BAB 29

Romance Series 8741

"Iya, jom makan." ajak Syasya yang sudah berdiri di depan pintu.

Muka Iya sedikit pun tidak mempamerkan dia ada mood ketika itu. Dia memandang Syasya sekilas sebelum matanya tertumpu pada fail yang berada di hadapannya.

"Pergilah...aku tak lapar."

"Lah kau asal ni? Jom la Iya semua turun pergi makan ni."

"Kau gerak jelah. Aku banyak kerja. Tak apa aku dah ada roti."

"Betul ni?"

"Ya..." balas Iya malas. Sepanjang perbualan itu, Iya langsung tidak memandang Syasya. Dia hanya sibuk memeriksa fail kerjanya.

"Em okaylah..aku gerak dulu. Nanti nak makan apa apa..call okay."

"Okay."

Apabila Syasya hilang daripada pandangan, Iya mengeluh perlahan. Bukannya dia tidak tahu yang mereka akan makan bersama Faiz dan Sarah. Sebab itulah Iya malas untuk mengikut. Hatinya masih lagi sakit kerana dituduh begitu oleh Faiz.

"Iya mana?" tanya Faiz apabila melihat Syasya keluar hanya berseorangan daripada bilik Iya.

"Dia tak nak join. Dia kata dia banyak kerja."

"Lah kenapa pula. Ni kan waktu lunch." kata Sarah.

"Entah dia kata tak lapar. Saya malaslah nak paksa dia. Muka pun serius semacam je. Tadi masa cakap mana ada dia pandang muka saya." beritahu Syasya.

Faiz mendiamkan diri. Dia tahu Iya marahkannya. Dia tahu kali ini salahnya kerana menuduhnya tanpa usul periksa. Faiz mengeluh perlahan.

"Korang gerak dulu. Hana ada kat bawah. Kejap lagi aku turun." beritahu Faiz.

Mereka mengangguk setuju. Walaupun Sarah berasa curiga tetapi dia hanya membuat riak biasa. Tidak mahu Syasya merasakan Sarah sejenis yang mengongkong.

TOK!TOK!TOK!

Iya merengus kasar. Dia memadang ke arah pintu.

"Aku cakap aku tak lapar! Kau pergi jelah." laung Iya kasar.

Sudahlah hatinya sedang sakit. Kini bertambah sakit dengan orang yang tidak faham bahasa. Pintu dibuka. Satu susuk tubuh sudah pun masuk ke dalam bilik Iya. Iya menjeling tajam dan kemudian memandang ke arah failnya semula. Hatinya mula menjadi panas kembali melihat wajah Faiz yang selamba.

"Asal kau tak nak makan?" tanya Faiz sambil bersilang tangan.

"Tak lapar." jawab Iya dengan nada kerasnya.

"Kau bangun ikut makan sekarang." arah Faiz. Namun itu tidak membuatkan Iya berasa takut dengannya.

"Tak nak." jawab Iya tanpa memandang ke arah Faiz.

"Aku cakap ikut aku pergi makan sekarang."

"Tak faham ke orang kata tak nak. Dekat pantri ada roti. Tahulah saya makan nanti." marah Iya apabila dipaksa begitu.

"Kau jangan banyak alasan. Bangun sekarang." arah Faiz lagi. Iya merengus kasar. Dia memandang tajam ke arah Faiz. Faiz sedikit tersentak, namun dia pandai menjaga riak wajahnya.

"Apa masalah awak ni. Saya tak nak...Nak paksa paksa kenapa? Apa bos memang kena arah semua benda ke? Makan pun nak kena arah? Saya tahulah nak makan." tinggi suara Iya. Sungguh dia tidak suka dipaksa begitu.

"Kang kau gastrik macam mana? Kang bapak kau marah kau pula." balas Faiz tidak mahu kalah.

"Itu hal saya bukan hal awak. Sakit saya, saya tahulah nak handle. Tak payah sibuk sibuk nak ambil tahu. Ambil tahu pasal Sarah je. Pergi keluarlah...Saya banyak kerja nak buat!"

"Ish degillah kau ni. Ikut aku sekarang!" kata Faiz sambil mencapai handbag Iya. Satu lagi tanganya menarik tangan Iya. Iya tersentak. Dia cuba untuk melepaskan tangannya.

"Lepaslah....Faiz lepaslah..."

"Before aku kiss kau. Baik kau diam ikut aku." kata Faiz memberi amaran. Iya terdiam, takut pula dia melihat wajah Faiz sudah menyinga itu. Sampai di dalam lif tangan Iya tidak dilepaskan. Turun sahaja di tingkat dobi, membulat mata semua melihat Faiz mengenggam tangan Iya dan satu lagi tangannya memegang handbag Iya. Muka dua dua kelihatan tegang. Iya cuba melepaskan tangannya, takut takut ada orang mengambil gambar mereka atau pekerja lain melihat kelakuan itu. Tapi hampa, makin kuat genggaman itu. Faiz mendekati mereka bertiga.

"Korang gerak tiga orang. Sofea ikut aku!" arah Faiz dan terus berlalu pergi. Belum sempat mereka ingin berkata. Masing masing hanya tercengang. Sarah memandang ke arah Faiz dan Iya. Hatinya bagaikan disiat siat. Dia hanya mampu tersenyum sebaris. Iya pula entah mengapa dia terdiam apabila Faiz memanggilnya Sofea. Sudah lama dia tidak mendengar panggilan itu.

****************************************

DALAM KERETA

Suasana di dalam kereta sunyi. Hanya kedengaran bunyi radio. Iya menyilang tangan tanda protes. Faiz pula, hanya tekun memandu. Mukanya kelihatan tegang sahaja. Iya masih lagi tidak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh Faiz.

"Awak nak apa sebenarnya ek?" tanya Iya tiba tiba.

"Nak apa?"

"Tak sekarang perlu ke awak tarik tarik tangan saya tadi? Kalau pekerja nampak macam mana?"

"Aku dah ajak elok elok. Kau yang degil. Memang itu je jalannya."

"Dah saya tak nak...perlu ke paksa?"

"Perlu. Kalau jadi macam dulu macam mana?"

"Itu urusan saya. Saya tahulah nak handle. Awak tak perlu sibuk."

"Aku ni tak adalah nak kesah sangat pasal kau. Tapi nanti buat kau pengsan lepastu call ambulans...Dah tak memasal office papa aku viral pulak..sebab apa? Miss artis pengsan sebab tak lunch. Nanti netizen semua slhkn syarikat. Cakap bos buli pekerja."

"Memang buli pun." jawab Iya sambil menjeling ke arah Faiz.

"Diamlah kau."

"Apa? Dah buat salah lepastu memang tak reti nak minta maaf ke? Dah lah tuduh lepastu tinggi tinggikan suara. Awak fikir saya tak ada perasaan ke?" luah Iya.

Sakit hatinya melihat Faiz yang selamba sahaja memandu kereta tanpa mempedulikan kata katanya. Dengan muka yang masam dia hanya memandang ke hadapan.

****************************************

Sampai sahaja di meja makan, semua hanya mendiamkan diri apabila melihat wajah Iya dan Faiz seperti singa lapar. Hana memanggil pelayan untuk membuat pesanan. Semua sudah mula memesan kecuali Iya dan Faiz.

"Faiz awak nak makan apa?" tanya Sarah lembut. Faiz memandang ke arah Iya yang diam daripada tadi.Dia mengeluh perlahan tanda dia mengaku kalah.

"Sofea, kau makan macam biasa kan?" tanya Faiz lembut. Sarah sedikit terasa hati apabila Fai mengabaikan persoalannya. Hana dan Syasya hanya lebih selesa mendiamkan diri. Iya hanya diam. Dia langsung tidak menghiraukan kata kata Faiz itu. Faiz memandang tidak puas hati. Mahu saja dia menarik rambut Iya ketika itu.

"Dik bagi jus tembikai dua..nasi putih daging merah pun dua." kata Faiz memesan makanannya bersama Iya. Pelayan itu mengangguk kepala dan ingin berlangsung pergi. Belum sempat dia melangkah Iya memanggilnya. Faiz sudah merasakan sesuatu.

"Kau jangan nak cancel. Aku sekel kau nanti." bisik Faiz.

"Ya kak?" tanya pelayan itu.

"Nasi putih daging merah yang lagi satu tu...bungkus tau."

"Ouh okay...Btw akak ni Ara kan? Pelakon tu?"

"Ha ye akaklah tu." jawab Iya mesra.

"Boleh kita bergambar?"

"Boleh boleh.Na tolong snapkan gambar." arah Iya. Hana hanya mengikut kata kata Iya. Beberapa keping gambar ditangkapnya.

"Terima kasih kak Ara."

"Sama sama." jawab Iya tersenyum manis. Yang lain juga turut tersenyum. Namun Faiz membuat muka selambanya.

Baik pulak mood dia ni. Tadi bercakap dengan aku pun tak nak. Ini kemain senyum lagi. Tak faham aku mood perempuan ni.

"Ara, asal kau nak bungkus ni? Asal tak makan sini je?" tanya Hana.

"Tangan aku sakitlah. Kang aku makanlah." jawab Iya jujur sambil memegang pegelangan tangannya yang dicengkam oleh Faiz semasa bergelut di dalam lif tadi.

Faiz memandang ke arah tangan Iya. Dengan kulitnya yang gebu itu jelas nampak kemerahan di tangan Iya. Terselit perasaan serba salah dalam diri Faiz. Perlahan lahan Faiz mencapai tangan Iya. Dia menggosok perlahan lahan kemudian ditiupnya. Seperti sedang menenangkan kanak kanak sahaja gayanya. Iya dan rakannya tergamam melihat perbuatan Faiz yang spontan itu. Sarah sudah menjeling tajam. Sakit hatinya melihat layanan Faiz terhadap Iya.

"Fa..Faiz? Awak buat apa ni? Malu lah dekat orang." kata Iya perlahan sambil cuba menarik tangannya. Tetapi Faiz menggelengkan kepala supaya jangan menarik tangannya, takut akan lebih sakit..

"Wey kau tengok tu, Ara dengan apa nama tah penyanyi tu tengah buat apa. Laki tu pegang tangan Ara wey." gosip rakan sekerja pelayan itu tadi.

"Comelnya dorang."

"Aku rasa dorang ni bercintalah... Tengoklah lelaki tu caring gila."

"Kan dorang cakap, dorang kawan rapat."

"Kawan apa kalau macam tu. Aku nak snap gambarlah."

"Eh kau ni janganlah...Tu kan privasi diorang. Kau jangan buat kerja gila kau ea."

"Ala biarlah. Dah gi ambil order kat meja sana. Diorang baru duduk tu." arah rakannya sambil mengambil dua tiga keping gambar. Pelayan itu menggelengkan kepala melihat perangai rakan sekerjanya.

"Sorry. Aku tak sengaja tarik tangan kau kuat sangat. Sakit lagi tak?" tanya Faiz prihatin. Iya tergamam. Sudah lama dia tidak melihat Faiz yang begitu risau tentang dirinya. Hatinya yang sakit beransur baik.

"Tak...dah tak sakit dah. Tak apa, salah saya sebab tarik tangan saya tadi." jawab Iya perlahan. Hana dan Syasya tersenyum melihat mereka. Tidaklah mereka melihat muka masam setiap kali keluar. Sarah pula sudah mengumpal penumbuknya.

"Ehem." dehem Sarah. Ia membuatkan Iya menarik tangannya semula. Tahu itu adalah kesilapannya.

Faiz hanya memadang Sarah sekilas. Hatinya berasa pelik melihat wajah Sarah yang sukar ditafsir. Tidak pernah dia melihat wajah Sarah begitu. Setelah beberapa minit minuman mereka sampai, makanan pun tiba termasuk bungusan Iya.

"Aku gerak dulu lah okay." beritahu Iya.

"Lah Iya, tunggulah dulu....Kita gerak sekali." cadang Syasya.

"Haahlah Ara. Kita gerak sekali jelah. Ni kau nak naik apa nanti? Tadi kau naik Faiz kan." sokong Hana.

"Naik grablah. Aku banyak kerja lagi nak buat."

"No...Kau jangan mengada nak naik grab. Tunggu aku habis makan. Lagi sikit je lagi."

"Ala Faiz. Tak apalah..Saya call grab yang selalu saya naik tu. Awak makan je lah, teman Sarah."

"Tapi....."

"Faiz. Janganlah paksa Ara. Biarlah dia nak balik office dulu. Dia banyak kerja tu. Kan Ara kan." celah Sarah tiba tiba. Iya tersenyum sebaris. Hatinya mula berasa tidak sedap apabila mendengar kata kata Sarah itu. Bukan kerana dia terasa hati tetapi nadanya seakan memberi dua maksud. Faiz terdiam. Dia juga mula berasa pelik melihat kelakuan Sarah itu.

"Saya pergi dulu." kata Iya dan bangun daripada duduknya.

"Sofea." panggil Faiz.Iya menoleh ke arah Faiz.

"Hati-hati." pesan Faiz. Iya tersenyum dan mengangguk kepala.

****************************************

DI  OFFICE

"Kenapa Sarah macam tu tadi? Kenapa aku rasa apa yang dia cakap tu macam ada something. Tak akan dia masih ada perasaan dekat aku? Tapi aku dah jelaskan. Dia sendiri terima apa keputusan aku." gumam Faiz di dalam hati.

5 TAHUN LEPAS....

[ DI HOSPITAL ]

"Sarah awak cakap apa ni? Kita dah janjikan tak kan ada perasaan dekat satu sama lain. Itu juga yang awak minta dulu. Tapi sekarang bila saya jumpa kebahagiaan saya kenapa awak macam ni?"

"Saya.....saya tak boleh tipu perasaan saya. Saya sayangkan awak Faiz."

"Tapi saya sayang Sofea. Saya cintakan dia. Awak tak boleh ke tengok saya bahagia dengan dia. Tolonglah Sarah, saya tak pernah rasa sayang dekat mana mana perempuan macam saya sayang Sofea. Kita dah janji kita akan kawan sampai bila bila kan. Awak tak nak ke tengok kawan awak bahagia Sarah. Kalau awak terus macam ni, saya sanggup kita putuskan persahabatan kita ni."

"Faiz! Sampai hati awak buat saya macam ni.  Saya yang kenal awak dulu. Saya yang ada dengan awak. Sanggup awak pilih dia daripada saya?"

"Awak lagi sampai hati Sarah. Dulu saya pernah suka dekat awak . Tapi apa awak cakap? Awak tolak saya Sarah. Awak cakap awak nak berkawan dengan saya. Saya terima. Tapi bila saya dapat kebahagiaan saya, awak buat saya macam ni? Kenapa Sarah kenapa? Saya minta awak buat pilihan, sama ada buang perasaan sayang tu atau kita putuskan persahabatan ni. Saya tak nak Sofea sedih. Saya tak sanggup kehilangan dia. Tolonglah Sarah...faham saya." rayu Faiz.

Sarah yang teresak sedaya upaya cuba untuk memberhentikan esakkannya. Dia mengelap air matanya dan menggangguk.

"Saya akan buang perasaan saya....Saya tak nak kita putuskan persahabatan kita Faiz."

"Terima kasih Sarah." ucap Faiz syukur. Mana mungkin dia akan tinggalkan Sofea, kekuatannya, kebahagiaannya. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi cinta hatinya.

****************************************

Arhhhhh kusutnya kepala aku. Apa aku nak buat ni? Tapi Sofea dah tak sayangkan aku? Perlu ke aku still bertahan dengan semua ni. Dia cakap dia tak bahagia dengan aku? Perlu ke aku lupakan dia?  Tapi Faiz, kau dah janji dengan diri kau yang kau akan dapatkan dia. Tapi apa yang dia cakap buat aku rasa sakit. Sakit sangat. Perlu  ke aku buat benda tu lagi? Perlu ke aku terima Sarah? Move on Faiz, Move on!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience