslah."

"Jom la adik. Dah lama kita tak holiday." pujuk papanya.

"Hm yelah untuk mama and papa semua boleh."

"Ha macam ni anak papa." puji papanya.

****************************************

KEESOKKAN PAGINYA

RING!!!!!!

" Aduh siapa call pagi-pagi ni. Orang nak tidur pun tak senang." rungut Iya sambil mencapai  Iphone nya.

Terbeliak matanya,apabila melihat nama si pemanggil. MAMAT ROBOT!

Asal dia call aku pagi-pagi ni. Asal dah rindu aku ke? Macam ni ke orang yang bercinta? Aku tak adalah kuno sangat sampai tak tahu macam mana nak bercinta. Tapi selama ni ex aku mana pernah call aku waktu macam ni.

"Hello." sapa Iya.

"Hello. Lambatnya kau angkat. Kau baru bangun ke?"

"Ha ah terlajak. Nasib awak call." kata Iya tergelak kecil.

"Kau tak reti kunci alarm ke?"

"Selalu mama yang kejutkan."

"Dah besar pun harapkan mama lagi. Ni aku call nak suruh kau bangun solat subuh."

Ouwwww sweetnya mamat robot aku kejutkan solat subuh. Adu sejuk hati ni. Sepanjang aku couple yang tak berapa nak couple tu. Ni first time bf aku kejutkan solat subuh.

"Okay awak. Thank you kejutkan saya. Lepas ni awak je lah jadi alarm saya setiap pagi." gurau Iya.

"Boleh...tapi bayarlah."

"Lah....Dengan saya pun awak nak berkira. Saya bagi kasih sayang je lah. Cukupkan." kata Iya sambil tertawa.

"Banyaklah kau punya kasih sayang. Pergi solat subuh."

"Eleh awak ni. Saya nak jadi sweet sikit pun tak boleh. Awak...saya lupa nak cakap.... Saya holiday dengan family saya tau. Tapi sekali dengan family kawan mama papa."

"Ouh... aku pun holiday dengan family aku. Pagi ni geraklah. Kawan mama papa kau tu bawak anak dia sekali ke?"

"Ha ah. Anak dia ada sekali. Mula-mula malas tapi papa mama suruh pergi jugak. Tu yang kena ikut jugak tu."

"Anak dorang laki ke perempuan?"

Eh jangan cakap mamat robot ni jeles eah. Lah tak kan aku nak bercuti dengan anak kawan mama papa aku pun dia nak jeles.

"Lelaki."

"Ouh...Hati-hati." kata Faiz dengan nada sedikit lain.

"Okay awak pun take care."

"Ha yelah. Dah pergi solat subuh."

"Okay. Bye awak."

"Bye." jawab Faiz sebelum mematikan talian.

****************************************

Setelah selesai bersiap, encik Ikhwan memberitahu bahawa mereka akan bertolak bersama dengan keluarga uncle Faizal. Jadi mereka seharusnya pergi ke rumah uncle Faizal terlebih dahulu.

"Assalammualaikum." sapa papanya.

"Waalaikummussalam.Eh encik dan puan sudah sampai. Mari masuk. Puan dan tuan tengah makan." jawab pembantu rumah itu.

"Terima kasih." ucap puan Laila. Mereka melangkah masuk.

Sekian lama aku tak datang sini. Last datang pun raya haritu. Nasiblah auntie Shila jenis mesra alam. Tak adalah aku terkebil-kebil je.

"Eh Laila dah sampai. Meh duduk makan." sapa auntie Shila mesra.

"Sorry lambat sikit."

"Ala tak apa. Kitaorang pun baru sarapan. Eh Iya makin cantik auntie tengok sekarang ya." pujinya.

"Auntie lagi makin lawa." puji Iya pula. Auntie Shila tersenyum.

"Eh buat apa berdiri dekat sini. Jom pergi meja makan. Faiz pun ada kat meja makan." celah uncle Faizal.

Wait! Faiz? Nama anak uncle Faizal, Faiz ke? Jangan-jangan si robot. Ush tak mungkin. Dah lah pagi tadi aku kemain gedik bagi kasih sayang bagai. Harap-harap bukan dia. Memang aku balik naik grab je kejap lagi.

Setelah sampai ke meja makan, kelihatan sebuah susuk tubuh lelaki sedang menikmati hidangan. Iya sungguh kenal susuk tubuh itu. Apabila dia mengangkat muka kelihatan mereka berdua terkejut.

"Awak?!"

"Kau?!" sapa mereka serentak.

Mama papa mereka hanya memandang mereka dengan pandangan hairan.  Eh dorang dah kenal ke?

"Eh kamu berdua kenal ke?" tanya mama Iya.

"Kitaorang classmates." jawab Iya perlahan. Jujur dia sangat malu ketika itu. Mahu sahaja dia menyorok belakang papanya.

"Lah ya ke? Ha baguslah kamu berdua dah kenal. Tak adalah kekok nanti." jawab auntie Shila. Mereka tersenyum kerana langkah pertama sudah berjaya.

"Auntie uncle." sapa Faiz. Tanganya dihulurkan kepada papa Iya untuk bersalam.

Sepanjang menjamu selera, Iya dan Faiz hanya mendiamkan diri. Iya merasakan dia mahu sahaja pulang. Sungguh dia sangat malu. Faiz pula tersenyum manis melihat buah hatinya tidak tentu arah.

Malulah tu.Ouh semalam rancak kenakan aku. Buah hatilah, kasih sayanglah. Ni tahu pula diam. Kau ni kan Sofea muka tak tentu arah pun comel je. Kau tunggu aku balas balik nanti.

Setelah selesai makan, mereka pun keluar daripada rumah. Iya pula pergi mengangkat beg pakaiannya. Bukannya Pak Mad tidak boleh angkat, tetapi Iya memang tidak suka dilayan dengan penuh kesenangan. Dia lebih selesa membuatnya sendiri.

"Ush aku bawak apa eh semalam. Sikit main berat lagi. Ini mahu bengkok pinggang aku ni. Inilah perempuan, baju kemain nak banyak. Staynya tak adalah lama mana." bebel Iya seorang diri.

"Hai buah hati." usik Faiz.

"Ish apa awak ni. Nanti mama papa awak dengan saya dengarlah." marah Iya. Merah mukanya ketika itu. Faiz tertawa kecil.

"Ouh semalam kau beria kenakan aku. Ni tahu pula malu."

Iya memasamkan mukanya. Benda dah lepas janganlah diungkit.

"Tepilah. Saya nak angkat beg ni."

"Dah tak payah. Pergi sana, biar aku je angkatkan."

"Serius awak nak angkatkan ni?Thank you." ucap Iya gembira.

"Kau bawak batu ke dalam ni? Sikit main berat lagi."

"Eleh dah tolong, bahan orang pulak. Tak payah lah saya angkat sendiri." kata Iya dengan nada merajuk.

"Eh eh miss artist aku merajuk ke tu? Aku gurau je lah. Jom,mama papa dah tunggu." pujuk Faiz. Iya tersenyum kembali. Tahu sahaja Faiz memujuknya.

****************************************

DI RNR

"Kita rehat sini kejaplah. Ada yang nak air apa-apa?" tanya papa Iya.

"Adik nak air laici dengan air mineral papa."

"Okay. Faiz, nak apa-apa? Uncle belikan."

"Em saya nak air apple je lah uncle."

"Ha okay...Zal jom lah kita mengeteh kejap." ajak papa Iya.

"Ha elok juga tu. Mata aku pun dah mengantuk ni."

"Ha Saya dengan Laila pergi toilet jap." kata auntie Shila.

"Adik dengan Faiz duduk sini je okay. Nanti kalau lama sangat ha datang dekat papa." pesan mama Iya.

"Okay ma."

Setelah mereka ditinggalkan, masing-masing hanya melayan telefon mereka. Iya membaca komen di bahagian gambar dia dan Faiz.

"Sofea....sapa bagi kau post gambar aku."

"Semalam awak diam je. Saya post je lah." jawab Iya tersengih.

"Ouh pandai eak kau. Kau sabar aku post gambar kau pula."

"Awak post gambar saya yang elok-elok eh. Saya post muka awak yang hensem tau."

"Eh suka hati akulah."jawab Faiz selamba.

Iya mendekatkan dirinya dengan Faiz. Kemudian telefon Faiz diambilnya. Faiz memandang Iya dengan pandangan terkejut apabila Iya terus merampas telefonnya.

"Sofea... Ni yang aku tak suka ni main rampas rampas fon aku. Bak sini balik." marah Faiz.

Iya seakan terkejut dan kecut perut ketika itu. Dia tahu dia sudah terlebih batas. Lantas dia mengembalikan telefon Faiz kembali.

"Sorry." ucap Iya kemudian keluar daripada kereta. Bukan dia ingin merajuk tetapi dia berasa malu dengan perbuatannya.

Faiz memandang Iya yang sudah keluar daripada kereta. Dia mula serba salah.

"Aduh Faiz... Kau pergi marah dia kenapa. Tengok dia dah blah. Ha macam mana nak pujuk ni? Kau ni Faiz potong betul lah." marah Faiz kepada dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience