BAB 44

Romance Series 8741

"Nah duit kau. Lepas ni jangan cari aku lagi. Kau ni tak habis habis call. Kau tak tahu sabar ke? Orang boleh syak kau tahu tak." marah Airees.

"Dah duit aku. Mestilah aku cari kau. Ni cukup tak ni?"

"Kau fikir aku miskin? Aku dah bagi tu ambil je lah. Banyak bunyi pula."

"Eh asal kau tak suruh aku bunuh je perempuan tu ha? Kan senang."

"Kau gila ke nak bunuh dia. Dia tu pelakon terkenal. Ramai orang kenal dia, nanti benda ni boleh viral kau tahu. Lepastu netizen mesti tak duduk diam punya. So aku rasa biarlah dia terseksa macam ni je. Aku pun puas."

"Suka hati kau lah. Ha yang mamat kau gilakan tu, macam mana? Dah dapat dia belum?" tanya lelaki itu sambil menyedut air. Airees tersenyum sinis.

"Sikit je lagi, dia jadi milik aku." kata Airees dengan yakin.

"Tapi kau sendiri cakap mamat tu sayang gila dekat artis tu. Boleh ke kau dapatkan dia?"

"Ofc boleh. Kalau aku tak dapat cara baik, aku dapatkan cara halus. Aku tak akan biarkan Faiz jadi milik orang lain. Kalau aku tak dapat orang lain pun tak akan dapat." kata Airees lagi sambil tersenyum sinis.

"Malik... Apa kita nak buat sekarang? Aku rasa dia memang tak boleh tengok aku dengan Sofealah." kata Faiz apabila mendengar kata kata Airees.

Sebenarnya Faiz sudah lama memerhati Airees. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Jadi dia berjumpa dengan Malik iaitu seorang anggota polis merangkap kawan baiknya itu bekerjasama dengannya. Malam mereka berjumpa, Faiz ada menegur Airees yang sedang menelefon seseorang. Waktu itu wajah Airees kelihatan terkejut dan seperti menyorokkan sesuatu. Ketika Faiz membantu mengangkat beg tangan airees, dia sudah melekatkan sesuatu di dalam beg itu untuk mendengar Airees berkomunikasi dengan individu yang dia jumpa. Waktu itu Faiz sendiri tidak pasti mengapa dia meletakkan alat itu di dalam beg tangan Airees sedangkan Airees banyak bertukar beg tangan. Nasibnya baik apabila Airees masih menggunakan beg itu untuk berjumpa dengan lelaki itu.

"Kau sabar dulu. Aku tahu nak settle macam mana. Sekarang ni aku nak kau rapat je dengan dia."

"Kau gila ke? Aku order sama dengan perempuan tu pun Sofea dah jeles. Ini kau nak suruh aku rapat. Kau nak aku perang dunia? Ish idea kau ni agak agaklah."

"Sekarang kau nak kahwin dengan Ara ke tak?"

"Naklah."

"Kalau nak kau ikut je cakap aku. Aku tahu apa aku buat. Ala setakat perempuan merajuk tak kan kau tak boleh handle. Tak payah jadi laki lah kalau tak pandai pujuk perempuan." usik Malik tertawa kecil. Faiz memandang tidak puas hati.

"Eh kau ni nasib polis je. Kalau tak aku dah tumbuk muka kau. Tak sekarang asal ek Airees tu macam tu? Dulu masa sekolah yang gaduh dengan Sofea tu Syasya tau bukan dia. Tapi sekarang kau tengok dia pula yang jadi macam tu. Lepas tu yang tak boleh blah, benda ni sebab aku. Susah jadi hensem." ngadu Faiz. Faiz tertawa apabila melihat Malik membuat muka menyampah apabila Faiz memuji dirinya sendiri.

"Banyaklah kau punya hensem. Mana tahu selama ni memang dia ada hati dekat kau ha... Ni kau jangan bagitahu sesiapa pasal hal ni."

"Kalau aku bagitahu Sofea boleh? Aku tak nak dia salah faham dengan aku."

"Kau ni penakut betullah."

"Siapa cakap aku takut? Aku ni tak nak dia sedih je."

"Samalah tu."

"Ish ye lah aku tak bagitahu."

Sudah 3 hari Eliy berada di rumah orang tuanya sejak boleh keluar daripada hospital. Setiap hari itu jugalah Zafran akan melawatnya, sama ada petang atau malam. Zafran memberitahunya bahawa album mereka sudah rosak disebabkan kemalangan itu, jadi Zafran sudah membuat yang baru. Baru hari ini Eliy merasakan ingin melihat gambar gambarnya. Dia terus mencapai album itu. Eliy tersenyum melihat gambar gambarnya bersama Zafran. Mana tidaknya, Zafran merupakan cinta hatinya pada zaman dia masih kecil. Tiba di tengah muka surat, Eliy mengerut muka kerana di bahagian itu gambar disusun di keliling tulisan.

"Eliya Amirah binti Mohd Azlan." namanya tertulis di situ, Eliy menjadi gugup. Perlahan lahan dia membuka bahagian seterusnya.

"Saya, Hayyan Zafran bin Muhammad Ikhwan." nama Zafran pula di bahagian itu. Jantung Eliy berdegup laju. Dia membuka di bahagian seterusnya.

"Want to express my feelings to you."

Apa yang abang cuba sampaikan ni? Ya allah takutnya nak baca. Entah entah dia nak cakap yang dia dah nak kahwin? Ouh no...tak nak baca. Eh tapi aku nak tahu apa yang abang Zaf nak luah. Em bismillah.

"Sejujurnya abang nak cakap dekat Eliy... Eliy tahu abang sayang Eliy macam adik abang sendirikan." terhenti senyuman Eliy ketika itu. Tetapi dia teruskan membaca.

"Sebenarnya abang bukan sayang Eliy sebagai adik abang tapi abang sayang Eliy macam kekasih hati abang sendiri. Pada mulanya abang takut perasaan abang ni hanya abang je rasa. Jujur abang cakap abang dah suka Eliy lama, sejak sekolah menengah lagi. Tapi abang takut, abang takut Eliy tak sukakan abang. Jadi abang pendam perasaan abang. Abang cuba lupakan Eliy, tapi abang tak boleh walaupun masa tu abang dengan bekas teman wanita abang. Pada mulanya abang just buat album ni untuk jadikan Eliy sebagai kekasih hati abang tapi sekarang abang nak Eliy jadi nyawa abang. So....." ayat itu terhenti. Dengan rasa tidak sabar, Eliy terus menyelak ke belakang. Terpampam ayat yang bertulis....

"WILL YOU MARRY ME?"

Eliy menutup mulutnya, sungguh dia tidak jangka apa yang dibacanya. Air mata jatuh membasahi pipi. Ya dia terharu. Tidak menyangka orang yang dia cintai mencintainya. Sudah lama dia menunggu saat ini. Penantiannya tidaklah sia sia.

"Maa... Mama... Mama....." panggil Eliy yang mula teresak. Tidak lama kemudian mamanya muncul di muka pintu.

"Ya sayang. Kenapa ni?" tanya mamanya sambil memeluk Eliy.

"Tu...." Eliy menunjuk ke arah album itu, lantas dengan itu mamanya membaca kemudian tersenyum. Dia tahu album itu daripada siapa.

"So anak mama setuju tak?" tanya mamanya lembut. Eliy tersenyum malu sambil mengelap air matanya. Lamnbat lambat Eliy mengangguk setuju. Lantas dengan itu mamanya terus memeluk Eliy erat. Nampaknya anak tunggalnya itu akan diambil orang.

"Ya allah penatnya shoot kali ni. You lah ni asyik gelak je." kata Iya sambil melabuhkan punggung di kerusi.

"Eh I pula. You yang buat I gelak ea Ara. Nah air." kata rakan sekerjanya itu sambil menghulurkan air mineral.

"Thank you."

"Ara you macam mana okay?"

"Macam mana apa?" tanya Iya... dia tahu apa yang dimaksukdkan oleh Helmi itu.

"Pasal you dengan ex tunang youlah. I ni tak ada pun dengar gosip you berdua. Tahu tahu you putus tunang je kenapa?"

"Entahlah Helmi. Tak ada jodoh."

"But I respect you. You still profesional dalam urusan kerja you."

"Nak tak nak I kena kuat juga. I tak naklah orang simpati dengan I. Lagi pun I dah mula terima semua ni."

"Okaylah kalau you cakap macam tu. Tapi why you putus tunang?"

Ish Helmi ni banyak tanya pula. Nasib dah ngam dengan dia. Tapi Faiz cakap jangan bagitahu sesiapa. Sorry Helmi I tak boleh bagitahu.

"Ha adalah masalah salah faham sikit. But I memang dah anggap tak ada jodoh." jawab Iya tenang. Tiba tiba telefonnya berbunyi. Dia melihat nama si pemanggil kemudian dia tersenyum.

"Helmi I jawab call kejap." beritahu Iya kemudian terus bangun meninggalkan Helmi.

"Hye!" ucap Iya gembira. Mana tidaknya si pengarang jantung yang menghubunginya.

"Apa hye hye. Tersenyum senyum." kata Faiz dihujung talian. Mati senyuman Iya ketika itu.

"Awak kenapa call saya nak marah marah ni? Tak boleh ke cakap elok elok. Saya dahlah penat kerja."

"Kau buat apa ha tadi?"

"Buat apa?"

"Siapa benarkan kau minum air yang lelaki lain bagi?" tanya Faiz dengan nada serius. Sedaya boleh Faiz menahan dirinya daripada ketawa apabila melihat Iya memandang kiri kanan mencarinya.

"Ma...macam mana awak tahu? Awak ada dekat sini ke? Mana?"

"Jadi betullah... mamat tu hulur air dekat kau?"

"Em ye... Tapi hulurkan air je... yang awak nak marah saya kenapa?" tanya Iya dengan nada sedihnya. Faiz tertawa kemudian mematikan talian. Tercenggang Iya ketika itu apabila panggilan itu dimatikan.

"Dia dah marah lepastu dia boleh matikan macam tu je ? Ish kurang asam punya tunang. Tunang? Salah...Ex tunang. Tak apa awak tutup macam tu je kan? Saya block awak. Padan muka." marah Iya sendirian sambil menekan telefonnya.

"Sampi hati sayang, block aku." kata seseorang belakang Iya. Dengan pantas dia berpaling. Terbeliak mata Iya apabila melihat Faiz dibelakangnya. Faiz tersenyum apabila melihat Iya membuat muka terkejut.

"Awak buat apa dekat sini? Nanti orang nampaklah."

"Lah yang marah ni kenapa? Salah ke aku nak jumpa kau?"

"Eh siapa marah siapa tadi? Dah lah marah marah lepas tu tak pujuk."

"Alalala, sayang janganlah merajuk. Aku guraulah. Ni dah habis ke belum?"

"Belum. Kejap lagi sambung."

"Ye ke? Aku baru nak ajak kau lunch. Tak apalah aku ajak orang lain."

"Awak nak lunch dengan siapa?"

"Eh adalah." kata Faiz sambil tersenyum sinis.

"Okay kalau macam tu... pergilah tak kesah."

"Okay tak...aku guraulah. Aku keluar dengan budak budak lain."

"Yelah...okaylah wak saya nak sambung kerja. Awak pergilah lunch nanti orang nampak, nama kita naik lagi."

"Halau aku nampak."

"Tak... saya tak nak jadi isu je.

"Ha yelah... kerja elok elok. Jangan lupa solat. Bye sayang."

"Okay awak. Bye." kata Iya dan melangkah pergi. Faiz hanya memerhati sambil tersenyum. Tiba tiba telefon Faiz berbunyi. Faiz melihat nama si pemanggil lalu keningnya terangkat.

"Hello."

HAI ! Rasa macam tak okay je nak habiskan bab 44 so niena anjak lagi satu bab...kita tunggu next utk last chapter.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience