BAB 30

Romance Series 8741

"Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam. Lambatnya korang balik." tegur Eliy yang membuka pintu.

"Tunggu Hana ni ha. Banyak benda dia kena settlekan." beritahu Syasya.

"Ouhhhh....Eh Iya tu ha ada barang untuk kau. Tapi macam hadiah je...sebab kotak." beritahu Eliy sambil menunjukkan sebuah kotak di atas meja.

"Hadiah? Mana dapat ni Liy?" tanya Iya menghampiri kotak itu. Luarannya nampak menarik.

"Entah aku balik ada depan pintu... Aku bawak je lah masuk dalam sebab nama kau."

"Wah kita baru 2 minggu lebih pindah, fans kau dah tahu rumah yang mana satu ek. Cekap gila wat kerja." kata Hana.

"Ish kau ni Na...Ni Eliy, kau dah buka belum kotak ni?"

"Eh hadiah kau...tak kan aku nak buka."

"Em tak apalah...Biar je kat situ. Aku nak mandi dulu."

"Ha okaylah macam tu." jawab Eliy.

DALAM BILIK IYA

"Arhhhh katil! I miss you so much! Ya allah empuknya." kata Iya yang sudah terbaring di atas katilnya. Segala keletihannya dihempaskan ke katil. Puas rasanya.

"Agak-agak apalah isi dalam kotak tu ek? Lawa juga kotak tu. Mandi kejap, solat pastu baru aku pergi bukak." bebel  Iya. Dia terus mencapai tuala mandi dan menapak ke dalam bilik mandi.

Usai solat,dia terus keluar daripada bilik. Dia terbau sesuatu yang menyelerakan. Langkahnya terus meluru ke dapur. Kelihatan Eliy sedang masak sesuatu.

"Wah Eliy masak lah hari ni....." tegur Iya.

"Ye lah korangkan balik lambat. Walaupun hari ni turn kau, tapi tak apa lah. Biar aku yang masak."

"Aduh ini yang sayang Eliy sangat sangat ni. Kau masak apa tu?"

"Aku masak sup ayam. Tadi aku dah masak sambal ikan bilis."

"Wahhh...Ini sedap. Lagi tak sabar aku nak tunggu kau siap masak ni."

"Eleh kau...Tu kata nak gi bukak kotak tu. Pergilah buka. Aku pun tak sabar nak tengok isi dia."

"Arh kau. Yang kau tak buka daripada tadi kenapa? Macam tak biasa buka barang aku pula kau." perli Iya. Eliy tersengih.

"Ala saja nak jadi budak baik kali ni."

"Banyaklah kau punya budak. Yang lagi dua orang mana?"

"Dalam bilik dorang. Tak keluar pun daripada tadi. Baring baring kot."

"Ouh...Ha ye lah...Aku gi buka hadiah tu jap."

"Ouh ha okay."

Iya terus menuju ke hadapan untuk mendapatkan kotak itu. Setiba sahaja di ruang tamu, Iya memegang kotok itu. Dia menggoncangkan kotak itu sedikit. Tidak  berat tetapi masih mempunyai isi. Iya perlahan lahan membuka, alangkah terkejutnya melihat sesuatu yang berada di dalamnya. Dia terus mencampakkan kotak itu ke meja tersebut dan bersaing dengan jeritannya. Sungguh dia takut dan terkejut ketika itu. Lantas rakan-rakannya berlari mendapatkan Iya. Mereka juga terkejut mendengar jeritan Iya.

"Kau kenapa?" tanya mereka bertiga serentak. Lambat lambat Iya menunjuk ke arah kotak itu. Kawan kawannya tergamam melihat isi yang berada di dalam itu. Sebuah anak patung kecil perempuan bersama dengan muka yang diconteng dengan marker merah dan juga kesan seperti sirap yang diberi maksud darah. Di dalam itu, ada sekeping kad. Syasya memberanikan diri mengambil kad itu. Dia membuka. Apabila dia membaca jelas wajah Syasya sudah pucat dek akibat terkesima membaca isi di dalamnya.

"S.....Sya. Dia tulis apa?" tanya Hana yang masih dalam ketakutan. Tidak mampu Syasya ingat berkata, dia hanya mampu menghulurkan kad itu kepada Hana. Hana mencapai kad itu dan Eliy meminta Hana membaca kuat sedikit bagi Iya juga turut dengar. Syasya sudah pun berada di sisi Iya dan memeluknya untuk di beri ketenangan. Jelas saiat itu, badan Iya menggigil. Dia mula ingin menangis dek kerana takut.

" BAIK KAU PERGI DALAM HIDUP FAIZ SEBELUM AKU BUAT SAMA MACAM ANAK PATUNG NI! INI AMARAN DEKAT KAU ARA SOFEA!

"ALLAHUAKABAR!  Wey macam mana ni?" tanya Eliy.

"Siapa punya kerja ni? Aku pun tak tahu buat apa. Bahaya wey benda ni. Sya...Macam mana ni?" tanya Hana yang jugs sedang takut selepas membaca isi kad itu.

"Okay sabar. Aku rasa kita kena call Faiz. Sebab ini berkaitan dengan dia sekali."

"Jangan...aku tak nak dia tahu." jawab Iya yang masih dalam ketakutan.

"Tak boleh macam ni Iya. Faiz kena tahu benda ni. Ni berkaitan dengan dia." kata Syasya.

"Aku tak nak orang ni tahu. Kalau dia tahu lagi habis aku. Aku tak nak."

"Ara...kau tak boleh macam ni. Benda ni bukan benda kecik. Ni ugutan kau tahu. Okay kalau kau tak nak bagitahu Faiz, kita report polis." cadang Hana.

Polis? Ikutkan itu idea yang baik. Tapi aku takut kes ni makin besar. Aku tak nak sosial media tahu. Aku tak boleh bagitahu polis.

"Tak boleh Na. Nanti kes ni jadi makin besar."

"Eh Iya. Kau jangan degil boleh tak? Benda ni bukan perkara main main. Stoplah kau fikir tak nak susahkan Faiz, tak nak media tahu. Ini keselamatan kau. Faham tak? Aku nak kau pilih dua je... Bagitahu Faiz sekarang atau kita pergi report polis! Now kau pilih." tegas sahaja kata kata Eliy. Bukannya dia tak tahu apa yang Iya selalu fikirkan. Dia sering memikir orang sehingga dirinya terbeban.

Hana dan Syasya mengangguk setuju. Kali ini mereka perlu bertegas dengan Iya. Iya memandang muka Eliy yang sedikit menyinga.

"Ba..bagitahu Faiz." jawab Iya takut takut.

"Bagus. Hana call Faiz sekarang." arah Syasya.

**********************************************

"Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam. Eh korang masuklah." ajak Eliy. Faiz terus melangkah masuk dan mendapatkan Iya. Semasa dia mendapat panggilan itu, dia bersama rakan rakan yang lain. Dia terus bergegas ke rumah Iya. Hatinya risau apabil mendengar suara Iya seperti menangis di dalam telefon.

Syasya memberi ruang kepada Faiz untuk menenangkan Iya. Yang lain hanya memerhati. Terselah wajah kerisauan Faiz itu.

"Sofea. Kau okay. Hey jangan menangis." pujuk Faiz lembut.

"Sa...saya takut wak..." jawab Iya tersedu.

Sebenarnya bukan pertama kali dia mendapat hadiah begini tetapi 2 tahun lepas juga, dia mendapat hadiah seperti ini disebabkan dia rapat dengan seorang pelakon lelaki yang berlakon bersamanya di dalam drama. Kerja itu dilakukan oleh peminat lelaki itu.  Kes itu juga sudah berlalu. Kini timbul perkara baru yang melibatkan Faiz pula. Iya menjadi trauma kerana dahulu pada mulanya diugut begini lama lama diugut untuk membunuh sekirannya Iya masih lagi berhubung dengan pelakon lelaki itu. Syukur orang itu sudah pun ditangkap. Tetapi Iya masih lagi takut takut sekirannya berjumpa dengan pelakon lelaki itu.

"Okay, okay jangan takut aku dah datang ni. Sekarang bagitahu aku apa yang jadi." kata Faiz lagi. Suaranya cukup membuatkan Iya berasa tenang. Namun melihat Iya masih mendiamkan diri, Faiz berpaling ke arah rakan rakan perempuannya itu diberi penjelasan.

"Tadi aku balik kerja awal sikit daripada dorang. Aku nampak kotak tu ada depan pagar. Aku ambil tengok ada nama Iya. Aku bawak lah masuk. Tapi aku tak bukalah sebab nak tunggu dorang balik. Lepas dorang balik.. aku bagitahu tu Iya punya hadiah. Lepas Iya mandi semua dia datang kat dapur tengok aku pastu aku suruh dia pergi bukak kotak tu. Tiba tiba aku dengar dia menjerit. So kitaorang pun berlari ke depan. Tengok Iya dah menggigil. Orang tu ada tinggalkan kad."

"Mana kad tu?"

"Dalam kotak tu."

Faiz mencapai kotak yang dikatakan oleh Eliy itu. Dia terkejut melihat isi yang berada di dalam itu. Tidak hairanlah Iya menangis begitu. Kad itu dibaca dengan sedikit kuat supaya kawannya yang lain turut tahu apa yang tertulis di dalam kad itu. Seperti yang diagak mereka semua terkejut besar. Seketika Faiz terdiam. Riak wajahnya memikirkan sesuatu.

"Wey aku rasa ini kena report polis. Kita tak boleh biar. Bahaya nanti." cadang Rizwan.

"Awak saya dah bagitahu tadi. Tapi Ara tak nak . Sebenarnya tadi dia tak nak pun bagitahu Faiz tau. Ini sebab Eliy yang paksa." terang Hana.

"Kenapa kau tak nak bagitahu aku Sofea. Benda ni bukan main main tau." tanya Faiz sedikit marah apabila dapat tahu Iya ingin menyembunyikan hal itu daripadanya.

"Sa...saya minta maaf. Saya takut. Saya tak nak apa apa jadi dekat awak. Mungkin orang ni hanya haters saya je."

"Sofea kita dah janji daripada dulukan. Aku akan hadap benda ni sama sama dengan kau selagi kau ada dengan aku."

"Tapi Faiz... Kita dah tak macam dulu. Awak ada kehidupan awak. Saya tak nak kacau."

"Kau kehidupan aku Sofea. Kau fikir aku tak risau tadi Hana call lepastu aku dengar kau nangis macam ni." luah Faiz. Ya, semasa dia mendapat panggilan itu, dia sudah kalut mencapai kunci keretanya. Sampaikan rakan rakannya tidak sempat mengetahui perkara itu detail.

"Iya... Kau dengarlah cakap Faiz tu. Apa apa kau kena bagitahu dia. Sebab hal ni berkaitan dengan dia." celah Syasya.

"So sekarang kita nak buat apa? Report polis?" tanya Izz.

" Jangan buat report dulu. Kita tengok orang tu nak buat apa lagi." kata Faiz.

"Tak bahaya ke Faiz?" soal Rezza.

"Jangan risau. Aku tahu nak buat apa. Sekarang ni benda ni kau tangkap gambar dulu. Biar aku simpan kotak ni." arah Faiz.

"Faiz." panggil Iya perlahan.

"Kenapa?"

"Sorry."

"Dah tak ada apalah. Jangan takut okay. Aku ada dengan kau. Dah dah tak nak nangis macam ni lagi. Miss artist aku strongkan." pujuk Faiz sambil mengelap air mata Iya yang membasahi pipi. Sungguh Iya terharu ketika itu. Dia tersenyum manis dan menganggukkan kepalanya. Rakannya yang lain tersenyum melihat kemesraan mereka. Sudah lama mereka tidak melihat Faiz dan Iya berbaik begini.

"Terima kasih semua datang sini. Kitaorang tak tahu nak buat apa tadi." ucap Syasya.

"Lah tak ada apalah. Tadi kitaorang lepak so alang alang tu kitaorang datang sekali." jawab Rezza.

"Eh Azim mana?" tanya Hana.

"Yang awak cari dia kenapa?" tanya Rizwan. Nadanya seperti cemburu. Rakannya yang lain sudah tergelak kecil.

"Salah ke saya tanya? Selalu dia ada dengan korang."

"Dia cakap dia ada hal. Jangan tanya hal apa saya tak tahu. Dah jangan tanya lagi." kata Rizwan membuat nada merajuk. Sekali lagi mereka tergelak kecil. Iya semakin lega. Tidak seperti tadi dalam keadaan gigil. Tanpa Iya sedari, Faiz daripada tadi sedang merenungnya. Pelbagai perkara dia fikirkan saat memandang Iya.

Aku janji Sofea. Apa pun berlaku, aku akan sentiasa dengan kau. Aku minta maaf sebab aku kau yang kena macam ni. Aku janji, aku akan pastikan tak ada sesiapa boleh buat kau sedih. Aku tak sanggup tengok air mata kau mengalir sebab keperitan Sofea. Aku tak kan biarkan semua tu. Aku akan jaga kau walaupun kau tak perlukan aku. Aku tak akan biarkan apa apa berlaku dekat kau. Aku janji Sofea.

Terima kasih Faiz. Terima kasih selalu ada dengan saya. Jujur saya cakap awaklah penguat saya Faiz. Tapi sampai bila? Awak bukan lagi milik saya. Bila bila masa awak akan pergi. Saya takut Faiz. Saya takut tak boleh hadap semua ni. Allahuakbar.

Siapalah punya kerja ni. Susah betul kalau hidup dalam dunia lakonan ni. Ada je yang tak suka...korang rasa siapa punya kerja?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience