BAB 9

Romance Series 8741

RING!!!!

"Hello."

"Hello adik dekat mana ni?" tanya papa Iya.

"Adik kat kedai makan dengan Faiz. Kenapa pa?"

"Ouh baguslah ada dengan Faiz. Ni datang dekat depan resort. Semua  ada dekat sini."

"Nak pergi mana?"

"Pergi pantai."

"Pantai?Jap adik datang."

"Okay." jawab encik Ikhwan dan terus mematikan talian.

"Awak jom balik resort." ajak Iya.

" Ala awal lagi. Kau nak buat apa je?"

"Papa call. Dia cakap nak pergi pantai. Jom wak."

"Ala mesti dengan kawan-kawan dia kan. Malas lah."

"Ala...jomlah. Nanti sampai sana kita pergi jauh sikit daripada dorang." pujuk Iya.

"Kau ni mengadakan."

"Arh tak kesahlah awak nak cakap apa. Jom." ajak Iya dan terus bangun.

"Oi sabarlah. Belum bayar lagi." laung Faiz.

****************************************

DI HADAPAN RESORT

"Mana dorang ni bang tak sampai-sampai." tanya mama Iya.

"Kejap lagi sampailah tu. Awak jangan cari gaduh pula dengan dia."

"Saya pula kena.Patutnya abang cakap dekat anak kesayangan abang tu. Jaga sikit mulut. Asyik nak menjawab je cakap saya."

Encik Ikhwan menggelengkan kepala.

"Ha Faiz ada dengan Iya ke?" tanya Encik Faizal.

"Ha ah. Dorang kat kedai makan katanya." jawab Encik Ikhwan.

"Rapat juga dorang ya. Faiz tu bukan banyak sangat cakap. Tak sangka pula dia boleh rapat dengan Iya." kata Puan Shila.

"Dah nama pun classamate. Rapatlah dorang." balas Encik Faizal.

"Tapi bang, masa kat Melaka kawan perempuan dia sapa je. Ha si Sarah tu je lah."

"Ouh Faiz tak ada kawan perempuan ke?" tanya Puan Laila.

"Nak kata tak ada tu tak lah. Dia tak ada kawan rapat. Yang ada pun sorang je. Ni tak sangka pula boleh rapat dengan Iya."

"Borak apa tu." sapa Puan Aisyah iaitu ibu kepada Ikin.

"Eh Aisyah. Tak perasan pulak. Apa khabar?" sapa Puan Shila.

"Sihat je alhamdulillah. Eh kata bawak anak bujang. Mana dia?"

"Kejap lagi sampai lah. Mana tah dia pergi."

"Ma." sapa Faiz. Semua memandang ke arah Faiz dan Iya. Puan Aisyah memandang sinis kepada Iya. Kemudian dia memaniskan wajahnya ke arah Faiz.

"Ha sampai pun. Aisyah ini lah anak saya Faiz."

"Ouh ni lah Faiz. Ikin meh sini. Ni lah anak auntie Shila tu." kata Puan Aisyah memperkenalkan Faiz kepada anaknya.Ikin tersenyum malu.

Iya menarik muka. Ini lah yang dia paling menyampah. Faiz menyedari air muka Iya berubah. Faiz hanya membuat muka selamba.

"Auntie." tegur Faiz.

"Faiz, saya gi kat papalah." bagitahu Iya.

"Eh Ara. Sombong ea. Mentang-mentang famous." sapa Ikin.

Mulalah dia nak cari gaduh. Eh nasib ramai orang kalau tak memang tak aku nak tercegat kat sini. Gedik!

"Sorry tak perasan. Aku gi kat papa jap." jawab Iya sambil lewa dan terus berlalu pergi.

"Kemain sombong lagi dia tu." kata Puan Aisyah.

"Eh dah jom gerak." ajak Encik Faizal.

"Ada satu seat kosong tak? Ingatkan nak minta tolong tumpangkan Ikin. Kami nak naik dengan Arman je. Tak adalah banyak sangat transport kan nanti." kata Puan Aisyah. Saja dia mahu Ikin rapat dengan Faiz.

"Eh boleh....ada je kosong." jawab Puan Shila.

Aduh semak betul lah minah ni. Patutlah Sofea tak suka. Tengok gaya pun dah menyampah. Tersengih-sengih pandang aku. Ingat lawa? Lawa lagi Sofea. Mama ni pun satu,cakap je lah tak ada tempat kosong. Ini mahunya Iya tak nak ikut ni kang.

"Iya, Ikin naik dengan kita tau. Boleh Iya duduk depan dengan auntie dengan mama?" minta Puan Shila. Ikin sudah tersenyum memandang Iya.

Hello kau nak duduk sebelah Faiz? No way! Faiz is mine. Auntie Shila ni pun satu, suruh la minah ni je duduk depan. Semak nak duduk belakang buat apa. Yang minah ni tersenyum senyum pandang Faiz. Aku cucuk mata kau apa tak dapat.

"Em okay auntie." jawab Iya tanpa rela. Dia ingin sahaja kata tidak boleh, tapi disebabkan dia tidak mahu dia kelihatan tidak sopan di hadapan rakan-rakan mama papanya. Dia terpaksa akur.

Baru sahaja Ikin mahu masuk untuk ke tempat duduk belakang, Faiz bersuara.

"Faiz nak duduk dengan Sofea. Ikin awak duduk depanlah." beritahu Faiz.

Ha see Faiz pun tak nak duduk dengan kau. Eh cop apahal Faiz panggil dia awak? Dengan aku panggil kau pula. Masa first day school  pun panggil kau je. Eh Faiz ni kena ni kang.

"Ala Faiz. Kenapa Ikin tak boleh duduk belakang pula? Ikin memang nak bagi Iya duduk depan dengan mama dia. Tak salah kan?" kata Ikin lembut.

"Bagi je la dia duduk belakang. Lagipun pantai tak jauh pun...kan ma?" kata Iya beralah. Malas dia nak dengar alasan yang diberikan oleh Ikin.

"Ha ah tak jauh pun 2km je daripada sini." jawab mama Iya.

"Dah la cepat masuk. Yang lain dah gerak dah." celah Puan Shila.

"Ma...Faiz dengan Iya datang kejap lagi... Kitaorang ada benda nak beli. Bye maa." kata Faiz dan menarik tangan Iya pergi.

Iya masih terpinga-pinga. Yang lain pula memandang dengan keadaan terkejut. Tidak sangka Faiz akan buat begitu. Jauh disudut hati Puan Shila, dia berasa gembira melihat perubahan anaknya. Dulu pantang disuruh ada saja dia ingin melawan,meninggikan suara. Tetapi sejak berkenalan dengan Iya, Faiz semakin pandai mengawalnya. Tidak langsung dia meninggikan suaranya tadi. Ikin memandang mereka dengan pandangan yang menyakitkan hati.

"Tak apa. Kau sombong dengan aku kan Faiz. Kau tunggu...aku tak kan biarkan kau rapat dengan minah tu." gumam Ikin di dalam hati.

"Kita gerak dululah. Faiz tu memang macam tu. Susah sikit nak faham. Minta maaflah Wan , Laila. Dengan anak korang dia bawak." ucap papa Faiz.

" Tak apalah. Janji dia dengan orang dia kenal. Dah jom lah gerak. Yang lain dah gerak dah..Entah entah dah sampai." kata Encik Ikhwan.

"Awak nak bawak saya pergi mana ni Faiz?" tanya Iya yang masih lagi mengikuti langkah Faiz.

"Adalah. Kau ikut je lah."

"Tak nak. Saya nak pergi pantailah." ngadu Iya memberhentikan langkahnya. Faiz turut memberhentikan langkahnya.

"Ish kau ni. Apa yang best sangat pergi pantai. Nanti balik KL aku bawaklah kau pergi pantai."

"Lainlah...Masa ni ada mama papa. Awak jom lah." pujuk Iya.

"Ish pantai je pun." marah Faiz.

"Eh awak yang tarik tangan saya tau." marah Iya pula.

"Yelah kita pergi sana. Dah sampai sana muka kau jangan macam tadi ea. Aku nampak je muka kau masam aku bawak kau balik resort." ugut Faiz.

Dia nampak ke aku buat muka tadi? Aduh mata dia ni tajam betul lah. Ke sebab dia usya aku je daripada tadi?

"Mana ada saya buat muka." kata Iya tidak mengaku.

"Banyaklah kau punya mana ada. Fikir aku tak nampak masa mama suruh kau duduk depan muka kau dah lain. Bersyukur sikit kau dapat bf macam aku ni. Tahu jaga hati kau."

"Eleh tahu jaga hati apa. Ouh dengan Ikin tadi kemain saya awak... dengan saya, awak panggil aku kau je. Patutnya dengan gf ni la kena cakap elok-elok ni tak... Macam cakap dengan membe je." bebel Iya tidak puas hati.

Faiz tesenyum memandang ke arah Iya yang sedang marah. Ingin sahaja dia mengambil rakaman waktu itu.

Lah miss artist ni jeles ke? Ouh payahlah aku nak rapat dengan perempuan lepas ni. Kalau dia boleh je. Nanti alasan dia. " Dah tu fans saya, saya kena lah layan baik baik." Dia fikir aku tak ada peminat ke?

"Lah itu sebab aku tak biasa lagi dengan dia." jawab Faiz selamba.

"Eh hello. Dulu masa awak first time masuk kelas, selamba badak awak je panggil saya aku kau. Tak ada pun tak biasa bagai. Ha alasan apa lagi nak bagi."  luah Iya. Ingin sahaja dia menghempuk muka Faiz yang tersengih ketika itu.

Orang tengah marah dia boleh senyum. Dia fikir aku tengah buat lawak ke? Dah la tak dapat pergi pantai. Lepas tu menyakitkan hati orang je. Macam manalah kau boleh suka kat dia ni Iya. Dah kepala batu.

"Dah tak ada alasan dah sayang. Jom aku bawak pergi pantai." bagitahu Faiz sopan.

"Sayang konon....awak nak bawak saya macam mana? Papa dah gerak."

"Kita sewa motor lah sayang. Tu sana tu." bagitahu Faiz sambil menunjukkan ke arah motor.

Wah syok nampak panggil aku sayang. Kau jangan macam-macam Faiz. Kang tak memasal aku angau.

"Awak ada lesen ke?"

"Hey kau cakap dengan siapa ni. Ni Harraz Faiz lah ...mestilah ada."

"Eleh berlagak...Ha pergilah sewa. Guna duit awak. Saya nak naik papa awak tak bagi. Sewa dua motor. Saya satu awak satu."

"Kau reti bawak motor ke? Ada lesen?"

"Hey ni Ara Sofea lah. Mestilah reti. Lesen? Tak payah cakap, papa tak bagi." jawab Iya tersengih. Dia belajar membawa motor pun dengan rakan di setnya.

"Ha dah tak payah. Naik aku je. Tak memasal je kang kena saman." jawab Faiz sambil berlalu pergi. Iya mencebik.

Tadi sembang kena saman bagai. Ini selamba je dengan tak ada helmet. Alasan sebab dekat. Tah macam mana dia ni boleh dapat lesen. Sah yang bagi lesen perempuan. Dia kenyit mata terus lulus je.

"Awak. Bila nak sampai ni?"

"Kang sampailah. Duduk diam-diam."

"Eleh tahu lah. Fikir orang tak pernah naik motor ke...Ha awak tu kereta papa awak." kata Iya sambil menunjuk ke arah sebiji kereta yang berada di hadapannya. Faiz memberhentikan motornya.

Baru sahaja Iya ingin menghampiri mama papanya, lengannya dicapai oleh Faiz.

"Apa awak ni pegang pegang. Ambil kesempatan ke...mentang mentang saya diam je selama ni." marah Iya sambil menarik tangannya. Bukan apa, dia hanya tidak mahu kelakuan mereka dilihat oleh rakan-rakan mama papa mereka. Lagi-lagi auntie Aisyah.

"Ouh macam ni kau eah. Dah sampai terus nak marah-marah aku. Aku nak cakap..Ingat pesan aku tadi. Kau buat muka je, aku bawak kau balik resort."

"Saya bukan nak marah awak. Tapi saya tak nak lah kawan mama papa kita cakap apa nanti. Pasal buat muka tu saya janji saya tak masam-masam..kalau saya buat muka saya janji lagi." kata Iya tersenyum sambil mengangkat tangannya tanda janji.

Faiz turut tersenyum melihat kelakuan Iya. Iya kelihatan comel begitu.

Dalam drama lain, luar set lain budak ni. Dalam drama kemain natural je belakon...bila kat luar kemain manja lagi. Manja dengan aku tak apa, jangan manja dengan orang lain sudahlah. Memang aku luku-luku kepala mamat tu. Macam mana aku tak jatuh cinta dengan kau kalau kau selalu buat aku tersenyum. Kau dengan Sarah sama je. Sarah? Apa khabarlah dia dekat Melaka. Rindu aku tak rasanya... Sarah saya rindu awak. Saya harap awak dekat sana, baik-baik je. Nanti saya ada masa saya balik sana. Banyak benda saya nak cerita dengan awak.

"Faiz? Ouh Faiz. Faiz!" panggil Iya. Faiz seakan tersentak dan kembali ke alam nyata.

"Apa?" tanya Faiz.

"Apa? Apanya awak ni. Saya cakap dengan awak daripada tadi. Awak termenung pulak. Fikir siapa? Kekasih hati dekat Melaka?" teka Iya. Sekali lagi Faiz seakan terkejut.

"Macam mana Sofea boleh tahu apa aku fikir? Jap. Kekasih hati?" gumam Faiz di dalam hati.

"Mana ada. Kau cakap apa tadi?" tanya Faiz sedikit gugup.

"Saya ajak awak pergi dekat mama papa kita."

"Ouh ha jom jom." kata Faiz dan berjalan pergi.

Peliklah mamat ni. Aku beria cakap dengan dia, dia boleh termenung... Entah entah betul dia tengah fikirkan awek dia dekat Melaka.

"Sofea!!!! Cepatlah." laung Faiz.

"Ha ye." kata Iya sambil berlari anak ke arah Faiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience