BAB 11

Romance Series 8741

"Faiz." panggil Iya sambil berlari anak mengejar Faiz. Tapi hampa Faiz hanya membuat tidak tahu.

"Awak tunggulah saya." panggil Iya lagi.

Ish mamat ni siapa yang merajuk sebenarnya ni. Aku ke dia. Ish merajuk macam perempuan. Dia ingat drama ke main kejar-kejar. Aku ni dah lah pendek. Langkah kecik. 

"Sayang...tunggulah saya. Saya dah lah pendek. Langkah kecik. Awak boleh jalan laju laju pula." marah Iya memberhentikan langkahnya. Sejujurnya Iya tidak menyedari apa yang dia katakan.

Automatik langkah Faiz terhenti apabila Iya memanggilnya begitu. Dia terus mendapatkan Iya yang sudah mengadu kepenatan.Masam muka Iya ketika itu.

"Kau panggil aku apa tadi?" tanya Faiz.

"Panggil nama awaklah. Tak akan panggil nama Azim."

Faiz menarik muka apabila Iya menyebut nama Azim. Iya yang perasan air muka Faiz berubah tersengih.

"Saya panggil awak sayang." kata Iya perlahan. Faiz tersentak kemudian tersenyum.

"Ulang balik."

"Arh mengada."

"Ala ulanglah balik Sofea."

"Sayang."

"Panggil aku macam ni hari harilah. Baru sedap aku dengar."

"Arh banyaklah awak. Saya masih merajuk dengan awak tau. Ni saya pula kena pujuk awak."

"Mana air kau tadi?" perli Faiz.

"Dah bagi baliklah. Ye lah tadi ada orang tu jeles." perli Iya semula. Faiz tertawa.

"Sayang. Jom makan. Laparlah daripada tadi tak makan." ngadu Faiz.

"Macam ni awak pujuk gf awak? Patutlah kena tinggal."

"Eh cakap baik sikit. Aku yang tinggal dorang."

Iya tertawa melihat muka Faiz memandangnya tidak puas hati.

"Jom makan. Lepas ni awak kena jadi cc saya."

"Eh asal aku pula yang kena?"

"Kalau saya suruh lelaki lain bf saya marah." jawab Iya. Faiz dan Iya tertawa.

"Okaylah untuk miss artist aku semua boleh." kata Faiz dan berjalan mengiringi Iya.

****************************************

DI BILIK RESORT IYA.

Selepas sudah mandi, Iya sudah terbaring kepenatan di atas katil. Dia mengambil telefonnya. Terdapat noti di telefonnya.

"Sayang. Kejap lagi lepas mandi, keluar makan . Semua ada."

"Kalau dah siap bagitahu. Aku jemput kau."

"Jangan jalan sorang-sorang."

Iya tersenyum membaca mesej oleh Faiz.

Dia terus bangun untuk bersiap. Selepas 15 minit dia menelefon Faiz untuk mengambilnya.

****************************************

RESTORAN

"Iya, Faiz pergi duduk dengan Ikin Azim tu. Ha Eliy pun ada tu." beritahu papa Iya.

"Eliy? Bila dia sampai pa?"

"Baru je. Uncle Lan dengan Auntie Sha ada hal tu datang lambat."

"Eh uncle Lan." tegur Iya mesra.

"Ya Iya. Tu pergilah dekat Eliy. Tadi dia cari Iya."

"Okay. Faiz jom."

"Hye Eliy!!!!" tegur Iya teruja.

"Iya.... Kau pergi mana? Kesian aku sorang sorang." kata Eliy sambil memeluk rakan baiknya.

"Aku pergi balik mandi tadi. Kenapa kau datang lambat. Tak ada siapa nak tangkap gambar aku."

"Abis yang tadi saya tangkap tu apa?" celah Azim.

****************************************

Selepas mereka makan petang itu, seperti yang dikatakan oleh Iya, Faiz akan menjadi juru kameranya.

"Awak cepatlah. Awak pula pergi sana biar saya tangkapkan." arah Iya.

"Ish apahal aku pun kena sekali ni." kata Faiz merungut. Tapi tetap dia mengikuti kata kata Iya.

"Ala sekurangnya saya ada gambar awak sorang. One two smileee." arah Iya lagi.

"Awak tengok ni. Lawakan gambar awak saya tangkapkan." kata Iya menghampiri Faiz.

"Ya allah, hensemnya mamat ni. Untung sapa dapat dia ni." puji Faiz.

"Tapi kesianlah gf dia ni. Kena layan bf dia kaki jeles." perli Iya.

"Kau cakap apa tadi?"

"Kaki jeles." kata Iya lagi sambil menjelir lidah.

"Sofea....." panggil Faiz kemudian dia terus mengejar Iya.

Mereka berkejar kejaran seperi kanak-kanak. Nasib tiada ramai orang. Kalau tidak mahu orang kata mereka biul, sudah besar masih lagi main kejar kejar. Atau mungkin mereka akan ingat yang Faiz bermain dengan anak buahnya. Sudahlah Iya dikenali ramai. Tidak memasal menjadi viral pula.

"Okay..okay awak saya penat..." kata Iya sambil tertawa dan mencungap dek kerana berlari.

"Ha tau pun." jawab Faiz tertawa.

"Awak jom tangkap gambar berdua." ajak Iya.

"Mana ada orang nak tangkapkan."

"Kita minta tolong Azimlah."

"Ish tak ada orang lain ke? Azim tu juga kau suruh. Suruhlah Ikin tu ke?"

"Tak nak." jawab Iya laju. Dia memang anti dengan nama Ikin.

"Ouh pandai pula tak nak.Kalau aku kata aku tak nak Azim tangkapkan macam mana?"

"Ada sebut nama aku ke tadi?" celah Azim.

"Ada. Awak tangkapkan gambar saya dengan Faiz boleh?" cepat sahaja Iya mengatakan hajatnya tanpa menunggu jawapan Faiz. Faiz memandang tajam.

"Mestilah boleh. Meh telefon."

"Ha nah."

"Okay...Faiz senyumlah sikit bro. Kau tangkap gambar dengan awek bukannya tangkap gambar IC." gurau Azim.

"Awak...Senyum please." arah Iya tersenyum manis.

Aduh dia ni, tak bolehlah aku nak merajuk lama sikit. Pandai je pujuk. Eh nasib aku yang dapat kau tau Ara Sofea. Kalau orang lain fuh melepas aku.

Faiz memaniskan wajahnya memandang ke arah kamera. Ini merupakan kali kedua mereka bergambar bersama. Dan orang sama juga mengambil gambar mereka.

***************************************

"Memanglah tapi nak bandingkan, Eliy ni memang pro lah. Banyak gambar saya dia tangkapkan tau." puji Iya. Mereka tergelak kecil kecuali Ikin yang hanya membatu daripada tadi.

"Bro kau tengok. Kita dah tangkap dia banyak bunyi pula." ngadu Azim kepada Faiz.

"Itulah pasal. Penat aku tangkap gambar dia tadi. Itu tak kena ini tak kena. Nasib sayang kalau tak aku campak dia kat laut tu." kata Faiz selamba.

Ikin dan Eliy terkejut mendengar kata-kata Faiz sebentar tadi. Muka Iya sudah merah, lantas tangannya mencubit peha Faiz.

"Aduh...Sakitlah sayang." kata Faiz mengadu sakit.

"Faiz!" marah Iya. Dia betul betul malu ketika itu. Azim pula sudah tertawa besar.

"Iya...Kau tak bagi tahu pun yang kau dah ada bf.... Sampai hati." kata Eliy.

"Alah Eliy. Kitaorang baru lagilah. Kau pun bukan nak jumpa aku. Aku lama lama kat set tak ada pun kau datang jenguk."

"Kau fikir aku tak kerja nak menghadap kau je. SPM tak lama lagi. Risau aku."

"Lah awak ni Eliy. Chill lah. Jangan fikir sangat. Sekang holiday tak yah serabutkan kepala dengan SPM." kata Azim.

"Eh dah daripada tadi borak, korang dah order ke belum ni?" tanya Faiz.

"Dah...kau dengan Ara je tak order lagi."

"Ouh...Sofea. Kau nak air apa?"

"Nak jus tembikai."

"Makan?"

"Tak naklah...kenyang."

"Ayam masak merah. Okay." jawab Faiz selamba. Belum sempat Iya ingin membantah Faiz sudah bangun.

"Ish dia ni. Orang kata kenyang dia order jugak."

Azim dan Eliy tertawa melihat terlatah mereka.

"Iya srs lah apa tu nama bf kau? Ha Faiz....Srs lah Faiz panggil kau "aku kau" je?" tanya Eliy.

"Ha dia panggil aku macam tu lah."

"Nampak sangat dia main main je dengan kau. Mana ada bf cakap macam tu dekat gf dia." kata Ikin sinis.

"Tak akan kitaorang nak berbaby sayang depan semua orang. Malu lah nanti." jawab Iya.

"Iya...Kau beria cakap awak saya dengan dia. Dia selamba bahasakan diri dia aku kau. Kau tak terasa ke? Kalau aku...aku terasa bf aku cakap dengan aku macam tu." kata Ikin lagi meyakinkan Iya.

Semua terdiam. Ada logik juga apa yang dikatakan oleh Ikin dulu. Iya daripada dulu membahasakan dirinya saya dan dia juga pernah ingin mencuba memanggil Faiz dengan panggilan kau. Tapi Faiz tidak mengizinkan.

Entah entah apa yang Ikin cakap tu betul. Entah entah aku sorang je syok sendiri. Tapi Faiz layan aku baik. Tapi Iya tak mustahil dia just kesian dekat kau je.

Ikin tersenyum sebaris. Dia berasa puas kerana dia dapat merasakan bahawa Iya sudah termakan kata katanya.

"Eh asal semua diam ni?" tanya Faiz yang baru sahaja tiba.

Dia sedikit hairan melihat air muka Iya ceria tadi bertukar menjadi muram.

"Tak ada apa. Tiba tiba tak ada idea nak borak." kata Ikin lembut.

Faiz tidak langsung memandang ke arah Ikin yang sedang bercakap dengannya. Matanya masih tertumpu ke arah Iya yang tidak memandangnya. Eliy dan Azim menahan diri tersenyum.Mereka tahu, Ikin hanya ingin memusnahkan hubungan Iya dan Faiz. Mereka sendiri nampak cara Faiz melayan Iya bagaimana. Walaupun Eliy baru sahaja 10 minit berjumpa dengan Faiz, tetapi dia dapat rasakan Faiz adalah pilihan yang tepat.

"Awak orderkan saya juga ke?" tanya Iya secara tiba-tiba sambil memandang muka Faiz yang sedang merenung tepat ke arahnya.

Arh sudah.Faiz, awak janganlah pandang macam tu. Saya rasa macam saya pula buat silap. Ish apa ni aku buntu!!!!!

"Ha." jawab Faiz sepatah. Nadanya sedikit tegang.

"Awak order apa?"

"Tak order."

"Lah...kenapa tak order makan. Tadi awak suruh saya makan."

"Kita kongsi je lah...sayang bukan makan banyak pun. Kang Faiz ni juga kena habiskan." jawab Faiz selamba.

Eliy dan Azim sudah tersenyum lebar. Iya pula bagaikan terkena renjatan elektrik dan kaku.

Jap! Jap! Jap! Betul ke aku dengar yang Faiz bahasakan diri dia Faiz tadi. Dia dengar ke Ikin cakap. Mesti dia terasakan. Tapi comel juga dia bahasakan diri dia Faiz.

Apabila Faiz melihat Iya hanya kaku, dia menjentik dahi Iya. Lantas Iya tersedar daripada lamunannya.

"Sakitlah Faiz." ngadu Iya sambil memegang dahinya.

"Dah dia yang berangan. Sakit sangat ke? Sorry tak sengaja." kata Faiz sambil menggosok dahi Iya.

Tanpa menyedari ibu bapa mereka sedang memerhati gelagat mereka. Ibu bapa mereka tersenyum senang hati. Tetapi Puan Aisyah memandang menyampah.

"Kemain mesra lagi anak awak dengan Laila. Ada apa apa ke?" tanya Puan Aisyah mula mengorek cerita.

"Dorang tu satu sekolah. Satu kelas. Sebab tu rapat." kata mama Iya.

"Rapat tu rapat lah juga. Tapi tak manislah kalau orang pandang. Lagi lagi Iya tu artis. Ramai kenal. Tunggulah sehari dua mesti viral. Tak pasal pasal Faiz tu pun kena kecam." kata Puan Aisyah.

Jelas kata katanya membuatkan semua di situ tersentap. Tetapi Encik Ikhwan dan Encik Faizal hanya tersenyum.

"Kami faham apa awak nak cakap Aisyah. Saya kenal anak saya, Faizal kenal anak dia. Pandailah kami nak didik diaorang." jawab Encik Ikhwan lembut.

Semua terdiam termasuk Puan Aisyah yang seakan tidak menyangka Encik Ikhwan akan berkata begitu.

"Eh dah la tu berborak. Jom makan." ajak Puan Laila yang mahu memulihkan keadaan.

****************************************

"Awak apa ni...Nanti mama papa nampaklah." tegur Iya. Sebenarnya dia malu ketika itu.

"Lah uncle auntie tak tahu ke korang ni ada relay. Ingatkan dah tahu. Agak agak apa uncle auntie cakap eak? Ye la kita dah lah nak SPM lepastu korang sibuk bercinta diam diam belakang parents korang." perli Ikin.

"Buat apa nak bagitahu awal awal. Relay ni baru lagi. Macam macam boleh jadi. Kita tak tahu sampai mana relay ni. Kalau separuh jalan ha macam mana? Kesian parents kitaorang berharap." jawab Faiz selamba.

Entah mengapa Iya seakan terasa dengan kata kata Faiz. Adakah apa yang dimaksudkan Faiz mereka akan terputus hubungan suatu hari nanti. Atau Faiz hanya ingin mempergunakan Iya disebabkan dia tu artis?

Iya menahan air matanya daripada mengalir. Eliy sedia maklum dengan perangai Iya yang cepat menangis itu. Dia juga turut terasa dengan kata-kata Faiz itu. Ikin tertawa di dalam hati. Puas dengan jawapan yang diberikan oleh Faiz itu.

Kau tengok perempuan. Dia sendiri cakap macam tu. Dia sendiri tak confident dengan relay korang. Aku boleh tahu lah bila korang break. Sikit je lagi tak lama dah. Just wait and see.

"Ha tu makanan dah sampai." beritahu Azim bagi memastikan suasana tidak menjadi sunyi.

"Saya pergi toilet kejap." kata Iya dan terus berlalu pergi.

Dia tidak langsung memandang ke arah Faiz. Dia betul betul terasa dengan kata-kata Faiz tadi.

Aku salah cakap ke tadi? Asal dia tak pandang aku pun. Arh sudah kau ni Faiz. Apa kau buat ni...Tapi apa aku buat?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience