BAB 22

Romance Series 8741

Sampai sahaja di pejabat, Iya terus melangkah masuk ke lif tanpa menunggu Faiz. Sekiranya makin lama dia dengan Faiz moodnya untuk bekerja 0%. Setibanya di tingkat dia bekerja, dia terus masuk ke dalam biliknya. Mukanya kelihatan masam. Baru sahaja Iya ingin menutup pintu, Faiz menghalang. Iya sendiri tidak tahu sejak bila Faiz mengikutnya.

"Nak apa?" tanya Iya malas.

"Tak nak jemput saya duduk ke?"

"Kalau saya tak bagi?"

"Saya tetap akan duduk juga. Syarikat papa saya sukahati sayalah nak buat apa." kata Faiz sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"Macam papa dia sorang ada syarikat."

"Ha kalau papa awak ada syarikat, kenapa sibuk nak bekerja kat syarikat orang ni?" perli Faiz.

"Saya jenis berdikari cari kerja sendiri. Tak macam orang tu balik balik je terus kerja syarikat papa. Belajar pandai pandai, kerja dekat syarikat papa sendiri."

"Eh saya ni kalau ada abang dah lama saya tak jejak kaki kat sini. Ini sebab saya ni anak tunggal.Awak pun kerja kat sini sebab tak ada syarikat yang nak ambil kerja kan." sinis kata kata Faiz. Iya mengetap bibir.

"Encik Faiz. Kalau tak ada apa apa urusan, encik boleh keluar kot. Saya banyak kerja nak buat."

"Awak tu accountant je miss artist, tak ada banyak kerjanya." kata Faiz selamba.

Iya bagaikan tersentak apabila Faiz memanggilnya miss artist. Sudah lama dia tidak dengar panggilan itu.

"Si...siapa cakap saya tak banyak kerja. Saya banyak kerjalah..Ha ni nampak fail fail ni." kata  Iya sedikit gugup.

"Kerja awak tukang check je. So tak busy pun."

"Encik Faiz...Keluarlah." halau Iya.

"Ala Sofea, saya bosanlah. Kat sini mana saya kenal sesiapa. Saya kenal awak je. Tu pun buat buat tak kenal." ngadu Faiz seperti budak budak.

Aduh dia ni mula ni. Daripada dulu sampai sekarang tak berubah. Aku dah lah tak boleh orang buat suara macam tu.

"Ha awak ingat Syasya tak?"

"Syasya? Yang selalu tak puas dengan awak tu?"

"Ha yang tu lah. Dia kerja dekat sini. Pergilah ajak dia borak."

"Ala tak nak lah.Awak bukan baik dengan dia pun." kata Faiz selamba.

Aik mamat ni, kalau aku tak baik dengan Syasya pun apa kena mengena dengan dia? Dia ni demam ke?

"Kalau saya tak baik pun, apa kena mengena dengan awak? Itukan kawan awak?"

"Saya hanya berkawan dengan orang yang awak kawan."

"Pelik peliklah awak ni. Saya dengan dia dah baiklah. Awak pergilah kacau dia."

"Ouhhh halau...."

"Haah memang halau. Pergi main jauh jauh."

"Yelah orang dah halau. Chaw dululah." rajuk Faiz. Iya hanya membuat muka tiada perasaan.

Fikir aku nak pujuk? Memang taklah. Banyak lagi kerja aku nak buat. Tapi sejak bila dia elok pula panggil saya awak dengan orang ni? Berlajar dengan orang sana ke? Hm aku nak Faiz yang dulu.

****************************************

Semasa Iya keluar daripada bilik pejabatnya, semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang tersenyum, ada juga yang berbisik dan ada juga membuat muka menyampah. Iya terus ke meja Hana untuk mendapatkan laporan. Syasya turut bangun menuju ke meja Hana. Tidak mungkin dia akan lepaskan peluang untuk bergosip.

"Eh kenapa semua pandang aku macam tu? Aku ada buat apa apa ke?"

"Eleh buat buat tanya pula. Kau dating dengan anak bos kan tadi?" kata Hana.

Iya terdiam. Cepat sungguh berita ini sampai ke rakan sepejabatnya. Mungkin selepas ini dia perlu memakang menutup mulut sekiranya ingin ke mana mana.

"Dating apa? Aku pergi makan dengan papa dengan abang aku lah."

"Abis kenapa balik tadi kau naik Encik Faiz? Ara baik kau cakap sekarang. Eh jap aku kan macam pernah dengar sebenarnya nama anak bos kita ni...Tapi tak ingatlah." kata Hana sambil berfikir.

Arhhh mati. Janganlah dia teringat benda aku dengan Faiz viral 5 tahun lepas. Aku kena berhenti juga kalau dah macam ni. Tak pasal pasal setiap hari aku jadi bahan gosip dalam office ni.

Syasya yang memerhati wajah Iya sudah mula tidak keruan tertawa kecil. Dia tahu Iya sudah risau sekiranya Hana mengingati perkara itu.

"Kau gelak kenapa Sya? Aku buat lawak ke?" tanya Hana.

"Apalah kau ni Na...Kan Encik Faiz tu...." kata kata Syasya terhenti apabila Iya cepat cepat memotong. Dia menjeling ke arah Syasya supaya jangan memberitahu tentang perkara itu. Syasya menahan ketawanya. Saja niatnya ingin mengenakan Iya.

"Aku kan lunch dengan papa aku, kebetulan pula yang bos lalu situ dengan anak dia, papa panggil lah suruh join makan. Masa balik tu sebab bos kata dia ada hal so aku terpaksa naik Encik Faiz tu... ha cam tu lah cerita dia."

"Ouhhh...Tapi kan aku rasa macam something au. Sebelum kau sampai muka dia ketat gila. Bercakap pun tak...Tapi masa kau sampai dia siap kenakan kau lagi...Aku rasa dia syok dekat kau lah Ara." kata Hana.

"Ha kan Hana kan." sokong Syasya.

"Eeeee merepeklah korang ni."

"Lah betul lah. Aku sendiri nampak benda tu tau."

"Kamu bertiga memang tak ada kerja ke?" tegur seseorang secara tiba tiba. Suara itu kedengaran sedikit tegas.

Ternaik badan Iya. Sungguh dia terkejut ketika itu. Lambat lambat dia berpaling. Jelas kelihatan muka Faiz yang ketat itu. Langsung tidak nampak senyumannya. Mereka bertiga sedikit kecut perut.

"Maafkan kami Encik Faiz." ucap Hana perlahan.

"Papa saya tak bayar gaji awak untuk makan gaji buta mcam ni." perli Faiz.

Berapi telinga Iya mendengar kata kata yang dilemparkan oleh Faiz itu. Ingin sahaja dia mengambil fail untuk menghempuk kepala Faiz. Semua pekerja memandang ke arah mereka. Maklumlah hari ini merupakan hari pertama Faiz bekerja jadi dia menjadi perhatian semua pekerja di situ.

"Kami tahu kami salah. Kami minta maaf." ucap Syasya. Syasya memang daripada dulu tidak berani ingin memandang ke arah Faiz ketika dia bersuara tegang begini.

"Hana...Bak lah fail tu. Aku masuk bilik aku dulu." kata Iya selamba. Sesungguhnya Iya juga sudah kecut perut ketika itu. Sudahlah dia memang lemah sekiranya orang berkata dengan nada begitu. Silap silap air matanya boleh gugur.

Baru sahaja Iya ingin menapak pergi, Faiz bersuara.

"Ada saya suruh awak pergi?"

"Tadi encik kata kami makan gaji buta, bila saya nak pergi kerja encik halang pula. Mana satu ni?" tanya Iya selamba. Dia pun tidak menyangka dia berkata bergitu. Terbutang biji mata semua orang apabila Iya berkata begitu.

"Awak ni memang tak ada hormat dengan orang atasan ke? Macam ni ke estetika awak sebagai pekerja? Macam manalah bos boleh terima awak ni sebagai pekerja?" kata Faiz masih dengan nada tegangnya.

Sorry Faiz saya betul betul tak sengaja. Awak janganlah buat suara macam tu. Saya masih belum kuat untuk tak terasa hati dengan awak.

Entah mengapa dengan orang lain tidaklah dia rasa ingin menangis dengan tempuh masa terlalu awal. Tetapi dengan Faiz, dia rasa ingin menangis waktu itu juga. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berasa begitu.

"Saya minta maaf Encik Faiz." jawab Iya perlahan. Nadanya sudah mula sedikit mengendur. Hana dan Syasya sudah memandang ke arah Iya.  Syasya sudah mula tidak senang hati apabila Iya sudah tertunduk.

Iya kau jangan menangis weh....Arhhh sudah kalau dia menangis ni memang adalah haters dia kejap lagi dok perli perli. Iya kenapa kau mudah sangat menangis ni. Last kau menangis masa gaduh dengan mama kau je. Kau jarang nangis sebab orang lain. Kenapa dengan Faiz kau nak nangis weh.

"Sayang awak jangan nangis. Saya tak ada niat nak marah awak. Saya terpaksa bertegas depan semua orang. Please dont cry sayang." kata Faiz di dalam hati. Terselit perasan risau apabila Iya sudah tertunduk.

"Lain kali cakap jangan main lepas. Lagi sekali saya nampak kamu bertiga borak macam ni, saya suruh bos turun je gaji awak bertiga. Dah pergi sambung buat kerja. Sofea masuk bilik saya. Saya belum settle dengan awak." kata Faiz berlalu pergi.

Apabila Faiz sudah hilang daripada pandangan Hana dan Syasya mendekati Iya. Terdetik perasaan simpati walaupun mereka juga turut kena marah.

"Iya kau okay tak ni?" tanya Syasya.

"Ara jangan tunduk macam ni. Kau okay tak ni. Tadi aku dengar suara kau dah lain." kata Hana pula.

"Itulah, tak ada masalah cari masalah. Kau fikir kau artis, kau boleh sesuka hati cakap dengan orang macam tu." perli seseorang. Siapa lagi kalau bukan Ikin. Entah mengapa dia juga turut bekerja di situ. Cuma nak dibandingka dengan Iya, dia terlebih dulu bekerja dengan syarikat itu.

Hana dan Syasya memandang Ikin dengan perasaan menyampah. Daripada mereka mula bekerja Ikin tidak puas hati dengan mereka. Ada sahaja ingin mencari gaduh. Dan pasti dalam semua hal dia akan disebelahi hanya disebabkan dia pekerja lama.

"Aku okay. Aku masuk bilik encik Faiz jap." kata Iya tanpa menghiraukan Ikin.Ikin terus melangkah pergi seperti mana Iya juga melangkah menuju ke bilik Faiz.

"Eh perempuan ni, ada je nak cari pasal dengan orang." kata Hana sakit hati.

"Tak payahlah layan dia. Eh aku pergi dululah... Kang bising lagi bos kecil tu."

Hana terus duduk ke tempatnya semula. Tiba tiba dia memikirkan sesuatu.

"Sofea? Kenapa Encik Faiz panggil Ara tu Sofea. Bukan semua panggil dia Ara ke?" fikir Hana.

TOK!TOK!TOK!

"Masuk."

"Duduk." arah Faiz. Iya hanya mengikut. Tidak berani dia ingin memandang wajah Faiz ketika itu.

"Sofea." panggil Faiz sedikit lembut.

"Saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Saya tak patut menjawab tadi. Saya tak sengaja." kata Iya perlahan sambil menunduk.

"Sofea. Pandang saya." arah Faiz.

Lambat lambat Iya mengangkat kepalanya. Jelas kelihatan Iya menahan air matanya jatuh daripada kelopak matanya. Faiz mengetap bibir. Dia tahu yang Iya memang lemah sekiranya dia menaikkan suaranya.

"Saya minta maaf tinggikan suara dekat awak. Saya terpaksa bertegas dengan awak depan pekerja lain. Saya minta maaf okay." ucap Faiz lembut.

"Tak...encik Faiz tak perlu minta maaf. Memang salah saya tadi. Saya tak patut berborak dengan Hana and Syasya. Saya minta maaf encik Faiz."

"Dahlah jangan encik encik. Kita berdua je dekat dalam ni. Awak jangan nangis. Saya betul betul tak ada niat. Awak tahukan saya tak boleh tengok awak menangis."

"Ini office. Tak apa..Bukan salah encik Faiz, air mata saya ni gatal sangat nak keluar."

"Dah dah dah...lap air mata tu. Dah rupa hantu raya je." usik Faiz sambil menghulurkan tisu di mejanya. Iya mencebik.

Daripada dulu sampai sekarang tak reti pujuk. Macam manalah Sarah hadap ek. Dah lah lama tak jumpa, lepastu tak reti pujuk pula tu. Kalau aku, ush tak boleh weh cinta jarak jauh ni. Kuat gila hati Sarah.

"Awak ni daripada dulu sampai sekarang tak reti pujuk. Macam manalah Sarah dah jadi wife awak nanti." kata Iya tergelak kecil sambil mengelap air matanya. Faiz juga tergelak melihat Iya kembali tersenyum. Lega hatinya.

Tak mungkin Sarah jadi isteri saya Sofea. Hati saya hanya untuk awak. Tak ada siapa boleh duduk kecuali awak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience