BAB 3

Romance Series 8741

Iya mengangkat kepalanya. Dia memandang ke arah Faiz. Kemudian dia menunduk semula. Faiz pula mendekatinya dan mangambil tempat di sisi Iya. Dia tidak tahu bagaimana ingin memujuk perempuan.

"Iya, kau okay tak?" tanya Faiz lambat-lambat. Sesungguhnya dia tidak tahu bagaimana ingin memulakan perbualan.

"Saya okay. Awak buat apa dekat sini. Kan ada lagi 5 minit lagi." kata Iya yang masih dengan sisa air mata.

"Aku cari kau lah. Kau kenapa duduk sini?" tanya Faiz memandang wajah Iya.

"Dia ni nangis pun comel je. Arh sudah kau ni Faiz kenapa?" gumam Faiz di dalam hati.

"Cari saya? Buat apa awak cari saya. Awak dalam kelas tu semua tak suka saya."

"Bila masa pulak aku tak suka kau. Aku suka kau. Eh maksud aku suka berkawan dengan kau. Rezza dengan Rizwan pun suka kawan dengan kau." kata Faiz sedikit gugup apabila muka Iya sedikit terkejut apabila Faiz mengatakan dia sukakannya.

Iya tersenyum sedikit. Tidak mungkin Rezza dan Rizwan suka berkawan dengannya.Setiap hari mereka hanya membahan Iya sahaja.

"Awak baru lagi dekat sini. Saya ni macam-macam kena bahan dengan diorang."

"Diaorang tu just nak dengar kau bercakap je sebenarnya. Tapi tu lah dorang salah cara tu je. Percayalah cakap aku dorang tu baik je sebenarnya."

"Awak...saya penat...penat sangat hadap benda sama hari-hari." luah Iya dan mula menangis.

Faiz pula sudah mula tidak senang duduk melihat Iya menangis. Bukan apa,dia tidak pandai memujuk perempuan. Dia sudah menggaru kepalanya.

"Sayakan...Saya tak mintak nak jadi macam ni. Saya tak minat jadi artis. Ini semua mama saya yang paksa. Saya penat wak... dekat rumah hadap mama saya. Dekat sekolah hadap diaorang. Saya penat....Saya just nak hidup macam orang lain. Ada kawan, tak payah fikir pasal dilog, tak payah kena behave selalu. Saya nak jadi macam tu." luah Iya.

"Iya....kau jangan nangis macam ni, aku tak reti nak pujuk." kata Faiz serba salah.

"Sorry, sebab awak terpaksa dengar luahan hati saya. Awak pergilah balik."

"Eh mana ada terpaksa. Kau senyumlah aku tak suka tengok kau masam-masam macam ni."

Iya tersenyum mendengar kata-kata Faiz itu. Sedikit sebanyak sudah membuatkan hatinya lega kerana dapat meluahkan apa yang dia rasa.

"Ha kan comel kau senyum. Ini baru miss artist aku."

Weh...Aku tak salah dengarkan tadi. Aku?miss artist dia. Aduh cairnya hati aku. Alalala dia senyum pulak. Em ada yang longlai kaki aku ni karang.

"Iya." panggil Faiz.

"Ha ye." jawab Iya sedikit terkejut. Faiz tergelak kecil melihat muka Iya.

"Jomlah balik dah pukul 3:32 ni."

"Ha awak baliklah dulu. Nanti saya balik." kata Iya. Sebenarnya dia malu dengan Faiz apabila Faiz memujuknya dengan cara begitu.

"Arh tak ada kang kau sambung nangis. Dah jom." kata Faiz sambil menarik lengan baju Iya. Iya yang masih terpinga-pinga hanya mengikuti.

Kelakuan mereka diperhatikan oleh Syasya dan Airees.

"Wey kau tengok tu. Faiz pegang lengan Iya. Selamba je Iya biarkan." kata Airees.

"Perempuan tak ada sifat malu macam tu lah. Kau fikir macam tu je aku nak lepaskan kau." kata Syasya yang memandang benci kepada Iya.

****************************************

DALAM KERETA

"Adik siapa lelaki dengan adik tadi tu? Papa tak pernah nampak pun. Eh papa memang tak pernah nampak kawan adik pun selama ni."  sempat lagi Encik Ikhwan memerli anaknya.

"Ish papa ni. Itu classmates adik. Dia budak baru. Dua minggu lepas dia masuk."

"Papa tengok adik macam rapat je dengan dia. Ada apa-apa ke?"

"Mana ada apa pa. Classmates je. Pa dia baru bercakap dengan adik dua kali pa. Ha dua kali tau."

"Eleh adik pun bukan jenis nak bercakap dengan orang. Diam je, mana nak ada kawan."

"Eh adik ada kawanlah. Tapi kawan dekat set je lah."

"Ha tengok, kawan adik semua satu bidang dengan adik. Adik tak ada kawan sekolah ke?"

"Macam mana nak ada kalau semua....." kata-kata Iya terhenti. Tak akan dia ingin memberitahu papanya.

Eh masak aku kalau bagitahu papa ni. Tapi kalau aku cakap tak ada kawan, macam tak betul je. Aku dah sekolah situ dah nak 5 bulan tak akan tak ada kawan.

"Ha yang laki tadi tu kawan adiklah." kata Iya menukar topik.

"Itu je kawan adik? Kelas adik ada berapa orang kalau dia je kawan adik."

"Ada....ada lagilah kawan adik....Emm....Ha Rezza, Rizwan haaa."

Entah mengapa nama itu yang terlintas di kepalanya. Walhal mereka yang selalu mengacau Iya di sekolah.

"Lah semua kawan Iya lelaki...Perempuan tak ada ke?"

"Tak ada. Perempuan lorat malas adik nak ajak berkawan." balas Iya selamba. Papanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.

****************************************

DI BILIK FAIZ

"Aduh Faiz. Gila apa kau buat doh...kau pergi cakap dekat miss artist tu yang tu miss artist kau. Tahu lah nak memujuk. Tapi agak-agaklah. Kalau dia salah sangka macam mana? Ha esok macam mana kau nak hadap dia." ngomel Faiz apabila dia teringat peristiwa di sekolah semalam. Apa yang dia katakan itu semuanya spontan. Dia tidak tahu bagaimana ingin ke sekolah esok.

****************************************

DI BILIK IYA

Ish tak akanlah mamat robot tu nak syok dekat aku? Wey mamat robot tau. Dia sikit pun tak ada senyum ke apa. Semalam pertama kali aku nampak dia senyum siap gelak lagi. Bagitahu aku perempuan mana je tak cair. Eh nasib aku boleh kawal semalam. "Aku nak esok kau jangan monyok-monyok." ayat itu bermain di dalam fikiran Iya. Dia teringat sewaktu Faiz menariknya.

"Awak....Nanti budak lain nampaklah." tegur Iya.

"Sorry....Ni aku nak esok kau jangan monyok-monyok. Kalau tak aku duduk sebelah kau."

"Aik kenapa pula macam tu."

"Aku tak suka tengok kau muka macam tadi. Dah kau gi lah balik."

"Awak tak balik?"

"Ni nak balik lah ni jom. Kereta aku dah sampai."

Setelah Iya menapak ke pintu kereta papanya dia memandang Faiz. Mukanya dimaniskan.

"Faiz! Babye."

"Bye." jawab Faiz sambil tersenyum.

Fuh senyuman itu yang membuatkan Iya tidak keruan. Bak kata orang angau.Dalam dia tersenyum-senyum tiba-tiba ada satu ayat yang membuatkan senyumannya mati.

Dah Iya kau tak payah lebih sangat... Dia just tak nak kau sedih je. Dia bukan ada niat lain. Mana tahu muka kau nangis annoying ke sebab tu dia cakap jangan monyok-monyok. Come on lah Iya wake up, kau jangan nak jatuh hati dekat dia.

Tiba-tiba kedengaran mamanya memanggilnya turun makan malam. Dengan langkah malas dia turun juga.

****************************************

DI MEJA MAKAN.

"Adik, macam mana dengan shooting?" tanya mamanya.

Aduh ini yang lemah ni...Jumpa je cite shooting. Tak nak ke tanya aku macam mana dah nak trial ni...nervous ke tidak apa ke... Ini shooting.

"Adik dah cakap dengan uncle Lan. Dia cakap okay je sebab adik ada lagi 5 shoot patu watak adik habis."

"Abis bila nak shootnya tu?"

"Awak ni. Budak tu tentulah ada trial. Nanti dia dapat jadual.. Dia bagilah dekat Lan. Nanti pandai-pandai lah Lan handle. Awak sibuk dengan shooting... Awak tak fikir ke yang anak kita nak trial." celah papanya.

Kan aku dah cakap papa mesti team aku punya. Ha tahu mama diam.Gembiranya dalam hati, Bila papa backupku HAHAHAHAAH.

"Ish awak ni. Saya kesian dekat Lan je."

"Tak adanya saya dah cakap awal-awal dengan dia. Dah makan, tak habis-habis cerita shooting."

****************************************

KEESOKKAN HARINYA [DI SEKOLAH]

Semua sudah berada di dalam kelas kecuali Iya. Kelibatnya masih tidak nampak. Faiz, Rezza dan Rizwan masih setia menunggu Iya. Sesudahnya cikgu Andy yang masuk ke kelas.

"Siapa tak hadir hari ni?" tanya cikgu Andy.

"Iya cikgu." jawab salah seorang rakan sekelasnya.

"Saya dah cakap dia tu tak boleh percaya. Tengok selamba je dia tipu cikgu macam ni." kata Syasya.

"Ingatkan dah insaf rupanya perangai sama je. Member kau lah tu." kata Faiz kepada Rezza.

"Eh member aku pulak. Rela Iya tu lagi jadi member aku. Iya mana eak? Tak kan dia tak datang."

"Entahlah. Daripada tadi tak nampak batang hidung."

TOK!TOK!TOK!

Seseorang mengetuk pintu kelas. Semua mata memandang ke arah pintu. Jelas di muka pintu adalah Iya.

"Maaf cikgu saya lambat masuk kelas." ucap Iya.

"Suka hati je masuk kelas lambat pikir sekolah ayah kau." perli Syasya.

Semua memandang ke arah Syasya. Syasya bercakap seolah-olah cikgu tiada di depan. Iya tersenyum sinis memandang Syasya. Sikit pun dia tidak terasa hati. Dia terus mendapatkan tempat duduknya.

"Wey, dia boleh senyum macam tu. Gila gentle doh Iya." puji Rezza. Faiz tersenyum sebaris.

Syasya memandang tajam ke arah Iya yang langsung tidak memperdulikannya. Kemudian mata Iya tertangkap wajah Syasya lalu dia tersenyum.

"Lah kau cakap dengan aku ke? Sorry tak perasan. Cikgu saya masuk lambat sebab jumpa cikgu Khairul. Maklumlah budak atlet..." saja Iya meleretkan perkataan atlet itu sambil memandang wajah Syasya...Siapa saja yang tidak tahu bahawa Syasya tidak diterima masuk atlet disebabkan staminanya yang lemah.

"Atlet? Iya atlet apa wey?" tanya Faiz sedikit terkejut.

"Dia atlet lari.Kau tengok je kaki dia pendek tapi lepas masuk kebangsaan tu." beritahu Rezza.

Faiz sedikit terkejut mendengar jawapan daripada Rezza. Sungguh dia tidak sangka miss artistnya juga minat bersukan.

"Dia cakap habis je trial, saya ada training. Ni kira last saya join untuk pertandingan sebelum saya SPM."

"Ouh ha bagus tu Iya. Sebab awak nama sekolah kita naik. Saya bangga dengan awak." puji cikgu Andy.

"Terima kasih cikgu. Eh Syasya pasal sekolah ni bapak aku punya tu. Setakat ni belum lagilah sebab aku belum suh bapak aku beli. Tapi kalau bapak aku beli, orang first aku nak buang ha kau lah. Bukan apa kau macam tak sesuai sekolah dekat sekolah ayah aku beli. Takut nanti tak pasal-pasal ayah aku kena ziarah kau dekat hospital.Sebab apa? Sebab kemurungan. Kesian...." kata Iya dengan nada memerli. Puas hatinya dapat mengenakan Syasya.

Satu kelas tertawa. Apa tidaknya,awal-awal Syasya yang ingin mengenakannya. Tiba-tiba kena batang hidung sendiri.

"Eh dah... Semua buka buku. Kita sambung yang semalam." kata cikgu Andy. Sikit pun dia tidak marah dengan percakapan Iya itu.Lagi bertambah geram Syasya dibuatnya.

TOK!TOK!TOK!

Kedengaran seseorang mengetuk pintu kelas. Semua mata tertumpu arah muka pintu.

"Maaf ganggu. Saya nak bagi tahu ada pelajar baru akan masuk kelas ni." beritahu cikgu Alina.

"Ouh ha boleh masuk." kata cikgu Andy.

Lelaki! Kenapa yang masuk kelas aku ni lelaki je. Haritu Faiz, ni mamat ni pulak. Hm not bad boleh tahan hensem. Tapi Faiz lagi hensemlah.Eh Iya kau dah kenapa puji Faiz ni. Dah Iya fokus.

"Boleh awak kenalkan nama awak?"

"Nama saya Muhammad Idlan Izzani.Semua boleh panggil saya Izz."

"Ouh Izz. Kenapa awak berpindah ke sini?"

"Sebab ayah saya ditukarkan ke sini."

"Ouh okay lah awak boleh ambil tempat duduk. Ha sebelah Iya kosong,awak boleh duduk situ. Okay class saya ada hal sikit jadi saya keluar awal. Terima kasih semua."

"Terima kasih cikgu." ucap rakan sekelasnya serentak.

Aduh dia datang sini pulak dah. Aku tak minat betullah orang duduk sebelah aku.Aku dah selesa duduk sorang-sorang. Carilah tempat lain please.

"Ada orang tak duduk sebelah ni?" tanya Izz.

Iya memandang wajah Izz yang tinggi itu. Jantungnya bagaikan mahu terhenti saat itu kerana melihat wajah Izz yang sungguh tampan.

Tengok daripada jauh tak berapa hensem. Bila tengok dekat hensemlah pulak. Alahai agak-agak boleh jadi best tablemates tak?

"Em tak ada." jawab Iya perlahan.

Izz terus melabuhkan punggungnya disebelah Iya.Iya hanya diam tanpa memandang ke arah Izz. Izz berasa seperti mengenali orang disebelahnya itu.

"Nama kau apa?" tanya Izz selamba. Lambat-lambat Iya memandang ke arah Izz.

"Ara Sofea."

"Ouh lah artis tu ke? Patutlah macam pernah nampak... Tapi kenapa panggil Iya pula bukan orang panggil Ara?"

Okay mamat ni boleh jadi kawan aku. Macam sporting je. Jarang orang nak bercakap dengan aku.Eh ke sebab dia tahu aku artis? Arhhh Iya jangan buruk sangka dengan orang.

"Itu nama untuk dunia seni je. Saya tak suka campurkan bidang saya dengan dunia biasa saya."

"Ouhh....Nice. Btw aku minat kau berlakon. Natural tak ada over-over." puji Izz tersenyum.

Alahai senyum pula dah..... Izz awak jangan macam-macam kang saya pengsan macam mana? Aduh ada yang tak fokus belajar ni kang.

"Terima kasih." ucap Iya tersenyum.

Dalam dia tersenyum-senyum, Faiz di belakang hanya memerhati. Ingin saja dia menarik Izz ke belakang. Entah mengapa hatinya berasa sakit melihat Iya berbual dengan si budak baru itu. Tiba-tiba Syasya dan Airees menapak ke meja Iya dan Izz.

Aduh perempuan ni dah datang... Ini kes tak puas hatilah ni. Dia memang sehari tak tengok aku senang tak boleh ke?

"Kemain suka kau kenakan aku tadi."perlu Syasya.

"Syasya...tolonglah jangan kacau aku. Aku penatlah hari-hari aku kena bergaduh mulut dengan kau."

Izz hanya mendiamkan diri. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh mereka. Ingin menyampuk mahunya dia kena debik. Baik dia diam.

"Selagi kau tak berambus daripada sekolah ni, selagi tu aku tak kan biarkan kau tenang."

Suasana menjadi tegang kembali. Batu api di dalam kelas datang dekat untuk menyaksikan perbalahan mulut mereka. Siapa lagi kalau bukan Rizwan dan Rezza.

"Kau tunggu aku habis SPM, confirm aku blah. Ha tunggu jelah lagi 3 bulan camtu je." jawab Iya selamba.

"Eh artis macam kau ni memang tak tahu malu ke? Orang tak suka...lagi nak tunjuk muka kau yang tak berapa lawa tu kat sini."

Wah melampau kau ni main muka. Hello muka aku ni macam Fazura okay. Silap-silap Fazura yang copy muka aku.

"Kau je tak suka dia. Orang lain oraite je." celah Rezza.

Iya memandang Rezza. Jujurnya terharulah juga, pertama kali Rezza menyebelahinya.

"Kau diamlah. Kau dah kena guna-guna ngan dia ke sampaikan kau backup dia pulak. Selama ni kaulah yang selalu bahan dia." kata Syasya.

Wah dia ni tadi cakap muka aku tak lawa, ni aku buat guna-guna pulak. Kang ada makan pelempang kali ke dua ni kang.

Tiba-tiba lengan Iya seperti ditarik. Lantas matanya tertumpu kepada orang yang menyentuhnya. Kelihatan Faiz dengan wajah ketatnya yang memegang lengan Iya.

"Jom teman aku jumpa cikgu Khairul." kata Faiz dan terus menarik lengan Iya untuk mengikutinya. Nasib baik dia tidak terjatuh.

Syasya memandang dengan pandangan menyampah  Kemudian dia terus kembali ke tempatnya. Rezza, Rizwan dan Izz pula saling mengenalkan diri seperti tiada ada apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience