BAB 23

Romance Series 8741

Kini sudah 3 hari Faiz bekerja. Faiz masih lagi dengan sikapnya yang tegas. Semua pekerja takut dengannya. Kata mereka tidak pernah lihat Faiz tersenyum.

"Eh Encik Faiz tu memang tak reti nak senyum ke? Daripada first day dia masuk kerja muka nak ketat je." ngadu Hana.

"Nak buat macam mana muka dia memang macam tu lah Hana." jawab Syasya.

"Tak adalah bapak dia tu punyalah lembut je, muka tu jaranglah nampak ketat. Sampai anak dia dah rupa robot je." kata Hana. Iya tertawa. Dia teringat yang dimana dia juga pernah menggelarkan Faiz sebagai robot.

"Kau gelak pula. Aku teringin weh nak tengok dia senyum. Mesti hensemkan."

"Tak payah lah Hana. Dia dah ada gf dah." jawab Iya. Syasya memandang Iya dengan berharapkan penjelasan.

"Mana kau tahu?Eh dia baru 3 hari tau kerja sini. Macam mana kau tahu yang Encik Faiz tu ada gf?" tanya Hana lagi yang ingin tahu.

Belum sempat Iya ingin menjawab, satu suara menegur mereka. Automatik mereka memandang ke arah si pemanggil. Terbutang mata mereka apabila melihat Faiz yang berada di dalam pantri ketika itu.

"Kamu bertiga ni memang tak ada kerja ke macam mana? Hari tu baru saya tegur. Ni buat lagi. Muka sama pula tu. Memang nak suruh saya bagitahu bos turunkan gaji ke?" tanya Faiz. Nadanya seperti biasa sedikit tegas.

"Maaf Encik Faiz. Tapi sekarang belum waktu kerja lagi. Lagi pun bos cakap kami ada masa 20 minit untuk sarapan." celah Hana.

"Betul tu." sokong Syasya.

"Ha menjawab. Sofea, awak ke ajar dorang ni menjawab dengan saya?" tanya Faiz kepada Iya. Saja dia mahu mengusik Iya yang daripada tadi menunduk.

Sejak daripada Faiz memarahinya, Iya seakan tidak mahu terserempak dengan Faiz. Bukan apa dia tidak mahu terlalu rapat dengan Faiz. Dia tahu Faiz kepunyaan Sarah.

"Apa pula saya Encik Faiz? Saya diam pun saya kena juga?" tanya Iya dengan membuat muka tidak puas hati.

"Awak srs sangat ni kenapa? Saya gurau je. Ouhhhh ya btw apa korang borak tadi. Saya dengar tau Hana sebut nama saya tadi." tanya Faiz.

"Tak...tak ada apa apa lah Encik Faiz.  Salah dengar tu." jawab Hana. Dia mula gugup apabila Faiz merenungnya.

"Hai Encik Faiz.Morning. Awalnya sampai." sapa Ikin lembut. Semua mata tertumpu ke arahnya. Seperti biasa mereka bertiga akan membuat muka menyampah.

"Morning." jawab Faiz sepatah.

"Encik Faiz dah minum? Kalau belum saya boleh tolong buatkan."

"Aku suruh ambil fail depan mata tak nak tolong pula. Ni siap nak tolong buat air." kata Syasya perlahan. Tetapi masih di dengari oleh mereka semua.

Hana dan Iya menahan ketawa. Faiz pula masih berlagak selamba. Ikin memandang tajam ke arah Syasya.

"Tak payah. Saya dah minum tadi. Btw Hana saya memang dah ada gf." beritahu Faiz tersenyum sebaris dan terus berlalu pergi.

Semua di situ tercengang. Tidak menyangka ayat itu keluar daripada mulut Faiz. Ikin mengeluh kasar dan berlalu keluar. Sakit hatinya ketika itu.

"W...wey....Korang dengar tak Encik Faiz cakap apa? Dia dah ada gf weyyyyy." kata Hana teruja.

"Ha kan aku dah cakap. Tak nak percaya."

"Lagi satu...tadi dia senyumkan? Wey srs aku nampak dia senyum." kata Hana lagi. Iya dan Syasya tetawa melihat keterujaan Hana ketika itu.

"Ya Na dia senyum tadi." kata Syasya.

"Ehem!  Sofea buatkan saya kopi. Nanti hantar bilik." celah Faiz. Terkejut mereka dibuatnya. Faiz hanya berlagak selamba dan berlalu pergi.

"Terkejut aku dia ni." kata Iya menggosok dada.

"Tadi kata dah minum. Ni suruh Ara buatkan pula. Nampak sangat dia tak suka Ikin tu kan." kata Hana.

"Kau ni Na slow sikit dengar minah tu nanti." tegur Syasya.

"Ouh sorry. Tapikan wey aku perasan yang Encik Faiz panggil Ara...Sofea. Asal ek? Sedangkan semua panggil Ara. Kenapa dia panggil Sofea.?"

Syasya dah Iya berpandangan. Tidak tahu apa jawapan yang ingin mereka katakan.

"Lah tu kan nama aku juga."

"Memanglah duku kau cakap ex bf kau je panggil kau macam tu. Sampaikan aku nak panggil nama tu pun kau tak bagi sebab tak nak ingat. Ni selamba je Encik Faiz panggil. Kau tak halang pun?"

Arhh mati..tu lah Iya kau berdrama sangat. Konon tak nak ingat. Kau tengok sekarang. Habislah kau. Iya fikir Iya fikir.

"Tak kan aku nak marah dia sebab panggil aku Sofea. Sah sah tu nama aku. Kalau kau aku boleh lagi halang tapi kalau dia, ha kau tengoklah muka dia tu. Takut aku nak halang."

"Tah kau ni Na. Dah Iya gi la buat air bising dia tu karang." celah Syasya.

****************************************

Semasa Iya berjalan ingin menuju ke bilik Faiz, satu tubuh merempuh bahunya dan membuatkan air kopi itu terkena di baju putihnya. Bukan itu sahaja, cawan itu juga terjatuh dan pecah. Iya seakan terkesima ketika itu. Terus dia memegang bajunya supaya tidak melekat di tubuhnya. Semua pekerja terus terbangun dan mendekati mereka.

"Sorry Ara. Aku tak sengaja. Sorry." ucap Ikin yang sengaja membuat nada yang betul betul dia tidak sengaja.

Padan muka kau. Kau fikir aku akan biarkan kau dapatkan Faiz? Jangan harap. Dah 5 tahun aku cuba dapatkan dia. Aku tak kan senang senang biarkan kau rampas dia macam tu je.

"Iya kau okay tak ni? Eh Ikin kau buat apa ha?" marah Syasya.

"Aku tak sengaja. Sorry Ara." ucap Ikin lagi.

"Kau ni kan...." belum sempat Syasya mendekati Ikin, Iya menghalang. Dia tidak mahu menimbulkan ke kecohan di situ.

"Dah la Sya. Dia kan cakap tak sengaja. Lagi pun sikit je ni."

"Sikit apanya Iya baju kau kotor dah ni."

"Tak ada apalah. Gi sambung buat kerja. Jangan duduk sini, ada kaca ni. Aku kutip kejap." kata Iya sambil terus menunduk ingin mengutip serpihan kaca. Belum sempat Syasya menghalang, satu suara menegur mereka. Semua terus berlalu ke tempat masing masing. Ikin yang melihat muka ketat Faiz itu, dia terus ingin menuju ke tempatnya. Kini tinggal Iya dan juga Syasya.

Iya tersentak apabila suara itu menegur mereka, jarinya terkena serpihan kaca itu. Iya terjerit perlahan.

"AUW."

Mendengar sahaja jeritan itu, Faiz terus berlari ke arah Iya. Dia terus menyentuh tangan Iya. Jelas darah juga sudah keluar. Faiz tersentak melihat baju Iya yang sudah terkena kopi.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" tanya Faiz berbau risau.

"Tak ada apa. Saya terpelicuk tadi." tipu Iya. Faiz memandang ke arah Iya. Dia tahu Iya menipu. Dengan selamba Faiz terus membawa jari Iya ke mulutnya. Tergamam pekerja di dalam office termasuk Iya. Iya cuba menarik tangannya.

"Stay!" arah Faiz. Iya terdiam. Kelihatan muka Faiz ketat ketika itu. Tidak berani Iya ingin melawan kata katanya.

"Jom bangun." arah Faiz. Dia membuka kotnya dan disarungkan ke badan Iya.  Iya terdiam saat itu. Terkaku dan berasa malu apabila semua mata terpandang ke arahnya.

Hana yang baru sahaja keluar daripada tandas terkejut, dia terus berlari ke arah Syasya.

"Sya kenapa dengan Ara ni? Ara kau kenapa?" tanya Hana risau.

"Aku terpelicuk je tadi. Air kopi terkena baju. Encik Faiz, saya minta maaf. Kejap lagi saya buat air kopi lain." ucap Iya perlahan. Tidak berani dia ingin memandang muka Faiz seperti singa itu.

"Sya baik kau cakap dengan aku apa dah jadi? Aku tahu kau tahu." kata Faiz tegas. Sudah hilang saya awak. Dia sudah tidak kira sekiranya orang di pejabatnya tahu bahawa Syasya kawannya.

Syasya terdiam. Dia terkejut apabila Faiz seakan meninggikan suara.

"Sebenarnya....." kata kata Syasta terhenti apabila Iya membuat memek muka supaya tidak memberitahu.Faiz menyedari perkara itu.

"Jangan sampai saya pergi dekat cctv. Kalau tak semua kena nanti! Saya tanya lagi sekali siapa buat Sofea macam ni!" bergema suara Faiz ketika itu. Paling pantang apabila orang mengusik cinta hatinya. Faiz memandang sekeliling.

"En...cik Faiz. Dah la tu. Jangan marah macam ni. Saya okay. Kejap lagi saya sediakan kopi baru ya." pujuk Iya. Walaupun dia takut tetapi dia memberanikan diri memandang Faiz.

Faiz terdiam. Dia cukup lemah sekiranya Iya mula membuat muka dipaksa senyum begitu. Dia tidak tahu mengapa dia sering berasa risau sejak dia melihat Iya pengsan di pangkuannya 5 tahun lepas. Ada sesekali dia menyalahkan dirinya kerana tidak mengambil berat tentang Iya semasa dia mengalami kemurungan dahulu.

"Dah tak payah. Ikut saya masuk bilik letak ubat kat jari awak. Sya sorry marah kau tadi, aku tak sengaja. Hana tolong panggilkan cleaner bersihkan semua ni." kata Faiz lembut tidak setegas selalu. Dia terus menarik tangan Iya supaya mengikutinya.

Hilang sahaja kelibat mereka. Ruang pejabat itu menjadi kecoh. Ada yang menganggap Iya dan Faiz ada hubungan. Hana memandang ke arah Syasya untuk Syasya jelaskan. Syasya yang mengerti memek muka Hana itu terus mengatakan sesuatu.

"Lunch aku cerita." kata Syasya berlalu pergi.

DI BILIK PEJABAT FAIZ

"Okay sekarang kita berdua je, awak cakap dengan saya apa yang dah jadi?"

"Kan saya dah cakap saya terpelicuk." jawab Iya perlahan.

"Sofea....jangan tipu saya." kata Faiz sambil meletakkan pelekat di jari Iya.

"Em...Yelah. Ikin tak sengaja langgar bahu saya." jujur Iya.

"Aku dah agak dah. Bukan tak sengaja tapi memang dia nak langgar kau." kata Faiz tegang.

Iya memandang pelik ke arah Faiz. Tetapi lama kelamaan Iya tersenyum. Inilah Faiz yang dia inginkan.

"Yang senyum macam tu kenapa?" tanya Faiz apabila melihat Iya tersenyum.

"Saya rindu awak yang dulu." jawab Iya tanpa sedar.

Faiz tergamam, tidak menyangka ayat itu terkeluar daripada  mulut Iya.

"A...awak cakap apa tadi?"

"Saya rindu awak yang dulu. Saya nak awak yang dulu. No saya No awak...just aku kau."

"Kenapa pula? Bukan perempuan suka panggil macam tu?"

"Mungkin itu dulu, tapi saya lagi suka awak bahasakan diri macam dulu."

"Tapi saya yang dulu banyak lukakan hati awak Sofea."

" Yang lepas biarkan lepas Faiz. Saya lagi selesa dengan Faiz yang dulu."

"Hm tengoklah macam mana. Ni tak nak tukar baju ke? Kotor dah baju tu. Nanti nampak kang." usik Faiz.

"Faiz! Awak ni."

"Lah tadi suruh jadi macam dulu, ni marah pula. Tak fahamlah perempuan ni." ngadu Faiz. Iya tergelak kecil melihat Faiz merungut. Faiz juga turut tertawa.

Biarlah macam ni Faiz. Walaupun awak sekarang hanya jadi kawan saya, saya cukup gembira. Saya harap awak bahagia Faiz. Biarlah peristiwa dulu jadi kenangan manis saya. Saya minta maaf tinggalkan awak dulu. Saya tak layak untuk awak. Sarah layak untuk awak, dia baik saya yakin dia paling sesuai gantikan saya.

****************************************

DI KEDAI MAKAN

Hana hanya mendiamkan diri. Kalau boleh memang dia mahu menanyakan banyak soalan tetapi disebabkan Faiz turut di situ, soalan soalan itu tenggelam. Syasya yang memerhati Hana tersenyum kecil.

"Okay Na. Sekarang kau nak tahu apa?" tanya Syasya.

"Emmmm aku...." kata kata Hana terhenti. Serba salah ingin bertanya.

"Hana, awak tanya je. Saya tak ada nak marah." kata Faiz seakan mengerti.

"Okay...Em korang ni kenal ke?"

"Ya kitaorang kenal. Dulu Encik Faiz ni classmates kitaorang." jawab Syasya. Hana terbutang. Tidak menyangka mereka satu sekolah.

"Srslah. Jadi korang ni kawanlah. Tapi kenapa korang buat macam tak kenal je?"

"Sebab nanti mesti lah pekerja lain duk gosip gosip bagai. Nanti kalau Faiz ni backup kitaorang ke ha nanti mula la busuk hati...cakap nak menangkan membe bagai."

"Eh cakap elok sikit ea. Kalau kau buat salah memang aku marah je. Membe tak membe." celah Faiz.

Syasya membuat muka geram. Daripada dulu sama sahaja tidak berubah. Iya tersenyum sebaris.

"Ha lagi satu, kenapa aku tengok Ara dengan Encik Faiz ni macam something. Ya lah tadi bukan main risau lagi."

Arhhhh sudah budak ni banyak tanya pula. Tak kan nak cerita Faiz ni ex aku. Tukar topik Iya....

"Kau ni banyak tanya pula. Ni cepatlah makan kang Encik Faiz ni bising masuk lambat." celah Iya.

"Eh ni baru 3 soalan tau. Tadi cakap aku boleh tanya je."

"Kitaorang bercinta." jawab Faiz selamba.

Berubah air muka Hana ketika itu dek kerana terkejut. Bukan Hana saja tetapi Iya pun begitu. Terbutang biji matanya. Syasya pula sudah tertawa.

"Dulu...ha tu dulu..." jawab Iya gugup. Faiz tertawa melihat muka Iya kemerahan.

"Srslah encik Faiz ni ex kau Ara...Wah...Eh jap so encik Faiz ni lah yang panggil kau Sofea dulu kan."

Iya menepuk kepalanya. Ingin sahaja dia menghentak kepala Hana ke meja makan ketika itu. Mana dia mahu letak muka waktu itu.

"Kenapa Hana? Sofea ada cerita apa apa ke?" tanya Faiz teringin ingin tahu.

"Eh tak ada masa nak cakap pasal awak. Awak fikir awak artis nak cerita pasal awak." celah Iya.

"Eh aku memang artis pun. Lupa kita pernah viral dulu." kata Faiz sinis.

"Ha wey aku dah ingat! So encik Faiz ni la yang idola kecil dulu tu kan? Yang ada gosip kau dengan encik Faiz asyik keluar sama sama tu."

"Eh awak pun tahu ya Hana. Ha betul lah tu sayalah tu."

"Tak sangka Encik Faiz ni penyanyi. Ish ini kalau netizen tahu Encik Faiz dah balik Malaysia mesti viral lagi ni. Lagi lagi encik Faiz keluar dengan ex. Nanti keluarlah cerita HARRAZ FAIZ KEMBALI BERSAMA ARA SOFEA...Fuh." kata Hana teruja.

Tertawa besar Faiz dan Syasya dibuatnya. Iya telah menundukkan mukanya malu. Habislah lepas ni riuh satu pejabat selepas ini.

"Awak ni lawaklah Hana. Btw tak payahlah encik encik.Kita kawan sekarang.Tapi Hana, bila masa pula ada cerita cakap kitaorang dah break? Kitaorang tak bagitahu apa apa pun." kata Faiz sambil memandang muka Iya yang sudah kemerahan itu. Berderau darah Iya apabila mendengar Faiz berkata begitu.

"Ish awak ni. Sarah awak nak letak mana? Dasar buaya." kata Iya sambil menepuk lengan Faiz. Faiz tertawa.

"Eh aku dulu setia tau. Sejak kau tinggalkan aku, aku jadi buaya yang tersohor." gurau Faiz. Tetapi dalam gurauan Faiz membuatkan Iya terasa dengannya. Berubah air muka Iya ketika itu. Syasya mendiamkan diri dia tahu Iya terasa dengan kata katanya. Faiz pula baru tersedar bahawa dia sudah tersalah cakap.

"Ala aku gurau jelah. Dah makan cepat karang aku suruh papa potong gaji korang. Sofea nah nah aku bagi daging aku. Dah lah jangan muka macam tu." pujuk Faiz.

Hana dan Syasya tertawa melihat Faiz memujuk Iya. Mereka kelihatan comel ketika itu. Iya pula mula tersenyum dan tergelak kecil.

"Hey sorry ganggu. Ini Faizkan yang idola kecil tu?" tanya seorang wanita.

Semua memandang ke arah wanita itu, dia tidak berseorangan, disebelahnya ada seorang lelaki bersama kameranya. Tidak lain tidak bukan mereka adalah wartawan.

Iya pula sudah mula tidak senang duduk, dia terus menundukkan mukanya.

"Ha ye saya."

"Boleh saya temu bual dengan Faiz sikit?"

"Em boleh." jawab Faiz ragu ragu.

Mata wanita itu tertacap pada Iya yang sedang menunduk. Dia tahu itu Ara Sofea, daripada tadi dia memerhati mereka.

"Ara..Boleh saya temu bual awak juga?" tanya wanita itu.

"Arhh mati aku. Aduh macam mana dia kenal aku pula ni. Aku dah la lama tak keluar siaran mana mana. Habis aku aduh." gumam Iya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience