BAB 8

Romance Series 8741

Setelah beberapa jam di jalan raya, mereka pun tiba ke destinasi. Sepanjang perjalanan Iya dan Faiz banyak mendiamkan diri. Mungkin tidak biasa berborak berhadapan dengan ibu bapa mereka.

"Kita check in resort dululah. Kejap lagi baru kita pergi makan." kata encik Ikhwan.

"Abis adik macam mana pa? Satu bilik dengan papa mama?" tanya Iya. Dia tidak mahu duduk berseorangan di resort.

"Eh apa pula adik duduk bilik papa mama. Adik duduk bilik adiklah."

"Ala pa....adik tak nak." rengek Iya.

"Penakutlah tu." kata Faiz selamba. Iya memandang tajam ke arahnya.

"Awak diamlah. Pa, adik tak nak duduk bilik sorang-sorang. Papa pilih dua. Nak adik balik ke atau bagi adik duduk satu bilik dengan papa."

Mereka semua tertawa melihat terlatah Iya. Iya memang seorang yang penakut orangnya.

"Adik tak payah mengada. Duduk je lah bilik tu. Bukan ada apa-apa pun." balas mamanya.

"Ma....Adik tak nak sorang-sorang."

"Ha adik duduk satu bilik dengan Ikin lah. Anak uncle Imran tu." cadang papanya.

Terbutang biji mata Iya apabila mendengar nama itu. Selain Syasya, Ikin merupakan musuh ketatnya. Ada sahaja perempuan itu tidak puas hati dengannya. Setiap kali bertengkar mulut,mesti Iya akan dipersalahkan. Mana tidaknya, selain mama Ikin, mamanya juga menyebelahi Ikin. Entah apa yang bagus sangat dengan gadis itu Iya pun tidak tahu. Memang tidaklah dia bersetuju untuk berkongsi bilik dengan gadis itu.

"Papa nak perang kali ke berapa jadi balik ke?  Kenapa adik tak tahu dia pun ada. Holiday ni untuk apa sebenarnya?" tanya Iya tidak puas hati.

"Iya...." tegur mamanya.

"Sebenarnya ni reunion dengan kawan papa. Diorang suruh ajak ahli keluarga sekali. Sebab tulah Iya pun kena ikut." jelas papanya.

"Kalau Iya tahu, memang tak Iya nak ikut. Lagi-lagi ada minah tu. Ish kenapa dia jadi anak kawan papa eak."

"Ara Sofea! Jaga sikit mulut tu. Awak tu perempuan. Selama ni... Iya yang cari gaduh dengan Ikin tu. Dia okay je mama tengok." tegur Puan Laila sedikit tegas.

"Mama lebih percayakan dia daripada anak mama sendiri?"

"Dah jangan nak cari gaduh dengan mama. Malu dekat family uncle Faizal ni. Iya pilih duduk sorang atau kongsi bilik dengan Ikin?"

"Duduk sorang!" balas Iya dengan cepat tanpa berfikir. Nadanya sedikit meninggi. Rela dia duduk sorang daripada duduk dengan musuhnya itu.

"Sofea...." tegur Faiz lembut. Iya memandang Faiz. Daripada memek muka Faiz, Iya dapat memahami apa yang Faiz ingin sampaikan.

"Sorry. Iya nak kunci bilik. Iya penat." balas Iya dengan nada perlahan.

Dia tahu dia tak patut bergaduh dengan mamanya di hadapan orang. Dia juga sendiri yang menegur Faiz di RNR tadi. Kini dia pula yang dingin.

Encik Ikhwan menghulurkan kunci pintu bilik milik Iya. Kemudian dengan pantas Iya terus menarik begnya dan menghala ke lif. Semua hanya memandang kosong. Faiz ingin mengikuti Iya,namun dia merasakan lebih baik  dia membiarkan Iya tenangkan dirinya dulu.

"Sorry Iya tu pun jenis kepala hangin juga tu." beritahu papanya.

"Ha sama jelah dengan si Faiz ni. 2 kali 5 je." balas puan Shila.

"Faiz pula kena. Ma..Faiz nak kunci bilik.Faiz penat nak rest." kata Faiz. Sebenarnya dia malas ingin medengar mama papa nya berborak mengenainya. Lagipun dia masih panas hati tentang kejadian tadi. Nasib ada Iya sahaja, kalau tak memang sah-sah dia mengambil grab untuk pulang.

"Ha nah. Pergilah rest dulu. Apa-apa mama call."

"Ok ma."

****************************************

DI BILIK RESORT IYA

Ish apahal minah tu ada eak? Semak betul lah. Ha kang mesti cari gaduh dengan aku. Menyampah betul. Mana aku ada situ juga kau ada. Hilang mood aku nak bercuti. Kalau aku tau, memang tak aku ikut. Baik duduk dengan Cik Mah kat rumah. Ada juga kawan borak. Nak harap kan mama asyik busy je. Serius kau potong mood aku nak bercuti dengan family aku dengan Faiz.Jap. Faiz? Apahal aku ni? Buang tebiat tiba-tiba ingat kat dia. Ingat kau dengan dia kawan je. Kawan? Betul ke kita kawan?Bukannya semalam..... Arhhh kau ni merepeklah Ara Sofea. Ingat kau nak SPM. Ni kira last kau holiday. Lepas ni just fokus untuk study.

RING!!!!

"Aduh siapa yang call ni? Dia tahu tak mood aku tak ada. Ha duduk le situ. Malas aku nak angkat. Mandi lagi bagus. Sejuk sikit hati." bebel Iya.

Sungguh dia tiada mood waktu itu. Ingin sahaja dia menelefon Pak Mad untuk mengambilnya. Tetapi setelah memikirkan yang papanya dan kesiankan Pak Mad, dia mematikan niatnya itu.

****************************************

BILIK RESORT FAIZ

"Dia tak angkat aku punya call? Kurang asam punya budak." marah Faiz apabila panggilannya tidak dia jawab oleh Iya.

"Tadi beria marah aku. Cakap tak baik lah. Nak spendtime bagai. Ini tiba-tiba dia pula moody. Aduh ni siapa nak teman aku makan ni kang? Nak makan dengan papa mama? Fuh memang bergaduh nanti. Aduh miss artist, kau tak payahlah marah lama-lama pisyang aku nanti. Ikin? Siapa minah tu eak? Sebab nama dialah baby aku dah tak ada mood. Ceh Faiz baby lah sangat. Ni dengar dek Sofea, mahu dia kata kau biul. Arh tak boleh jadi kejap lagi aku kena pergi bilik dia. Apa guna bercuti dengan family dia tapi aku sorang- sorang." bebel Faiz seorang diri.

Dia terus mencapai tuala untuk mandi. Kemudian dia berasa ingin mengambil masa satu jam untuk melelapkan mata. Walaupun bukan dia yang membawa kereta namun badannya tetap berasa keletihan.

****************************************

TOK!TOK!TOK!

"Arh siapa yang ketuk pintu ni." rungut Iya sambil bangun menghampiri pintu.

"Iya tak nak makan!" laung Iya tanpa membuka pintu.

Pintu itu diketuk sekali lag. Iya mula panas hati. Dengan kasar dia membuka pintu.

"Iya cakap Iya tak......." belum sempat dia menghabiskan kata-kata apabila melihat bukan mama papanya yang mengetuk pintu tetapi mamat robotnya. Terbeliak mata Iya saat itu.

"A...awak buat apa dekat sini?" tanya Iya sedikit gugup.

"Nak ajak kau makanlah. Kau tak reti lapar ke terperap dalam bilik ni."

"Awak pergilah makan. Saya tak lapar."

"Banyaklah kau punya tak lapar. Tadi kau makan jajan je. Apa jajan tu buat kau kenyang ke?"

"Haah kenyang. Awak pergilah makan dengan mama papa awak."

"Malaslah...Tentu-tentulah diaorang buat reunion mestilah dorang tengah makan-makan. Sofea jom lah teman aku makan."

"Ala saya malaslah."

"Kau yang beria suruh aku stay tadi tau. Kang aku balik je ni kang." ugut Faiz.

"Eleh fikir saya kesah? Pergilah balik." cabar Iya.

"Kau jangan cabar aku... Okay aku balik sekarang. Menyesal aku ikut cakap kau tadi. Tadi beria suruh aku stay. Ni dah stay kau tak nak layan aku. Dah lah aku nak balik." kata Faiz. Faiz memang kelihatan serius ketika itu.

Sejak dia mengetahui bahawa bukan keluarganya dan keluarga Iya sahaja bercuti, dia sudah tiada mood. Ini semua hanya disebabkan Iya.

Apahal kau ni Iya. Yang kau panas hati dengan Faiz ni kenapa? Dah lah kau pujuk dia suruh ikut. Ni kau biarkan dia macam ni. Ha baik sangatlah tu mainkan perasaan orang. Masalah kau dengan family biar dengan family je lah. Tak payah campur dengan Faiz ni sekali. Ha tengok muka dia dah srs. Kau ni Iya bikin moody la.

Baru sahaja kaki Faiz ingin melangkah. Iya memanggil namanya. Faiz tersenyum sebaris dan terus berpusing kembali.

"Apa dia?" tanya Faiz dengan nada saja ditegangkan.

"Sorry. Saya tak patut layan awak macam tu. Saya tak patut lepaskan marah saya dekat awak. Okay saya ikut awak makan. Tunggu kejap tau. Tak akan saya nak keluar macam ni. Lari fans saya." kata Iya. Sempat lagi dia menunjuk riak depan Faiz. Dia terus masuk ke dalam.

Baguslah tak ada fans. Kau tu aku punya sorang je. Tak ada sape boleh ambil kau daripada aku Ara Sofea. Fuh ayat macam dalam drama tv 3 doh Faiz. Arh tak kira memang taklah aku nak bagi peluang kat sesiapa.

**************************************

KEDAI MAKAN

"Lepas ni kita nak pergi mana? Aku bosanlah terperap dalam bilik resort je." kata Faiz.

"Em kita pergi jalan dekat-dekat sini dululah. Mana tahu mama papa kita nak bawak kita berjalan lepas ni."

"Confident je kau. Dorang kalau dah jumpa kawan dorang mana nak ingat kita ni."

"Aku cakap je." kata Iya perlahan. Dia teringin ingin membahasakan dirinya "aku" kepada Faiz. Bukan apa seperti janggal pula apabila dengan kawan yang lain membahasakan dirinya  "aku" tetapi dengan Faiz membahasakan dirinya saya.

Seperti yang dijangka, Faiz memandang pelik ke arah Iya. Entah mengapa dia tidak berasa gemar apabila Iya membasakan dirinya seperti itu.

"Kau ulang balik?"

"A...ku cakap je." ulang Iya dengan nada seperti takut-takut. Mana tidaknya, muka Faiz saat itu kelihatan ketat.

"Aku tak nak kau bahasakan diri kau macam ni. Aku tak suka."

Eh kalau dia boleh pulak panggil aku... aku kau. Mana aci macam ni. Dia boleh aku tak boleh.

"Kenapa pula? Kau boleh je panggil aku macam tu."

"Sofea.... Aku tak suka. Kau nak bahasakan diri kau dengan yang lain suka hatilah. Dengan aku no way!"

"Awak ni kan.... semua benda tak......." belum sempat Iya menghabiskan kata-katanya, ada seseorang memanggil namanya. Faiz dan Iya terus memandang ke arah si pemanggil.

"Eh betul lah ni Ara kan." tegur wanita itu mesra.

"Ha ya saya." jawab Iya tersenyum.

"Boleh kita bergambar?"

"Eh mestilah boleh." kata Iya. Mereka mensnap dua tiga keping gambar.

"Terima kasih. Eh ni yang dalam live Ara tadi kan?"

"Ha ah. Dia ni lah."

"Wah...Dalam live hensem, kat luar lagi hensem. Boleh kita bergambar?" ajak wanita itu.

Iya memandang ke arah Faiz. Faiz masih lagi terkebil-kebil. Tiba-tiba idea nakalnya datang.

"Kau jangan berani cakap boleh eh robot. Aku hentak kau nanti. Yang minah ni pun sibuk nak tangkap gambar dengan Faiz ni kenapa... Hey gf dia dekat sini tau." gumam Iya dalam hati.

"Boleh...Ara snapkan gambar." arah Faiz selamba.

Terbutang mata Iya apabila Faiz bersetuju. Ingin sahaja dia kata tidak boleh. Tetapi apabila dia memikirkan perkara akan terjadi, dia terpaksa bertahan. Lambat-lambat Iya mengambil telefon itu daripada tangan wanita itu. Faiz yang menyedari air muka Iya berubah menahan ketawa.

Ha tahu pulak kau jeles. Macam tulah aku rasa masa kau tangkap gambar dengan si Azim tu. Lain macam muka dia ni, macam marah betul je. Ha kerja kau nak pujuk dia ni kejap lagi.

Belum sempat Iya mengambil gambar, tiba-tiba telefon wanita itu berbunyi. Dengan pantas Iya menyerahkan telefon itu kepada wanita itu. Jauh di sudut hati, dia bersyukur kepada si pemanggil kerana telefon tepat pada waktunya.

"Sorry saya kena pergi dulu. Terima kasih Ara."

"Sama-sama." ucap Iya mesra.

Selepas wanita itu hilang daripada pandangan,terus Iya memandang Faiz dengan pandangan yang tajam. Faiz sudah tersengih.

"Gatal." marah Iya.

"Lah dah dia yang nak tangkap gambar dengan aku. Bukan aku yang offer." jawab Faiz selamba.

"Boleh je cakap tak nak kan! Alasan je. Padahal memang nak tangkap gambar dengan dia." marah Iya lagi. Ya, dia berasa cemburu saat itu.

Faiz sudah tertawa apabila melihat wajah Iya masam mencuka. Terasa comel pula melihat Iya sedang marah.

"Lah....jeles ke?" usik Faiz.

"Eh tak lah. Okay je." perli Iya.

"Okay okay. Sorry sayang." ucap Faiz.

Membulat mata Iya apabila mendengar kata-kata Faiz itu.

Aku tak salah dengar kan? Dia cakap sayang kan tadi? Ke aku salah dengar?

"Ya aku panggil kau sayang." jawab Faiz seakan tahu apa yang difikirkan oleh Iya.

Iya tertunduk malu. Sikit sikit dia mula tersenyum. Jarang-jarang robot nak sweet macam ni. Kalau macam ni, hari hari nak merajuk nak marah.

"Sofea." panggil Faiz lembut.

Lambat-lambat Iya mengangkat kepala memandang Faiz yang sedang tersenyum menghadapnya. Muka Iya mula berasa bahang dek kerana malu.

"Hm ya."

"Jom tangkap gambar."

"Ha? Awak serius nak tangkap gambar ni?"

"Ya lah kenapa?"

"Saya baca komen dekat gambar kita, kawan awak cakap, awak susah nak bergambar dengan perempuan."

"Itu dengan orang aku tak suka. Sekang aku suka kau. Jom lah. Kang aku ajak budak tadi tu kang." ugut Faiz.

Aku rasa aku nak lari daripada sini.Dengar tak dia cakap apa? Dia cakap dia suka aku wey! So dia betul-betul serius dengan hubungan ni lah. Aduh malu lah macam ni.

"Eh tak ada tak ada. Awak boleh tangkap gambar dengan saya je."

"Tahu lah miss artist." jawab Faiz sambil mencuit hidung Iya.

Mereka tersenyum. Saat yang tiada sebarang gangguan. Jujur waktu itu, Iya berasa selesa dan tenang bersama Faiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience