"Eh Iya kau kenapa ni?" tanya Eliy apabila melihat Iya jalan dalam keadaan terhincut.
Iya ketika itu ditemani oleh Izz dan Azim. Mereka terserempak semasa Iya terjatuh. Faiz hanya membuat tak tahu sambil menyedut airnya. Langsung tidak menanyakan keadaan Iya.
"Ada orang langgar aku tadi. Nasib Azim ada. Kalau tak aku dah terjatuh macam nangka busuk je. Tapi kaki aku terpelecuk sikit." terang Iya sambil duduk disebelah Faiz. Dia sedikit hairan apabila melihat airnya diletakkan di kerusi kosong di sebelahnya.
"Lah kau ni. Hari tu kena simbah air ni kena langgar pulak. Aku rasa ada orang tak puas dengan kau lah." kata Eliy selamba lepas.
Iya sudah memberi isyarat supaya berhenti bercakap kerana perkara ini tiada siapa pun tahu kecuali dia dan Eliy. Semua sudah memandang tepat ke arah Iya termasuk Faiz. Terselit perasaan risau di riak mukanya.
"Bila pula kau kena simbah air ni? Asal aku tak tahu pun." tanya Faiz bernada risau.
Dalam risau semua orang, Rizwan, Rezza dan Eliy menyorokkan senyuman apabila melihat Faiz mula risau. Mana tidaknya tadi siap meletakkan air Iya jauh daripadanya, kini sudah risau.
"Mana ada dia simbah. Dia terlanggar saya lepastu air tu terkena kat baju saya. Tak ada apalah. Kebetulan je ni." jawab Iya perlahan menahan sakit.
"Awak ni. Lain kali hati hati Ara. Tengok sekeliling. Nasib saya ada tadi.Kalau awak jatuh tadi macam mana?" kata Azim.
"Ye lah. Terima kasih Azim tolong saya." jawab Iya sambil bangun dan ingin duduk di tempat kosong yang diletakkan airnya. Namun dihalang oleh Faiz.
"Kau nak buat apa?"
"Nak duduk sinilah. Kan air saya kat situ."
"Dah tak payah mengada. Duduk balik kaki kau terseliuh tu."
"Ala duduk sebelah ni je."
"Eh degil pulak. Duduk!" arah Faiz tegas.
Iya mencebik dan akur dengan kata kata Faiz itu. Dia kembali duduk. Yang lain sudah tertawa melihat terlatah mereka. Iya cuba mencapai air nya tetapi dihalang oleh Faiz.
"Nak apa?"
"Ish nak airlah. Dah lah letak jauh jauh." marah Iya.
"Nah."
"Eh dah lah korang ni. Ada je benda nak gaduh. Azim, Izz cepat lah order. Lama kitaorang tunggu. Korang pergi mana?" tanya Rezza.
"Eh jangan salahkan aku ea. Azim ambil aku lambat." jawab Izz.
"Ala sorrylah aku pergi beli barang sikit kat mak aku."
Sedang sibuk semua berbual Faiz masih memandang Iya, kemudian beralih ke arah kaki Iya. Dia terus melutut dan mencapai kaki Iya. Kasut di kaki Iya ditanggalkan.Semua kelihatan terkejut dengan tindakan Faiz. Iya pula cuba menghalang.
"Eh awak buat apa ni? Tak payah lah Faiz. Bangun duduk balik. Orang pandanglah."
"Duduk diam diam. Kaki kau terseliuh ni. Aku try tekan, kalau sakit bagitahu."
Iya sudah mula berasa takut. Dia takut sekiranya Faiz tekan ia berasa sakit. Daripada tidak menangis boleh menjadi nangis pula. Faiz yang menyedari muka Iya kelihatan tidak berkeyakinan terus memandang tepat ke arah Iya.
"Aku tekan slow slow. Jangan takut okay." kata Faiz lembut menenangkan Iya.
Perlahan lahan Iya mengangguk. Yang lain tersenyum melihat kelakuan Faiz yang mengambil berat tentang Iya. Faiz mula menekan kaki Iya. Sesekali Iya mengadu sakit. Faiz kembali bangun apabila sudah memakaikan kasut Iya kembali.
"Balik nanti suruh mama urut sikit sikit. Nanti masuk angin lagi melarat kaki tu."
"Kalau mama ada...Kalau mama tak ada nak suruh sapa?"
"Bagitahu aku, nanti aku bawak jumpa mama aku."
" Eh tak akan nak suruh mama awak pula. Tak nak lah."
"Kaki kau tak boleh biar lama lama. Nanti lagi melarat. Apa fikir aku nak sangat bawak kau balik."
Jauh di sudut hati Iya, dia terasa dengan kata kata Faiz. Walaupun Faiz mengambil berat tentangnya, dia masih berasa ada sesuatu yang tidak kena.
"Betul tu Iya. Nanti kau makin teruk kalau tak urut." sokong Eliy.
"Call mama kau, tanya kat mana? Kalau dia kat luar, cakap yang kau balik rumah aku. Kaki kau terseliuh." arah Faiz.
"Ye lah."
"Eh dah jom makan." ajak Rizwan.
Walaupun kau ambil berat pasal aku,kenapa aku rasa kau marah aku? Apa aku buat? Kenapa muka kau ketat dengan aku? Kenapa kau tak senyum langsung, sedangkan tadi kau ceria je.
****************************************
"Ma ouh ma." panggil Faiz. Iya masing lagi terkial untuk berjalan. Kakinya tidaklah teruk mana dan dia boleh berjalan sendiri tanpa bantuan.
"Ya...mama dekat sini. Eh Iya pun ada. Kenapa dengan kaki ni?" tanya auntie Shila sambil mendapatkan Iya. Iya tersenyum dan menyalami tangan mama Faiz.
"Ada orang terlanggar Iya tadi. Tu kaki terseliuh ni." terang Iya.
"Lah...Meh duduk. Faiz kenapa tak bawak Iya pergi klinik je."
"Kaki dia bukan teruk mana pun. Tu boleh jalan lagi. Mama urut nanti eloklah tu." jawab Faiz selamba. Iya hanya mendiamkan diri.
Sejujurnya memang daripada tadi dia terasa dengan kata kata Faiz. Auntie Shila menggelengkan kepala melihat perangai anaknya.
"Iya duduk sini kejap. Auntie ambil minyak."
Iya mengangguk perlahan. Tidak terasa ingin mengangkat muka untuk memandang Faiz ketika itu. Faiz pula tidak langsung menegur Iya, dia terus melangkah pergi ke dapur.
****************************************
"Arhhhhhh!!!! Sakit auntie!" jerit Iya menahan sakit apabila Auntie Shila mengurut dibahagian sakit itu.
"Kaki Iya terseliuh ni. Kita pergi klinik lah."
"Tak nak. Auntie urut je lah nanti elok lah ni."
"Lah macam mana auntie nak urut, Iya menjerit daripada tadi. Sakit sangat ya."
Perlahan lahan Iya mengangguk. Faiz yang mendengar jeritan Iya terus mendekati mereka. Dia terus menerpa duduk di sebelah Iya.
"Kau asal ni? Jerit daripada tadi. Kena sampuk ke?"
"Apa Faiz cakap macam tu.Tak baik tau."
"Ya lah ma kemain menjerit lagi. Mama usik sikit je."
Cepat cepat Iya menurunkan kakinya. Kali ini dia betul betul terasa dengan kata kata Faiz. Dia terus mengambil telefonnya dan mendail nombor seseorang.
"Kau nak call sapa?"
"Pak Mad. Nak suruh dia ambil saya. Sorry auntie susahkan auntie. Kejap lagi Iya suruh Pak Mad singgah klinik."
"Ish Faiz ni. Mulut tak reti jaga. Maaf ya Iya. Tak tahu kenapa dia tiba tiba moody pula."
"Sikit sikit merajuk. Sebab merajuklah kaki kau jadi macam ni."
TING! [MESEJ MASUK]
"Okay lah auntie Iya balik dulu. Sorry susahkan auntie.Ha terima kasih urutkan kaki Iya tadi." kata Iya tanpa menghiraukan Faiz. Sungguh dia memang tiada mood untuk bercakap dengan Faiz ketika itu.
"Eh cepatnya Pak Mad sampai."
"Iya baru teringat Pak Mad kat office papa. Tu Iya panggil grab je."
"Siapa bagi kau naik grab. Cancelkan sekang. Bahaya kau tu perempuan."
"Auntie, Iya pergi dulu. Assalammualaikum." ucap Iya sambil bersalaman dengan mama Faiz. Tidak langsung dia menghiraukan Faiz.
Faiz menghantar Iya dengan matanya sahaja. Hatinya masih lagi sakit melihat situasi tadi.
Semasa Faiz sedang berjalan ke arah tandas, Faiz terlihat Iya sedang di dalam dakapan Azim. Bengkak hatinya melihat aksi mesra itu. Tidak cukup dengan itu, Azim memapah Iya sehingga ke meja makan. Langsung tiada segan silu. Itu yang membuatkan Faiz berasa benggang dengan Iya. Mana tidaknya daripada renungan Azim, Faiz tahu Azim ada hati dengan Iya sejak hari pertama mereka bertemu.
****************************************
[ DALAM GRAB ]
Air mata yang ditahan turun dengan perlahan. Iya sendiri tidak tahu mengapa Faiz berangin dengannya. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya ketika itu. Kaki yang dibaluti itu ditelitinya. Sakit. Itu sahaja perkataan yang keluar daripada bibir Iya. Pemandu grab itu hanya memerhati Iya daripada cermin kecil. Ingin bertanya tetapi tidak terkeluar pula suaranya apabila melihat Iya teresak. Iya merupakan penumpang tetapnya. Iya sudah di anggap sebagai adiknya. Hatinya berasa kasihan apabila melihat Iya menangis begitu.
****************************************
Keesokkan paginya, Iya tetap berdegil ingin ke sekolah. Matanya kelihatan sembab disebabkan menangis. Apabila ditanya, Iya hanya mengatakan kakinya sakit. Papa dan mamanya mula risau melihat Iya dalam keadaan begitu. Dengan kakinya berbalut masih digagahkan untuk pergi ke sekolah.
Apabila Iya masuk ke kelas, semua mata memandang ke arahnya. Terbit rasa kesian apabila melihat Iya kelihatan sedikit susah untuk berjalan. Faiz hanya memerhati. Jauh disudut hati dia berasa kesian melihat buah hatinya begitu. Timbul juga perasaan risau apabila melihat muka Iya sembab. Syasya mendekati Iya. Tangan dihulurkan. Semua terpanah apabila melihat Syasya ingin membantu Iya.
"Meh aku tolong." kata Syasya dengan senyuman segaris. Iya memandang Syasya lalu dia tersenyum dan mencapai tangan Syasya.
"Terima kasih."
"Sama sama. Rees jom teman jumpa cikgu jap." kata Syasya berlalu pergi.
Rezza dan Rizwan mendekati Iya.
"Iya kaki kau tak elok lagi ke? Macam teruk je kaki kau."
"Nanti okay lah ni. Tak teruk lah Wan."
"Kalau tak teruk asal muka kau sembab macam menangis ni?"
"Na..nangis? Mana ada aku nangis." kata Iya perlahan. Entah mengapa kata kata Faiz sangat terkesan di hati Iya.
"Banyaklah kau mana ada. Mata kau sembab tu." kata Izz.
"Nampak sangat ke?"
"Nampaklah.Dah rupa panda je."
"Ouh maybe sebab malam tadi kaki aku rasa denyut denyut sikit tu aku nangis tu." tipu Iya.
"Tadi kata tak nangis. Kau dah tahu macam ni buat apa datang sekolah. Duduk je lah rumah bukan belajar pun." kata Rezza.
"Ala bosanlah duduk rumah. Duduk rumah aku mengadap muka bibik je. Baik aku sekolah, dapat jumpa korang."
"Eleh banyaklah muka kitaorang, padahal muka orang belakang sana. Eh aku, Rezza dengan Wan nak gi jumpa cikgu Khairul ni. Nak bincang pasal aktiviti. Kau duduk sini okay. Kang kitaorang datang balik."
"Ala aku nak ikut. Aku bosan sorang sorang."
"Lah kau tak sorang soranglah. Jap aku panggil Faiz."
"Eh tak payah. Tak apa aku okay. Cepat sikit."
"Ha ye lah. Wey jom." ajak Izz.
Tinggallah Iya berseorangan. Iya berasa penat, mungkin disebabkan dia menangis malam tadi. Kepalanya letakkan di atas meja. Perlahan lahan matanya dilelapkan.
Faiz yang memerhati Iya daripada tadi terus bangun ingin mendekati Iya. Terbit rasa serba salah kerana memarahi Iya semalam. Dia tidak patut memarahi Iya. Dia tidak patut membiarkan Iya balik sendiri. Perlahan lahan dia menarik kerusi di sebelah Iya. Dia merenung ke arah Iya yang sedang lelap. Melihat wajah Iya yang lesu membuatkan dia lagi berasa serba salah.
Iya yang berasa tidak selesa dengan gaya tidurnya bergerak sedikit. Matanya terbuka untuk memerhati sekeliling. Apabila matanya dibuka kelihatan Faiz duduk disebelahnya sambil menulis sesuatu. Automatik Iya terus angkat kepalanya dan memusing badannya ke arah lain. Malu pula sekiranya semasa dia melelapkan mata mukanya kelihatan hodoh. Cepat cepat Iya membetulkan tudungnya.
"Sofea."
Share this novel