BAB 39

Romance Series 8741

Petang itu, seperti yang dijanjikan, Eliy dan Iya pergi berjumpa jurukamera itu untuk mengambil gambrnya. Zafran juga sudah awal lagi tiba.

"Liy...liy parking situ. Kosong tu ha."

"Mana?"

"Situ....." tunjuk Iya ke arah tempat parking kosong. Cepat cepat Eliy masuk ke dalam parking.

"Iya...kau perasan tak apa aku perasan."

"Kau perasan apa pula ni?" tanya Iya sambil membuka tali pinggang.

"Daripada office kau tadi..aku rasa macam ada orang ikut kita tau. Kau tak perasan ke?"

"Ha? Kau ni jangan buat aku takut. Aku call abang aku lah."

"Eh tak payahlah...susahkan dia je. Tadi je aku nampak macam ada orang ikut. Masa kita masuk sini dia terus je tak ada pula dia ikut kita."

"Kau srs ke ni Liy? Aku risaulah."

"Tak ada apalah. Dah jomlah abang Zaf dah sampai."

"Eh mana kau tahu dia dah sampai?"

"Lah tadi tentu nampak kereta dia tadi."

"Tajam mata kau...aku yang adik dia ni pun tak cam kereta abang aku tau." kata Iya tertawa. Eliy tersenyum malu lalu mereka berdua menapak keluar daripada kereta.

"Sya...Sofea dah keluar ea?"

"Haah dia dah keluar. Eh awal pula kau balik meeting..."

"Dah dia kata ada hal...itu aku balik office terus. Ingatkan dia belum gerak."

"Dia dah gerak dengan Eliy tadi."

"Ha tak apalah. Aku gerak gi kat dialah."

"Eleh kau ni macam berlangkas. Nak melekat je."

"Eh biarlah tunang aku. Kalau kau nak juga, tu ajak Rezza."

"Rezza? Eeeee tak nak aku."

"Eleh tak nak konon. Dia tu setia tau. Kau tengok sampai sekarang single."

"Arhhh tak kesahlah...Dia tu elok jadi musuh aku je."

"Kau jangan Sya...orang kata jangan terlampau benci nanti jadi sayang haaaa."

"Ish kau ni...pergilah cari Iya..." marah Syasya. Faiz tertawa sambil beransur pergi.

Rezza? Mamat suka cari gaduh dengan aku tu? Memang tak lah aku nak suka dia. Dah lah acah. Ish jauh jauhkan lah.

"Abang." panggil Sofea di muka pintu.

"Eh adik....Lama abang tunggu tau."

"Eh adik cakap pukul 5:30. Abang yang datang awal. Excited pula dia. Siapa punya album ni? Adik ke abang?"

"Hey come on lah...abang pun ada album abang sendirilah. Ni nampak ni lawa kan." kata Zafran berlagak sambil menunjuk albumnya.

Iya dan Eliy tergamam. Tidak meyangka kulit album itu kelihatan cantik dengan gambar Zafran dan juga Eliy. Eliy masih tergamam.

"Abang! Srslah abang buat album gambar abang dengan Eliy....Sweeetnya. Liy kau cakap betul betul kau dengan abang aku ni ada apa apa ke? Abang?" soal Iya teruja. Terlupa seketika tentang albumnya.

Eliy hanya mendiamkan diri. Dia berasa malu apabila ditanya begitu. Zafran tersenyum melihat muka Eliy yang sudah merah.

"Adik janganlah tanya dia macam tu dah merah muka dia tengok tu." usik Zafran. Iya sudah tergelak.

"A...abang Zaf, Eliy nak tengok gambar tu." kata Eliy menukar topik.

"Ha Eliy kena tengok masa balik rumah nanti. Tak boleh tengok sekarang."

"Eh kenapa pula tak boleh?"

"Suprised la mana boleh tengok." kata Zafran sambil tersenyum memandang jurukamera itu.

"Ha betul tu suprised. Penat saya edit tu." celah jurukamera itu.

"Finelah. Eliy tengok dekat rumah."

"Eh ha lupa dah... mana album saya?"

"Ouh ada...jap." kata jurukamera itu sambil berlalu pergi.

"Adik tak sangka pula abang sampai buat album. Lain macam abang ni."

"Ala bukan selalu. Lagi pun Eliy ni dah rapat dengan abang daripada dulu lagi so apa salahnya abang buat album gambar dengan dia."

"Habis abang Zaf tak ada album ke?" tanya Eliy ingin tahu.

"Ala...Eliy punya dah ada cukuplah...abang saja nak hadiahkan untuk Eliy. Lagipun gambar dalam telefonkan ada."

"Wah rancak borak." tegur seseorang.

"Eh awak! Awak buat apa dekat sini?"

"Haahlah...yang aku tahu adik dengan Eliy je datang...ni kau buat apa kat sini?"

"Aku habis meeting awal. Itu aku datang sini. Eh ni album siapa?"

"Ni album aku lah." kata Eliy berlagak.

"Aik? Bila pula ni?" tanya Faiz pelik kemudian dia teringat sesuatu kemudian tersenyum.

"Ouhhh okay aku faham."

"Awak kata meeting habis lambat tadi."

"Lah kan aku dah cakap meeting habis awal. Kau memang tak nak aku datang ke? Kalau tak suka aku datang cakap je lah. Aku boleh balik."

"Ish awak ni... Saya tanya je lah.... Kalau awak ada dekat sini lagi best... Kita teruja sama sama tengok gambar tunang kita." kata Iya tersenyum gembira.

"Ha dah kau tak payah nak buat drama dekat sini. Kita terus balik kan?" tanya Eliy.

"Ha Liy...Sofea nanti aku hantar rumah."

"Kau nak gi mana ni?"

"Eh adalah."

"Eleh ini aku kena balik sorang lah ni? Aku tahu aku tak ikut tau. Baik suruh abang Zaf hantar album ni dekat rumah je." kata Eliy sakit hati apabila dia perlu balik seorang diri. Iya mula serba salah.

"Awak...Kita jumpa esok jelah. Saya kan datang dengan Eliy...Balik pun mestilah dengan Eliy." bagitahu Iya. Faiz sudah berubah air mukanya. Eliy mula rasa serba salah.

"Iya aku gurau je. Kau keluarlah dengan Faiz. Aku boleh balik sorang. Lagipun kejap lagi aku nak keluar dengan membe aku haaa." tipu Eliy.

"Betul ke ni Liy? Tak apalah aku boleh balik dengan kau."

"Ehhh betullah...Aku boleh balik sorang. Jangan risau. Abang Zaf dah bayar ke album ni?"

"Dah..abang dah bayar."

"Berapa?"

"Itu Eliy tak payah tahu lah."

"Iyalah...okaylah aku balik dulu. Korang hati hati."

"Thank you Eliy." ucap Faiz gembira.

"Welcome." jawab Eliy tersenyum. Eliy terus melangkah pergi.

"Okaylah abang pun balik dulu. Faiz kau jangan hantar adik aku lambat pula."

"Baik bos."

"Abang take care."

"Adik pun." jawab Zafran melangkah pergi.

"Eliy." panggil Zafran. Langkah Eliy terhenti kemudian memandang ke belakang.

"Eh kenapa abang? Barang Eliy tertinggal ke?" tanya Eliy sambil melihat dirinya untuk memeriksa sekirannya ada barang yang tertinggal."

"Ada...Eliy tertinggal ni." kata Zafran sambil membuat mini love. Eliy tersenyum malu kemudian mereka tertawa kecil.

"Ish abang ni...Eliy ingat Eliy tertinggal barang."

"Eh betullah Eliy tertinggal...Eliy tertinggal hati abang. Lain kali jangan letak merata rata. Mahal tu. Limited tau."

"Banyaklah abang punya limited. Ni abang pun nak balik ke?"

"Ha ah baliklah... Tak kan abang nak join diaorang pula. Malas abang." kata Zafran sambil berjalan beriringan dengan Eliy.

"Abang."

"Ha ye kenapa Eliy? Eliy tak suka ke album tu?"

"Eh mana adalah. Eliy nak cakap thank you sebab hadiahkan Eliy album ni. Eliy tak sabar nak tengok."

"Ouhhhh...abang ingatkan Eliy tak suka tadi. Ala no problem lah Eliy. Abang pun tak ada siapa nak buat suprise...buat dekat Eliy je lah." kata Zafran tergelak kecil.

"Abang Zaf sampai pukul berapa tadi?"

"Ouh abang sampai pukul 5:15 macam tu."

"Awalnya. Kan Eliy cakap kitaorang pergi pukul 5:30."

"Lah alang alang meeting abang awal tadi...tu yang abang terus datang sini je. Malas balik office."

"Eleh ye la tu."

"Eh betullah. Ni Eliy parking kereta dekat mana ni?"

"Eliy parking jauh sikit. Tadi tak ada parking kosong. Penat Eliy pusing."

"Ouhh ha ni nak abang teman tak?"

"Eh tak payahlah. Kereta abangkan dekat situ je. Eliy boleh pergi kereta sorang sorang. Abang Zaf tak payah risaulah."

"Eh tapi sekarang ni bahaya Eliy... Kan sekarang kita kena hati hati... Orang yang kenakan adik sekarang tengah perhatikan kita tau."

"Yaaa.. Eliy tahu tapi tak ada apalah abang. Lagipun Eliy punya tempat parking depan sana je tak jauh daripada abang."

Em okaylah kalau Eliy cakap macam tu. Take care okay. Jumpa nanti."

"Jumpa nanti?"

"Eh tak ada apalah. Dah gi kat kereta Eliy. Kita gerak sekali..Abang follow belakang."

"Okay." jawab Eliy tersenyum kemudian terus berjalan.

Semasa ingin tiba ke kereta. Eliy melintas jalan untuk pergi ke arah keretanya. Tiba tiba ada sebuah kereta membawa laju kemudian merempuh Eliy. Eliy menjerit kuat sebelum tercampak. Kereta itu terus mengundur ke belakang dan terus memecut laju tanpa melihat keadaan Eliy. Zafran yang berasa tidak sedap hati terus keluar daripada kereta. Kemudian dia terkejut melihat ramai orang berkumpul. Hatinya semakin tidak keruan apabila melihat album milik Eliy itu tercampak tidak jauh daripada mereka berkumpul. Zafran terus berlari mendekati mereka. Hatinya seakan direntap apabila melihat Eliy dengan berumuran darah. Dia terus terduduk.

"Eliy....Eliy....Eliy!!!! Bangun Eliy bangun. Jangan tinggalkan abang. Eliy bangun Eliy. Call ambulans cepat! Eliy bangun Eliy!!!" panggil Zafran. Air matanya mula jatuh membasahi pipi. Takut yang dia rasakan seperti merasuk dirinya ketika itu.

HOSPITAL

"Macam mana semua ni boleh jadi? Abang anak kita bang." kata mama Eliy dengan teresak.

Zafran hanya mendiamkan diri. Darah yang berada di baju dan tanganya hanya dibiarkan. Dia seakan hilang dirinya ketika itu. Iya pula sudah menangis di sebelahnya. Faiz hanya mampu menyuruh Iya bersabar. Mereka tidak tahu sama ada kemalangan ini dirancang atau dalam keadaan tidak sengaja.

"Abang...Eliy akan selamat kan bang? Dia tak akan tinggalkan kita kan bang?" tanya mama Eliy lagi kepada Encik Lan.

"Awak jangan macam ni. Doa baik baik. Banyakkan bersabar." kata papa Eliy untuk menenangkan isterinya.

"Saya takut bang. Eliy tak pernah masuk hospital macam ni. Saya takut. Zaf apa yang dah jadi ni? Bagitahu aunty." rayu mama Eliy dengan teresak.

Zafran masih lagi menunduk. Tidak tahu apa yang ingin dia katakan. Dia masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku. Air matanya kembali jatuh. Dia tidak menyangka perkara ini akan terjadi. Perasaan serba salah juga sudah seperti darah mengalir di dalam badannya.

Kalau kau teman dia, benda ni tak akan jadi. Kalau kau teman dia, mungkin bukan dia yang ada kat dalam tu. Apa kau buat ni Zaf. Kenapa kau tak teman dia tadi? Kenapa kau biarkan dia jalan sorang sorang. Kau tengok sekarang dia dekat dalam tu tengah bertarung nyawa. Kau? Kau duduk hanya termenung. Lelaki jenis apa kau ni Zaf. Kau tak layak untuk dia Zaf. Kau tak layak!

Kata kata hayalannya sudah membuatkan Zaf lebih berasa serba salah. Dia tahu perkara ini tidak akan berlaku sekiranya dia menemani Eliy. Darah yang kering ditangannya dilihat.  Dia tidak dapat menahan lagi tangisannya. Badannya ternaik menahan esak. Iya yang berada disebelahnya memandang abangnya. Dia tahu abangnya sangat risaukan Eliy ketika itu. Lantas dia mendekatkan diri ke abangnya lalu Iya terus memeluk abangnya untuk menenangkan Zafran. Faiz hanya memandang sepi. Kemudian dia membuka telefonnya untuk memberitahu rakannya yang lain. Faiz lebih banyak berdiam diri dan memikirkan sesuatu ketika itu.

Sorry korang makin lama makin bosan pula...niena memang kekurangan idea masa ni. But insya allah niena akan cuba buat yang terbaik. Thank you still support novel niena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience