BAB 26

Romance Series 8847

Jam sudah menunjukkan pukul 10:00 malam yang dimana rakan rakan Faiz sudah pun beransur pulang. Yang tinggal hanya Azim, Eliy dan Iya. Kalau ikutkan mereka juga ingin pulang tetapi disebabkan ibu bapa mereka masih rancak berborak mereka terpaksa menunggu.

"Ini aku malas kalau pergi mana mana naik sekali ni. Sikit main lama diaorang borak. Nak kata lama tak jumpa, tak juga diaorang ada je lepak masa cuti." rungut Eliy.

"Kan Eliy kan. Aku ni kalau mama tak paksa memang tak aku ada dekat sini. Abang, mama papa lama lagi ke?"

"Mana abang tahu. Nasib abang ni baru balik je. Kalau tak abang pun macam adik malas nak pergi kalau lama lama macam ni. Lepas ni nak gi mana mana abang naik kereta sendiri."

"Bagus nanti adik boleh tumpang."

"Cara cakap macam terpaksa je datang rumah aku." tegur Faiz.

"Memang pun." jawab Iya selamba.

"Eh tak adalah. Maksud aku,kalau aku tahu aku bawak kereta sendiri je. Lama betul diaorang borak." kata Zafran tidak mahu Faiz terasa hati.

"Lah aku fahamlah. Saja je nak kenakan kau." kata Faiz tergelak kecil.

"Faiz.... Dekat sini rupanya awak. Puas saya cari. Ibu ayah saya nak balik dah... Diorang panggil awak." tegur Sarah lembut.

"Lah dah nak balik ke? Kenapa tak tidur sini je?"

"Ayah kata dia ada hal esok. Tu nak balik Melaka malam ni juga."

"Ouhh ha yelah. Zaf, Zim tunggu jap tau." kata Faiz berlalu pergi. Mereka mengangguk kepala.

"Abang Zaf. Abang Zaf kat sana lama lama tak ada sangkut mana mana ke?" tanya Eliy ingin membuka cerita.

"Maksud Eliy?"

"Yelah...abang tak ada buah hati ke?"

"Ada."

"Wahh...mana? Eliy nak tengok." kata Eliy teruja.

Tapi dalam hati siapa sangka, Eliy sudah memendam perasaan kepada Zafran sejak pertama kali mereka bertemu sewaktu kecil dahulu. Tiada siapa pun yang tahu tentang perasaannya. Sejujurnya jauh disudut hati, dia berasa sedih apabila sekali lagi Zafran sudah berpunya. Setiap kali Zafran memberitahu dia sudah berpunya, Eliy akan mengurung dirinya di dalam bilik dan keesokkan harinya dia ceria seperti biasa walaupun perit yang dirasakan.

"Ha layan la abang aku tu. Azim jom kita borak dekat sana." ajak Iya.

"Ha jom."

"Eleh Iya ni. Abang cepatlah mana? Eliy nak tengok."

"Sabarlah. Excited pula Eliy ni." kata Zafran tergelak kecil melihat Eliy yang teruja. Eliy tertunduk malu. Zafran mengeluarkan telefonnya.

"Ha ni." kata Zafran sambil memberi Eliy melihat.

"Aik. Abang Zaf buka kamera depan ni buat apa? Ni muka Eliy. Eliy nak tengok muka gf abang." soal Eliy pelik. Zafran tertawa kecil.

"Eliy lah gf abang." kata Zafran  tersenyum.

Bagaikan terhenti seketika jantung Eliy ketika itu. Membulat matanya dek kerana terkejut. Zafran yang melihat wajah Eliy itu tertawa besar. Lucu baginya melihat muka Eliy terkejut begitu.

"Abang gurau je lah. Abang mana ada gf abang single." jawab Zafran yang masih dengan sisa gelaknya.

Dalam gelakkan itu, dia tidak sedar dia sudah melukakan hati Eliy. Entah mengapa Eliy rasa dirinya seperti dipermainkan. Berubah air muka Eliy ketika itu.

"A..abang ni apalah.Main main pula orang serius." kata Eliy yang menahan dirinya daripada menangis. Merah juga wajahnya ketika itu.

"Sorry..sorry.. Betullah abang single. Ni Eliy tanya abang Eliy tu dah ada bf ke belum?"

"Tak ada. Siapa je nak dekat Eliy ni...bang."

"Ni mesti Eliy memilihkan. Kalau tak...tak kan single lagi. Eliy lawa apa."

Memang...memang Eliy memilih bang. Eliy memilih untuk tunggu abang, untuk setia dengan abang. Eliy pun tak tahu betul ke tak apa Eliy buat ni. Tapi Eliy memang memilih untuk tunggu abang. Selagi abang belum kahwin Eliy akan sentiasa ada dengan abang.

****************************************

"Ara, awak okay?"

"Kenapa awak tanya macam tu? Nampak saya  macam tak okay ke?"

"Tak adalah. Saya nampak awak try hard sangat nak Faiz dengan Sarah tu bersatu. Awak dah tak sukakan Faiz ke?"

"Azim...Faiz tu masa silam saya. Dia lebih layak dengan Sarah."

"Awak dah tak sayang dia?"

"Kalau saya cakap tak?"

"Saya tak percaya."

"Tapi itulah sebetulnya. Saya dah tak sayangkan dia. Dia hanya kisah silam saya Azim. Saya nak dia bahagia dengan orang lain. Saya bahagia dengan orang lain."

"Tapi Ara... Faiz berhak cari kebahagiaan dia. Kebahagiaan dia bersama awak."

"Tapi saya tak bahagia dengan dia. Cukuplah...Saya dah malas nak cakap pasal dia. Kita ubah topik Azim." kata Iya sedikit rimas.

"Okay sorry."

Siapa tahu dalam perbualan mereka berdua ada orang ketiga yang mendengar perbualan itu. Hancur hatinya ketika itu, tidak sangka kata kata itu keluar daripada mulut orang yang paling dia sayang. Dengan perasan kecewa dan marah, Faiz terus melangkah masuk ke biliknya. Panggilan Sarah juga seperti angin langsung tidak dihindarnya.

Setibanya di bilik, Faiz terus menapak masuk ke dalam bilik airnya. Dia menyerit melepaskan amarahnya. Singki yang berada di depannya diketuk sekuat hati beberapa kali. Kedinginan Faiz menaik mencanak. Sekian lama dia tidak semarah itu. Hatinya sangat kecewa, sakit semua bercampur. Cermin kecil yang berada ditepinya itu dipandang, lalu dia menumbuk cermin itu sehingga pecah. Darah yang sudah mengalir itu dibiarkan. Walaupun dia berasa sakit namun itu tidak sesakit hatinya ketika itu.

"Kenapa? KENAPA! KENAPA KAU BUAT AKU MACAM NI!" jerit Faiz di dalam bilik air. Dia terduduk dan bersandar di dinding. Air matanya mula mengalir membasahi pipi. Sungguh dia kesal dengan dirinya yang tidak pernah serik ketika Iya meninggalkannya suatu ketika dahulu.

"AKU SAYANG KAU! KENAPA SEMUA ORANG TAK PERNAH FAHAM AKU? KENAPA!"  jerit Faiz lagi. Dia menundukkan kepalanya. Badannya terhencut hencut menahan sebaknya. Sungguh hatinya hancur kali ini.

"Okaylah kitaorang balik dulu ya dah pukul berapa dah ni." kata mama Iya.

"Ouh ya ke? Ha ye lah terima kasih datang, Laila, bang Wan." ucap Puan Shila.

"Sama-sama. Eh Faiz mana? Daripada tadi tak nampak dia." tanya Encik Ikhwan.

Iya dan Zafran turut mencari kelibat Faiz tapi tidak kelihatan.

"Dia dah naik atas uncle. Tadi Sarah nampak." beritahi Sarah.

"Ouh ha tak apalah macam tu. Dia penat kot. Biar jelah. Okay kitaorang balik dulu. Assalammualaikum."

"Terima kasih ya...Waalaikummussalam."

****************************************

KEESOKKAN HARINYA [ DI OFFICE ]

"Good morning..Eh ni yang aku tengok malam tadi tu kan dekat tv." usik Hana.

"Ish kau ni Na sempat pula kau tengok kan."

"Sempatlah...aku awal awal dah suruh orang dekat rumah tu record."

"Ha kau sabar jap, yang lain belum sampai. Kalau dah sampai siap sedialah kau jadi bahan gosip dorang hari ni."

"Banyaklah kau. Eh ni kata nak cari rumah sewa dah jumpa?" tanya Iya menukar topik.

"Ha dah cari dah. Dekat juga dengan tempat kerja. Rumah pun selesa kan Na." beritahu Syasya.

"Wah lepasni rumah korang jadi tempat lepak barulah."

"Arhh kau...orang suruh duduk dengan kitaorang kau tak nak."

"Lah kan dah ada Eliy. Cukuplah tu tiga orang."

"Dah tentu kitaorang tiga orang dah ada kat rumah tu. Kau tu je tak ada. Nanti bila lepak ada topik yang kau tak tau ha jangan tanya eh. Aku tak nak ulang ulang kan Na kan."

"Ha tahu tak apa. Jomlah Ara duduk dengan kitaorang."

"Okay la aku jujur. Sebenarnya aku memang dah bagitahu mama papa aku pasal aku nak duduk dengan korang. Tapi mama tak bagi."

"Ala..." rungut Syasya dan Hana serentak.

"Tapi....haa ada tapi tau...Papa macam biasa back up aku. Papa bagilah...Mama tak boleh cakap apalah kan so ya aku ikut korang pindah."

"Srslah wey?" tanya Syasya teruja. Apabila melihat Iya mengangguk, Hana dan Syasya bersorak keriangan.

"Ha lagi satu.  Pasal rumah tu korang cancel je lah. Aku sebenarnya dah beli kondo dah. Kita duduk kondo aku je."

"Ha?Srslah Ara. Tapi nanti bila kau kahwin sah sah lah kitaorang kena keluar rumah tu." kata Hana.

"Entah Iya ni. Tak pasal pasal kitaorang kena cari rumah baru." sokong Syasya.

"Jauh betullah korang fikir. Tentu tentu kalaulah kan aku kahwin, aku duduk dengan husband aku. So rumah tu nanti korang duduk je lah."

"Wey srslah? Okay aku janji nanti bil bil kat rumah tu biar aku, Sya dengan Eliy je bayar. Kira kitaorang tumpang rumah kau la ni kan."

"Apa cakap macam tu. Tu rumah korang juga. Tak ada tumpang tumpang. Nanti bagitahu Eliy hari sabtu ni ke dah bolehlah kita kemas apa yang patut kan."

"Wey kalau kita berempat je mahu patah pinggang. Kena ajak yang lain tolong." cadang Syasya.

"Ha nanti kita suruh la wira wira kita."

Apabila mereka sudah habis bersarapan di pantri, mereka pun ke tempat masing masing untuk memulakan kerja. Sambil mereka bergelak ketawa, langkah mereka terhenti apabila melihat Faiz yang baru sahaja tiba dengan wajah ketatnya itu. Kecut juga perut apabila melihat muka Faiz ketika itu. Pekerja yang berborak tentang berita hangat mengenai Faiz itu juga terhenti dan kembali ke tempat duduk mereka.

"Yang korang tiga orang tercegat dekat situ pahal? Dah tak ada kerja nak buat? Tak reti tengok jam dah waktu kerja?" sembur Faiz dengan nada yang dingin.

Mengelabah mereka semua mengambil tempat duduk masing masing. Iya pula perlahan lahan berjalan menuju ke biliknya. Belum sempat dia membuka pintu, Faiz menegurnya. Tetapi sedikit hairan apabila Faiz tidak memanggilnya seperti selalu.

"Ara. Aku nak kejap lagi kat meja aku dah ada fail keuntungan syarikat yang dekat Johor tu. Aku nak jumpa bos kejap. Kalau aku dah masuk bilik, fail tak ada kau siap!" kata Faiz memberi amaran. Nadanya itu sedikit pun tidak berlembut, tegas dan tegang.

Iya sedikit tersentak apabila Faiz berperangai dingin begitu. Bukannya dia tidak biasa, tetapi entah mengapa dia merasakan Faiz sudah lain. Faiz yang tak menunggu jawapan Iya terus melangkah pergi.

Kenapa dia tiba tiba macam tu? Dia ada problem ke? Tapi problem apa? Semalam elok je?"

DI DALAM BILIK FAIZ [ OFFICE ]

"Yang lain punya mana? Tak akan ni je?" tanya Faiz dengan nada seriusnya.

"Yang lain belum settle, Encik Faiz. Sebab projek ni baru lagi jadi belum tahu berapa banyak modal yang kita perlukan." jawab Iya sedikit gugup.

"Kalau ada apa apa bagitahu aku. Kau boleh keluar."

"Baik encik Faiz." kata Iya sambil mengambil fail di atas meja.

Mata Iya terpandang ke arah tangan Faiz yang berbalut. Hatinya mula tidak senang. Terselit perasaan risau dalam dirinya. Dia ingin tahu mengapa tangan Faiz berbalut.

"Kau tunggu apa? Ada apa apa lagi ke?" tanya Faiz apabila melihat Iya masih lagi kaku di situ. Perasaan marahnya kembali semula. Entah mengapa ingin sahaja dia menengking Iya ketika itu.

"Tangan awak kenapa?" tanya Iya yang memberanikan diri.

"Kau sibuk kenapa? Tangan aku lantaklah."

"Sebab saya nak tahulah. Kenapa? Semalam okay je."

"Kau tak payah sibuklah. Kau pergi keluar sekarang siapkan kerja kau."

"Awak ni kenapa Faiz? Saya tanya baik baik kan. Yang awak nak marah ni kenapa?"

Kau tanya aku kenapa aku marah kau? Eh kau sedar tak kau tu dah mainkan perasaan aku. Kau tahu? Aku benci kau. Kau dengan perempuan yang aku kenal semua sama!

"Tak.. yang kau beria nak tahu ni asal? Tak ada apa pun. Dah kau keluarlah. Aku banyak kerja nak buat." kata Faiz yang cuba mengendurkan sedikit nadanya.

"Okay saya tak tanya dah. Saya keluar dulu...btw kalau teruk pergi klinik." kata Iya berlalu pergi. Faiz hanya memandang ke arah pintu yang telah pun ditutup. Dia tersenyum sinis.

Ya kau sibuk sangat pasal aku kenapa? Aku ni kan kisah silam kau je. Tak payahlah kau beria sangat buat buat ambil tahu. Muak aku rasa.

Faiz dah berubah jadi baran...Habislah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience