BAB 33

Romance Series 8741

"Awak?" tanya Iya pelik apabila melihat Faiz dengan pakaian kerjanya. Faiz tersenyum.

"Eh encik Faiz." tegur nurse itu mesra.

"Eh awak ni yang saya jumpa malam tadi kan."

" Haah sayalah tu. Ni encik Faiz lah ni amik Cik Ara?"

"Haah saya ambil dia."

"Awak pergilah kerja. Saya boleh minta tolong pak Mad ambil sayalah." beritahu Iya malu malu apabila melihat jururawat itu daripada tadi tersengih sengih.

"Ala tak ada hal lah. Tak yah susahkan Pak Mad. Dia kan hantar papa kau...ni nak ambil kau pula."

"Tapi awak kan nak ker......" belum sempat Iya menghabiskan kata katanya, Faiz memotong.

"Shhhh... banyak pula bunyi dia ni." balas Faiz selamba. Iya mencebik. Sakit hatinya melihat wajah selamba Faiz. Jururawat itu tertawa kecil.

"Korang ni ada apa apa ke? Mesra je saya tengok?"

"Eh tak ada apa apalah. Kitaorang kawan je." balas Iya. Takut dia apabila Faiz memberitahu perkara yang tidak betul.

"Tapi saya tengok korang sepadanlah. Mana tahu jadi jodoh." usik jururawat itu. Merah muka Iya ketika itu kerana malu. Faiz pula tersenyum dan dalam hati mengaminkan kata kata jururawat itu.

"Terima kasih... Eh dah siapkan? Jom lah balik."

"Ish awak ni kejaplah saya nak mandi dulu."

"Yelah...Nurse jom kita dating. Tunggu dia ni lambat." usik Faiz. Jururawat itu tertawa sambil menggelengkan kepala. Kaki mereka juga melangkah keluar. Iya menggenggam penumbuknya menahan geram.

DALAM KERETA

"Ni kau nak balik rumah papa kau ke atau rumah kau?"

"Rumah saya je lah. Bukannya ada sesiapa pun dekat rumah."

"Okay."

Iya mendiamkan diri. Kemudian ideannya datang. Dia terus memandang ke arah Faiz. Faiz yang menyedari kelakuan Iya itu memandang pelik.

"Kau asal?"

"Aaaaaa.....wakkkkk." panggil Iya meleret.

"Nak apa?" tanya Faiz yang sudah tahu jika Iya meleretkan suarannya begitu. Iya tersengih.

"Nak ikut pergi pejabat." minta Iya dengan nada manjanya. Berdegup kencang dada Faiz waktu itu.

Fuh dia ni nak goda aku ke apa? Sikit main comel lagi. Sikit hari memang aku ajak kau kahwin Sofea. Kau tunggu.

"Buat apa? Arh tak ada kau duduk rumah je."

"Alaaaaa....Saya bosanlah duduk rumah. Boleh lah saya pergi office. Janji tak buat kerja."

"Kalau kau tak buat kerja kau nak buat apa? Bergosip? Dah tak payah... duduk rumah diam diam." balas Faiz. Iya mencebik. Tangan disilangkan tanda merajuk. Faiz disebelahnya menahan ketawa melihat Iya seperti budak budak.

DI OFFICE

"Eh Iya kau buat apa dekat sini? Kenapa tak balik rumah?" tanya Syasya apabila melihat Iya bersama Faiz keluar daripada lif.

"Ala aku bosanlah... Korang bukan ada rumah. Tu aku cakap dengan Faiz nak ikut tu."

"Kau ni Iya... Kau tahu tak wartawan dah ada dalam bilik Faiz. Ni kalau nampak kau lagi banyak soalam dorang nanti."

"Wartawan?" tanya Iya pelik. Sungguh dia tidak tahu apa apa mengenai wartawan yang hadir. Iya memandang Faiz dengan tanda tanya.

"Aku nak settle pasal gambarlah. Kau yang nak ikut pergi office ea. Aku tak ajak pun." jawab Faiz selamba.

"Habistu macam mana ni wak? Saya baliklah." jawab Iya resah sambil ingin melangkah pergi. Namun langkahnya terhenti apabila Faiz mencapai tangannya.

"Dah sampaikan... Jom ikut aku. Kita settlekan sama sama." ajak Faiz lembut. Iya teragak agak kemudian mengangguk perlahan. Syasya hanya tersenyum.

"Okaylah aku sambung kerja dulu." jawab Syasya berlalu pergi.

"Dah jom." ajak Faiz.

"Awak...saya takut." kata Iya.

"Aku adalah... Kau ni, kau dah biasa kan dengan semua ni. Kau nak takut apa. Kau demam lagi ke?" tanya Faiz sambil meletakkan tangan ke dahi Iya. Iya menepis tangan Faiz perlahan sambil membuat muka monyoknya.

"Ish awak ni.... Saya takutlah. Nanti kalau orang tu tahu, dia buat lagi teruk ke ha.."

"Ala tak ada apa lah Sofea. Aku ada. Dah jom." ajak Faiz. Iya hanya mengikut. Tanpa sedar perbualan tadi di dengan oleh Ikin yang daripada tadi berada di situ. Ikin mengumpal penumbuknya. Sakit hatinya melihat Iya rapat dengan Faiz.

Kau tunggu Iya. Aku dah warning kau tapi kau buat tak tahu... Kau tunggu aku rampas Faiz daripada kau!

"Faiz! Kenapa awak cakap macam tu tadi?" marah Iya apabila wartawan itu beransur pergi. Sakit hatinya apabila Faiz melakukan perkara itu tanpa berbincang dengannya.

"Apa?" tanya Faiz tidak bersalah.

"Kenapa awak bagitahu diorang yang kita akan bertunang! Awak tak bincang apa apa pun dengan saya kan!"

"Lah aku dah bincang dengan mama papa kau. Dorang pun okay je. So aku bagitahu je lah."

"Tapi masalahnya sekarang saya tak tahu apa apa tau! Kenapa awak buat benda ni tanpa bincang dengan saya! Saya tak nak tunang dengan awak!" marah Iya ketika itu. Faiz pula sudah lama bersiap sedia untuk mengambil risiko ini.

"Sorry sayang. Aku dah bagitahu wartawan dah. Lagi 2 minggu kita tunang." jawab Faiz sambil mengenyitkan mata.

"Ish awak tak faham ke? Saya tak nak kahwin dengan awak! Awak kahwinlah dengan Sarah!"

"Sarah just kawan aku tak lebih daripada tu."

"Tapi dia sukakan awak!"

"Tapi aku suka kau!" balas Faiz.

Sakit hatinya apabila Iya selalu melibatkan Sarah dalam hal mereka. Iya tersentak. Sungguh dia tidak menyangka ayat itu keluar daripada mulut Faiz. Dada berdegup kencang. Dia masih tidak percaya apa yang didengarnya tadi.

" Ta...tapi kesian Sarah... Dia dah lama tunggu awak. Dia sayangkan awak."

"Habis aku... siapa nak kesian? 5 tahun Sofea... 5 tahun aku hilang orang aku sayang orang aku cinta macam tu je. Aku mengharapkan dia datang balik dekat aku. Tapi dia tak datang. Dia biarkan aku berkurung dalam bilik and asyik fikirkan dia. Aku ni memang tak layak dapat kasih sayang orang ke Sofea?" luah Faiz. Sekian lama dia pendam perasaan itu. Hatinya kecewa dan sakit apabila mengingati apa yang berlaku.

Tergamam Iya apabila mendengar luahan hati Faiz. Dia tahu orang yang Faiz katakan tu dia. Sebak di hati tidak dapat ditahan. Air matanya jatuh membasahi pipi. Perasaan serba salah memasuki dirinya. Daripada dulu dia memang tiada niat untuk meninggalkan Faiz sedangkan dia amat menyayangi lelaki itu. Dia buat begitu bersebab. Dia tidak mahu menjadi penghalang bagi Sarah. Dia tahu Sarah amat sayangkan Faiz. Oleh sebab itu dia mengalah dan mengundur diri.

"Faiz...Benda dah lama. Kenapa awak tak move on? Tolonglah Faiz saya ada kehidupan saya sendiri. Kenapa awak perlu tetapkan kehidupan saya?" tanya Iya. Hatinya masih berasa sakit kerana perkara ini tidak dibincangkan dengannya terlebih dahulu.

"Kalau aku bincang dengan kau, kau nak terima ke? Tak ...kan?" tanya Faiz dengan nada kerasnya.

"Ya! Saya tak akan terima! Saya tak nak kahwin dengan awak Harraz Faiz!" meninggi suara Iya ketika itu.

Faiz mengetuk mejanya dan merengus kasar. Ternaik bahu Iya apabila Faiz membuat begitu. Perasaan sakit hatinya kini membuak. Dia memandang tajam ke arah Iya. Wajah bengisnya tidak dapat disorokkan. Iya mula berasa takut. Dia takut sekiranya Faiz melakukan perkara yang tak dapat dijangka. Faiz dengan muka tegangnya terus melangkah keluar daripada biliknya. Pintu dihempasnya sedikit. Sekali lagi , ia membuatkan Iya terkejut dan terus teresak. Dia tidak suka situasi ini. Dia tidak suka dipaksa begini. Cukuplah mamanya yang suka memaksanya. Dia keluar daripada rumah papa mamanya pun disebabkan tidak mahu dipaksa oleh mamanya untuk berlakon dalam drama yang entah daripada mana mama membodek pengarah itu.

Sejak daripada pentengkaran itu, mereka tidak bertegur seperti dulu. Masing masing hanya diam jika keluar bersama rakan rakan yang lain. Baki yang tinggal sebelum bertunang hanya seminggu sahaja. Tapi mereka masih tidak membuat persiapan. Media pula makin ramai mempersoalankan bagaimana dengan hari pertunangannya. Faiz hanya memberitahu doakan yang baik baik sahaja. Dia sendiri sudah penat memaksa Iya membuat perkara yang dia tidak suka. Lagipun ini masa depannya. Dia tahu caranya itu salah. Dia membuat sesuatu tanpa berbincang dengan Iya. Dia melakukan perkara ini kerana dia takut sekiranya si pelaku itu melakukan perkara buruk dekat Iya. Dia mahu menjaga Iya. Itu sahaja niatnya.

KONDO IYA

"Iya apa cerita dengan pertunangan kau ni?" tanya Syasya ingin membuka cerita.

"Haahlah Iya. Aku tengok kat ig kau dengan Faiz nak tunang. Ini macam tak buat apa apa pun?" tanya Airees ingin mengetahui cerita.

Iya mengeluh. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia ingin lakukan. Dah berkali kali mamanya menghubunginya menanyakan soal ini. Apabila dijawab tidak mahu. Mama seperti biasa akan memarahi dan memaksanya. Abang dan papa pula menyebelahi mama dengan alasan Faiz lelaki yang baik. Iya pula sehingga kini memikirkan tentang Sarah yang hilang tanpa khabar berita. Adakah Sarah kecewa dengan apa yang telah tersebar. Dia sendiri buntu.

"Aku tak tahulah. Aku dah cakap aku tak nak."

"Kau jangan buat main Iya. Kau ada lagi seminggu je. Tapi satu benda tak buat lagi ni." kata Eliy.

"Liy aku cakap aku tak nak. Masalah sekarang parents dengan abang aku paksa juga. Kenapa sampaikan pasangan aku pun dorang kena tentukan? Tak boleh ke aku buat pilihan sendiri."

"Bukan macam tu la Iya. Diaorang nak yang terbaik untuk kau tu je." jawab Eliy tenang. Sekali lagi Iya mengeluh.

"Ara kau jangan macam ni. Benda tak lama dah tau." pujuk Hana.

"Kenapa kau tak nak tunang dengan Faiz,Iya? Bukan ke korang bercinta daripada zaman sekolah dulu?" tanya Airees yang tidak tahu apa yang jadi 5 tahun lepas.

"Kitaorang dah lama tak ada apa apalah Rees." jawab Iya perlahan.

"Sebab Sarahkan kau jadi macam ni?" teka Eliy.

"Sarah?" tanya Airees pelik.

"Kawan baik Faiz masa dekat Melaka. Dia tu suka kat Faiz. Pastu kau tahu jelah Iya jenis kesian dekat orang. Dia pun bagi la chance dekat Sarah tu." cerita Syasya.

"Kau rasa Sarah dekat mana sekarang?Last jumpa masa aku kat hospital. Lepastu aku tak jumpa dia dah." kata Iya perlahan. Dia takut Sarah terasa hati dengannya.

"Entahlah Iya. Aku pun tak tahu. Kat office pun dia tak datang."

"Iya please stop fikirkan orang. Now kau fikir diri kau sendiri. Bagi akulah, aku rasa kau memang patut bertunang dengan Faiz. Daripada dulu dia tunggu kau Iya. Kau tak kesian ke kat dia? Tak cukup ke kau tinggalkan dia dulu macam tu je. Fikir Iya. Ni soal diri kau." nasihat Eliy.

"Betul tu Ara. Aku rasa Faiz tu orang yang tepat untuk kau. Aku nampak dia ikhlas sayangkan kau."

"Tapi aku takut. Aku takut keputusan aku buatkan orang terasa hati dengan aku atau orang tu akan apa apa kan orang yang ada dekat sekeliling aku."

"Kau masih fikir pasal orang tu? Iya kau jangan takut dengan dia. Dia tak ada hak untuk halang kau."

"Tapi kalau dia apa apakan family aku? Apa apakan Faiz macam mana? Aku tak nak."

"Iya... Apa je keputusan kau aku support. Fikir baik baik tentang hidupkan. Fikir apa risiko kau dapat kalau kau terima Faiz. Aku faham kau tak nak orang tu apa apa kan orang sekeliling kau kan. Kalau aku jadi kau aku akan fikir benda sama. So aku support kau." kata Airees.

Rakannya yang lain sedikit pelik dengan kata kata Airees. Patutnya dia turut memujuk Iya, ini dia memihak kepada Iya pula. Tapi ada betulnya juga kata kata Airees itu.

"Terima kasih Airees." ucap Iya tersenyum.

"Sama sama." balas Airees tersenyum sebaris.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience