BAB 5

Romance Series 8741

KEESOKKAN HARINYA

Jam sudah menunjukkan pukul 4:40. Waktu yang dimana perlawanan akan bermula tidak lama lagi.Faiz masih mencari kelibat Iya tapi hampa masih tidak kelihatan.

Mana Iya ni?Tak akan dia tak datang.Semalam tengok gaya macam on je. Hilang semangat aku nak main.

"Woi. Kau cari apa? Daripada tadi aku tengok mata kau melilau." tegur Rezza

"Tah kau cari siapa? Awek kau dari Melaka nak datang ke?" usik Rizwan.

"Mana ada. Eh dah lah jom arh. Dah nak mula."ajak Faiz. Kedengaran nada Faiz sedikit tegang.

****************************************

DALAM KERETA

"Pak Mad,cepat sikit Pak Mad. Iya dah lambat ni."

"Iya dah habis shooting ke ni?"

"Dah Pak Mad. Semalam Iya abiskan shooting 3 seen tadi 2 ha kan habis dah tu."

"Mama tahu tak ni?"

"Tak...tapi Iya dah bagitahu papa. Dia okay je. Pak Mad jangan bagitahu mama tau. Nanti dia bising.

"Ha yalah."

"Cepat Pak Mad dah mula ni. Kesian kawan Iya.Iya dah janji nak datang."

"Yelah Pak Mad dah bawak laju lah ni Ara Sofea." kata Pak Mad. Iya tertawa kecil. Iya tahu dia sedikit mendesak.

Tiba-tiba dia teringat peristiwa di set. Dia yang  memujuk Uncle Lan untuk menghabiskan wataknya hari ini. Setelah memujuk rakan artis yang terlibat dalam seen itu, dia memujuk pengarahnya pula. Iya memang pandai memujuk.

"Ala uncle...Kita habiskan seen Ara hari ni lah. Lagi pun ada tinggal satu je lagikan. Boleh la uncle."

"Tapi Ara, Kak Sweet tak ada ni."

"Itu Ara dah settle. Dia pergi beli air kejap."

"Wah...dah pujuk kakak dia awal-awal patutlah. Ada je kan Ara ni."

Iya tersengih.

"Boleh ea uncle. Ara nak SPM dah..kalau boleh malas fikir shooting lagi."

Eceh kau Iya. Padahal nak tengok robot kau main bola hari ni. Dan dan le kau ada SPM bagai.

"Ha yelah."

"Thank you uncle." ucap Iya gembira.

Ini kalau robot ni tahu aku datang mesti terharu. Aku jaranglah nak hampakan kawan aku.Ceh Iya kawan pula. Ritu beria cakap tak mengaku kawan bagai. Kau memang tak boleh orang pujuk. Eh tiba-tiba rasa tak sabar. Arhhh ngada pula kau Iya.

****************************************

DI  SEKOLAH

Iya terus melangkah ke arah padang. Terlihat ramai juga yang hadir. Dia terus menghampiri Izz yang sedang duduk menyaksikan perlawanan. Bukannya Izz tidak layak untuk masuk perlawanan tetapi dia hanya malas.

"Izz."

"Eh Iya kau pun datang."

"Ha ah. Aku dah janji dengan orang."

Entah mengapa dengan mudah dia membahasakan dirinya "aku" dengan Izz. Tetapi dengan Faiz masih membahasakan dirinya "saya." Mungkin disebabkan sudah lama tidak bertegur dan Iya masih tidak biasa.

"Arh kau. Tak payah orang sangatlah. Cakap jelah kau nak tengok Faiz. Mentang-mentang dah baik semalam."

"Shhhhh. Eh mana team Faiz?"

"Tu ha yang baju biru tu. Patutlah tadi Faiz macam tercari-cari orang. Dia cari kau lah tu."

"Ouh ye ke? Aku ada shooting. Ni baru habis."

"Ouh ha kejap lagi dorang rehat. Jumpalah dia. Daripada tadi dia ada luck au nak golkan tapi dia pergi bagi orang lain. Tak paham aku dengan dia."

Entah-entah sebab dia nak  tunjuk kat aku yang dia dapat golkan. Ala nyesal pulak. Tahu suruh Pak Mad bawak laju tadi. Sorry Faiz saya datang lambat.

PRIT!!!!! [WISEL DIBUNYIKAN]

Faiz mendekati Izz yang memanggilnya yang bersama Rezza dan Rizwan. Kelihatan mereka kepenatan. Iya tersenyum memandang Faiz apabila dia sedikit terkejut melihatnya.

"Nah air." Iya menghulurkan botol mineral kepada Faiz. Faiz tersenyum dan mencapai.

"Iya, kau baru sampai ke?" tanya Rezza.

"Haah...saja nak tengok korang main. Aku baru habis shooting tau pastu terus datang sini."

"Eleh tengok kitaorang konon. Padahal dia nak tengok orang sebelah ni." usik Rizwan.

"Buat apa nak tengok dia.Tu tak nampak awek dia tengah pandang." jawab Iya selamba menunjuk ke arah Syasya yang sedang memandang tajam ke arahnya.

"Bila masa dia jadi awek aku. Daripada dia jadi awek aku baik kau jadi awek aku." kata Faiz selamba.

Semua tergelak mendengar kata-kata Faiz itu.

"Awak pergilah kat dia. Daripada tadi dia pandang awak."

"Malaslah aku penat. Eh tak nampak aku peluh. Kau tak ada ke bawak tisu ke apa." kata Faiz sambil duduk.

"Ada nah." jawab Iya sambil menghulurkan tisu kepada Faiz.

"Kitaorang gi kat sana dululah. Malas kacau korang. Jom Izz." ajak Rezza.

"Ha jom." jawab Izz dan beransur pergi.

Iya masih lagi berdiri memegang tisu. Tiba-tiba dia berasa berdebar saat itu.Tangannya ditarik oleh Faiz supaya duduk di sebelahnya.

"Nah tisu." kata Iya sedikit gugup.

"Asal muka kau merah ni. Malu ke?" usik Faiz.

"Ish nah la tisu ni."

"Sofea......tolong lap kan." minta Faiz dengan suara sengaja dileretkan.

Aduh dia ni suka buat aku macam ni. Ini yang aku tak boleh ni. Fuh Iya kau jangan pengsan kat sini.

"Awak...mana golnya kosong je daripada tadi." tanya Iya yang mengelap peluh Faiz. Sejujurnya dia hanya mahu hilangkan rasa malunya.

Faiz daripada tadi memandang Iya. Dia terasa suka melihat wajah Iya malu ketika itu.

"Kau lah datang lambat. Kalau tidak aku dah bagi kau dua gol dah."

"Lah kenapa tak golkan je. Tengok sana dah ada 1 gol dah."

"Mana boleh. Aku nak kau tengok aku golkan. Ni kau dah ada kejap lagi aku bagi kau tengok aku golkan. Nasib kau datang kalau tak aku tak nak kawan kau lepasni."

"Eeee awak ni macam budak-budaklah. Kan saya cakap saya shooting. Ini kira baik saya suruh uncle Lan cepat-cepat. Ha awak kena hargai tu."

"Ala...Yelah terima kasih Ara Sofea sanggup datang tengok saya. Dengan make up pun tak tanggal lagi ha." kata Faiz tersenyum manis.

"Eh awak bahasakan diri awak apa tadi?Saya? Ala bestnya dengar." usik Iya.

"Arh kau.... Eh dah lah aku nak game balik ni."

" Ha pergilah. Saya rasa nak tanggalkan make up ni lah...Rimas tau."

Faiz memegang kedua belah lengan Iya supaya Iya duduk kembali.Dia menundukan sikit badannya supaya dia dapat memandang muka Iya dengan jelas. Iya terdiam. Malu dan terkejut berbelah bahagi.

" Tak payah. Kau lawa macam ni. Duduk sini diam-diam tengok aku main. Jangan tengok orang lain pulak."

"Iyalah. Pergilah dorang dah nak masuk padang balik."“

"Okay Sofea." jawab Faiz tersenyum.

Kalau hari tu aku cuba tak jatuh hati dengan kau. Kali ni aku betul-betul dah jatuh hati dengan kau. Cuba cakap dengan aku perempuan mana je tak jatuh hati kalau lelaki layan macam tu. Aduh nampaknya aku kena usaha lebihlah ni. Tu lagi lagi minah sana tu pandang tak puas je daripada tadi. Hello aku tak panggil pon Faiz pergi sini. Dia yang datang sendiri okay.

"GOL!" sorak semua orang setelah bola lolos masuk jaringan. Semestinya jaringan itu dari Faiz. Iya bersorak gembira sambil tersenyum lebar. Kemudian jaringan kedua lolos masuk ke pintu jaringan. Kini tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk menamatkan permainan. Iya pula sudah mengemas barang untuk beransur pulang. Tiba-tiba dia disapa oleh Syasya.

"Kemain gedik lagi kau kan. Tak pernah-pernah kau tengok bola."

"Dah ada orang suruh datang, aku datang lah. Sebelum ni mana ada orang ajak aku. Kau ada ajak? Tak ada pun."

"Eeee kau ni memang banyak menjawabkan sekarang." celah Airees.

"Okay aku minta maaf. Aku balik dulu lah. Bye." kata Iya selamba dan terus beransur pergi. Syasya dan Airees mengetap gigi geram.

Baru sahaja Iya mahu menghampiri Izz, ada seseorang memanggil namanya.Tetapi memanggilnya dengan panggilan Ara. Iya memandang ke arah si pemanggil.

"Iyaaaa. Awak panggil saya ke?"

"Betul lah kan awak ni Ara yang pelakon tu kan."

"Ha ya saya. Awak siapa ya?"

"Saya Azim. Budak sekolah yang lawan sekolah awak.Tak sangka dapat jumpa awak dekat sini."

"Ouh...awak budak sekolah sebelah."

Elok jugak mamat ni. Tapi sorry Faiz aku lagi hensem. Eh kau kemain gedik lagi eah.

"Saya minatlah tengok awak berlakon. Boleh kita bergambar."

"Ha boleh-boleh."

Inilah sikap Iya dengan orang yang meminatinya berlakon. Dia akan melayan orang itu dengan baik dan mesra.

"Tapi siapa yang nak tangkapkan?" tanya Azim.

"Em kejap saya panggil kawan saya. Izz sini jap tolong tangkapkan gambar."

panggil Iya. Izz hanya menurut dan mengambilkan gambarnya. Kemudian dia terus ke arah Faiz,Rezza dan Rizwan yang sudah menamatkan permainan.

"Siapa mamat tu?" tanya Faiz sedikit bengang.

"Peminat Iya. Dia suh aku tangkapkan gambar tadi." kata Izz.

"Peminat? Ye tak ye je peminat. Lain macam lelaki minat dia berlakon. Minat ke suka? Beza tu." kata Rizwan.

"Korang gerak dulu, kejap lagi aku datang." kata Faiz dan terus pergi tanpa menunggu jawapan daripada mereka.

"Lain macam je dia tu." kata Izz.

"Kau ni lembablah Izz. Kalau lelaki mesra dengan orang kau suka, sah-sah lah kau bengang an.Dah lah jom." ajak Rezza.

"Awak dah lama sekolah sini? Sebab baru tahun ni saya nampak awak dekat sekolah ni." tanya Azim mesra.

"Ha ah saya baru......" belum sempat Iya menghabiskan kata-katanya,dia terdengar seseorang memanggil namanya. Tetapi bukan Iya dan bukan Ara tetapi Sofea. Iya memandang ke arah Faiz yang menghampirinya. Muka Faiz sedikit ketat. Itu sudah membuatkan Iya berasa kecut perut.

"Sofea.Pergi mana? Dah cakapkan duduk diam-diam." marah Faiz.

"Saya nak pergi buang sampah. Lepas tu Azim ni tegur saya."

"Hye bro." sapa Azim.

"Ha." jawab Faiz sepatah.

"Awak... Azim ni budak sekolah yang awak lawan tadi."

"Ouh.... Korang dah habis borak ke?"

"Ha dah dah... Kau nak cakap dengan Ara ke?" tanya Azim.

"Bukan nak cakap je... Aku nak bawak buah hati aku balik. Boleh?" tanya Faiz selamba.

Muka Azim berubah. Bukan Azim sahaja malah Iya seperti terkena renjatan elektrik. Berubah air muka Iya serta merta.

"Ha boleh-boleh. Ara saya pergi dulu ya."

"Eh bro jap. Minta tolong snapkan gambar aku dengan dia boleh?" minta Faiz.

Sekali lagi Iya terkejut.

Wey mamat robot ni ajak aku bergambar. Aduh ada aku balik kena berdukung ni karang. Macam dah tak boleh jalan je.

"Ha boleh meh fon."

"Sofea guna fon awaklah. Fon saya dekat Izz." kata Faiz tersenyum memandang Iya yang masih berdiam tidak bergerak.

"Sofea....awak dengar tak?" tanya Faiz menunduk memandang Iya.

"Ha?Ouh ha nah." jawab Iya sambil menghulurkan telefonnya kepada Azim.

Selepas sudah mengambil gambar Azim menghulurkan telefon Iya kembali.Iya meneliti gambar mereka.

"Terima kasih Azim." ucap Iya mesra.

"Sama-sama. Saya pergi dulu ya."

"Okay thanks bro."

"Ha no problem." jawab Azim dan berlalu pergi.

"Awak...comelnya gambar saya yang ni." kata Iya teruja.

Malah Faiz sudah berlalu pergi. Iya memandang pelik. Kemudian dia terus berlari anak mendapatkan Faiz.

"Awak....kenapa ni? Saya cakap dengan awak ni."

"Pergilah layan Azim." jawab Faiz tanpa memandang ke arah Iya.

Jangan cakap dengan aku mamat robot ni jeles eah. Wey srslah dia jeles? Lah Azim tu yang tegur aku, tak akan aku nak buat tak tau je.

"Azim tu yang tegur saya. Tak kanlah saya nak buat tak tahu je."

"Aku dah cakap duduk situ diam-diam kan. Degilkan kau ni." marah Faiz.

"Lah tak kan saya nak pergi buang sampah pun tak boleh. Awak kenapa ni?Jangan cakap awak jeles eah." usik Iya.

"Buat apa aku nak jeles." jawab Faiz selamba.

"Sayakan buah hati awak." usik Iya lagi. Suka pula dia melihat muka Faiz yang sedang menahan malu itu.

"Dah lah aku balik dulu.Siapa ambil kau balik ni?"

"Pak Mad."

"Ouh...Ha aku gerak dululah." jawab Faiz dan berlalu pergi.

"Awak...saya post gambar kita tau." laung Iya. Faiz hanya membiarkannya.

"Okay thank you!" laung Iya lagi tanpa disetujui oleh Faiz.Iya tersenyum.

Eleh jeles tapi tak mengaku. Comel betullah muka dia tadi. Asallah aku tak record tadi. Buah hati konon. Kau ni Faiz ada je nak buat aku tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience