BAB 35

Romance Series 8741

Hari yang dinantikan sudah tiba. Rumah Encik Ikhwan dipenuhi saudara mara yang berdekatan dan beberapa media untuk meraikan hari bahagia Iya dan juga Faiz. Riuh rendah keadaan di rumah sewaktu itu.

"Wahhh Ara you cantik sangat." puji juru solek itu. Iya terseyum sebaris. Debaran di dada makin laju.

"Thank you. Ni sebab you lah makeup I. Off course lah cantik kan." puji Iya.

"Tapi you memang naturallah. I tak payah nak solek tebal tebal." kata juru solek itu. Iya tersenyum sekali lagi.

"Iya!!!! Omg cantiknya kau!" puji Eliy yang mencuri masuk bilik rakannya itu. Iya tersenyum memandang rakan rakannya. Dalam hati turut berdoa agar tiada sebarang perkara yang  terjadi dengan rakan rakannya.

"Seriuslah ni Ara Sofea? Wey kau lain sangat. Berseri muka kau." puji Hana pula.

"Elehhh Na...ye la tu." usik Iya.

"Betul Iya kau lawa sangat hari ni." puji Syasya pula. Iya tersenyum malu.

"Wey takutlah."

"Lah kau nak takut apa? Tunang je. Sarung cincin ha dah jadi Faiz punya."

"Bukan pasal tu lah Sya. Pasal orang tu." kata Iya perlahan. Bernasib baik, juru solek itu sudah pun keluar daripada bilik.

"Ouh pasal tu. Kau jangan risau, insya allah dia tak berani buat apa apa hari ni." kata Eliy tenang.

"Memanglah. Tapi dia boleh buat dekat hari hari lain. Aku takut kalau dia apa apa kan korang. Dah lah sampai sekarang, Faiz punya orang tak dapat kenal pasti lagi siapa orang tu."

"Itu lain hari lah fikir. Hari ni kan hari bahagia kau. Happy je okay."

"Adik.... Belah lelaki dah sampai. Adik turun ya." tegur mamanya di muka pintu. Mereka memandang ke arah puan Laila. Terbit rasa sebak di hati Iya apabil hari ini dia bakal menjadi tunang orang. Mamanya perlahan lahan datang menghampirinya. Walaupun selalunya mereka akan bergaduh sekiranya bertemu tidak bermakna puan Laila tidak merasa kebahagiaan seorang ibu itu. Iya memeluk mamanya. Sedaya upaya dia menahan diri supaya tidak menangis. Rakannya memandang sayu melihat mereka.

"Anak mama dah nak jadi tunang orang. Lepasni kena lebih jaga diri okay. Adik bawak nama family, bawak nama Faiz nanti. Cantiknya anak mama ni."

"Maaaaa...."

"Eh dah dah...jom turun ramai dah dekat bawah. Muka senyum okay ramai nak tangkap gambar anak mama yang cantik ni." pujuk mamanya. Iya tersenyum kemudian mengangguk.

Iya menarik nafas dan menghembuskan nafas. Debaran di dada memerontak. Dia perlahan lahan menuruni anak tangga. Semua juru kamera menjalankan tugas mereka, mengambil gambar Iya secantik yang boleh. Semua terpegun melihat kecantikan Iya dengan hanya memakai baju kurung moden berwarna meroon. Kini Iya menjadi tumpuan orang ramai. Iya sehabis baik memaniskan wajahnya. Bukannya dia tidak suka, tetapi berasa berdebar. Rakan rakan lelaki Iya turut memandang Iya tanpa berkelip. Mereka tidak menyangka Iya akan secantik itu. Rakan rakan Iya juga apa kurangnya, kelihatan manis berbaju kurung berwarna kream yang dibeli last minute. Nasib mereka mempunyai saiz yang senang dicari.

Setelah siap perbincangan, kini tiba masanya untuk puan Shila menyarungkan cincin ke jari bakal menantunya. Iya tersenyum memandang puan Shila yang sudah mendekatinya.  Puan Shila meminta tangan Iya dihulurkan. Lambat lambat cincin itu disarungkan. Tangan bakal ibu mertuanya dikucup hormat.

"Terima kasih Iya sudi jadi menantu mama." ucap Puan Shila gembira.

"Sama sama auntie."

"Mulai hari ni panggil mama okay."

"Okay ma." kata Iya malu malu.

"Okay pandang sini." arah juru kamera itu. Mereka tersenyum penuh kegembiraan. Setiap gambar yang diambil penuh dengan senyuman. Giliran gambar keluarga Iya pula

"My princess dah jadi tunang orang dah. Congrats adik." ucap abangnya. Iya berasa sebak kemudian abangnya itu dipeluknya. Gambar itu juga tetap ditangkap oleh semua orang.

"Anak papa. Lawanya. Adik, now adik dah jadi tunang orang. Tak lama lagi isteri orang. Dah tak boleh manja manja macam dulu dah."

"Papa....." panggil Iya sambil memeluk papanya.

"Eh orang pandanglah....Tak malu ke?" usik papanya sambil mengusap kepala anak bongsunya itu.

"Tak adik tak malu langsung. Apa apa pun adik tetap manja papa. Mama pun tak boleh ganti tempat adik."

"Ish budak ni. Dah tu cepat pandang kamera. Ramai lagi nak tangkap gambar dengan our princess ni." kata mamanya tersenyum. Mereka juga tergelak kecil.

"Wey aku tak sangka Iya tu lawa gila doh. Menyesal aku tak usya dia daripada dulu." kata Izz.

"Dia memang lawa daripada dulu lagi... Kau tablemates dia pun tak boleh caras ke?" usik Rezza.

"Gila aku nak caras time school dulu. Mahu lebam muka aku."

"Kau nak muka kau lebam sekarang tak? Yang kau cakap tu tunang aku tau." kata Faiz yang berada di sebelahnya. Mereka tergelak kecil.

"Rilek lah bro. Btw congrats... Wah dah jadi tunang orang. She's yours bro."

"Thank you Izz. Sebenarnya itu buatkan aku lagi risau. Aku belum dapat tahu siapa punya kerja semua ni. So korang kena hati hati juga." nasihat Faiz. Mereka hanya mendiamkan diri

"Eh bro pergilah. Turn kau pula tu ambil gambar dengan tunang kau." kata Rezza.

"Ha...korang tak nak join sekali?"

"Kejap lagi kitaorang join lah. Ni dia nak gambar korang berdua je."

"Ha okay okay."

Faiz mendekati Iya. Dia tersenyum memandang buah hatinya kelihatan cantik berbaju kurung itu. Dia juga apa kurangnya segak berbaju kemeja berwarna meroon. Kini mereka menjadi perhatian semua orang di situ.

"Hai." sapa Faiz tersenyum.

"Hai. Saya ingat awak tak datang." balas Iya malu. Tiba tiba suaranya tidak mahu keluar pula. Mungkin disebabkan ramai memandang mereka. Faiz tersenyum melihat wajah Iya kini membahang.

"Aku datang lambat sikit. Mama papa cakap aku tak payah ada waktu bincang."

"Ouhhhh."

"Sofea."

"Em."

"You are so beautiful." puji Faiz. Iya mengangkat kepala memandang Faiz. Dia tersenyum.

"You are so hansome." puji Iya pula. Kini mereka berdua tergelak kecil.

Bermacam gaya yang diarahkan oleh juru kamera. Mereka pula dengan rela hati hanya mengikut arahan itu. Setelah rasa gambar sudah banyak, Iya memanggil rakan rakannya untuk bergambar.

"Congrats Iya!!!" ucap Eliy. Mereka berpelukan.

"Thank you Eliy." ucap Iya tersenyum.

" Ara."

"Eh Azim. Hyeeeee."

"Congrats." ucap Azim tersenyum manis.

"Thank you."

"Welcome."

"Eh ni sampai bila nak ucap congrats je ni. Tu ha abang camera man dah penat tunggu." celah Rizwan. Mereka tertawa dan mengiakan kata kata Rizwan itu. Setelah beberapa gambar di ambil, juru gambar memberitahu mereka akan ke luar untuk mengambil video untuk dijadikan video clip Faiz X Ara.

"Bang kejap lagi kita buat. Bagi Ara makan dulu." bagitahu Faiz. juru gambar itu mengangguk setuju.

"Lah awak kita pergi ambil terus je lah."

"Mana boleh. Nanti kau gastrik macam mana. Now pergi makan dulu."

"Okay....Aaaa...wakkk." panggil Iya meleret.

"Apa?"

"Teman." ajak Iya tersenyum comel. Faiz mencuit hidung Iya. Geram melihat wajah Iya yang comel itu.

"Jom." ajak Faiz.

"Hye."

"Eh abang Zaf. Hyeee."

"Lawa Eliy hari ni." puji Zafran tersenyum. Eliy tersenyum malu.

"Terima kasih."

"Sama sama. Ni kejap lagi ikut adik pergi amik gambar kat luar ke?"

"Ha ah. Lagi pun malu la nak duduk sini. Ramai sedara abang."

"Lahh nak malu apa. Bukannya Eliy buat apa apa pun."

"Memanglah...tapi malu."

"Ha ye lah."

"Abang...abang tak nak ikut ambil gambar ke?" tanya Eliy tanpa sedar.

Kau merepek apa ni Eliyyy. Yang kau sibuk ni asal. Kalau dia ikut pun kau fikir dia nak ke tangkap gambar dengan kau? Eeeee buat malu je lah kau ni.

"Kenapa? Eliy nak abang ikut ke?" soal Zafran dengan nada mengusik.

"Ehh...Ermmm tak lah Eliy tanya je." jawab Eliy sedikit gelabah. Zafran tertawa kecil.

"Tengoklah macam mana. Kawan abang cakap nak datang."

"Ouhh."

"Abang Zaf." panggil seseorang. Serentak kepala Zafran dan Eliy memandang ke arah si pemanggil.

"Eh Kina. Baru sampai ke?"

"Haah. Kina baru sampai. Wahhh hensemnya abang hari ni." puji Kina. Eliy hanya memandang kosong. Sakit pula hatinya melihat Kina yang tersenyum senyum seperti kerang busuk.

Bukannya tidak tahu yang Kina memang daripada dulu simpan perasaan terhadap Zafran. Kina merupakan sepupu perempuan Zafran dan Iya. Daripada dulu Kina menangih kasih sayang Zafran, tetapi Zafran pula hanya melayan dengan anggapan hanya sepupu perempuan.

"Terima kasih."

"Abang jom tangkap gambar."

"Erm sure."

"Er you...boleh tangkapkan gambar tak?" tegur Kina apabila melihat Eliy hanya berdiam diri di situ.

"Me? Erm okay." jawab Eliy tidak ikhlas. Beberapa keping gambar di ambil. Dalam ketika itu pula, hatinya panas melihat Kina selamba memeluk lengan Zafran. Zafran pula hanya membiarkan. Semakin terbakar hatinya ketika itu. Zafran pula menyedari air muka Eliy sedikit tegang. Dia berasa pelik melihat Eliy yang tadi berwajah ceria namun kini sedikit tegang.

"Thank you."

"Welcome. Eliy pergi dulu lah." jawab Eliy dengan nada tidak dapat ditafsir. Tidak sempat Zafran ingin menghalang, langkah Eliy sudah laju meninggalkannya.

"Kau asal ni Eliy? Semacam je muka kau." tegur Izz. Semua terus memandang ke arah Eliy. Jelas wajah Eliy tidak seceria tadi.

"Tak ada apalah. Ni bila nak gerak ni?" tanya Eliy menukar topik.

"Tunggu Iya dengan Faiz jawab soalan wartawan tu. Kejap lagi geraklah. Kau asal tak sabar sangat ni?"

"Saja. Aku bosanlah. Dah lah cousin Iya ramai dekat sini."

"Eleh Liy...ha kau tahu tak daripada tadi aku nampak cousin Iya yang dekat sana tu usya kau. Untunglah ada orang suka." usik Syasya.

"Ha kan Sya kan. Aku pun perasan doh. Eliy kalau dia masuk line kau on jelah. Hensem juga tu." sokong Hana pula.

"Ini le perempuan pantang nampak yang hensem, terus okay je." celah Rezza.

"Lelaki pun sama je. Pantang nampak perempuan dahi licin semua nak kebas." balas Syasya. Yang lain tertawa melihat muka Rezza yang tidak puas hati.

"Hye." tegur seseorang. Mereka memandang ke arah si pemanggil. Lelaki yang menjadi bualan mereka tadi.

"Hye." sapa mereke mesra.

"Saya Haizad, sepupu Iya. Ni kawan Iya kan." kata Haizad memperkenalkan diri.

"Ouh Haizad. Haah." balas Azim.

"Kat sini siapa Eliy ek?" tanya Haizad ragu ragu. Hana dan Syasya sudah menanhan senyum.

"Em saya. Kenapa?"

"Ouh you rupanya. Betul lah I teka tadi. Iya panggil you."

"Ouh Iya panggil. Dia kat mana?" tanya Eliy dengan nada selambanya.

"Dekat depan. Jom." ajak Haizad.

"Ha okay." jawab Eliy sambil jalan bersaing Haizad. Yang lain hanya tersenyum. Mereka tahu Haizad daripada tadi memerhati Eliy.

Sudah 3 jam mereka berada di luar untuk membuat video pertunangan Iya dan Faiz. Hanya beberapa video sahaja kemasukan rakan rakannya. Mereka sudah pun duduk di pondok yang berdekatan di situ.

"Fuh ini baru tunang. Dia punya penat macam kenduri kahwin do. Penat aku." kata Rizwan sambil mengibas ngibas bajunya.

"Apalah kau ni Wan baru sikit kau dah penat. Kau setakat acah acah borak dengan gelak je tau." perli Eliy.

"Eh yang tadi kita snap sana sini tu apa?" kata Rizwan bengang.

"Ala awak ni tak bestlah. Saya baru nak ajak awak tangkap gambar. Em Sya, Eliy jom la kita tangkap gambar." kata Hana berjalan meninggalkan mereka.

"Eh awak. Ala kejaplah." pujuk Rizwan sambil mengikut langkah Hana. Mereka tertawa melihat Hana dan Rizwan.

"Liy, aku gi tangkap gambar dorang jap."

"Ha okay. Kejap lagi aku datang."

"Liy, tadi kau asal muram semacam je?" tanya Azim.

"Haah do. Nampak au muka kau berubah lepas borak dengan Zaf. Kau borak apa?" tanya Rezza.

"Tak ada apalah...aku okay je."

"Iyalah tu." kata Izz tidak percaya.

"Eh panjang umur. Tu ha Zaf dengan sepupu dia tadi."celah Azim apabila ternampak mereka.

Eliy mula tidak senang duduk. Dia terus mencapai telefonnya dan berbuat buat sedang mengambil gambar.

"Eh bro. Lambat sampai. Orang dah nak balik dah." tegur Rezza.

"Aku tunggu membe aku balik tadi. Ni adik aku dengan Faiz mana?"

"Tu ha kat sana tengah tangkap gambar. Ini baru tunang. Kalau dah kahwin silap silap 3 hari 2 malam agaknya." kata Rezza. Yang tertawa mendengarnya.

"Biasalah bro. Ini sebab mama aku yang suruh tangkap gambar dekar luar. Kalau ikut adik aku dia nak buat video dalam rumah je."

"Ala auntie buat macam tu sebab kau tengoklah sedara mara kau ramai mana. Baik buat kat luar." kata Izz.

"Hai Eliy." tegur Haizad.

"Hai."

"Leka you selfie. Kitaorang sampai pun you tak pandang."

"Sorry." jawab Eliy sambil tersengih.

"You...alang alang jom kita tangkap gambar." ajak Haizad. Berubah air muka Zafran ketika itu. Eliy pula sudah berbelah bahagi.

"Em okay. Azim tolong tangkapkan." jawab Eliy tenang. Zafran mula tidak senang duduk melihat mereka sudah pun berjalan meninggalkan mereka.

"Eh aku ikut doranglah." kata Zafran berlalu pergi.

"Ha okay." jawab Izz. Izz dan Rezza berpandangan. Berasa pelik melihat perangai Zafran.

"Finally habis pun." jawab Faiz mengeluh penat. Iya tergelak kecil.

"Ha ini baru sikit. Nanti nak buat pre wedding lagi."

"Perlu ke? Buat biasa biasa dah lah."

"Eh saya ni okay je. Tu orang kat rumah tu bising je nanti."

"Eh korang. Jom balik penat dah ni."

"Thank you korang sudi ada dengan kitaorang daripada pagi sampai petang."

"Ala tak ada hal lah Iya. Untuk kawab semua okay." jawab Izz.

"Dah jom balik." ajak Faiz. Mereka mengangguk setuju.

Sampai sahaja di kereta, Iya baru teringat dia tertinggal kasutnya di pondok sewaktu menukar selipar tadi. Faiz memandang Iya apabila dia tidak memasuki kereta.

"Kenapa ni?"

"Saya lupa nak ambil kasut kat pondok."

"Lahh...Nak aku ambilkan tak?"

"Tak apa saya ambil sendiri."

"Ha okay cepat sikit." arah Faiz.

Iya mengangguk faham. Dia terus melintas jalan dan mengambil kasutnya yang berada di pondok. Faiz setia menunggunya di luar kereta. Apabila Iya ingin melintas ke arah Faiz, ada satu kereta memandu had yang laju. Iya tergamam dan terkejut. Tak lama kemudian Iya menjerit kuat dah membuatkan Faiz tersentak.

"SOFEA!!!!!!!"

Sorry lambat update...sorry juga kalau bosan...niena memang kekurangan idea...apa apa pun apa jadi dekat Iya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience