BAB 42

Romance Series 8741

"Sayang don't cry." ucap Faiz di dalam hati. Hampir sahaja dia ingin ke arah Iya untuk menenangkan Iya.

"Abang, bagilah tahu adik, kenapa dengan Eliy? Kenapa abang diam je ni...abang...." panggil Iya yang mula ingin menangis. Zafran memandang adiknya.

"Abang pun tak tau. Tadi masa borak,  Eliy tiba tiba bergerak lepastu doktor suruh keluar."

"Eliy...Eliy bergerak. Maknanya dia dah sedarkan abang?"

"Iya sabar okay. Kita tunggu doktor keluar." pujuk Syasya sambil memeluk Iya untuk menenangkannya.

Tidak lama kemudian, doktor keluar daripada wad Eliy. Semua terus menghampiri doktor itu.

"Doktor macam mana keadaan Eliy? Dia okay tak?"

"Alhamdulillah cik Eliy dah sedar. Dia sekarang sedang berehat." beritahu doktor itu tenang. Semua mengucap kata syukur. Lega rasanya apabila Eliy sudah pun sedar daripada koma.

"Boleh kami masuk?"

"Boleh tapi jangan lama lama ya. Kalau boleh bagi ibu bapa Eliy terlebih dahulu."

"Okay doktor terima kasih."

"Sama sama." kata doktor itu berlalu pergi.

"Adik nak masuk tengok Eliy." minta Iya terlebih dahulu. Zafran mengangguk setuju. Rakan perempuan yang lain ikut serta Iya masuk ke dalam.

"Dah call mama papa Eliy tak?" soal Izz.

"Ha jap aku call. Korang nak masuk... masuklah dulu."

"Tak apa Zaf. Kita biarkan dorang masuk dulu. Kita tunggu luar je." jawab Azim. Faiz masih lagi berdiri seperti memikirkan sesuatu.

"Eliy." panggil Iya lembut sambil menghampiri rakan baiknya. Eliy memandang Iya dengan pandangan yang sayu.

"I...ya." panggil Eliy dalam keadaan masih lemah. Mengalir air mata Iya ketika itu, apabila mendengar suara Eliy. Ya dia sangat rindukan Eliy.

"Eliy...kitaorang rindu kau. Lamanya kau tidur. Kau tahu tak, tak ada siapa nak bebel dekat aku. Kenapa kau lambat bangun." luah Iya. Eliy tersenyum sebaris dan memandang ke arah rakannya yang lain.

"Iya... Tolong aku, aku nak bangun."

"Ha jap aku naikkan katil." jawab Eliy sambil menekan butang untuk menaikan katil.

"Mama papa mana?" tanya Eliy dengan nada sedikit sedih. Mungkin harapannya ingin melihat muka mama papanya terlebih dahulu tetapi hampa, mama papa tiada di sisinya.

"Kejap lagi diaorang sampai. Tadi diaorang datang, lepastu masa aku sampai, abang Zaf cakap diaorang dah balik."

"Liyy...daripada tadi kitaorang tercegat dekat sini. Kau tak rindu kitaorang ke?" tanya Hana apabila sekian lama mendiamkan diri.

"Ha itulah.. Kitaorang dah macam patung dekat sini." sokong Syasya dengan nada merajuk. Eliy tergelak kecil.

"Aku pun rindu korang. Sini lah yang korang tercegat situ kenapa. Eh...Ikin." panggil Eliy seakan terkejut kerana tidak sangka Ikin turut berada dalam bilik itu. Ikin tersenyum sebaris, kemudian dia terus berjalan menuju ke arah Eliy.

"Kau okay?" tanya Ikin sedikit mesra. Eliy membuat muka pelik dan teragak agak untuk menjawab.

"Bolehlah cuma badan aku ni rasa sakit sakit sikit."

"Maybe kesan kau tercampak kot. Itu rasa sakit tu. Hari tu dah x-ray nasib tak patah mana mana." terang Airees.

"Maybe kot. Arhhh rasa lama tak gerak badan aku ni."

"Memanglah...Seminggu kau koma tau." bagitahu Syasya selamba. Membutang mata Eliy ketika itu.

"Srslah seminggu? Lamanya aku koma."

"Ha kau tahu pun. Seminggu aku menangis rindukan kau tau." beritahu Iya.

"Alalalalala sian dia. So kau la ni jaga aku?"

"Ikutkan aku memang nak jaga kau. Tapi ada orang tak bagi. Sampaikan mama papa kau pun just jadi tukang melawat je sebab orang tu cakap dia nak jaga kau. Kan korang kan?" usik Iya. Geli hatinya melihat muka blur Eliy ketika itu.

"Haah." jawab mereka serentak dan tergelak kecil.

"Orang? Siapa ni?"

"Tekalah."

"Aduh Iya. Kepala aku pun rasa pening pening ni kau boleh suruh main teka teka pula. Bagitahu je lah."

"Ha kau pening? Kau nak aku panggil doktor tak?"

"Tak payah tadi doktor dah check. Kepala aku okay je. Cuma aku lama sangat koma tu effect pening tu."

"Ouh kau ni buat takut kitaorang jelah."

"Siapa orang tu?" tanya Eliy lagi. Makin galak mereka tertawakan Eliy apabila dia sekan teringin ingin tahu.

"Wah excited nak tahu ni." usik Hana.

"Mana ada." jawab Eliy malu dengan perbuatannya tadi.

"Nanti kau akan tahu juga. Tunggu je okay." kata Iya yang saja ingin mengusik Eliy. Rindu rasanya ingin bergurau bersama Eliy seperti selalu.

"Eliy."

"Mama..."

"Ya Allah Eliy. Mama rindu sangat dekat Eliy. Eliy okay tak sayang? Ada sakit mana mana ke?" tanya mamanya sambil memeluk tubuh Eliy.

"Eliy okay maaa. Eliy pun rindu sangat dekat mama papa."

"Syukur anak papa dah sedar."

"Paaa.... Eliy rindu papa."

"Papa pun rindu Eliy. Eliy tunggu sini ya. Papa dengan mama nak pergi jumpa doktor kejap."

"Okay papa."

"Nanti papa suruh kawan Eliy yang lain masuk."

"Okay paaa." jawab Eliy sedikit pelik. Dia sendiri tidak tahu siapa rakannya yang ada di luar.

"Siapa je ada dekat luar? Bukan korang je ke?"

"Eh semua adalah. Buah hati kau pun ada." usik Iya. Yang lain sudah tersengih.

"Buah hati? Eh aku ada boyfriend ke? Asal aku tak ingat ek?" soal Eliy masih berfikir. Tersembur mereka tertawa melihat Eliy.

"Liy tak akan boyfriend sendiri pun kau tak ingat. Orang yang kau crush daripada dulu." kata Syasya ingin memberi kata kunci. Eliy masih lagi berfikir, tidak lama kemudian mukanya berubah menjadi kemerehan malu. Sekali lagi semua tertawa melihat Eliy.

"Assalammualaikum." ucap seseorang di muka pintu. Semua terus memandang ke arah pintu dan menjawab salam.

"Eh korang...korang pun ada."

"Mestilah kitaorang ada. Kitaorang memang daripada tadi ada dekat sini. Tadi doktor suruh keluar kejap." beritahu Azim.

"Thank you sudi lawat aku dekat sini." kata Eliy tersenyum memandang semua. Matanya terpandang susuk tubuh seseorang. Senyumannya seperti mati seketika. Tidak sangka Zafran turut berada di situ.

"Eliy okay?" soal Zafran sambil tersenyum. Eliy membalas senyuman Zafran. Terubat hati Zafran apabila melihat senyuman Eliy itu.

"Eliy okay." jawab Eliy perlahan.

Yang lain sudah tersenyum dengan penuh makna. Mereka tahu Zafran dan Eliy sudah mempunyai perasaan satu sama lain. Faiz memandang ke arah Iya.

Aku janji aku akan dapatkan kau balik Sofea. Aku harap kau tunggu aku. Aku akan cuba sehabis baik. Aku sayang kau Sofea.

"Eh korang jom kita keluar dulu. Nurse cakap tak boleh masuk ramai ramai." kata Rezza sambil mengenyitkan mata menandakan untuk membiarkan Zafran dan Eliy berdua. Semua seperti dapat menangkap rancangan Rezza.

"Haa betul juga tu. Nanti kalau tak sempat kitaorang lawat kau esok je ea Eliy." sokong Syasya dengan idea Rezza.

"Eh Iya tunggulah dulu. Papa mama jumpa doktor tak akan korang nak tinggalkan aku." pujuk Eliy.

"Ala nurse kesayangan kau kan ada. Dia yang jaga kau selama kau dekat hospital ni tau. Aku serah dekat dia je lah. Kitaorang keluar dulu. Babyeeee."

"Eh Iya...korang...." panggil Eliy mengharapkan mereka bergurau, tetapi hampa mereka terus keluar. Tinggal dirinya dan Zafran.

"Abang Zaf. Apa maksud diaorang nurse kesayangan. Apa maksud diaorang jaga Eliy dekat hospital? Pastu kenapa abang dekat sini dengan Eliy?" soal Eliy bertubi tubi. Zafran tergelak kecil melihat Eliy. Eliy memandang pelik apabila melihat tertawa.

"Kenapa abang gelak? Eliy tanya ni." tanya Eliy geram apabila Zafran tidak menjawab soalannya.

"Tak adalah. Eliy ni blur pun comel." kata Zafran tertawa lagi. Eliy memandang tidak puas hati.

"Abang Zaf!!!! Betul betullah. Eliy tanya ni."

"Okay, okay. Abang bagitahu. Abanglah yang jaga Eliy masa Eliy koma."

"Ha abang? Ta..tapi kenapa abang yang jaga Eliy...abang tak kerja ke?" tanya Eliy seakan tidak percaya. Zafran tersenyum.....

"Eh ni kita nak pergi mana ni?" tanya Airees.

"Kita dinner sekalilah alang alang dah nak magrib ni." kata Rizwan memberi cadangan.

"Korang pergi lah. Aku nak balik." jawab Faiz selamba. Semua memandang ke arah Faiz termasuk Iya.

"Ala Faiz jomlah join sekali... bukan selalu pun ramai ramai macam ni." pujuk Airees.

"Btw aku nak balik juga ni. Penatlah esok ada shooting pagi." celah Iya. Ikutkan memang dia tidak mahu ingin mengikuti kerana badannya berasa penat.

"Ala Iya tak bestlah macam ni. Jomlah...lepas makan terus balik." pujuk Izz. Iya mengeluh. .

"Jomlah korang." pujuk mereka lagi.

"Fine aku ikutlah. Suka memaksa tau." kata Iya geram. Mereka tersengih.

"Lahhh Iya kalau kau balik, bukan ada sesiapa pun. Kita mana ada masak. Kau nak makan apa?" tanya Hana.

"Meggi." jawab Iya sepatah. Lantas dengan itu Faiz memandang Iya.

"Ha ye baguslah tu kau makan meggi hari hari. Dapat menyakit baru tahu."

"Ish dah mula dah...."

Ish sayang ni, dia makan meggi je. Nasib depan semua orang kalau tak memang siap kau. Aku dah pesan jangan makan meggi je...degil betullah dia ni.

"Ha Faiz kau macam mana? Join eh." tanya Rezza.

"Tak." jawab Faiz selamba.

"Ala Faiz please. Aku dah lah jarang ada dengan korang. Jomlah." pujuk Airees tidak putus asa.

"Ha okay okay aku join." balas Faiz malas. Semua sudah tersenyum kemenangan.

"Baiklah Rees. Kau ajak mesti Faiz on je." kata Izz gembira. Iya sedikit terkesan dengan kata kata Izz dan dia berfikir tentang apa yang dikatakan oleh Izz sebentar tadi. Semua memberi isyarat kepada Izz supaya diam apabila dia melihat air muka Iya kian berubah.

"Okaylah semua aku balik dulu." kata Ikin ingin beransur pulang.

"Eh Ikin kau nak pergi mana? Dah tak ada....kau kena ikut tak kira. Tadi aku naik grab datang sini. Kau kena tumpangkan aku."

"Ala Iya. Kau naiklah sesiapa."

"Tak nak. Nak naik kau juga. Okay jom jom." kata Iya menarik Ikin menuju ke keretanya. Semua hanya memandang, kelihatan sedikit pelik.

"Sejak bila diaorang rapat?" tanya Azim.

"Entah. Eh jomlah gerak." jawab Hana. Mereka terus menuju ke kereta masing masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience