BAB 13

Romance Series 8741

“Tepat pukul 7:20 pagi Iya  sampai ke sekolah. Lagi 10 minit lagi sudah menunjukkan pukul 7:30 yang di mana perhimpunan akan bermula. Iya duduk di belakang sekali dek kerana dia terlewat. Kelibat Faiz tidak dapat dikesan. Selepas sahaja tamat perhimpunan semua bersurai masuk ke dalam kelas.

"Wah tengok tu artis dah masuk kelas. Ini yang pasangan bahagia tu kan." perli Syasya.

Iya terus mendapatkan tempat duduknya. Dia tidak mahu di awal persekolahannya, dia tiada mood. Rezza dan Rizwan mendekati Iya dan Izz.

"Wah kau dengan Faiz holiday sama sama kan. Kemain lagi eh." usik Rezza.

"Tah kau bercuti berdua je. Bukan nak ajak aku ni sekali." kata Izz.

"Apalah kau ni Izz. Dorang nak dating sibuk nak ikut." kata Rizwan. Mereka tergelak kecil. Muka Iya sudah mula membahang.

"Tak payah acah malu lah. Lakonan kau dah basi dekat sini. Dulu gosip bercinta dengan Aniq artis baru tu, ni dengan classmates sendiri. Ini le artis banyak dengan gosip je." celah Syasya.

"Gosip ni pun datang daripada netizen. Benda tak ada apa pun tapi netizen yang melebih. Tapi terima kasih lah kat kau, kau ni care jugak kan pasal aku. Untung aku dapat kawan macam kau." ucap Iya sopan.

"Siapa nak jadi kawan kau. Panas pula aku duduk sini." kata Syasya berlalu pergi. Iya tersenyum kemenangan.

"Eh Iya, Faiz mana?" tanya Rezza.

"Mana aku tahu. Bukan aku duduk satu rumah dengan dia pun. Tadi pun aku datang lambat."

"Last nampak kat perhimpunan. Muka ketat je. Pastu lepas perhimpunan hilang."

"Apa bising bising sebut nama aku ni. Tak boleh tengok aku hilang kejap." celah Faiz yang baru masuk kelas.

Semua memandang ke arah Faiz. Iya bagaikan tersentak lalu menundukkan kepalanya. Malu apabila dia mengingati kata kata papanya tadi.

"Kau pergi mana lepas perhimpunan tadi?" tanya Rizwan.

"Jumpa cikgu Khairul."

"Ouh." jawab mereka tersentak.

Faiz mencapa kerusi di meja hadapan Iya, lalu dia duduk menghadap Iya. Iya semakin tidak keruan apabila Faiz merenungnya. Mahu sahaja dia masuk ke bawah meja. Yang sudah tersenyum mengusik.

"Aik dah dua hari dating tak puas lagi ke?" usik Izz. Mereka semua tertawa.

"Sibuklah. Pergi duduk belakang. Ada benda aku nak settle dengan Sofea."

"Wooo Sofea...." usik mereka lagi lalu terus pergi ke tempat duduk belakang.

Faiz kembali merenung Iya yang tidak langsung memandangnya.

"Sampai bila kau nak tunduk ni. Dah nak masuk bawah meja dah tu." perli Faiz.

Ish kau ni sibuk betul lah. Kau pergilah belakang. Kau tahu tak aku malu. Aku tahu semalam jadi macam tu memang tak aku nak tumpang lelap. Ni selamba badak dia je tegur aku. Aduh malunya.

"Sofea. Aku cakap dengan kau ni." kata Faiz yang tidak puas hati apabila Iya hanya mendiamkan diri.

Arh aku tak nak naikkan muka aku. Aku tak nak berhadapan dengan kau sekarang. Malu tau tak. Tapi kan dia mesti ingat aku masih merajuk dengan dia kan. So dia tak syak aku jadi macam ni sebab apa kan. Haaaa kira selamat juga la aku kan.

"Sofea...." panggil Faiz lagi.

"Eh korang tak payah buat drama dekat sini boleh tak. Tak cukup ke..2 hari holiday sama sama." perli Airees.

Iya dan Faiz memandang ke arah Airees. Kemudian Faiz terus bangun daripada tempat duduknya.Dia mendekati Airees dengan muka ketatnya. Cukup dengan itu Airees sudah kecut perut. Kelas menjadi sunyi. Semua tertumpu ke arah Faiz. Iya sudah tidak senang duduk apabila Faiz mendekati Airees.

"Tak." jawab Faiz sepatah dan terus ke tempatnya.

Kelas menjadi riuh dengan gelakkan. Mana tidaknya, muka Airees sudah pucat, Faiz pula saja mahu mengenakan Airees. Iya menghembus nafas lega apabila Faiz tidak membuat apa apa kepada Airees dan tidak duduk di hadapannya lagi. Tetapi dia tetap berasa malu apabila mendengar jawapan daripada Faiz itu.

RING!!!!! [LOCENG REHAT]

"Okay semua boleh pergi rehat. Terima kasih semua."

"Terima kasih cikgu." jawab semua serentak dan kemudian semua keluar daripada kelas.

Iya masih lagi di dalam kelas. Dia memasukkan kerja rumah yang dibekalkan oleh cikgu tadi di dalam beg. Dia tidak sedar bahawa Faiz sedang memerhatinya.  Izz dan lain lain sudah pun keluar daripada kelas kini tinggal Iya dan Faiz sahaja.

"Sofea." panggil Faiz.

Iya tersentak. Lambat lambat dia memusingkan badannya.

"Ish awak ni terkejut saya. Bukan awak dah keluar ke?" marah Iya sambil menggosok dadanya. Faiz tersengih.

"Kau merajuk dengan aku lagi ke?"

"Buat apa nak merajuk dengan awak. Dah tepilah saya nak pergi makan."

"Eh sabarlah. Nampak sangat kau merajuk dengan aku. Kau salah faham ni dengan aku."

"Salah faham apa. Dah lah saya nak pergi rehat. Ni kalau orang tengok kita berdua je kat sini orang lagi salah faham." kata Iya yang ingin beransur pergi.

"Habis tu bila aku nak terangkan?"

"Aduh awak ni  nanti nanti lah."

"Eh tak ada... nanti kau monyok je dengan aku."

"Yelah petang ni awak ambil saya dekat rumah. Awak ada lesen kereta kan?"

"Mana datang lesen kereta kau ni. Aku punya birthday lepas habis SPM tau."

"Ouh ye ke? Ha yelah nanti saya hantar location kita jumpa sana."

"Aku nak naik apa?"

"Lah apa guna driver papa awak bayar tu.Dah saya pergi rehat dulu." kata Iya berlalu pergi.

Apahal le minah ni eah. Moody semacam je. Aku nak explain tak bagi. Pastu muka masam macam lemon. Lempang apa tak dapat. Macam ni ke orang bercinta jenis srs. Kena gaduh hari hari pastu pujuk. Bosan do kalau hari hari macam ni. Ke aku dengan dia je macam ni? Itu lah kau Faiz, kawan couple kau pun nak couple...ha hadap le kau nak pujuk hari hari. Nasib aku dah sayang je kalau tak memang putus je. Rimas aku. Selama aku couple pun siapa gedik gedik terus break je. Tak ada aku nak bertahan macam aku bertahan dengan Sofea ni. Okay Faiz, come on tak kan gf merajuk kau tak boleh pujuk. Tak gentle lah. Benda simple je ni.

****************************************

DI RESTORAN

"Cepat order cepat balik." kata Iya sambil menyelak helaian menu.

Faiz tercengang. Dia masih tidak faham mengapa Iya perberangai seperti itu.

Lah aku belum cakap apa apa, dah cerita nak balik. Fikir aku takut ke muka kau ketat macam tu. Sikit pun tak. Eh nasib dekat restoran, kalau tak lama tarik hidung kau. Ouh sombong dengan aku. Tak apa kita tengok sampai mana.

" Em bagi jus apple." order Faiz.

"Jus tembikai."

"Em tu je ke?" tanya pelayan itu.

"Ha tu je." kata Faiz bagi kata putus. Iya yang baru sahaja ingin memesan makanannya membatalkan niat.

"Sofea."

"Ha...apa? Awak nak cakap apa?" tanya Iya dengan nada malas.

"Kau kenapa macam ni?"

"Macam ni apa?"

" Ye lah macam nak jauhkan diri daripada aku. Pasal hal malam tadi ke?" tanya Faiz.

Tersentak Iya. Mukanya sudah membahang kemerahan. Dia seakan mahu lari sahaja ketika itu.

Aduh apahal dia ungkit cerita malam tadi ni. Bukan dia nak explain pasal yang dia cakap tu ke...Tu lah kau Iya confident sangat nak ajak jumpa. Konon dia tak perasan. Ha sekarang mana kau nak letak muka. Bawah meja?

"Ke...kenapa dengan malam tadi pulak?" tanya Iya sedikit gugup. Faiz yang menyedari itu tersenyum. Idea nakalnya datang secara tiba tiba.

"Ouh kau malu ke aku kendung kau semalam?" tanya Faiz dengan nada mengusik. Lagi merah muka Iya dibuatnya.

"Bu...buat apa sa...saya nak malu. Saya tidur masa tu."

"Eh kena malulah..Orang suruh masuk bilik tetamu kau masuk bilik aku. Tak tahu malu ke masuk bilik lelaki."

"Ha? Bilik awak?!" kata Iya seakan terkejut. Terus dia menutup mulutnya apabila suaranya membuat sesetengah pelanggan memandang ke arah mereka.

"Ish kau ni diamlah. Orang pandang. Ye lah kau masuk bilik aku. Kemain nyenyak kau tidur, nasib tak ada air liur kat bantal aku."

"Mana ada saya masuk bilik awak...Saya masuk bilik tetamu okay." kata Iya menidakkan kata kata Faiz.

Tertawa besar Faiz apabila melihat muka Iya yang sudah merah itu. Pucat pun ada juga.

"Kau okay tak ni. Pucat dah muka tu. Buat apa aku nak tipu kau. Betul lah kau masuk bilik aku. Aku keluar bilik air, aku nampak perempuan terbaring kat katil aku. Aku dah seram dah. Mana taknya aku balik dengan kau kot.Kantoilah aku curang nanti." kata Faiz dan kembali tertawa. Iya memasamkan mukanya.

"Memang ada niat nak curang belakang saya ke?" tanya Iya dengan nada sakit hati.

"Eh tak tak." kata Faiz sambil cuba berhenti gelak.

"Kalau saya tahu siap awak.Saya tak pergi serang, saya santau terus." kata Iya melepaskan geram.

Faiz tertawa semula apabila mendengar kata kata Iya.

Macam ni ke perempuan jeles. Bahaya betul. Buatnya dia betul betul buat fuh habis aku.

"Ha gelak lah gelak. Saya santau betul betul baru awak tahu."

"Okay tak tak. Kau ni kuat jeles betullah. Tak akan aku nak curang dengan kau. Kau tu lah satu satunya pujaan hati aku." kata Faiz mengenyitkan mata.

Iya memandang tepat ke arah Faiz yang tersengih. Sekali dengan itu air yang dipesannya pun sampai. Iya meyedut air di hadapannya. Makin sakit hatinya apabila Faiz mengenakannya.

"Sofea...." panggil Faiz meleret.

"Apa."

"Aku tahu kau merajuk dengan aku pasal apa aku cakap masa kita makan dengan semua orang haritu. Sebenarnya maksud aku. Aku tak tahu sampai bila aku ada dekat dunia ni. Kalau ditakdirkan aku pergi dulu, macam mana? Aku tak nak mama papa kita sedih sebab berharap dengan relay kita." terang Faiz.

"Kenapa awak cakap macam ni? Awak sakit ke?" tanya Iya yang mula risau.

"Mana ada aku sakit. Aku just terfikir kalau kita bagitahu parents kita dalam masa terdekat ni, lepastu kalau ditakdirkan aku pergi dulu, tak kesian ke kat mama papa kita berharap kita disatukan."

"Habis kalau saya pergi dulu?" tanya Iya sedikit sebak. Dia seakan sakit hati mendengar kata kata Faiz itu. Walaupun apa yang dikatakan itu ada benarnya tetapi Faiz tidak perlu berkata begitu.

"Apa kau cakap macam tu pulak?"

"Ha tahu pulak awak risau. Awak cakap macam tu macam awak sakit pula awak tahu tak. Tipulah saya tak terasa malam tu. Awak cakap seolah olah awak tak berharap langsung dengan relay kita.Atau awak memang nak main main hilangkan bosan je."

"Kau merepek apa ni Sofea.Tak akan aku nak main main dengan kau. Aku sayang kau. Kalau aku tak berharap dengan relay ni buat apa aku nak pujuk kau. Buang masa aku je. Baik aku lepak dengan membe yang lain daripada aku pujuk kau." kata Faiz sedikit tegang.

"Kalau macam tu pergilah lepak buat apa duduk sini lagi. Awak dah rimas dengan perangai saya kan."

"Ya allah kau ni. Bila masa aku rimas dengan perangai kau pulak ni?"

"Habistu kenapa awak marah saya?"

"Bila masa aku marah?"

"Ni marahlah ni. Tegang je cakap dengan saya. Nak pujuk...pujuk lah lembut lembut. Awak fikir saya tak ada perasaan ke?" kata Iya. Suaranya makin kendur dek menahan diri daripada menangis.

Faiz mengeluh perlahan. Dia tahu nadanya menyebabkan Iya terasa dengannya.

"Okau Sofea. Pandang aku ni." kata Faiz perlahan. Lambat lambat Iya memandang ke arah Faiz. Air matanya masih bertakung. Bila bila masa sahaja akan gugur.

"Aku sayang kau. Aku tak akan tinggalkan kau. Kau satu satu perempuan yang dapat ubahkan aku. Aku tahu aku tak patut cakap macam tu. Aku buat kau risau, buat kau tak confident dengan aku. Aku mintak maaf." luah Faiz.

Iya menunduk. Air matanya yang ditahan jatuh jua. Sikit sebanyak kata kata Faiz membuatkan Iya berasa lega.

"Sofea kau jangan nangis. Nanti orang kata aku marah kau. Kau dah lah artis. Nanti tak memasal muka aku viral. Kalau viral sebab jadi bf kau tak apa. Ni sebab buat kau nangis kat public." gurau Faiz. Iya tertawa kecil sambil mengelap air matanya.

"Awak ni...lain kali jangan cakap macam tu lagi. Saya terasa tau."

"Lah kau ni drama sangatlah. Eh umur kita baru 17 tau. Banyak lagi kita kena tempuh. So kau nak tak tempuh semua tu dengan aku?"

"Patutnya saya yang kena tanya awak...awak sanggup ke kena tempuh apa apa lepas ni dengan saya? Awak dah sedia nak pekak kan telinga awak dengan netizen?"

"Hey come on lah. Ni Faiz. Ofc aku sedia. Asalkan kau ada dengan aku." kata Faiz. Mereka tertawa. Kelihatan Iya kembali ceria. Faiz tersenyum senang hati melihat Iya kembali tersenyum dengannya.

"Sorry sayang. Aku terpaksa. Aku janji, bila aku dah sedia, aku bagitahu kau. Aku sayang kau." gumam Faiz di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience