BAB 10

Romance Series 8741

"Iya dengan Faiz naik apa ni?" tanya Puan Laila apabila nampak kelibat anaknya bersama Faiz.

"Naik moto."

"Adik naik moto? Siapa bawak? Adik bawak ke?"

"Eh tak lah uncle saya yang bawak. Saya tak bagi dia bawak." celah Faiz.

"Bukan main lagi kamu berdua kan nak naik moto dua duaan bagai. Macam kereta tak muat pula." perli Puan Aisyah.

"Aisyah." tegur Encik Imran.

Iya menunduk. Faiz pula sudah berubah air mukanya.

"Saja auntie ajak Sofea bawa jalan-jalan. Nak jalan sorang tak seronok lah pula." kata Faiz.

"Lah Ikinkan ada. Kenapa tak ajak je Ikin tadi."

"Eh boleh pula Ikin naik moto berdua dengan Faiz?" laju sahaja ayat itu keluar daripada mulut Iya.

Semua memandang ke arah Iya. Iya tahu dia sudah terlepas cakap.

"Iya." tegur mamanya sedikit tegas.

"Ikin ni tak pandai bawak moto. Sebab tulah auntie suruh dia naik Faiz.Iya bukan reti bawak moto dia ke?"

"Ha ah auntie.Sofea reti bawa moto. Tapi Faiz tak bagi bawak."

"Eh dah lah. Jom kita sediakan arang ni." celah Encik Imran.

"Ha ah. Jom Faiz tolong papa." ajak papanya.

Faiz sudah serba salah. Dia ingin meneman Iya bersiar-siar. Iya seakan memahami lalu dia menarik lengan baju Faiz supaya Faiz menundukkan badannya. Iya membisik kan sesuatu.

"Awak...awak pergilah tolong papa awak. Kejap lagi cari saya. Saya dekat dekat sini je." bisik Iya.

"Kau serius ni?"

"Ye."

"Eh apa pula ni bisik bisik. Faiz pergi tolong papa." celah mama Faiz.

"Ha yelah. Sofea aku pergi kejap. Kau jangan gi jauh jauh. Jenuh aku nak cari."

"Baik bos."

"Ish kamu berdua ni, tak boleh berenggang langsung. Nak berkepit je." kata Puan Laila.

Faiz dan Iya tersenyum. Ikin sudah mengetap bibir menahan geram. 

"Ma, adik pergi jalan-jalan sana eah. Kejap lagi adik datang sini balik. Ikin nak ikut?" tanya Iya ajak-ajak ayam.

"Tak nak aku ikut kau. Baik aku duduk sini." kata Ikin dengan nada malas layan. Iya tersenyum. Dia sudah menyangka Ikin tidak akan ikutnya.

Sedang Iya sibuk mengambil gambarnya, tiba-tiba kedengaran seseorang memanggil namanya. Iya berpaling. Seperti dia kenal susuk tubuh lelaki itu.

"Ara... Ingat saya tak?" tanya lelaki itu.

"Ni...Em siapa eak? Ouh jap jap...Azim kan?" teka Iya.

Lelaki itu tersenyum manis memandang wajah Iya.

"Tak sangka, awak ingat saya. Awak buat apa dekat sini?".

"Ouh saya holiday dekat sini. Papa ada reunion dekat sini."

"Ha? Ada reunion? Srs lah...Saya pun ikut family reunion. Entah entah parents kita kawan kot?"

"Ouh ye ke? Apa nama papa awak?"

"Arman."

"Lah anak uncle Arman ke? Kenapa selama ni saya tak pernah nampak awak pun?" tanya Iya sedikit teruja.

"Ouh..Saya selama ni tak pernah ikut pun mama papa saya pergi jumpa kawan dorang. Ni dorang yang paksa. Tapi elok juga dorang paksa. Dapat saya jumpa awak." jawab Azim tersenyum.

Siapa sangka dalam mereka berbual, Ikin sedang memerhati mereka. Ikin tersenyum sinis.

"Minah artis ni semua laki dia nak try. Dia fikir dia lawa ke? Macam ni ke test Azim ni? Nampak sangat buta. Aku ni lagi lawa daripada dia tu. Tapi tak apa, ambiklah mamat tu, Faiz aku punya." kata Ikin seorang diri dan tersenyum sinis.

Ikin mendekati Faiz yang sudah duduk kepenatan itu. Dia menghulurkan air mineral kepada Faiz. Faiz teragak-agak untuk mengambilnya. Tetapi dia mengambilnya juga.

"Thanks." ucap Faiz sepatah.

"Welcome. Faiz awak nampak Iya tak?" tanya Ikin sambil mengambil tempat duduk di sebelah Faiz.

"Tak...Ni kejap lagi nak carilah ni."

"Lah dia tak balik lagi ke? Tadi saya ada nampaklah dia berborak dengan Azim. Kemain mesra lagi gelak-gelak."

"Azim?" tanya Faiz. Seperti dia pernah dengar nama itu.

"Ha Azim anak uncle Arman. Saya tengok rapat juga dorang tu. Ketawa pastu tangkap gambar sama-sama macam couple pula." kata Ikin ingin memanaskan cerita. Faiz hanya mendiamkan diri tetapi air mukanya sudah mula berubah menjadi ketat.

Sofea ni memang nak kena dengan aku. Aku baru tinggalkan dia kejap dia dah menggatal dengan lelaki lain. Aku jumpa kau aku tarik hidung kau.

Setelah lama Iya dan Azim menunggu Faiz tidak kelihatan, mereka membuat keputusan untuk terus pergi ke tempat yang ingin membuat bakar-bakar. Apabila mereka tiba, Iya terlihat Faiz sedang duduk bersama Ikin. Kelihatan Ikin meminta tolong Faiz membuka penutup botol.

Patutlah aku tunggu tak sampai sampai. Dating rupanya. Ini yang kata nak cari aku? Hampeh. Kalau aku tunggu lagi tadi memang buang masa aku je. Beria aku save bateri nak acah acah relay bahagia, nak record bagai.Dia boleh duduk sini dengan minah tu.

"Faiz." tegur Iya dengan nada perlahan. Disebalik nadanya, dia menahan geram apabila melihat Faiz menghulurkan botol mineral yang dibuka kepada Ikin.

Lambat-lambat Faiz memandang ke arah Iya. Mukanya sedikit ketat. Apabila melihat wajah Iya berubah, dia terus berubah air mukanya . Tidak tahu ingin rasa serba salah atau sakit hati.

"Hm baru balik?" perli Faiz.

Kelihatan wajah Iya dan Azim seakan terkejut.

"Bukan Ara cakap dia tunggu bf dia ke tadi? Ni pahal bf dia ada dengan Ikin ni? Entah entah ada something ni." gumam Azim dalam hati.

"Ha ah...Saya tunggu awak daripada tadi awak tak sampai sampai. Saya ingatkan awak banyak lagi kerja, jadi saya datang lah sini. Rupanya dah habis dah pun." perli Iya balik. Dalam masa sama dia menahan diri supaya jangan menangis. Inilah kelemahan Iya, mudah menangis.

"Kau kan dah ada orang teman." kata Faiz selamba.

Iya memandang tepat ke muka Faiz. Dia tidak menyangka Faiz akan berkata begitu dengannya.

"Ouh...Azim thank you teman saya sorang sorang tadi. Ni saya tengok Faiz dan settle kerja. Saya pergi sana balik lah." kata Iya kepada Azim. Perkataan sorang itu ditekankan sedikit.

"Welcome. Awak sure ni nak pergi sana sorang sorang? Nak saya teman?" tanya Azim prihatin.

"Ya saya okay. Saya dah biasa. Saya pergi dulu." kata Iya berlalu pergi tanpa memandang ke arah Faiz.

Faiz sudah mula serba salah. Dia tahu Iya terasa dengan kata-katanya. Ikin tersenyum puas hati.

Iya jangan menangis Iya jangan nangis. Dia baru jadi bf kau tak sampai seminggu lagi. Kau tak payah bazirkan air mata kau untuk dia.

Sampai hati awak Faiz buat saya macam ni. Lama saya tunggu awak dekat sini. Tapi awak duduk dengan minah tu.

Dalam Iya meluahkan perasaannya seorang diri, dia mengalirkan air matanya. Faiz yang dibelakangnya tersentak. Dia tidak menyangka Iya akan menangis.

Ha itulah kau Faiz. Marah dia lagi. Tengok dia dah nangis. Bukan salah dia pun. Dia pun jalan sorang je tadi. Ni kau pujuk dia balik.

"Sofea." panggil Faiz lembut.

Cepat cepat Iya mengelap air matanya. Tetapi dia tidak langsung memandang ke arah Faiz, mahu pun menjawab.

"Sofea, pandanglah aku." arah Faiz.

"Sofea." panggil Faiz sambil menarik lengan baju Iya.

"Apa!" marah Iya.

Faiz menelan air liurnya. Sah memang tengah marah.

"Sorry." ucap Faiz.

Kau fikir dengan perkataan sorry aku akan okay. Kau dah buat aku nangis pastu cakap sorry je.

"Sofea kau jangan diam macam ni. Ye aku tahu aku salah. Aku tak patut marah kau tadi. Sorry."

"Kau janganlah diam macam ni."

"Sofea."

"Saya okay. Saya nak pergi makan. Lama sangat duduk sini." jawab Iya perlahan dan bangun.

"Sayang.Kejap." panggil Faiz. Langkah Iya terhenti dan dia terus memusingkan badannya.

"Jangan panggil saya macam tu kalau awak tak maksudkannya."

"Apa kau cakap ni?"

"Pergilah dekat Ikin. Buat apa duduk sini."

Faiz tersengih. Tiba tiba idea nakalnya datang.

"Sayang jeles ke?"

"Bu...buat apa nak jeles. Awak bukan sesiapa pun." jawab Iya tergagap.

"Eleh ye la tu." usik Faiz. Iya memandang tajam.

"Okay okay. Sorry. Aku janji tak marah kau dah."

"Ouh." jawab Iya sepatah dan berlalu pergi tanpa menghiraukan Faiz.

Faiz masih lagi terkebil kebil. Lalu dia terus lari anak mendapatkan Iya.

"Adik pergi mana daripada tadi papa tak nampak?" tegur papanya.

"Adik jalan jalan dekat sana. Pa adik lapar." kata Iya sambil membuat muka kesian ke arah papanya.

Papanya tersenyum dan menggosok kepala anak perempuannya.Rakannya yang lain hanya tersenyum.

"Manjanya Iya dengan papa. Sampai uncle kat sini pun tak heran." usik uncle Arman.

"Eh uncle. Lama tak jumpa. Makin hensem." puji Iya tersenyum. Mereka semua tergelak kecil.

"Ara, awak nak ngorat papa saya ke?" usik Azim yang baru sahaja sampai membawa cawan berisi air.

Faiz yang berada di belakang Iya hanya mendiamkan diri. Ikutkan mahu sahaja dia menarik Iya. Nasib baik ramai orang berada di situ.

"Eh awak ni. Tak kan saya nak ngorat papa awak. Nanti ada orang jeles macam mana?" jawab Iya tersenyum.

Ayat yang Iya katakan itu memberi dua maksud. Sama ada seseorang itu ialah Faiz dan papanya.

"Eh Azim kenal Iya?"

"Kenal pa. Azim jumpa dia masa sekolah dia dengan sekolah Azim lawan bola hari tu."

"Lawan bola?" tanya mama Iya yang tidak mengetahui tentang hal itu.

Arh sudah mati aku. Aduh Azim ni pun pergi bagitahu buat apa. Habislah aku kena marah. Think Iya think.

"Ha ah ma. Adik...adik tengok Faiz main bola hari tu. Adik bagitahu papa je." jawab Iya tersengih. Jujur sajalah.

"Betul ni Faiz?" tanya mamanya kepada Faiz.

Jujur Iya tidak perasan yang Faiz dibelakangnya sejak daripada tadi. Terkedu Iya dibuatnya.

"Ha ah auntie. Sofea ada datang tengok Faiz main. Faiz yang suruh datang." jawab Faiz tanpa memandang Iya.

"Ouh kalau macam tu tak apalah mama maafkan adik sebab tak bagi tahu mama."

Iya tersengih. Dia berterima kasih kepada Faiz kerana membantunya.

"Ara nah air." Azim menghulurkan air kepada Iya. Iya teragak agak mahu mengambilnya. Dia tahu Faiz sedang merenungnya.

"Terima kasih Azim." ucap Ara tersenyum.

"Sama-sama."

"Faiz." panggil Ikin. Ara dan Azim memandang ke arah Ikin.

"Ha."

"Nah air. Kesian awak penat kejar Iya daripada tadi. Iya kau tak dengar ke Faiz panggil kau." kata Ikin sambil menghulurkan air kepada Faiz.

Dia kejar aku ke tadi? Tapi tak rasa macam dia kejar pun. Kaki dia panjang kut. Langkah mestilah besar. Menipu je minah ni.

"Tak apa. Aku boleh ambil sendiri." jawab Faiz berlalu pergi.

Iya terkaku. Sah Faiz memarahinya. Mana tidaknya dia mengambil air daripada Azim. Sudahlah Faiz anti dengan Azim.

"Er.. Azim saya pergi dekat Faiz eh.Nah cawan ni terima kasih." jawab Iya berlalu pergi. Langsung dia tidak minum air di dalam cawan itu.

Azim memandang pelik kemudian tersenyum sebaris. Ikin pula sudah mengetap bibir sakit hati kerana Faiz menolak air yang dihulurnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience