BAB 2

Romance Series 8741

SEMINGGU BERLALU.....

Faiz berasa pelik mengapa Iya sudah 2 hari tidak hadir ke sekolah. Apabila ditanya rakan sekelasnya, ada sahaja andaian mereka. Faiz teringat kata-kata Rezza dan Rizwan.

"Eh Iya tu memang selalu tak datang ke?"

"Aik lain macam je kau ni Faiz. Kau syok dekat artis tu kan?" kata Rezza.

"Apa pulak aku suka kat dia. Aku tanya je. Sekang nak dekat trial kot. Takkan dia ponteng lagi."

"Faiz, dia tu artis sah-sah lah dia ada shooting. Lagipun dia tu antara best student au kat sini. Dia datang sekolah ke tak datang ke sama je result tetap gempak." kata Rizwan.

"Ouh srs lah dia best student? So aku ada pesainglah ni."

"Ouh kau pun pandai ke?" tanya Rezza. Kemudian dia dan Rizwan kertawa.

"Kau pikir aku cikai-cikai punya orang ke?Ni aku nak tanya asal korang suka kacau dia eak."

"Kitaorang suka kacau dia sebab nak dengar dia bercakap je. Dia tu susah gila nak cakap masa awal-awal sekolah dulu tau." jawab  Rezza.

"Kalau ye pun kau nak dengar suara dia tak kan sampai macam tu.  Tu minah tu pulak pahal macam tu?" Faiz menunjuk ke arah Syasya.

"Ha minah tu tak tahu le pahal duk buli si Iya tu. Tak yang kau banyak tanya pasal Iya tu asal? Kau memang syok kat dia kan." teka Rizwan.

"Mana ada." jawab Faiz.

****************************************

"Aku suka miss artist tu? Eh memang taklah. Nama pun artis memang banyaklah gosip dia nanti. Eh mak ayah dia tak bising ke dia berlakon dah nak trial ni? Tak paham aku orang-orang kaya ni." ngomel Faiz di dalam biliknya.

Dia tidak sedar, dia juga anak orang kaya. Cuma dia tidak suka kekayaan keluarganya diketahui oleh orang sekelilingnya. Biarlah orang mengetahuinya seperti orang-orang biasa sahaja.

****************************************

KEESOKKAN HARINYA

Iya hadir ke sekolah. Kata mamanya, shooting wataknya disebelah petang. Mamanya tidak membenarkan Iya ke sekolah, tetapi dia masih berdegil.

"Okay class... Korang semua tahukan yang minggu depan dah nak trial. Jadi saya tak nak diantara kamu ponteng sekolah ya. Kalau kamu ponteng saya datang ke rumah." kata cikgu Andy.

"Cikgu, kitaorang ni okay je. Tapi tak tahulah sorang tu. Diakan sibuk dengan shooting. Famous katakan." perli Syasya sinis.

Pelajar di kelas itu tertawa. Iya hanya mendiamkan diri. Bukan dia tidak cuba untuk menolak tetapi mamanya tetap berkeras menyuruhnya berlakon.

"Iya. Kamu ada shooting juga ke sekarang ni?" tanya cikgu Andy lembut.

Iya hanya mengangguk pelahan. Dia berasa bersalah dengan gurunya kerana di dalam masa cikgu sedang sibuk mengajar dia masih sibuk dengan dunia lakonannya.

"Kalau boleh,awak boleh stop dulu untuk beberapa minggu ni? Bukan apa, awak tu best student, lagi satu ni trial SPM bukannya exam biasa. Saya harap awak faham apa yang cuba saya sampaikan.

"Insya allah cikgu. Saya akan cuba cakap dengan pengarah tentang exam trial saya." jawab Iya sopan.

"Eleh ye tak ye je tu. Tiba-tiba esok dah tak nampak muka. Cikgu percaya sangat dia ni." kata Syasya.

Ingin sahaja Iya bangun dan meluku kepala si Syasya itu. Nasib dia masih bersabar. Faiz pula entah mengapa rasa panas hati pula melihat perbuatan Syasya tadi.

"Saya okay yang awak lebih-lebih kenapa? Sebelum saya lupa petang ni cikgu Azman nak buat kelas tambahan untuk kamu semua ya, sampai pukul 3:30. Dia bagitahu saya tadi. Jadi siapa naik parents kejap lagi boleh call." kata cikgu Andy.

"Alaaa....." satu kelas mengeluh. Cikgu Azman memang suka membuat kelas tambahan secara tiba-tiba.

Aduh...aku dahlah ada shooting. Kalau aku tak masuk kelas ni kang,apa pula cikgu Azman cakap.Tapi nanti pasal shooting mama bising. Arh kusut kepala aku. Papa! bagitahu papa confirm dia okay je nak ambil aku pukul 3:30. Paling tidak,dia suruh Pak Mad ambil aku.

Setelah habis rehat mereka semua masuk ke kelas dan belajar seperti biasa. Iya juga sudah memberitahu papanya yang dia ada kelas tambahan. Dah papanya juga bersetuju untuk mengambilnya nanti. Mereka berlajar seperti biasa sehingga pukul 2:30 petang. Selapas usai solat, Iya masuk ke dalam kelas. Kelihatan semua sudah berada di dalam kelas menanti cikgu Azman. Tiba-tiba ada seseorang wanita mengetuk pintu kelas. Semua tertumpu kepada wanita itu.

"Sorry ganggu. Boleh auntie jumpa anak auntie?" tanya Puan Laila.

Aduh mama ni. Apahal lah dia cari aku sampai ke kelas. Suruh guard panggil dah lah.  Arh malunya aku.

"Iya,mama kau datang, nak jumpa kau." kata Rezza.

Iya dengan berat hati bangun dan menapak ke luar. Yang lain hanya tertanya-tanya sambil memerhati Iya dan mamanya. Iya menarik mamanya jauh sedikit daripada rakannya yang lain.

"Ma, buat apa mama datang sini? Adik ada kelas lah."

"Adik lupa ke kejap lagi adik ada shooting."

"Ma, adik ada kelas ma.Minggu depan adik trial tau. Cubalah mama bagi ruang untuk adik ambil SPM ni. Tolonglah ma."

"Habis yang lain dah tertunggu-tunggu adik tau."

"Ma, adik dah bagitahu papa. Papa dah cakap dah dengan uncle Lan adik ada kelas,adik ada trial. Tak kan dia tak paham."

"Adik ni suka menyusahkan uncle Lan kan." marah Puan Laila.

"Ma...Job ni bukan adik yang nak tau. Ni mama yang suruh. Adik dah cakap adik dah tak nak berlakon. Tapi mama paksa adik." kata Iya yang sudah menahan sebak.

Siapa sangka perbualan anak dan ibu itu didengari oleh Faiz. Faiz yang baru sahaja pulang dari surau sekolah. Faiz sudah lama duduk di sebalik dinding berdekatan dengan mereka. Bukan niatnya untuk mencuri dengar. Tetapi kalau dia mahu melintasi mereka nampak kurang beradap pula terpaksa dia ikut jalan jauh. Tetapi dia masih setia berdiri mendengar perbualan Iya dan mamanya.

"Ouh selama ni, mama dia yang paksa dia berlakon. Kesian jugak dekat miss artist ni kena buat benda yang dia tak minat." gumam Faiz di dalam hati.

"Adik ni degilkan. Apa mama buat ni kebaikkan adik juga tau."

"Kebaikan apa ma? Adik tak minat buat benda ni semua. Tolong lah ma adik penat...penat sangat." kata Iya yang masih menahan sebak.

"Penat mama cakap dengan adik ni. Dah la mama balik dulu. Balik ni pandai pandai Iya lah." kata mamanya sambil berlalu pergi.

Selepas mamanya hilang dari pandangan, air matanya terus mengalir. Sungguh dia penat ingin berpura-pura depan kamera. Dia penat buat perkara yang dia tidak minati.

Faiz yang di situ terdiam mendengar esakkan Iya itu.Jauh di sudut hati dia berasa kasihan dengan apa yang jadi terhadap Iya. Dia terus beredar masuk ke kelas.Iya masih melayan perasaannya.

Setibanya Iya di kelas semua memandang Iya. Mereka tertanya-tanya mengapa mata Iya merah. Mujur cikgu memberitahu dia ada meeting last minute... Jadi mereka hanya perlu menyiapkan kerja sebelum mereka pulang sahaja. Syasya memandang sinis ke arah Iya yang telah duduk.

"Aik tak dapat berlatih dekat rumah, berlatih dekat sekolah pula. Apa kalini watak kau yang kau dapat suka menangis ke? " perli Syasya.

Rezza dan Rizwan pula tiada rasa ingin mengacau Iya waktu itu. Mereka tahu pasti ada sesuatu yang berlaku. Iya hanya menunduk. Dia tidak rasa ingin menjawab kata-kata Syasya ketika itu. Kelas hanya sunyi.

"Eh aku tanya ni. Bagus eak mak kau sampai ke sekolah cari kau nak suh pegang watak tu dengan baik."

Iya menggenggam penumbuknya. Dia paling pantang orang berkata tentang ahli keluarganya. Iya terus bangun daripada posisinya.

"Aku tanya kau.. Kau tak puas apa dengan aku?" tanya Iya dengan nada yang agak lain.

Semua hanya mendiamkan diri. Syasya juga kelihatan tersentak sedikit. Namun dia hanya berlagak memberanikan diri.

"Asal? Kau pikir kau buat suara macam tu aku takut? Aku rasa mama papa kau sikit pun tak herankan kau. Kau tengoklah dah nak trial still suruh kau berlakon. Nampak sangat diorang gunakan kau." kata Syasya lagi.

PANG!

Satu tamparan diberikan dari Iya. Sungguh dia terkesan dengan kata-kata Syasya ketika itu. Satu kelas terkejut dengan tindakan Iya yang spontan itu. Entah mengapa Faiz pula berasa puas.

"Aku tak kesah kau nak bahan aku, hina aku ke...Tapi apa hak kau nak hina mama papa aku! Apa mak bapak kau tak ajar macam mana nak hormat orang?"

"Marah? Ha tahu kau marah aku sebut pasal mak bapak kau. Aku tak paham apa yang kau tak puas dengan aku sejak aku awal-awal dekat sekolah ni. Aku buat apa?"

"Kenapa korang semua buat aku macam ni kenapa! Aku datang sekolah ni untuk belajar. Ada aku ganggu korang? Ada?"

"Eh aku pun tak mintak nak jadi artislah. Aku tak mintak untuk dikenali ramai. Korang fikir aku suka ke buat semua ni. Korang fikir aku okay bila setiap hari berhadapan dengan muka-muka macam ni!"

"Apa salah aku kat korang sampai korang hina aku macam ni? Aku just nak ada kawan dekat sini je. Dan aku harap orang yang berkawan dengan aku bukan sebab aku berduit. Tapi macam mana aku nak ada kawan,kalau classmates aku pun macam ni!" luah Iya yang sudah menangis. Ya dia tidak pernah selemah ini. Dia cuba bertahan untuk nampak kuat tapi dia gagal.

"Sya sekarang kau menang. Aku? Aku menangis sebab kata-kata kau. Perlu ke aku ucap congrats? Terima kasih untuk semua dalam kelas ni buat aku rasa yang aku tak perlu berusaha lagi untuk dapat kawan macam korang. Terima kasih jadi toxic." kata Iya berlalu pergi sambil membawa beg sekolahnya. Apa nak jadi...jadilah. Dia sudah penat dengan semua ni.

Kelas kelihatan sunyi. Mereka mula rasa serba salah ketika itu. Syasya masih lagi dalam posisi berdiri sambil memegang pipinya. Sungguh dia berasa sakit hati ketika itu. Faiz, Rezza dan Rizman juga terkesan dengan kata-kata Iya.Walaupun Faiz baru sahaja bersekolah di situ tetapi banyak juga perkara yang dia tahu. Mereka pun bangun dan mendekati Syasya.

"Biar muka tak lawa tapi jangan akhlak ke laut " kata Faiz dan kemudian keluar.

"Sejahat-jahat aku dengan Wan. Tak pernah lagi kitaorang nak babitkan mak bapak dia sekali. Kitaorang kacau dia just saja-saja je tau. Tak macam kau busuk hati." kata Rezza sinis. Kemudian mereka juga berlalu pergi.

Syasya menggenggam penumbuknya tanda begitu marah. Apa tidaknya sudahlah dia di tampar, kemudian Rezza dan Rizwan menyebelahi Iya. Kemudian orang yang di suka pula berkata begitu dengannya. Makin bertambah bencinya kepada Iya ketika itu.

Apabila Faiz ingin berlalu pergi, dia terdengar seseorang teresak di tangga.Dia tidak tahu mahu ingin menjenguk atau tidak. Tak akanlah Iya masih belum pulang. Tapi boleh jadi juga sekarang baru pukul 3:25. Masih ada berbaki 5 minit lagi. Faiz memberanikan dirinya untuk meninjau. Dia ternampak susuk tubuh seorang gadis sedang menunduk dan menangis. Sudah tentulah itu Iya. Faiz lambat-lambat mendekatinya.

"Iya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience