BAB 36

Romance Series 8741

Dengan pantas Faiz menarik Iya dalam dakapannya. Dengan keadaan yang tidak seimbang mereka berdua terjatuh. Kereta yang hampir melanggar Iya memecut laju tanpa memberhentikan keretanya. Iya dan Faiz mengerang kesakitan. Lantas Azim dan Eliy menghampiri mereka. Bernasib baik mereka belum bergerak pulang.

"Korang!" panggil mereka serentak. Terkejut besar apabila melihat Iya dan Faiz terbaring di tepi jalan.

"Eh korang okay tak ni?" tanya Eliy risau sambil mengangkat Iya.

"Bro kau okay tak?"

"Aku okay. Kau nampak tak nombor plat kereta tadi?" tanya Faiz sambil mengibas punggungnya.

"Tak aku tak dapat. Kitaorang sampai dia dah jauh dah."

"Aduh!!!!!" bentak Faiz. Kemudian dia memandang Iya. Wajah Iya menjadi pucat disebabkan terkejut.

"Sofea. Kau okay?" tanya Faiz risau. Iya masih lagi diam sambil memegang tangannya. Faiz terus mencapai tangan Iya untuk meneliti luka di tapak tangan Iya.

"Eh darahlah. Jom kita bersihkan. Korang gerak dulu. Aku follow belakang." arah Faiz dan membawa Iya masuk ke dalam kereta. Eliy dan Azim mengangguk faham.

"Arghhhhhhh!!!!! Tak guna!" jerit perempuan itu sambil menghentakkan setereng  keretanya.

"Apahal tak kena tadi! Sikit lagi perempuan tu nak mampos. Tak apa, ini baru sekali lah. Aku akan jadikan hari kau macam neraka Ara Sofea. Sebab kau, aku jadi macam ni! Aku tak kan biarkan hidup kau happy! Kau tunggu!" luah perempuan itu dengan lantang. Hatinya menjadi sakit apabila Faiz sempat menyelamatkan Iya ketika itu.

Di dalam kereta Iya masih lagi diam. Air matanya mula membasahi pipi. Sungguh perasan takut itu kembali semula. Faiz yang disebelahnya sudah mula risau.

"Eh sayang kenapa nangis ni? Sakit sangat ke?"

Sepi.

"Sofea jangan diam macam ni? Cakaplah kenapa ni? Sakit sangat ke? Meh sini tangan tu." pujuk Faiz sambil menarik tangan Iya.

"Fa...Faiz... Saya takut...." kata Iya yang mula teresak.

"Sofea janganlah nangis macam ni. Aku ada dengan kau. Kau jangan takut okay."

"A...awakk...Kita putuskan pertunangan ni please...." rayu Iya. Dia takut sekirannya apa apa akan jadi kepada orang di sekelilingnya.

"Ya allah Sofea. Kau cakap apa ni? Kita tak sampai sehari lagi tunang, kau nak putuskan? Jangan macam ni Sofea."

"Awak...awak nampak kan tadi? Saya hampir hampir kena langgar... Orang tu betul betul maksudkan apa dia cakap wak. Baru hari ni kita tunang, dia dah nak langgar saya. Lepas ni, apa pula dia nak buat? Dia cederakan orang sekeliling saya pula? Saya nak kita putuskan pertunangan ni Faiz." luah Iya lagi. Dia amat risaukan keselamatan orang disekelilingnya. Dia tidak mahu apa apa perkara buruk akan jadi. Faiz mengeluh perlahan. Namun keluhannya jelas yang dia sedang serabut dengan apa yang jadi.

"Sayang. Pandang aku." arah Faiz lembut. Iya lambat lambat memandang ke arah Faiz.

"Aku tak akan biarkan dia atau sesiapa pun musnah masjid yang bakal aku bina. Aku akan selalu ada dengan kau. Aku tak nak sebabkan dia, kau jadi macam ni. Aku nak Sofea yang dulu. Aku nak Sofea yang kuat macam dulu. Sofea....aku sayang kau. Tolonglah bagi aku peluang untuk aku buktikan semua ni. Pasal tadi, ya itu salah aku. Aku tak patut biarkan kau pergi ambil sendiri tadi. Aku minta maaf." luah Faiz. Jelas keikhlasan di wajah Faiz itu. Sikit sebanyak sudah membuatkan Iya mula sedikit lega. Namun Iya masih mendiamkan diri.

"Sofea please percaya aku. Aku janji aku akan jaga kau baik baik. Aku minta kau percaya aku je. Tolonglah." rayu Faiz lagi. Iya tersenyum dan mengangguk.

"Saya anggap semua ni ujian bertunang." jawab Iya perlahan. Faiz tersenyum.

"That's my miss artist." kata Faiz sambil mencuit hidung Iya. Iya tertawa kecil.

"Ni lap air mata ni. Mudah sangatlah sayang aku ni menangis." pujuk Faiz sambil mengambil tisu.

"Awak....sakit." ngadu Iya sambil menunjukkan tapak tangannya. Faiz tahu Iya hanya mahu bermanja dengannya.

"Alalalalala...sian dia. Meh sini meh." kata Faiz seperti bercakap dengan kanak kanak. Perlahan lahan Faiz mengelap pasir yang berada di tapak tangan Iya. Sesekali Iya mengerang sakit apabila terkena di bahagian luka. Dan saat itu juga Faiz akan meniup perlahan lahan seperti ingin menenangkan kanak kanak sahaja waktu itu. Iya terleka dan tersenyum melihat layanan Faiz terhadapnya.

Saya pun sayang awak juga. Biarlah dia kasar sekali pun tapi layanan dia dengan aku cukup buatkan aku rasa disayangi. Insya allah awak, saya akan teruskan pertunangan ni walau apa pun akan jadi. Terima kasih. Terima kasih selalu buat saya rasa dilindungi.

****************************************

"Kenapa abang Zaf macam tu tadi ek? Kenapa dia macam tak bagi Haizad tu rapat dengan aku? Abang Zaf suka aku ke? Eh memang tak lah kan. Tak akan dia nak suka kat aku ni. Sah sah dia anggap aku macam adik dia je." ngomel Eliy seorang diri. Dia teringat kejadian semasa waktu petang tadi.

"Weh Zad, tadi mama kau call aku. "

"Aik asal dia tak call aku je? Asal kena call kau?"

"Mama kau cakap kau tak angkat. Tu yang dia call aku." jawab Zafran sedikit gugup.

"Ouh ye ke? Aku tak perasan.  Kejap lagi aku call lah balik. Jom Eliy tangkap gambar." 

"Eh.....Pergilah call sekarang. Nanti mama kau tunggu tunggu pula. Mana tahu hal penting ke."

"Kau ni peliklah. Ha okaylah you pergi sana dulu kejap lagi I datang. I call mama I jap."

"Ouh ha okay." jawab Eliy yang masih tidak faham dengan situasi mereka.

"Eliy."

"Ha."

"Eliy kenapa ni? Macam mengelak daripada abang je. Tadi abang datang Eliy tak pandang pun." tanya Zafran. Azim sudah lama melangkah pergi meninggalkan mereka.

"Eliy...Eliy kan cakap tadi Eliy tak perasan."

"Ye ke?"

"Betul lah. Ni abang buat apa dekat sini?" tanya Eliy menukar topik. Zafran tersenyum. Idea nakalnya muncul.

"Tadi ada orang tu tanya abang tak ikut ke? Pastu abang macam fikirlah nak pergi ke tak nak. Lepas kawan abang balik tu abang datang sini nak jumpa dengan orang ajak abang tadi."

"Eh bila masa Eliy ajak? Eliy tanya je tau." kata Eliy tidak puas hati.

"Eh Eliy ke yang cakap macam tu dekat abang?" usik Zafran lagi. Semakin galak dia mengenakan Eliy apabila melihat muka Eliy sudah membahang merah.

"Abang Zaf!" panggil Eliy geram. Zafran melepaskan ketawanya apabila melihat Eliy sudah mula marah.

"Ala abang gurau je lah. Abang nak ajak kesayangan abang ni bergambarlah... Jom abang dah cakap dengan juru kamera tadi." ajak Zafran sambil menarik tangan Eliy untuk mengikutinya. Eliy terpinga pinga sambil mengikut langkah Zafran.

"Kesayangan?" tanya Eliy kepada dirinya.

"Liy!!!! Cepatlah. Kita dah nak gerak ni!" panggil Hana daripada ruang tamu. Eliy tersentak daripada lamunannya.

"Haa." jawab Eliy sambil terus mengambil beg tangannya melangkah keluar.

"Ingatkan tak datang.Penat aku tunggu." 

"Ala sorry. Ni ha tunggu Eliy tadi ."

"Yang lain mana Ara?"

"Entah Faiz cakap dorang gerak sekali. Kejap lagi sampailah."

"Iya kau dengan Faiz okay?"

"Ala okaylah luka sikit je Liy."

"Kenapa dengan kau Iya?"

" Ala sikit  jelah Sya.Tadi masa balik ada orang  hampir langgar aku. Nasib Faiz sempat capai aku. Kalau tak kat hospitallah aku sekarang." cerita Iya tenang.

"Ha?Ya allah kenapa tak bagitahu kitorang? Habistu dah report belum?"

"Nak report apa? Nombor plat pun tak nampak."

"Habis tu takkan kau nak diam macam ni? Nak tunggu kau masuk hospital baru nak bagitahu polis?"

"Wey Sya janganlah marah. Ya aku tahu kau risau. Tunggu ada bukti, aku dengan Faiz terus akan report. Ni jangan bagitahu sesiapa tau. Lagi lagi papa dengan abang. Mati aku nanti."

"Ish kau ni lah. Risau aku kau tahu tak? Kalau apa apa bagitahu jangan diam." marah Syasya lagi.

"Ya aku tahulah. Na tengok Sya ni marah marah aku."

"Memang patut pun. Aku ikutkan nak heret kau pergi balai sekarang ni." marah Hana pula. Iya menelan air liur. Kemudian matanya melihat Faiz dan yang lain yang baru sahaja tiba. Terus dia mendapat satu idea.

"Faiz...." panggil Iya sambil berjalan menuju ke arah Faiz. Faiz dan rakannya yang baru sampai memandang pelik apabila melihat Iya seperti gugup.

"Ni kenapa ni?" tanya Faiz apabila Iya mendekatkan diri dengannya. Rakannya yang lain tersenyum mengusik. Tapi tidak kepada Hana dan Syasya yang menghampiri  mereka sambil membuat muka ketatnya mereka.

"Tolong saya." minta Iya perlahan.

" Iya! Aku belum habis cakap lagi. Sini." arah Syasya yang masih geram melihat Iya yang mengambil situasi ini dalam keadaan tenang.

Iya terus menyorok di belakang Faiz ketika itu. Biar pun tetamu lain memandang pelik terhadapnya. Dia rela daripada dimarahi oleh 2 orang singa betina. Orang? Asal bolehlah Iya. Iya menarik baju Faiz dengan hujung jarinya.

"Ni kenapa ni?" tanya Rezza pelik.

"Ni tanyalah dua kawan baik kau ni. Aku kalau dapat kau Iya aku cepuk kau."

"Sayang....kau buat apa?" tanya Faiz seakan berbisik.

"Dorang tahu pasal petang tadi. Dorang marah sebab tak bagi tahu awal plus kita tak report polis." balas Iya dalam keadaan sama berbisik.

"Ha bisik apa? Kalau Eliy tak cakap memang tak nak bagitahu kan." marah Hana pula.

"Eh bagitahu apa ni wak?" tanya Rizwan.

"Tanyalah kawan awak ni."

"Faiz, asal ni?"

"Ha err...Tadi Sofea nyaris kena langgar."

"HA?" terjerit kecil semua apabila mendengar kata kata Faiz. Tetamu yang lain memandang mereka pelik.

"Wey slowlah sikit."

"Habis tu macam mana? Iya kau okay tak?" tanya Izz sambil menjengah Iya yang masih di belakang Faiz.

"Aku okaylah...luka sikit je." jawab Iya perlahan.

"Ha memanglah sikit sebab Faiz sempat capai kau. Kalau tak sempat macam mana?" soal Eliy pula. Sebenarnya dia juga berasa geram melihat Iya yang mengambil mudah tentang hal ini. Iya mengeluarkan kepalanya sedikit. Takut pula rasanya melihat muka masing masing seperti singa lapar.

"Awak....tolonglah saya." ngadu Iya sambil menarik baju Faiz.

"Korang jangan risau. Kawan aku dah dapat tahu perempuan tu duduk mana. Tinggal kumpul bukti je." jawab Faiz tenang. Tetapi ia cukup membuatkan Iya keluar daripada tempat persembunyiaannya.

" Siapa? Kenapa tak bagitahu saya pun tadi?"

"Lah...aku baru dapat chat maghrib tadi lah."

"Mana nak tengok."

"Ala kejap lagilah...Ni jom lah kita gerak tempat lain. Semua pandang kita tau." jawab Faiz berlalu pergi. Iya masih lagi mengikuti Faiz sambil memujuk Faiz untuk melihat mesej itu. Rakan rakan mereka hanya memerhati tanpa mengikut langkah mereka. Kepala digelengkan.

"Dua dua sama. Kalau boleh memasing nak simpan rahsia tu. Ish elok lah tu kahwin." kata Hana melepaskan geram. Yang lain hanya tertawa kecil.

"Hai." sapa seseorang.

Hye semua! niena nak tanya ni...niena ada niat nak buat novel ke 3...patut ke niena update sekarang or tunggu novel ke dua ni habis dulu? Ha apa apa komen okay. Thankyou sudi baca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience