BAB 32

Romance Series 8741

"Kitaorang terlepas drama ke?" usik Rezza yang baru sahaja tiba bersama rakan rakannya yang lain. Mujur sekarang waktu melawat. Sebab itulah mereka terus serebu hospital. Iya sudah tertunduk malu. Faiz pula berdehem sedikit.

"Banyaklah kau punya drama. Ni awal memasing balik. Ouh ambil kesempatan ea."  kata Faiz menukar topik.

"Alaa...bos. Tak kan saya tak boleh balik awal. Saya nak tengok kawan saya ni." usik Hana. Mereka tergelak kecil.

"Pandailah kau. Ini mesti Wan ajar kan. Apa kau ni Wan ajar Hana ponteng kerja."

"Aik aku pula. Aku pun jarang jumpa dia tau. Kan awak kan." kata Rizwan memandang ke arah Hana supaya Hana memihak kepadanya. Hana menggangguk kepala dan tertawa kecil.

"Ara....Awak okay? Sorry saya tak datang malam tadi." beritahu Azim sedikit risau. Iya tersenyum.

"Awak...saya okaylah. Ni nampak dah habis makan. Nurse peribadi suap." jawab Iya sambil tersenyum membuat muka comelnya. Faiz sudah tersenyum malu. Yang lain pula sudah tersengih sambil memandang Faiz dan Iya.

"Wahhhhhh...Siap bersuap. Lepas ni aku pun nak sakitlah. Ada yang nak suap tak?" usik Syasya.

"Siapa nak suap kau?" perli  Rezza. Syasya menjeling ke arah Rezza.

"Adalah. Yang penting orang tu bukan kau!"

"Eyyyy sape tah nak suap dia."

"Ehhh dah dah... Bergaduh pula korang ni." celah Eliy.

"Eh korang tak bawak apa apa ke? Aku lapar doh." adu Faiz. Iya tertawa melihat muka Faiz.

"Lahhhh kau tak makan ke? Bukan main suap suap tadi?" usik Izz.

"Makanan hospital apalah sangat. Sikit je."

"Eleh kau banyaklah. Ni ha aku ada beli bubur ayam."

"Lah bubur je kau bawak."

"Eh aku bawak untuk orang sakit.Bukan untuk kau." jawab Izz tidak mahu kalah. Faiz mencebik. Seolah olah seperti merajuk. Semua tertawa melihat telatah Faiz yang jarang jarang begitu.

"Awak....pergilah makan. Kesian awak daripada tadi teman saya. Ni diaorang dah ada ni."

"Arhhh tak nak. Sofea kita kongsi ea bubur ayam ni." jawab Faiz tersengih. Rakannya yang sudah tersengih dan menggelengkan kepala mereka. Mengada pula perangai Faiz ketika ini. Terselit perasaan cemburu dalam diri Azim apabila melihat kemesraan Iya dan Faiz. Namun dia menolak perasaan itu sejauh mungkin. Dia tidak mungkin akan mengkhianat kawannya sendiri.

"Awak makanlah dulu.Nanti tinggalkan saya sikit."

" Aku tak cakap pun nak makan sekarang. Kalau kau nak makan kau bagitahu."

"Eh dah dah. Karang ada yang semut hurung katil ni kang. Ha ni aku nak bagitahu, tadi kan ada wartawan datang office. Dia cari korang berdua."

"Ha cari kitaorang? Takkan lah aku baru kendung Sofea tadi dah viral kot? Cepat dorang buat kerja." kata Faiz selamba. Iya membuatkan Iya berasa malu. Merah mukanya ketika itu.

"Bukanlah... Ini yang kau ingat tak kita makan sama sama hari tu? Ha gambar kau tengah tengok tangan Iya yang viral. Aku tak sure siapa tangkap. Ini belum dorang tahu Iya pengsan. Lagi meletop cerita." beritahu Syasya.

"Alamak macam mana ni wak?" tanya Iya mula risau.

"Eh dah janganlah risau. Nanti aku handle okay. Kau jangan stress stress nanti kau sakit lagi." jawab Faiz menenangkan Iya.

"Hye...Saya tertinggal jauh ke ni?" tegur seseorang di muka pintu.Semua mata tertumpu ke arahnya. Sarah tersenyum manis.

"Eh Sarah...Sinilah." ajak Eliy mesra.

"Hye Ara. Awak okay?"

"Okay. Saya demam sikit je."

"Ouh ye ke? Tapi nah saya ada bawak buah. Tak sempat nak beli apa. Sebab saya baru tahu."

"Macam mana awak tahu?" tanya Faiz.

"Saya pergi office tengok awak tak ada. Saya tanya pekerja awak.. dorang cakap awak hantar Ara pergi hospital. Tu saya datang ni."

"Terima kasih Sarah. Susah susah je. Saya ni duduk sini sehari je tau. Korang melawat macam saya duduk dua tiga hari tau." kata Iya tergelak kecil.

"Eh kitaorang risaukan kau tau." jawab Hana.

"Alalalala yelah thank you korang. Ni siapa sayang aku teman aku dekat hospital malam ni." kata Iya. Dia tahu rakan rakannya semua sibuk disebabkan mereka perlu kerja pagi pada esok pagi.

"Ala Iya bukan kitaorang tak nak teman tapi kau tahu kan yang kitaorang esok kerja." jawab Eliy serba salah.

"Haah Ara sorry. Esok pagi lagi aku ikot bos pergi Johor. Kalau tak aku dah ambil cuti dah." kata Hana pula. Iya tertawa melihat muka rakan rakannya serba salah.

"Korang ni...aku gurau je lah. Aku tahu korang busy. Tak ada hal lah sehari je pun."

"Ish kau ni. Aku serba salah tau."

"Aku okaylah."

" Ouh ha Faiz, awak dah makan? Ni saya ada bawa bungkuskan awak nasi goreng." celah Sarah yang baru teringat dia ada membungkuskan sesuatu untuk Faiz.

"Terima kasih. Tapi saya dah makan dah. Nanti kalau saya lapar saya makan." jawab Faiz. Semua memandang pelik melihat Faiz. Baru tadi dia mengadu yang dia lapar. Tetapi semua hanya mendiamkan diri. Sarah sedikit terasa hati dengan penolakkan Faiz. Namun dia hanya tersenyum tanda faham.

"Okay."

RUMAH SARAH

Sampai sahaja di rumah Sarah terus merebahkan badannya ke sofa. Keletihan semua dihempaskan ke sofa. Penat. Penat menunggu orang yang tak pernah nampak dirinya. Sarah mengeluh.

"Sarah kau tak penat ke? Kau tak penat ke kejar dekat orang yang tak sayang kau. Dah lah Sarah. Biarlah dia bahagia dengan pilihan dia. Cukuplah selama ni kau buat muka tembok kau. Kau dah boleh stop dengan semua ni. Jangan habiskan sisa hidup kau yang tinggal ni untuk dia. Kau perlu cari kebahagiaan kau Sarah. Kau dah tak lama Sarah kat dunia ni." luah Sarah seorang diri.

Sebelum dia datang ke wad Iya, dia awal awal lagi sudah berada di hospital yang dimana dia membuat pemeriksaan kepada dirinya. Doktor mengesahkan barah otaknya sudah di stage 3 dan dimana bila bila masa sahaja akan naik ke stage 4. Bukannya dia tidak pernah membuat pembedahan tetapi ia masih sama. Malah menjadi lebih teruk. Faiz tahu tentang penyakitnya tetapi Sarah tidak memberitahu yang penyakitnya datang semula.  Sarah hanya mampu bergantung dengan ubat sahaja waktu ini.

Dia tersenyum. Dia sudah redha dengan kehidupannya. Kini dia tekad yang dia akan mencari kebahagiaan dia sendiri. Dia tidak akan menunggu Faiz lagi selepas ini. Dia mahu pulang ke Melaka untuk meluangkan masa bersama ibu bapanya. 

****************************************

DI HOSPITAL

"Awak saya okaylah duduk sini. Awak pergilah balik. Awak penatkan."

"Aku risaulah Sofea. Nanti jadi apa apa macam mana?"

"Saya lagi risau kalau awak duduk sini. Kita dah lah tak ada apa apa ikatan.Nanti orang nampak dah jatuh fitnah pula."

"Kalau macam tu nanti kita nikahlah." jawab Faiz selamba. Tersentak Iya mendengar kata kata Faiz itu. Berubah air mukanya. Faiz yang menyedari perkara itu tergelak kecil. Geram dia melihat pipi Iya yang kemerahan itu.

"Saya gurau je sayang." usik Faiz lagi sambil mencuit hidung Iya. Sekali lagi Iya tersentak. Cepat cepat dia memegang hidungnya.

"Faiz!!!!" marah Iya kerana malu dibuat begitu. Faiz tertawa melihat wajah Iya yang sudah berkerut tidak puas hati.

"Lepas kau tidur, aku baliklah. Gila ke aku duduk sini. Tak memasal kahwin free."

"Fa...izzzzz."

"Hm."

"Awak rasa siapa yang hantar kotak tu?"

"Entahlah. Aku pun tak sure."

"Awak rasa lepas ni dia cari saya lagi tak?"

"Kenapa kau cakap macam tu? Ha ini yang aku tak nak balik ni. Sofea bagi la aku duduk sini jaga kau. Lagipun aku dah minta izin papa kau dengan doc kat sini lagi tau."

"Ala awak ni....Saya tanya je lah. Tapi ya la saya risau dia perhatikan kita. Saya takut dia apa apa kan awak ke."

"Dia nak apa apakan aku buat apa? Tentu tentu dia suruh kau yang jauhkan diri kau daripada aku. Aku ni yang patut risaukan kau."

"Ala sama je lah."

"Eeeee dia ni menjawab je. Ni kalau ada husband tah macam manalah kan kau ni. Kau rest je nanti aku pandai pandai lah balik. Nak halau aku pulak kau."

"Mana ada halau...Saya kesian dekat awak je."

"Sayang, kau tidur sekarang sebelum aku kiss kau." ugut Faiz. Membulat mata Iya lalu terus menarik selimut sehingga ke kepala. Faiz tertawa melihat kelakuan Iya. Dia perlahan lahan menarik selimut Iya separas dada. Iya lambat lambat memandang Faiz yang sedang merenungnya. Glurp!

Apa pula Faiz nak buat ni? Dia nak gado aku lagi ke? Aduh Iya kau jangan hanyut Iya jangan hanyut.

" I tak suruh you tutup sampai ke kepala miss artist. Nanti tak bernafas siapa nak jadi wife I." kata Faiz sambil mengenyitkan mata. 

"Siapa nak kahwin dengan awak!" kata Iya sambil berpaling ke arah lain. Malu apabila Faiz berkata begitu. Faiz hanya tertawa melihat Iya. Sudah lama dia tidak bergurau dengan Iya.

KEESOKAN HARINYA

Syasya terpaksa pergi ke tempat kerja berseorangan hari ini kerana Hana sudah pun bertolak ke Johor bersama Encik Faizal. Semasa dalam perjalanan dia singgah ke petronas untuk mengisi minyak kereta. Tiba tiba ada seseorang menegurnya. Dia memusing ke belakang. Alangkah terkejunya dia apabila melihat rakan lamanya iaitu Airees berada di hadapannya saat itu.

"Airees!!!!" panggil Syasya sambil berpelukan.

" Ya allah lamanya tak jumpa kau wey. Kau pergi mana?" tanya Syasya teruja.

"Aku pun rindu kau...Aku kan ikut  family aku pindah UK."

"Wey cantiknya kau sekarang. Bila kau balik sini?" puji Syasya. Airess yang sekarang sangat berbeza dengan Airees yang dulu. Pakaiannya sedikit terdedah mungkin diasebabkan terikut budaya sana.

" Dah dua minggu dah. Aku nak contact kau tapi ya lah dah lost contact kan. Ni kau nak pergi kerja ke?"

"Ye lah aku nak pergi kerja. Nanti apa apa kita jumpa tau. Ha meh nombor telefon kau."

"Aku ada kad lah. Nah....nanti apa apa call aku tau."

"Ha okay aku pergi dulu. See you later."

"You too." balas Airees. Dia hanya memandang Syasya yang sudah berjalan ke arah keretanya. Dia tersenyum.

DI HOSPITAL

"Hye Cik Ara. Macam mana dah okay?" tanya nurse itu mesra.

"Dah...saya rasa saya dah okay dah. Boleh tak saya keluar pagi ni?"

"Boleh je... Sebab Cik Ara tak ada sakit teruk pun. Siapa datang ambil ni?" usik nurse itu. Bukannya dia tidak tahu yang Faiz menemankan Iya semalam. Waktu itu terserempak dengan Faiz semasa Faiz mahu pulang.

"Em tak tahu lagilah. Tengoklah saya call papa kot."

"Saya yang ambil." celah seseorang di muka pintu. Nurse dan Iya memandang ke arah pintu. Terpampam susuk tubuh seseoramv yang sudah pun segak dengan pakaian kerja. Tergamam seketika mereka apabila melihat. Kemudian cepat cepat Iya memandang tempat lain. Malu pula dia apabila memberi riak sama seperti nurse yang berada di sebelahnya itu.

Okay ni next chapter!!! Sorry buat tunggu ii....niena sekarang busy sikit hehehe... Btw sorry kalau kurang menarik sebab niena kekurangan idea hehehehe thankyou sudi baca novel niena...Harap korang tak bosan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience