BAB 40

Romance Series 8741

"Awak tengok apa yang jadi sekarang! Kawan saya dah dalam ICU! Ini semua sebab awak! Kalau kita tak tunang semua ni tak akan jadilah!" tengking Iya semasa tempat parking.

"Sofea...sabar okay sabar. Jangan marah macam ni. Jom kita balik dulu." pujuk Faiz menenangkan Iya yang sudah naik hantu.

"Sabar apa! Eliy jadi macam tu sebab kita! Kalau kita tak tunang semua ni tak akan jadilah! Kalau saya tak ikut cakap awak semua ni tak akan jadi!"

"Sofea...aku pun tak jangka benda ni berlaku. Aku pun tak nak benda ni jadi."

"Kalau awak tak ajak saya keluar tadi benda ni tak akan jadi awak tahu tak! Kalau awak tak ajak saya tadi Eliy tak akan jadi macam tu!"

"Allah...Okay look..aku mengaku salah aku. Tapi kau jangan macam ni. Kita selesaikan elok elok. Kita masuk kereta dulu bincang okay." pujuk Faiz lagi sambil memegang erat tangan Iya. Iya menarik tangannya kasar.

"Saya nak kita putuskan pertunangan ni!" jerit Iya. Tergamam Faiz ketika itu. Tidak sangka ayat itu keluar daripada mulut Iya.

"So..Sofea kau cakap apa ni? Jangan macam ni please. Ye aku tahu aku salah. Tapi jangan macam ni please Sofea." kata Faiz seakan merayu dengannya. Dia tidak boleh kehilangan Iya lagi. Dia tidak sanggup.

"Saya tak kira...saya nak kita putuskan pertunangan ni. Awak tengok sekarang Faiz apa jadi. Tengok apa jadi dekat Eliy. Dia dekat ICU sekarang. Lepasni siapa? Syasya? Hana? Awak? Ha? Saya tak sanggup Faiz. Kita putuskan pertunangan ni please."

"Tak....aku tak akan putuskan pertunangan kita ni. Sofea kau tahu aku sayang dekat kau kan. Sofea tolong jangan buat aku macam ni. Aku merayu dengan kau."

"Saya lebih sayangkan nyawa orang dikeliling saya Faiz. Saya nak kita putuskan pertunangan ni." kata Iya melangkah pergi.

"Sofea...Sofea..." panggil Faiz sambil berlari mengejar Iya.

"JANGAN IKUT SAYA!" larang Iya keras.

"Sofea jangan tinggalkan aku Sofea...Sofea...Sofea!!!!!" panggil Faiz lantang. Namun lebih laju Iya menapak pergi. Faiz merengus kasar. Dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

"Eliy...bangunlah. Abang Zaf ada dekat sini."

"Abang Zaf minta maaf. Ni semua salah abang. Kalau abang teman Eliy tadi mesti semua ni tak kan jadikan. Mesti Eliy dah balik tengok album kita. Abang minta maaf Eliy. Abang minta maaf." ucap Zafran sambil menggegam tangan Eliy.

Bukannya ibu bapa Eliy tidak mahu menjaga Eliy, tetapi Zafran yang mahu menjaga Eliy. Bersungguh sungguh dia meminta izin. Katanya dia rasa bersalah jadi dia mahu menjaga Eliy. Ibu bapa Eliy dengan berat hati membenarkan.

"Abang janji...Eliy sedar je, abang jaga Eliy okay. Cepat bangun abang tunggu Eliy."

KEESOKKAN HARINYA.

Iya pergi berjumpa mama papanya untuk memberitahu yang dia mahu memutuskan pertunangannya. Dia harus menceritakan apa yang berlaku. Dia sudah tidak mahu meneruskan semua ini. Dia tidak mahu keadaan menjadi teruk.

"Adik...adik bila sampai? Eliy macam mana?" tanya mamanya apabila melihat anak perempuannya berada di rumah.

"Still tak sedarkan diri ma. Ma...papa mana?"

"Ada dekat atas? Kenapa ni? Macam ada something je." teka mamanya.

"Adik ada benda nak bagitahu mama papa." kata Iya dengan nada serius. Terselah wajah dengan mata yang sembap, mungkin disebabkan menangis.

"Macam srs je adik ni. Kejap mama panggil papa."

"Okay." jawab Iya sepatah.

Kau boleh buat Iya. Kau kena buat semua ni. Ingat kawan kawan kau. Ini semua untuk diorang. Untuk orang sekeliling kau. Sorry Faiz, saya lebih rela kehilangan awak hidup daripada mati. Saya tak nak kehilangan awak. Saya buat ni demi awak Faiz. Saya minta maaf.

"Wey kau asal ni bro? Serabut semacam je." tegur Azim.

"Tah lah wey. Malam tadi Sofea cakap dia nak putuskan pertunangan ni." kata Faiz lemah. Tetapi ia cukup membuatkan rakan rakannya terkejut. Mereka tidak sangka perkara ini akan berlaku.

"Kau srs lah bro. Kenapa boleh jadi macam ni?" tanya Rizwan dengan sedikit cuak.

"Dia cakap sebab pertunangan kitaorang Eliy jadi macam tu. Aku dah tak tahu nak buat apa. Aku sayang dia wey."

"Ya allah tak akan sampai macam ni. Habistu tak kan kau nak biar macam ni Faiz?"

"Aku tak tahu Zim...aku serabut do. Semalam Sofea marah gila. Aku tak rasa dia tarik balik kata kata dia semalam. Mungkin betullah. Semua ni salah aku. Kalau aku tak ajak Sofea tunang semua ni tak akan berlaku. Eliy tak akan koma macam sekarang." kata Faiz lemah. Fikirannya terlalu kusut ketika itu.

"Faiz tak akan kau nak putus asa macam ni. Kau dah cari siapa yang buat semua ni? Aku tak rasa yang langgar Eliy ni tak sengaja. Aku rasa dia memang dah attack Eliy." kata Izz.

"Aku pun rasa benda ni dah plan au. Kau tak pelik ke orang boleh bawak laju dekat tempat parking." kata Rezza setuju dengan kata kata Izz.

"Tahlah aku tak dapat fikir. Aku redha kalau Sofea putuskan pertunangan ni. Kalau ini buat orang tu berhenti kacau orang sekeliling kitaorang."

"Kau jangan macam ni Faiz. Kau kena kuat. Kau jangan putus asa macam ni."

"Kalau dia buat lagi teruk daripada ni macam mana Wan? Cukuplah aku tak nak dah orang sekeliling aku jadi mangsa. Aku tak nak jadi apa apa dekat Sofea."

Mereka terdiam. Sejujurnya mereka juga takut sekirannya apa apa jadi pada diri mereka. Tapi ia tidaklah sampai mahu Faiz dan Iya berpisah. Mereka masih memikirkan apa yang perlu mereka lakukan.

Kini genap seminggu Eliy masih terlantar dia atas katil dan sudah seminggu juga Zafran tidak masuk pejabat. Pelbagai cara Uncle Lan guna supaya Zafran balik berehat dan pergi semula bekerja, tapi Zafran tidak mahu. Baginya kesilapannya itu amatlah besar. Walaupun itu bukanlah salahnya. Zafran sudah bertekad kali ini dia tidak akan meninggalkan Eliy. Dia tidak akan maafkan dirinya sekiranya ada perkara yang tidak diingini jadi dengan Eliy. Siapa sangka, Zafran juga sudah lama menaruh hati kepada Eliy. Cuma dia takut dan malu ingin berterus terang. Ianya kerana sebelum ini Eliy pernah berkata apa pun yang terjadi Zafran tetap menjadi abangnya. Jadi dia beranggapan yang Eliy hanya menganggap dirinya sebagai abang tidak lebih daripada itu. Malu pula kerana Eliy merupakan kawan baik adiknya jadi dia malu sekirannya Eliy berasa lucu tentang dirinya. Tetapi kini dia tidak fikir lagi soal malu dan takut. Kali ini dia perlu mendapatkan Eliy.

"Zaf...baliklah dulu. Biar aunty dengan uncle yang jaga Eliy ya." cadang mama Eliy lembut.

"Betul tu Zaf. Dah seminggu Zaf jaga Eliy. Seminggu juga Zaf tak masuk kerja. Zaf baliklah rehat." pujuk uncle Lan.

"Tak apalah aunty, uncle. Saya okay jaga Eliy. Lagi pun apa yang jadi ni salah saya."

"Zaf...berapa kali uncle cakap ini bukan salah kamu. Benda ni kita tak jangka. Kamu baliklah rehat. Mama papa kamu pun risau."

"Uncle Zaf nak cakap sikit dengan aunty dengan uncle boleh?"

"Boleh...cakap apa tu Zaf?"

"Macam ni. Zaf sebenarnya..." kata katanya terhenti. Tidak tahu bagaimana ingin mengatakan hasratnya.

"Sebenarnya apa Zaf?" tanya mama Eliy lembut.

"Sebenarnya... Zaf dah lama suka dekat Eliy. Daripada Zaf sekolah menengah lagi. Tapi masa tu Zaf fikir dia budak lagi...Lepastu kawan adik... Jadi Zaf pendam perasaan Zaf."

"Uncle tahu."

"Aunty pun tahu." jawab mereka tersenyum. Zafran tergamam melihat respon mereka. Tidak langsung terkejut.

"Aunty uncle tahu?"

"Yaaa Zaf. Aunty tahu kamu suka dekat Eliy....Eliy pun suka dekat kamu."

"Ta...tapi macam mana Aunty boleh tahu?"

"Aunty lagi lama makan garam Zaf... Aunty tahulah. Lagi pun tengok cara Zaf layan Eliy bukan nampak layan macam adik je tapi macam lebih ke arah suka. Kalau Zaf nak tahu Eliy pun suka dekat Zaf. Tapi aunty buat buat macam tak tahu je. Bukannya aunty tak tahu semua orang yang nak jadi pasangan dia...dia tolak mentah mentah je."

"Betul ke aunty? Eliy suka Zaf?" tanya Zafran sedikit teruja. Mama Eliy tersenyum dan mengangguk.

" Ya.... dia suka kamu. Setiap kali dia tahu Zaf ada teman wanita...ha seharian la dia dalam bilik tak keluar. Dia suka kamu daripada dia kecil lagi Zaf. Tapi dia malulah dia perempuan tak akan dia nak mangaku kan. Lagi lagi dia fikir kamu anggap dia sebagai adik je."

Ya allah selama ni aku tak tepuk sebelah tanganlah? Eliy abang sayang sangat dekat Eliy. abang janji abang akan jaga Eliy lepas ni.

"Aunty uncle. Zaf nak minta izin. Boleh tak izinkan Zaf lamar Eliy? Uncle aunty setuju?" tanya Zafran serius. Mama papa Eliy memandang satu sama lain kemudian tersenyum.

"Kami setuju tapi kita kena tanya tuan badan nanti juga. Tunggu Eliy sedar. Lepas tu bolehlah hantar rombongan. Kita ikut adat ya." kata uncle Lan.

"Betul ni? Ya allah alhamdulillah. Terima kasih aunty uncle." ucap Zafran gembira. Mama papa Eliy turut tersenyum melihat Zafran.

"Wey aku kesianlah tengok Faiz tu. Kau tengoklah dia sekarang. Muka ketat je. Kita tanya dia jawab sepatah sepatah je."

"Izz nama pun putus tunang. Tak akan dia nak happy. Kau tahukan dia memang sayang gila dengan Iya. Ha ni Iya macam mana sekarang?" tanya Azim.

"Dia pun tak banyak cakap sekarang. Muka pun sayu je. Kejap kejap menangis sebab Eliy. Ya lah dia kan rapat dengan Eliy. Dah tak nampak muka ceria dia." cerita Syasya.

"Haih siapa yang dengki sangat ek dengan diaorang. Kesian do tengok membe kena macam tu." kata Rezza.

"Itulah habis tu kita nak buat apa...Eh mama papa Iya bising tak pasal dia cakap nak putus tu." tanya Rizwan.

"Gila awak tak cakap apa apa. Mama papa dia bisinglah. Mama dia cakap mana nak sorok muka semua. Habis tu Ara nak cakap apa lagi... Dia diam je lah tapi memang keputusan dia mutamad. Ni ha kitaorang duk rumah tu stress ada je orang call dia tanya kenapa putus tunang semua. Sampai Ara off fon seharian tau." cerita Hana.

"Ye lah dah dia artis memang la nak tahu. Tapi kesianlah diaorang ada je busuk hati. Tak boleh ke doa je kebahagiaan orang." kata Azim.

"Dah lah benda nak jadi. Anggap je lah tak ada jodoh. Maybe masing masing boleh dapat partner yang lagi baik. Kita tak tahu kan." celah Airees yang diam daripada tadi. Mereka terdiam. Ada betul juga apa yang Airees katakan itu. Tetapi agak pelik di dengar.

"Eh ni Faiz mana tak sampai sampai? Iya memang tak datang kan?"

"Ouh haah... Iya tak datang sebab dia dah mula shooting cerita baru. Mula mula dia nak tolak tapi dia fikir lama dah tak berlakon so dia terimalah job tu. Atleast dia tak banyak fikir hal dia. Tapi tu la dia dah berhenti kerja dekat syarikat papa Faiz." cerita Syasya. Mereka semua tercengang.

"Srslah Sya? Asal dia berhenti pula?" tanya Rezza.

"Dia kata biarlah dia fokus dalam bidang lakonan je lepas ni. Dia malas dah nak campur itu ini."

"Tapi bukan dia kata dia tak minat ke berlakon?"

"Memanglah tapi entahlah dia. Kitaorang pun malaslah nak tanya banyak. Asalkan dia tak stress sudah." kata Syasya sedikit mengeluh.

"Eh sorry lambat sikit."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience