BAB 17

Romance Series 8741

Hari yang dinantikan sudah tiba yang dimana hari lahir Faiz. Semua rakan rakannya sudah berada di rumah Faiz untuk menyambut hari lahirnya. Iya pula sengaja ingin datang lambat. Dia mahu lihat wajah Faiz apabila dia juga turut serta untuk menyambut hari lahirnya.

"Bro, happy birthday. Dah tua kau kan." ucap Rezza tertawa kecil.

"Ouh aku ingat memang dah tak ingat birthday aku. Ingat rupanya."

"Mana boleh lupa. Tahun first nak sambut ni. Fuh artis dah sekang eak."

"Banyaklah kau punya artis. Aku orang kenal sebab Sofea je. Kalau bukan sebab dia mana ada orang ingat aku ni idola kecil dulu." kata Faiz. Dalam masa sama dia juga terkesan apabila Iya tidak datang meraikan hari lahirnya. Daripada tadi dia menunggu kehadiran kekasih hatinya itu.

"Eh kat sini rupanya. Penat aku dengan Izz cari korang." kata Rizwan.

"Eh Faiz happy birhday. Fuh dah tua ha. Lepas ni dah boleh ambil lesen kereta. Tak adalah kau bawak kereta secara haram lagi." usik Izz. Mereka tergelak kecil.

"Sampai hati korang tinggal aku. Aku dah lah tak biasa. Nasib Azim ada." celah Eliy yang baru sahaja tiba.

"Eh Eliy. Ha aku tak tau apa apa salah kan dorang eah." kata Izz.

"Eh Faiz nah hadiah. Happy birthday." ucap Eliy sambil memberi hadiah kepada Faiz.

"Terima kasih. Em Eliy, Sofea tak ada cakap apa apa ke?" tanya Faiz akhirnya apabila melihat Eliy hanya bersama Azim.

Mereka sudah menyorokkan senyum. Mereka tahu itu yang difikirkan oleh Faiz daripada tadi. Daripada tadi dia memerhati pintu hadapan.

"Em sorry Faiz. Iya cakap tak dapat datang. Ada shooting." tipu Eliy. Faiz tersenyum sebaris.

"Shooting? Nampaknya shooting lagi penting daripada aku." kata Faiz perlahan. Kecewa? Ya dia kecewa dengan Iya. Sanggup Iya menghancurkan hari bahagianya.

"Faiz!!! Kawan Faiz daripada Melaka dah sampai." laung mamanya.

Dengan jelasnya wajah Faiz yang muram tadi bertukar menjadi ceria. Kawan daripada Melaka? Dia sudah tahu siapa. Dengan pantas dia terus meluru ke pintu hadapan. Semua memandang ke arah Faiz dengan riak yang tidak percaya.Tidak sangka Faiz boleh mengubah moodnya secepat mungkin. Yang lain juga turut ke pintu hadapan.

"Suprise!!!"

"Sarah! Ya allah bila awak sampai? Kenapa tak call nak datang sini?" tanya Faiz dengan teruja.

Terbutang mata rakan rakan Faiz yang lain apabila Faiz membahasakan dirinya saya.  Sesungguhnya dengan Iya pun dia tidak pernah membahasakan dirinya begitu.

"Lah dah nama suprise, mana boleh bagitahu awak. Tapi saya dah bagitahu mama ha."

Sekali lagi mereka tekejut hanya disebabkan Sarah memanggil Puan Shila, mama. Siapa  Sarah ni? Kenapa Faiz gembira sangat.

"Ouh mama dengan Sarah dah plan rupanya."

"Ha ni idea Sarah okay. Mama ikut je." kata mamanya mesra.

"Eh Faiz. Saya ada hadiah untuk awak. Sinilah." ajak Sarah sambil menarik lengan Faiz untuk mengikutnya.

"Macam macamlah diorang ni. Ha semua tak payahlah perati dorang tu. Mereka memang rapat. Jom jemput makan. Auntie dah masak tau." ajak mama Faiz.

Semua tersenyum dan mengangguk. Dalam senyuman mereka, mereka sedang risau sekiranya Iya terlihat Faiz begitu mesra dengan Sarah. Mereka kena memberitahu Iya supaya jangan datang.

"Eliy call Ara. Cakap jangan datang dulu." arah Azim.

"Tapi nak bagi alasan apa ni nanti?"

"Cakap Faiz keluar ke? Apa apa je lah."

"Ha ah wey. Cakap kat Iya jangan datang dulu. Risau aku dia nangis kang." kata Rezza.

"Ha okay. Eh jom jauh sikit. Aku boleh on speaker." ajak Eliy.

RING! [ BUNYI TELEFON ]

Hampir 10 saat menunggu Iya mengangkat telefonnya tetapi gagal.  Mereka sudah mula risau. Mereka tidak mahu Iya bersedih.

****************************************

Iya memandang ke arah telefonnya yang berdering sejak daripada tadi. Air mata yang mengalir di kesat menggunakan tangannya. Keterujaan yang dia rasakan tadi bertukar menjadi kesedihan apabila melihat Faiz sedang tersenyum ceria dengan seorang perempuan. Dia yang baru sahaja tiba sewaktu itu terus menyuruh Pak Mad parking di sebalik pokok. Dia melepaskan tangisannya . Pak Mad hanya mendiamkan diri. Tidak mahu dia ingin memasuk campur urusan anak majikannya itu. Jauh di sudut hati dia berasa kesian pula. Hadiah di pangku Iya dipegang dengan kemas. Kemudian dia tersenyum sebaris dan mencapai telefonnya. Panggilan itu diangkat.

" Iya. Ya allah kau pergi mana? Puas aku call." kata Eliy sebaik sahaja Iya mengangkat panggilannya. Iya menjauhkan telefonnya, kemudian dia menarik nafas dan terus bercakap.

"Aku otw nak pergi rumah Faiz lah ..Kenapa?"

"Eh Iya, kenapa suara kau macam tu? Kau okay tak ni?" tanya Eliy yang mula risau. Semua yang mendengar hanya mendiamkan diri, mereka juga merasakan ada sesuatu tidak kena dengan Iya.

"Aku okaylah. Batuk sikit. Eh aku dah nak sampai ni." tipu Iya.

" Eh...kau tak payah datang. Faiz ...dia...dia dah nak keluar kejap lagi. Ni kitaorang pun dah nak balik." kata Eliy membuat alasan.

"Ala aku dah sampai lorong rumah dia dah. Kalau dia nak keluar tak apalah. Aku past hadiah je. Okaylah aku dah nak sampai ni bye." ucap Iya memutuskan talian.

Semua sudah tidak senang duduk. Mereka tidak boleh membiarkan Iya melihat Faiz dan Sarah berdua duaan di luar rumah.

"Macam mana ni? Iya dah nak sampai." kata Eliy sudah mula cemas.

"Eh Wan kau pergi panggil Faiz makan." cadang Rezza.

"Ha okay juga tu. Pergi Wan." sokong Izz.

Tidak sampai dua minit Faiz dan Sarah masuk ke rumah, Iya sudah tiba. Iya memaksa dirinya tersenyum manis.

"Eh Iya. Sampai pun puas auntie tunggu." kata Puan Shila mesra. Iya terus mendapatkan mama Faiz untuk bersalaman.

"Sorry auntie, Iya lambat sikit. Iya ingat saja nak datang lambat saja nak tengok muka orang tu macam mana, tapi plan tak jadilah, Iya tengok dia happy je." perli Iya. Nadanya saja dijdikan nada bergurau.

Semua terdiam termasuk Faiz yang sedang minum air. Nasib tidak tersembur. Cepat cepat Sarah menggosok belakang Faiz. Lagi tajam renungan Iya apabila tangan Sarah menyentuh belakang Faiz.

"Faiz okay tak ni? Minum elok elok. Dah mama nak naik atas kejap. Ouh ya malam ni auntie ada buat makan makan dekat dewan depan tu.Nanti datang tau. Ajak mama papa semua."

"Ala ma. Ibu ayah kat Melaka. Nak ajak macam mana ni?" tanya Sarah sengaja.

Berdesing telinga Iya mendengar Sarah memanggil Puan Shila kepada mama. Dia sendiri buah hati anaknya tidak memanggil begitu.

"Hm itulah plan last minute lagi. Tak apa nanti kami balik Melaka kami singgah rumah Sarah. Okaylah mama naik dulu. Semua makan lah."

"Terima kasih auntie." ucap mereka serentak.

Sebaik sahaja bayang bayang mama Faiz hilang. Iya terus mendekati rakannya. Tiada langsung ingin berjumpa dengan Faiz yang daripada tadi merenungnya. Memang niat Iya ingin berjumpa dengan Faiz dan kemudian terus balik, memandangkan moodnya sudah hilang. Tetapi apabila melihat Faiz dengan Sarah. Dia membatalkan niatnya.

"Iya kau okay tak ni? Kenapa muka kau macam baru lepas nangis ni?" tanya Eliy risau. Sejujurnya dia tahu apa puncanya.

"Ala kan cakap batuk. Aku batuk kuat sangat kot. Lepastu aku rasa penat tu yang megalir air mata aku tu."

"Ara. Awak kalau tak okay bagitahu. Jangan diam je." pesan Azim.

"Saya tahulah. Ni korang dah makan belum?"

"Belum tunggu kaulah." kata Rizwan.

"Lah...aku dah makan tadilah. So aku kenyang." tipu Iya. Sedangkan daripada pagi tadi dia tidak makan kerana teruja ingin membeli hadiah Faiz.

Mesti sebentar sahaja lagi, dia akan kena gastrik. Disebabkan Iya selalu skip makan tengah hari, dia mendapat gastrik.

"Ye je dah makan." kata Izz ingin kepastian.

"Betullah aku dah makan. Eh aku hauslah. Jom Eliy teman aku ambik air."

"Duduk sini kau baru sampai. Biar aku tolong ambilkan. Yang lain korang tak nak makan ke? Jom lah." ajak Rezza. Sejujurnya dia ingin memberi ruang kepada Iya dan Faiz untuk berdua. Mana tidaknya Faiz sejak daripada tadi mencuri memandang Iya.

"Sofea."

Iya terkaku. Dia tidak tahu bagaimana ingin bersemuka dengan Faiz ketika itu. Dia menarik nafas dan menghembuskan perlahan lalu terus berpaling ke arah Faiz. Wajahnya dimaniskan.

"Happy birthday sayang." ucap Iya ikhlas.

Faiz bagaikan terkena renjatan elektrik. Dia terkaku kemudian dia tersenyum manis.

"Terima kasih. Ni kenapa sayang datang lambat?" tanya Faiz dengan nada mengusik.  Dia saja mahu main tarik tali dengan Iya. Rasa kecewanya terubat apabila Iya sudah berada di hadapannya.

"Ish awak ni. Apa panggil macam tu, nanti orang dengarlah."

"Ala dia panggil sayang boleh pulak. Ni aku tanya ni kenapa  datang lambat?"

"Kan dah cakap tadi saja nak tengok muka awak monyok. Tapi plan tak jadi pula, sebelum saya datang awak dah happy."

"Eh siapa cakap aku happy. Lama tau aku tunggu kesayangan aku datang."

"Eleh ye la tu kesayangan."

"Betullah. Kau je ada dekat hati ni."

Iya tertawa. Terubat sedikit hatinya tadi. Kemudian idea nakalnya  datang.

"Awak dekat sikit dengan saya. Saya nak bisik something ni."

"Apa dia? Cakap je lah."

"Tak nak. Nak bisik jugak."

"Eeeee mengada. Gf sapa ni?"

"Gf Harraz Faiz." jawab Iya tersengih. Faiz turut tersenyum. Kemudian dia mendekatkan dirinya seperti yang disuruh oleh Iya. Iya mendekatkan mukanya ke tepi telinga Faiz.

"Saya nak awak tahu yang saya....." kata kata Iya terhenti. Apabila mendengar seseorang memanggil nama Faiz.

Tidak jadi Iya ingin meneruskan kata katanya. Mereka memandang ke arah si pemanggil.

"Ya Sarah kenapa?"

"Awak cakap sekejap je. Saya laparlah jom teman makan." ajak Sarah.

Iya merenung tajam ke arah Sarah. Ingin sahaja dia bangun dah menghantuk sarah ke dinding.

Eh perempuan ni. Macam tak boleh ambil sendiri. Dah tak ada tangan nak ambil. Sibuk suruh pakwe orang. Eh kau ni siapa ek gedik gedik dengan bf aku. Daripada luar tadi aku perati kau tau. Suka hati makcik kau je sentuh sentuh bf aku. Eh aku pun tak berani nak sentuh bf aku tau. Nasib hari ni birthday Faiz kalau tak memang aku tumbuk tumbuk kau bagi lunyai. Gedik!

"Ouh sorry Sarah. Saya lupa."

Wait Aku salah dengar ke macam mana? Harraz Faiz bahasakan diri dia saya? Dekat perempuan tu? Hey aku gf dia pun dia panggil aku kau je. Faiz awak jangan main gila dengan saya!

"Em siapa ni? Tak nak kenalkan dengan saya?" tanya Sarah apabila melihat Iya yang hanya mendiamkan diri.

"Eh ni bukan artis tu ke? Dalam tv lawa..depan depan lagi lawa. Agak agak dia dengan Faiz ni apa eak?" gumam Sarah di dalam hati.

"Ha ni saya kenalkan Ara Sofea. Kesayangan saya." kata Faiz dengan bangga memperkenalkan Iya kepada Sarah.

Jelas riak wajah Sarah terkejut sewaktu itu. Iya pula tersenyum bangga dan malu apabila mendengar Faiz mengenalkan dirinya.

"Awak berguraukan Faiz?" kata Sarah tidak percaya.

"Lah buat apa nak tipu. Ara Sofea ni memang gf saya."

"Jadi selama ni yang orang cakap Ara ada bf tu awaklah? Ya allah serius saya tak tahu pun. And saya tak sangka tu awak."

"Faiz ni siapa?" tanya Iya pula.

"Ni Sarah. Kawan baik saya masa dekat Melaka."

"Ouh hye Sarah."

"Hye Ara. Ya allah tak sangka dapat jumpa awak f2f macam ni. Selalu tengok dekat tv je." kata Sarah teruja. Iya tertawa kecil.

" Eh jomlah makan." ajak Faiz.

"Awak pergilah makan. Saya tak nak." bagitahu Iya. Dia masih berkeras hati tidak mahu makan di rumah Faiz. Dia ingin balik.

"Ala Sofea, jomlah makan."

"Awak pergi je lah makan dengan yang lain. Saya tunggu awak."

"Betul ni? Tak nak makan?"

"Ya betul. Makan cepat sikit."

"Okay stay sini tau.Jangan pergi mana mana. Sarah jom." ajak Faiz.

Iya menghembuskan nafasnya. Entah mengapa walaupun Faiz mengenalkannya sebagai kekasih hati, dia tetap berasa curiga dengan kemesraan Faiz dan Sarah. Hatinya mula berasa gelisah.

****************************************

Malam itu semua menghadiri majlis yang diadakan oleh keluarga Faiz. Ramai tetamu yang hadir termasuklah keluarga Iya. Pada mulanya Iya tidak mahu mengikut, tetapi setelah bergaduh mulut dengan mamanya, dia terpaksa mengikutnya juga.

"Laila."

"Eh Shila... Sorry lambat sikit sampai. Tunggu Iya ni lah. Siap lambat."

"Ala tak apa. Ha jangan balik awal pula tau."

"Eh Faizal mana?"tanya papa Iya.

"Tu ha dekat sana. Berbual dengan Arman dengan lain lain."

"Ouh ha okaylah. Saya pergi sana dulu."

"Eh Faiz mana Laila? Kenapa tak bagi tahu awal awal. Hari jadi bakal menantu ni." usik mama Iya. Puan Shila dan Puan Laila tersenyum. Iya hanya menunduk malu.

"Tu ha ada dengan Sarah. Kawan baik dia masa kat Melaka. Kejap saya panggil." kata Puan Shila.

"Ha Iyalah." jawab mama Iya mesra.

"Ma. Adik balik dululah. Adik sakit kepala."

"Dah tak ada sakit sakit bagai. Ouh kalau mama ajak tak nak. Kalau orang lain kemain laju lagi."

"Ala ma. Adik penatlah. Bagilah adik balik."

"Dah tak ada. Jangan nak balik ea."

"Yelah. Adik pergi makanlah." ucap Iya malas.

"Iya. Penat aku panggil kau buat tak tahu je. Wah memang menikmati betul kau ni." sergah Eliy.

"Eh bila kau sampai? Tak perasan pun. Sinilah duduk aku bosan ni."

"Kau dah makan daripada mana nak perasan. Faiz mana?"

"Entah daripada tadi tak nampak pun dia. Malas aku nak cari."

"Ish kau ni apalah. Kang ada orang sambar bf kau ha jangan nak menangis pula."

"Eleh aku nak tengok sampai mana perempuan tu boleh tahan dengan perangai dia."

"Berlagaknya kau ni."

"Betullah. Faiz tu dah la kepala batu. Bukan kepala hati pun batu. Eh yang lain mana?"

"Azim kejap lagi sampai. Rezza dengan Wan malu nak datang. Sebab dia kata diorang tak kenal sesiapa kat sini."

"Lah apa pula macam tu. Kita kan ada."

"Entahlah dorang. Eh aku nak pergi ambil makanan jap."

"Ha pergilah. Aku pergi toilet kejap. Aku senggugut sebenarnya ni."

"Lah...Ha yelah nanti apa apa roger aku."

DI TOILET

Entah mengapa secara tiba tiba senggugutnya menyerang. Iya terduduk menahan sakit. Perutnya memang sakit semasa di rumah lagi, tetapi tidak sesakit sekarang. Perlahan lahan air mata Iya mengalir. Sakit yang dirasakan seperti ditikam tikam. Ingin mencari minyak angin, dia baru teringat beg tangannya bersama Eliy. Dengan sedaya upaya dia menggagahkan dirinya untuk bangun. Peluh yang berada dia dahi dibiarkan sahaja. Iya memang tidak berdaya saat itu.

Lambat lambat dia melangkah keluar daripada tandas. Dia berjalan sambil menundukkan badannya menahan sakit. Entah bagaimana dia berasa ingin terjatuh. Tetapi Iya bernasib baik kerana ada seseorang sempat memikulnya.

"Ara?"

Kali ni panjang sikit...Apa akan jadi dengan Iya? hehehe tunggu next chapter!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience