BAB 25

Romance Series 8741

"Eh Zaf. Bila sampai?" tanya Faiz. Iya langsung tidak memandang ke arah Faiz.

"Baru je. Kau gi mana tadi?"

"Ouhhh aku jumpa Sarah. Aku ajak datang sini dia kata nak pergi toilet pula." jawab Faiz.

"Eh sejak lama tak nampak kau ni, aku baru perasan do kau hensem." puji Izz.

"Aku memang daripada dulu ea ensem cakap baik sikit. Eh Hana awak pun dah sampai. Dah lama ke?" tegur Faiz mesra.

"Baru je Encik Faiz. Saya datang dengan Sya."

"Ish awak ni tak payah panggil saya encik. Saya dah anggap awak kawan."

"Kalau anggap saya kawan, awak boleh stoplah bahasakan diri, awak saya. Just guna aku kau macam kawan kawan yang lain. Baru best." kata Hana tersenyum.

"Ouh banyak cakap juga dia ni. Ingatkan jenis pemalu. Banyak cakap pun banyak cakap lah...Comel pun comel." gumam Rizwan di dalam hati.

"Ha boleh. Btw aku ada dengarlah orang tu semalam cakap tak nak datang, tapi tiba tiba nampak muka dia dekat sini. Dia dah lupa ke?" perli Faiz.

Pantang jumpa pasti berperang. Mereka semua sudah menggelengkan kepala, sudah masak dengan perangai mereka yang tidak boleh berjumpa, pasti bergaduh sejak dulu lagi. Hana yang baru sahaja mengenali mereka juga sudah menepuk dahi. Zafran pula hanya membuat muka tidak faham.

"Kau ingat aku nak datang ke? Ini kalau mama tak paksa, memang tak aku ada dekat sini." jawab Iya selamba.

Terbeliak mata mereka semua apabila mendengar Iya membahasakan dirinya aku kau bersama Faiz buat pertama kalinya. Faiz merenung tajam. Dia tidak suka Iya membahasakan dirinya begitu kepadanya.

Apa? Salah ke aku cakap? Asal muka dia macam nak terkam aku? Sebab aku bahasakan "aku kau " ke? Tapi apa salahnya kan?

"Yang pandang macam tu kenapa salah ke apa a...." belum sempat Iya menghabiskan ayatnya, jari telunjuk Faiz sudah berada di bibir Iya. Iya terkaku. Dia tidak sangka Faiz akan berbuat begitu.

"Aku tak suka." jawab Faiz sedikit dingin.

"Kenapa pula. Saya pun nak macam diaorang juga. Kita kawan kan?" tanya Iya sedikit gugup.  Baru sahaja Faiz ingin menjawab, tiba tiba namanya dipanggil. Faiz berpaling.

"Sorry ganggu. Awak mama panggil." beritahu Sarah lembut.

Iya menjarakkan dirinya daripada Faiz. Dia tidak mahu Sarah salah faham. Yang lain hanya memerhati. Terselit beberapa soalan yang mereka fikirkan.

"Ouh ye ke? Ha okaylah. Awak lepaklah sini dulu. Diaorang ni baik tau. Kejap lagi saya datang balik." kata Faiz berlalu pergi.Terlupa sebentar pergaduhannya bersama Iya.

"Hai Ara. Bila awak sampai?" tanya Sarah mesra.

"Baru je..Ha yang tak kenal,nama dia Sarah. Dia ni kira anak angkat mama papa Faiz." beritahu Iya. Mereka tersenyum memandang muka manis Sarah itu.

"Hai..." sapa Sarah mesra.

"Hai Sarah. Kita dah kenal kan." tegur Eliy tersenyum.

"Kenal, kenal. Eliy kan anak uncle Lan."

"Ha betul lah tu."

"Eh dah dah la borak tu. Jom kita pergi makan." celah Rezza.

"Ha okay juga tu. Nanti bolehlah kenal lagi mendalam, tak gitu Wan?" usik Iya. Merah muka Rizwan menahan malu. Mereka semua tertawa melihat muka Rizwan itu.

"Adik, abang pergi dekat mama papa tau."

"Ala abang, makan je lah dengan kitaorang. Lagi pun abang bukannya ada kawan pun."

"Ala abang malulah."

" Ala Zaf. Chill lah. Aku kan ada. Lepak sekali lah." ajak Rezza.

"Ha kalau cakap camtu okay arhh..."

"Ha dah jom jom." kata Rezza.

****************************************

"Ara. Awak rapat tak dengan perempuan tu?" tanya Sarah sambi menujukkan gadis yang bersama dengan Faiz di kelompok ibu bapa mereka.

"Yang tu? Daripada dulu saya tak ngam dengan dia. Kenapa?"

"Tak adalah. Asyik berkepit dengan Faiz je. Pastu mata dari tadi tak habis habis pandang Faiz." kata Sarah sakit mata melihat agenda mereka."

"Awak jealous ea?" usik Iya.

"Mestilah...suka hati je sentuh sentuh Faiz." kata Sarah mencebik. Iya tertawa kecil.

"Pergilah kat diaorang, rampas balik kekasih hati awak."

"Erm...Awak tak marah ke?" tanya Sarah serba salah.

"Lah buat apa nak marah, Faiz kan bf awak."

"Tapi  Ara...." belum sempat Sarah menghabiskan kata katanya, Iya sudah memotong.

"Pergilah Sarah. Ke awak nak biarkan perempuan tu dapat Faiz?"

"Eh tak nak. Okay saya pergi."

"Ha okay." jawab Iya tersenyum. Sarah terus bangun dan menuju ke arah Faiz dan gadis itu.

"Woi, kau biar je diorang berkepit dengan Faiz? Kau tak jeles ke?" tanya Rezza.

Jeles? Tipu aku kata tak jeles Rezza. Tapi aku bukan sesiapa lagi untuk Faiz. Aku just masa silam dia.

"Buat apa aku nak jeles, aku bukan ada hak untuk jeles. Kitaorang dah tak ada apa apa." jawab Iya tenang.

"Tapi adik sayang dia kan?" tanya Zafran lembut.

"Apa abang ni, ya adik sayang. Sayang sebagai kawan."

"Iya, orang lain awak boleh tipu, tapi bukan kitaorang." kata Azim pula.

"Entahlah Zim. Tapi apa yang saya nak sekarang ni, saya nak mulakan hidup baru dengan orang baru. Eh dah lah....Apa cerita benda macam ni."

"Lama ek kau jumpa mama kau...Daripada kitaorang makan sampai habis makan." perli Rizwan.

"Cite dia bukan mama aku yang panggil pun. Tapi tu ha mak minah tu panggil. Aduh rimas aku."

"Rimaslah sangat. Tapi biar je si Ikin tu sentuh. Suka cakap je lah suka." bebel Iya perlahan. Daripada tadi dia memerhati Faiz bersama Ikin. Sarah pula hampir dipalaukan ketika itu. Walaupun kata kata Iya itu perlahan, tetapi masih dapat di dengari oleh Faiz. Faiz tersenyum sinis.

"Eh kau buat apa ha dekat sini? Bukan kau cakap tak nak datang ke?"

"Kan dah cakap mama yang paksa saya datang. Kalau mama tak paksa, tak adanya awak nampak muka saya dekat sini." jawab Iya malas. Tiada lagi " aku kau" dengan Faiz. Serik dia melihat wajah Faiz yang seperti singa lapar yang bila bila sahaja akan menerkamnya.

"Tapi aku cakap kalau kau datang aku halau kan....Kau dah sedia?"

"Em dah sebab dah habis makan. Tak payah halau saya sendiri akan keluar. Jap mana abang ni?" tanya Iya tercari cari abangnya.

"Siapa suruh kau balik?"

"Lah sebelum awak halau saya, baik saya keluar dulu." jawab Iya selamba. Lantas Faiz menjentik dahi Iya. Iya memegang dahinya. Walaupun perlahan tetapi masih terasa sakitnya.

"Sakitlah Faiz." ngadu Iya.

"Tak kanlah aku nak halau kau. Jangan mengada nak balik. Kang mama hempuk aku guna kuali kang sebab halau kau."

"Patut pun mama awak hempuk awak. Sakit tau awak jentik. Tu tangan ke apa. Aduh..." rungut Iya sambil menggosok dahinya. Kemerahan dahi Iya ketika itu. Faiz tersengih, tahu kesilapannya. Lantas dia menepis tangan Iya dan dia menggosok dahi Iya. Iya terkaku. Semua mata memerhati mereka. Rakan rakan mereka tersenyum.

"Sorry...Sakit ea...aku buat perlahan je."

"Eeeish perlahan apa, kalau perlahan tak merah tau dahi saya." kata Iya menepis lembut tangan Faiz. Dia tidak mahu orang lain tersalah anggap.

"Wah berdrama pula kamu kat sini ya. Tak eloklah kan ramai orang ni." tegur Puan Aisyah berbau sinis.

Iya menunduk. Malu rasanya apabila ditegur begitu di hadapan orang yang sedang memerhati mereka. Faiz memandang Puan Aisyah dengan muka tiada perasaan. Ia membuatkan Puan Aisyah rasa tercabar.

"Faiz tolong Sofea je." jawab Faiz selamba.

"Tolong apa? Bukan main lagi auntie tengok. Iya pun tak reti nak elak ya? Tahulah artis tapi dosa tetap dosa." perli Puan Aisyah.

Tergamam semua orang ketika itu. Nasib baik mereka duduk di bahagian jauh daripada tetamu, tidaklah mereka mendengar apa yang Puan Aisyah katakan. Di situ hanya ada rakan rakan mereka sahaja.

"Kenapa auntie perlu kaitkan dengan kerja saya?" tanya Iya memberanikan diri.

"Eh, kau tak reti hormat orang ke? Ni mama aku tau." kata Ikin yang diam daripada tadi.

"Ada aku cakap dengan kau? Tak ada kan...aku cakap bukan menengking pun dengan mama kau. Yang kau panas ni asal? Dosa aku dah pergi dekat kau ke?" kata Iya sedas. Tergamam semua mendengar Iya mengeluarkan kata kata pedas itu di hadapan Puan Aisyah. Iya paling tidak suka orang mengait ngaitkan kerjanya dengan dirinya. Dia tidaklah seperti di dalam tv seperti mereka tontonkan.

"Hey, jaga sikit mulut tu. Auntie ada dekat sini tau! Suka suka hati cakap dengan anak auntie macam tu. Mana adab ni?" tinggi suara Auntie Aisyah ketika itu.

Faiz disebelah Iya sudah berubah air mukanya. Tidak setenang tadi. Dia tidak suka sesiapa yang menyakiti hati Iya. Rakannya yang lain sudah memandang tidak puas hati ke arah Ikin dan mamanya. Meluat mereka rasa.

"Ma...jangan marah Iya. Dia tak sengaja tu. Kan Iya kan?" kata Ikin yang berbuat baik. Dia tidak mahu rancangannya mendapatkan Faiz gagal.

" Tak adanya Ikin dia tak sengaja. Dia memang daripada dulu tak puas dengan kamu."

"Dah la ma...Ramai orang ni. Janganlah buat kecoh kat sini."

"Auntie, saya minta maaf kalau auntie rasa saya berkasar tadi. Saya cuma tak suka auntie kaitkan kehidupan saya dengan kerja saya. Saya bukan macam apa yang saya lakonkan. Saya tak minta banyak pun auntie, saya nak auntie stop kaitkan dunia saya dan dunia lakonan saya." luah Iya tenang tidak setegang tadi.

"Apa apa je lah...Dah lah Ikin jom pergi jumpa auntie Shila. Buat apa pergi rumah dia kalau duduk melepak je macam ni. Kita datang nak jumpa orang rumah. Bukan sibuk lepak je." kata mama Ikin berlalu pergi. Panas hati mereka semua apabila mendengar kata kata Puan Aisyah tadi.

"Maa...Sorry tau Iya...." ucap Ikin sekadar menyejukkan hati. Dia juga berlalu pergi.

"Aku fikir kau orang tua je....Kalau tak lama aku jawab. Macam anak kau tak ada dosa pulak. Kau tak tahu anak kau pergi kerja pakai macam mana...sibuk nasihat orang." kata Faiz tegang. Tiada siapa berani menegur Faiz ketika itu. Mereka hanya terdiam.

"Eh kenapa ni? Ada apa apa berlaku ke?" tanya Sarah yang baru sahaja tiba.

Semua memandang ke arah Sarah. Lalu Iya mendekatkan diri dengan Sarah. Dia berbisik sesuatu.

"Faiz tengah marah. Boleh awak tolong lembutkan hati dia balik?" minta Iya. Sebenarnya dia sendiri boleh melakukan perkara itu, tetapi dia mahu Sarah yang buat... Dia mahu Sarah dan Faiz rapat.

"Saya cuba."

"Faiz awak okay?" tegur Sarah perlahan. Yang lain hanya memerhati.

"Nampak macam saya okay ke? Tak kan. Baik awak diam." balas Faiz lagi masih dengan nada tegas.

"Sorry." kata Sarah perlahan dan mendekati Iya balik. Wajahnya berubah apabila dimarah oleh Faiz.

"Tak apa awak pergi amik air. Nanti dia minum sejuklah tu hati dia." cadang Iya... Sarah mengangguk setuju dan berlalu pergi. Apabila Sarah sudah jauh, Iya memberanikan diri mendekati Faiz.

"Kenapa cakap macam tu dekat Sarah? Dia tak tahu apa apa tau." tegur Iya.

"Dah nampak muka aku macam ni yang dia  tegur siapa suruh."

"Habis kenapa awak tak marah saya?" tanya Iya berani.

Yang lain hanya memerhati, ada betul juga kata kata Iya itu.

"Kau nak aku marah kau ke?"

"Bukan macam tulah Faiz."

"Habis tu apa!" sergah Faiz tiba tiba. Terkejut semua orang di situ. Ternaik bahu Iya terkejut.  Faiz tertawa melihat muka Iya yang terkejut itu. Berubah terus air mukanya yang tegang kepada ceria. Yang lain pula sudah memandang pelik melihat Faiz yang berubah moodnya begitu cepat.

"Faiz! Terkejut saya. Awak nak saya mati awal ke?" marah Iya sambil memukul lengan Faiz.

"Lawaklah muka kau tadi. Aduh patutnya aku record tadi." kata Faiz tergelak lagi.

"Awak ni gila ke? Tadi marah ni suka pula."

"Tadi marah aku sebab marah Sarah. Ni aku dah okay cakap gila pula. Kau nak apa ni?"

"Tak lah yang awak marah Sarah tadi kenapa? Kesian dia tau."

"Aku tak sengaja. Aku geram dengan mak Ikin tu."

"Awak pula geram. Yang kenanya saya."

"Eh mestilah. Aku tak suka orang sakitkan hati kau." jawab Faiz selamba. Itu sudah cukup membuatkan rakan rakan yang lain tersenyum dan tertawa kecil.

"Banyaklah awak. Pergi pujuk Sarah. Kesian dia."

"Ala dia okaylah. Dulu kalau aku marah dia, sekejap je lepastu dia bercakap balik dengan aku."

" Dulu lain sekarang lain. Pergi pujuk."

"Apa yang lain?"

"Harraz Faiz. Awak pergi pujuk sekarang. Awak yang marah dia tadi."

"Ish kau ni. Semua aku je kena. Yelah yelah aku pergi pujuk. Nasib aku sayang." kata Faiz perlahan dia ayat hujung. Iya mengerutkan dahinya untuk menangkap ayat hujung itu tetapi hampa dia tidak pasti apa yang dikatakan oleh Faiz itu. Rakan rakannya tertawa melihat Faiz yang mereungut itu. Seperti budak budak yang dipaksa ibunya.

"Gila gempak duh Iya. Macam tu je kau boleh ubah mood Faiz. Aku tabik kau duh." puji Rezza. Iya tersenyum malu.

"Aku tak buat apa punlah. Aku kesian dekat Sarah, dia tak tahu apa apa tiba tiba dia kena marah."

"Asal aku nampak macam kau cuba nak satukan Sarah tu dengan Faiz ek?" tanya Eliy.

"Sebab dorang sesuai."

"Tapi untuk apa Iya. Sah sah lah Faiz tu memang sayangkan kau."

"Tak..Dia tak boleh sayang aku."

"Tapi kenapa pulak? Kau ada sesiapa ke?"

"Haah Iya...Kau ada sesiapa ke?" tanya Izz.

"Aku tak layak untuk dia."

"Iya benda tu dah lama dah. Takkan kau nak macam ni sampai bila bila. Aku tahu kau sayang dia." kata Syasya.

"Sebab aku sayanglah aku buat camni Sya. Sarah tu sayang sangat dekat Faiz. Dia selalu ada dengan Faiz. Aku tahu dia mampu bahagiakan Faiz." luah Iya.

"Tapi Iya..Kau macam mana?"

"Aku? Aku kan ada korang." kata Iya sambil memeluk Syasya, Hana dan Eliy. Rakan lelakinya yang lain hanya tersenyum. Entah mengapa mereka rasakan yang Sarah tidak sesuai dengan Faiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience