Kalau aku dapat dia aku sekel sekel kepala dia. Baru first day masuk kerja dah cari gaduh dengan aku. Dahlah poyo. Kau fikir kau hensem sangatlah. Muka macam tembok. Eh asal lah cepat sangat kau balik sini.
TOK! TOK! TOK!
"Masuk."
"Kau okay tak ni?" tanya Syasya sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi.
"Kau nampak macam aku okay ke? Eeee sikit main poyo lagi dia. Aku kalau dapat dia, memang aku debik belakang dia." luah Iya geram. Syasya tertawa mendengar kata kata Iya itu. Sungguh dia berasa geli hati.
"Kau gelak gelak apa. Kalau aku tahu tak ada meeting memang tak aku nak datang. Arhhh menyampah."
"Eh rilek lah kau ni. Patutnya kau kena happy jumpa kawan lama." usik Syasya.
"Happy apa. First day dah cari gaduh dengan aku. Tak jumpa pon tak apalah."
"Tak payahlah Iya. Aku tahu kau rindu dia. Tengok air muka kau pun aku tahu. Tu mata tu, mata kau tak pandai tipu."
Rindu? Ya memang aku rindu dia. Dia satu satunya lelaki yang buatkan aku tak boleh lupa pasal dia. Tapi aku still rasa takut. Takut kalau dia nak balas apa yang aku dah buat dekat dia 5 tahun lepas.
"Entahlah Sya. Aku sebenarnya takut."
"Lah kau takut apa?"
"Aku takut Faiz nak balas apa yang aku dah buat dekat dia dulu."
"Tak akanlah dia nak buat kau macam tu. Benda dah lama."
"Mana tahu datang angin gila dia nak serang aku."
"Apalah kau ni Iya. Kau macam tak kenal Faiz. Dia tak kan berkasar dengan perempuan. Tak akan dia sanggup buat kesayangan dia macam tu."
"Kesayangan? Dulu mungkin Sya, tapi sekarang mustahil."
"Mana kau tahu? Itu isi hati dia. Mana tahu dia still sayangkan kau... Ha kita tak tau Iya perasaan orang."
Kesayangan? Tak mungkin aku diletakkan di tempat tu lagi Sya. Mungkin aku dah diletakkan dekat masa silam dia.
PUKUL 1:30 PETANG
Iya sudah sibuk mengemas mejanya untuk pergi makan tengah hari. Hari ini dia sudah berjanji dengan papa dan abangnya untuk makan tengah hari bersama sama. Selepas siap mengemas dia terus keluar daripada biliknya.Tiba tiba dia terserempak dengan bosnya.
"Iya nak lunch dengan siapa ni?"
"Iya lunch dengan papa... uncle."
"Ouh kebetulan uncle pun memang nak lunch dengan papa Iya. Tumpang uncle je lah."
"Betul ke ni uncle? Tak susahkan?"
"Apa pula susah. Jomlah."
"Pa..." celah seseorang. Iya memandang ke arah si pemanggil, kemudian dalam masa 2 saat terus berpaling ke arah bosnya semula.
"Ha Faiz...kenapa? Dah siap?"
"Papa pergi dulu. Faiz nak jumpa orang kejap."
"Lah nak jumpa siapa pula?"
"Sarah. Rindulah kat dia pa. Dia dah kerja kat KL tau." beritahu Faiz teruja.
Ingin sahaja Iya terjatuh apabila mendengar kata kata Faiz. Sungguh terkesan di hatinya. Air mata mula bertakung.
"Uncle...Uncle pergi dululah....Iya nak pergi toilet...Sakit perutlah." kata Iya perlahan memberi alasan. Jelas kedengaran nada Iya sedikit berubah dan ianya mampu membuatkan Faiz ingin menghantuk kepalanya di dinding.
Faiz kau buat apa ni? Kau tengok kau buat apa kat dia. First day kau dah buat dia nak nangis. Dah dia nak pergi toilet sah sah dia nak nangis. Aduh bongoklah kau ni Faiz.
"Iya tak nak uncle tunggu?"
"Tak apa uncle. Iya naik grab nanti. Uncle pergilah dulu."
"Kalau macam tu ya lah. Jom Faiz." ajak papanya.
Belum sempat Faiz ingin membantah Iya sudah berjalan menuju ke tandas. Sampai sahaja di tandas air mata yang ditahan mengalir.
Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berasa sedih begitu. Sedangkan dia rasa dia sudah dapat melupakan Faiz. Perit rasanya melihat keterujaan Faiz ingin berjumpa Sarah.
"Iya kau tak boleh macam ni. Dah 5 tahun, kau buang dia dalam hidup kau. Kau lupa kau yang buang dia. Dah kau jangan sedih macam ni. Senyum okay." kata Iya kepada diri sendiri. Dia mengelap air matanya. Dia memandang cermin kemudian tersenyum
DI KEDAI MAKAN
Sampai sahaja di kedai makan, Iya terus mencari kelibat papanya. Terlihat papa bersama uncle Faizal, Faiz dan abangnya. Kemudian matanya beralih ke arah seorang perempuan yang duduk di sebelah Faiz.Dia tersenyum dan kemudian kakinya terus melangkah mendapatkan mereka.
"Hye sorry lambat." sapa Iya.
"Ha sampai pun.Ingatkan tak jadi datang tadi." kata papanya.
"Mana boleh tak jadi. Kan nak makan dengan papa dengan kesayangan sorang ni." kata Iya mengenyitkan mata kepada abangnya. Mereka semua tertawa melihat kelakuan Iya.
Terselit perasaan cemburu di hati Faiz.
"Banyaklah kesayangan. Kenapa lambat? Pagi lambat lunch pun lambat."
"Eh cakap baik sikit...awak yang tinggal saya tau. Penat saya panggil." ngadu Iya seperti budak kecil. Saja dia berbahasakan awak saya dengan abangnya.
Tinggalkan saya? Jangan cakap Sofea dah kahwin. Tak mungkin. Tak keluar kat mana mana pun dia dah kahwin. Kalau dia kahwin mesti viral. Tapi laki ni siapa? Tadi uncle Ikhwan just kenalkan nama je. Ke bf Sofea? Eh tak boleh jadi.
"Siapa suruh lambat."
"Eh dah dah. Kamu fikir kamu berdua ni pasangan ke nak awak saya bagai. Sedar sikit korang adik beradik. Ini kalau orang lain dengar viral pulak. Ara Sofea mempunyai pasangan baru. Dah tak memasal penuh kedai ni." celah papanya. Mereka semua tertawa mendengar kata kata encik Ikhwan.
"Ala tak apalah. Bf tak ada...abang ada pun jadilah. Abang jangan cari gf lagi tau. Nanti tak ada siapa adik nak bermanja."
Ouh adik abang rupanya. Kenapa dulu aku tak pernah nampak pun dia ni. Hensem. Hm tengoklah ayah dia macam mana an. Adik dia pun lawa. So Sofea single lagi lah kan.
"Eh dah lah adik ni malu kat orang. Tu kan ada kawan Faiz tu."
"Eh Sarah sorry saya lupa. Hyeee lama tak jumpa." sapa Iya mesra.
"Kan... lama kita tak jumpa. Dah nak 5 tahun juga kan."
" Ha tu lah. Eh Faiz kata tadi awak kerja kat sini? Berapa lama dah?"
"Ouh baru 2 minggu. Ara bila awak nak berlakon lagi. Lama saya tak tengok awak berlakon tau."
" Ala awak ni macam mama saya lah. Saya kalau boleh dah tak nak berlakon. Baik kerja je. Tapi tahu je la mama memang tak lah dia bagi saya berhenti berlakon. Ini okay lagi tau sebab apa apa orang call saya. Kalau dulu ya allah tahu tahu ada job mama terima." cerita Iya.
Bagaimana mereka boleh berbaik? Ia terjadi semasa dua hari selepas Iya meninggalkan Faiz. Mereka terserempak di kedai buku. Pada mulanya Iya ingin menjauhkan diri tetapi setelah memikirkan tentang Faiz, dia harus berjumpa dengan Sarah.
"Hye Sarah."
"Ara? Ya allah awak hilang pergi mana? Faiz nak jumpa awak tau."
"Saya tak pergi mana mana pun. Jom kita borak sikit. Tapi bukan kat sini."
"Okay boleh."
KEDAI MAKAN
"Ara...kenapa awak buat macam ni? Awak tahu tak Faiz dah tak terurus asyik sebut nama awak je."
"Saya tahu saya selfish. Saya buat ni untuk kebaikan semua orang."
"Kebaikan apa Ara? Faiz tu buat operation tu demi awak tau. Kenapa awak buat dia macam ni?"
"Sebab saya tahu awak sayang dia." jawab Iya.
Ara terdiam. Dia tidak menyangka ayat itu keluar daripada mulut Iya.
Macam mana Ara tahu? Dia dengar ke apa aku cakap. Jadi apa yang terjadi ni sebab aku? Sebab aku luahkan perasaan aku?
"Betulkan Sarah? Awak memang dah lama simpan perasaan dekat Faiz kan?"
"Ma...macam mana awak tahu? Awak ada ke masa tu?" tanya Sarah dengan sedikit gugup. Iya menganggukkan kepalanya.
"Ya saya ada masa tu. Saya nak tengok Faiz."
"A..ara. Awak dengar sini. Faiz tak sayangkan saya lebih daripada kawan. Percayalah."
"Tapi awak sayangkan dia. Jadi saya nak awak tolong saya."
"Tolong apa?"
"Tolong bahagiakan Faiz."
"Apa awak cakap ni Ara?"
"Gantikan tempat saya dihati Faiz. Saya tahu saya tak layak untuk dia. Saya tak pandai jaga hati dia. Haritu patutnya saya yang jaga dia. Tapi apa saya buat? Tak buat apa Sarah. Saya tuduh dia bukan bukan. Saya tak layak untuk dia Sarah."
"Tapi Ara dia sayangkan awak. Dia sayang awak sangat sangat."
" Awak cubalah dapatkan hati dia. Saya nak awak jaga dia baik baik. Bahagiakan dia. Buat dia tersenyum."
"Tapi...."
"Please Sarah. Saya merayu dekat awak... Saya minta itu je. Dan lagi satu... saya nak awak rahsiakan hal ni. Janji dengan saya."
Berat hati Sarah ingin mengiakan kata kata Iya itu. Tetapi dia berasa simpati melihat Iya merayu dengannya. Lambat lambat Sarah menganggukkan kepala tanda setuju. Iya tersenyum senang hati.
****************************************
"Saya faham mesti awak penatkan. Tapi best apa ramai orang kenal."
"Best? Kalau fans bestlah. Kalau haters. Fuh jangan buat gila. Saya pernah kena simbah air tau masa saya pegang watak jahat tu." kata Iya terlepas kata. Dia mengerutkan dahinya apabila dia sudah terlepas cakap.
"Bila masa adik kena simbah ni? Kenapa papa tak tahu?" tanya papanya berbau risau. Iya tersengih.
"Ala papa tak ada apalah. Dia simbah guna air kosong je."
"Sampai macam ni ya netizen buat dekat Iya. Tak sangkalah pula uncle yang berlakon kena tanggung risiko macam ni." celah papa Faiz.
"Macam ni lah uncle nak cari makan. Ala lagipun dah lama lah kes tu." beritahu Iya tertawa kecil.
"Lain kali jadi lagi bagitahu abang. Biar saman je orang macam tu."
"Ish abang ni tak kan sampai camtu. Eh adik laparlah. Dah order untuk adik?"
"Dah...Daging masak merah."
"Wah...abang macam tahu tahu adik suka makan. Sayang abang lebihlah macam ni."
"Bukan abang yang order. Faiz yang order." beritahu abangnya selamba.
"Saya tak tau awak minat makan apa sekarang, jadi saya order je lah."
"Terima kasih." ucap Iya.
Selera saya tak pernah berubah Faiz. Tak sangka awak masih ingat apa yang saya minat. Faiz...Saya harap kebahagian menyebelahi awak.
Setelah habis makan, mereka semua ingin beransur balik ke pejabat. Iya dipaksa menumpang Faiz. Bermacam alasan juga diberikan tetapi tetap dipaksa oleh papanya. Iya mengambil tempat duduk belakang. Saja diberikan tempat duduk depan kepada Sarah.
"Ara. Awak baru bekerja dengan papa ke?" tanya Sarah.
"Ha ah baru lagi. Em baru masuk tiga minggu."
"Baru tiga minggu dah masuk lambat." perli Faiz.
Iya menjeling ke arah Faiz. Sakit pula hatinya. Sarah terdiam. Entah mengapa dia berasa kekok.
"Bos tak marah yang awak lebih lebih kenapa? Awak pun baru masuk hari ni Encik Faiz." jawab Iya.
"Eh tak lama lagi syarikat tu jadi milik saya juga. Saya tak nak pekerja saya tak berdisiplin macam awak."
"Hey baru lambat 5 minit kot. Bukannya saya sengaja lambat."
"Tetap lambat. Kalau saya dah jadi bos, saya buang pekerja macam awak ni."
"Eh kalau Encik Faiz yang dah jadi bos, tak payah nak pecat saya sendiri hantar surat berhenti!" balas Iya sambil bersilang tangan.
"Eh dah lah apa gaduh gaduh ni." celah Sarah.
"Sarah awak cakap dengan bf kesayangan awak ni, baru first day kerja jangan berlagak macam bos."
Sarah terdiam. Entah mengapa dia berasa berdebar apabila Iya memetik perkataan BF itu.
"Kesayangan, awak cakap dekat kawan awak tu, suruh dia diam sebelum saya berhentikan dia tepi jalan." balas Faiz tidak mengaku kalah.
Sarah bagaikan terkena panahan apabila Faiz memanggilnya kesayangan. Sungguh dia berasa gembira saat itu. Iya yang dengan perkataan itu hanya seperti angin lalu. Langsung dia tidak kesah tentang hal itu. Hatinya masih sakit apabila Faiz mencari gaduh dengannya.
"Okay stop. Stop. Korang ni macam anjing dengan kucinglah bergaduh. Faiz dah la tu." tegur Sarah.
Iya dengan muka yang masamnya menyilang tangan dan memandang ke luar tingkap. Faiz pula entah mengapa hatinya berasa geli hati apabila dapat bergaduh dengan Iya. Keadaan menjadi sunyi sehingga sampai ke tempat kerja Sarah. Langsung Iya tidak menganjak ke depan apabila di suruh oleh Sarah.Katanya dia lebih selesa duduk di belakang. Faiz dan Iya meneruskan perjalanan ke pejabat meraka. Iya langsung tidak melayan Faiz malah dia membuat sibuk melihat telefonnya.
Btw kan niena takut novel niena tak best sebab tak ada yang komen. Atleast yang membaca tolong komen plz untuk niena tahu kekuarangan novel ni...But if tak ada sambutan niena akan stop sampai sini je kot. Terima kasih yg sudi baca.
Share this novel