BAB 19

Romance Series 8741

"Doktor macam mana keadaan anak saya?" tanya papa Iya.

"Anak encik sekarang tengah berehat. Boleh saya tahu anak encik tak makan sejak bila?"

"Pagi tadi dia just minum air je lepastu dia terus keluar sampai petang."

"Masa kat rumah Faiz dia cakap dia dah makan. Tapi tak tahulah dia cakap betul atau tak." beritahu Eliy.

"Dia tak makan." jawab seseorang.

"Pak Mad?"

"Pak Mad yang hantar dia pergi shopping tadi. Pak Mad ada tanya nak makan dulu tak...dia kata tak nak. Dia nak cepat pergi rumah Faiz."

Sofea. Kenapa awak tipu saya. Kalau saya tahu awak belum makan memang saya paksa awak.

"Okay sebenarnya anak encik bukan setakat senggugut tetapi dia bercampur dengan gastrik disebabkan skip makan.Saya rasa anak encik baru makan malam ni kan?"

"Ya dia ada cakap dia nak makan tadi."

"Saya harap lepasni encik dan puan memastikan anak encik dan puan makan tepat pada waktu. Nasib tidak ada apa apa yang serius berlaku.

"Baik doktor."

"Boleh kami masuk?"

"Boleh. Tapi jangan ramai ramai."

"Baik doktor. Terima kasih."

"Sama sama."

"Bagi uncle auntie masuk dulu. Kejap lagi yang lain pula ya." beritahu papa Iya.

"Okau uncle."

"Faiz. Jom kita pergi check dulu. Nanti lepas check kita terus boleh jumpa Iya." pujuk mamanya.

"Faiz cakap Faiz tak nak kan. Kenapa nak paksa." marah Faiz. Dia sangat serabut ketika itu.

"Awak tak baik buat mama macam ni. Awak pergilah check dulu." pujuk Sarah pula.

"Payahlah semua tak faham!" marah Faiz berlalu pergi.

"Faiz, kau nak pergi mana?" tanya Azim.

"Tandaslah. Kang Sofea tengok mulut aku berdarah dia risau." kata Faiz berlalu pergi.

"Aku ikut."

"Sampai macam ni sayang awak dekat Ara, Faiz. Bahagianya Ara dapat hati awak. Saya yang bertahun tahun dengan awak, awak tak pernah nampak." luah Sarah di dalam hati.

****************************************

"Faiz. Aku minta maaf pegang Ara tadi. Aku cuma nak tolong dia je."

"Aku tahu. Aku ni je cuma cemburu tak tentu pasal. Kalau aku tahu dia belum makan memang aku paksa dia makan tadi. Ni semua salah aku Zim."

"Bukan salah kau. Kau sendiri cakap kau tak tahu."

"Daripada kat rumah aku dah perasan muka dia lain. Masa dia datang aku tahu dia baru lepas nangis. Mesti dia nampak aku dengan Sarah. Aku ni sikit tak pandai jaga hati dia. Aku dah janji tak nak buat dia nangis. Tapi kau tengok apa aku buat? Dia sampai masuk hospital sebab aku."

"Faiz kau janganlah macam ni. Apa kata kau ikut cakap mama kau pergi check. Last kau pergi hospital bila?"

"2 bulan lepas."

"Kau pergi check Faiz. Nanti kalau lagi melarat macam mana?"

"Doktor cakap aku kena jalani pembedahan. Dorang takut tekak aku bengkak. Sebab tu keluar darah. Mungkin ada mana mana bahagian luka.  Aku takut Zim aku takut."

"Ya allah. Kau tak boleh biar Faiz. Bahaya."

"Aku takut Zim. Sebenarnya aku ada masalah hati juga." jawab Faiz perlahan.

"Ya allah! Kenapa dengan hati kau?"tanya Azim yang sangat terkejut.

"Aku ada cancer hati s2. Aku baru tahu masa aku pergi check hari tu. Sebenarnya sebab tu aku cakap macam tu kat Sofea hari tu."

"Kenapa kau tak bagitahu semua orang Faiz pasal sakit kau."

"Aku tak nak dorang sedih. Aku tak nak tengok mama aku nangis. Aku tak nak bagitahu Sofea. Hari tu aku cakap macam tu pun dia dah nangis. Apatah lagi kalau dia tahu aku memang sakit. Aku tak boleh tengok dia nangis."

"Tapi Faiz kau kena lakukan pembedahan ni. Kau tak boleh biar macam ni. Nanti makin teruk."

"Aku takut Zim. Aku takut aku tak dapat jumpa semua orang lagi."

"Tapi kalau kau buat pembedahan ni, berkemungkinan kau boleh sembuh Faiz."

"Entahlah. Aku serabut sangat. Sekarang ni aku hanya risaukan Sofea. Aku tak nak apa apa jadi dekat dia. Aku takut dia tinggalkan aku Zim."

"Kau jangan macam ni. Kau kena kuat untuk parents kau, untuk Ara, untuk semua Faiz."

"Aku tahu semua tu. Zim aku minta tolong jangan cakap dekat sesiapa tentang ni. Aku merayu dekat kau. Aku janji kalau aku dah sedia aku bagitahu sendiri."

"Haih ye lah. Tapi aku nak kau buat pembedahan ni. Walaupun aku baru kenal kau . Aku tak nak hilang kawan aku bro."

"Insya allah. Nanti aku akan fikirkan. Sekarang aku nak fokus dekat Sofea dulu. Jom mesti mama papa dia dah keluar." jawab Faiz sambil bangun lalu terus menapak.

"Bro aku tak sangka kau sekuat ni. Banyak benda kau tempuh sorang sorang. Kalau dulu aku tak yakin kau boleh bahagiakan Ara. Sekarang aku yakin Faiz. Aku akan serahkan Ara dekat kau. Kau kena kuat untuk dia." gumam Azim di dalam hati.

DI DALAM WAD IYA

Di dalam bilik itu, hanya ada Iya dan Faiz sahaja. Memang mereka semua memberi ruang kepada Iya dan Faiz.

"Sofea." panggil Faiz perlahan.

Entah mengapa Iya berasa sayu mendengar Faiz memanggilnya. Dia teringat yang di mana darah keluar dari mulut Faiz. Air matanya mula membasahi pipi.

"Sofea kenapa menangis ni? Awak tak suka saya masuk dalam wad ni ke? Awak dah benci saya ke?" tanya Faiz meluru. Lambat lambat Iya menggelengkan kepalanya. Semakin sayu apabila Faiz membahasakan dirinya saya.

"Kenapa awak tak bagitahu awak sakit Faiz?" tanya Iya setelah daripada tadi mendiamkan diri.

"Sa...saya minta maaf. Saya tak nak buat awak risau."

"Tapi kenapa Sarah dapat tahu dulu. Kenapa dia? Dia siapa pada awak Faiz?"

"Sofea dia kawan saya. Tak lebih daripada tu. Percayalah cakap saya."

"Tapi kenapa dia dapat tahu dulu berbanding saya? Saya tak penting ke Faiz."

"Awak penting Sofea awak sangat penting. Sarah pun baru tahu tadi sebab saya batuk depan dia."

"Faiz. Saya sayang awak Faiz. Kenapa awak tak bagitahu saya."

"Saya takut. Saya takut awak nangis. Saya tak nak buat awak risau. Masa hari tu saya cakap pun awak dah nangis, jadi saya tak sampai hati nak terus terang. Saya minta maaf."

Iya teresak. Sungguh dia terkesan dengan kata kata Faiz itu. Dia tahu semua Faiz buat itu sebabnya. Tetapi kata kata Faiz di dewan tadi membuatkan dia berasa terkilan dengan Faiz.

"Sayang. Awak jangan nangis macam ni. Saya minta maaf." ucap Faiz sambil menggenggam kemas tangan Iya.

"Awak sakit apa?"

"Ba..batuk berdarah." jawab Faiz lambat.

"Allahuakbar. Jadi apa yang terbaik untuk awak sekarang?"

"Lakukan pembedahan." jawab Faiz lagi.

"Awak buat ya." pujuk Iya.

"Saya...saya takut Sofea. Saya takut kalau apa apa terjadi dekat saya."

"Tapi awak kena lakukan juga pembedahan ni. Kalau awak tak buat macam mana nak sembuh."

"Saya dah pernah buat Sofea. Tapi jadi balik. Saya pernah buat surgery tu. Tapi masih sama. Jadi buat ke tak buat ke sama je."

"Awak tapi ini untuk kebaikan awak."

"Kebaikan apa? Awak tengok sekarang. Sebab saya mama dengan awak nangis. Sebab saya awak sakit. Tak ada guna saya buat surgery tu tapi awak dengan mama sedih." luah Faiz.

Faiz kenapa awak buat semua ni. Kenapa awak bersusah payah untuk saya. Awak patutnya tak perlu fikirkan saya Faiz.

"Faiz dengar sini.Saya sayang awak. Sayang sangat. Saya tak nak awak bebankan diri awak untuk saya. Saya tak nak awak tanggung sakit ni.

"Awak tak pernah bebankan saya Sofea. Tapi awak penguat saya untuk lawan sakit saya. Saya tak kesah saya kena tanggung sakit ni. Asalkan awak ada dengan saya.

"Awak...awak sayang saya kan?"

"Sayang."

"Kalau awak sayang. Saya nak awak lakukan surgery ni untuk saya. Saya nak awak sihat. Awak bole buat untuk saya kan. Awak tak akan hampakan saya kan?" pujuk Iya.

"Tapi...."

"Tak ada tapi tapi Faiz. Saya merayu dekat awak kalau awak sayang saya tolonglah lakukan surgery tu."

"Faiz. Faiz okay?" tanya mamanya apabila Faiz keluar daripada wad Iya. Semua memandang tepat ke arahnya.

"Faiz buat pembedahan ni." beritahu Faiz. 

Dia akan lakukan apa sahaja untuk Iya. Semua seakan terkejut mendengar kata kata itu keluar daripada mulut Faiz. Tetapi mereka berasa bersyukur apabila Faiz telah pun bersetuju apabila keluar daripada bilik wad Iya. Azim tersenyum. Dia sudah menyangka Iya boleh memujuk Faiz.

Ara. Faiz sayang sangat dekat awak. Dia akan buat apa saja untuk awak. Saya harap awak pun sanggup buat apa saja untuk dia.

BEBERAPA HARI KEMUDIAN [ DI HOSPITAL ]

"Adik. Jom kita melawat Faiz. Uncle Faizal cakap dia dah sudah buat pembedahan pagi tadi." pujuk papa Iya.

"Haah adik. Jom sayang jumpa Faiz. Daripada tadi dia panggil nama adik."

"Mama papa pergilah dulu. Nanti adik datang sendiri."

"Adik dah berapa hari duduk dalam wad ni. Adik tak bosan ke? Jomlah adik. Kesian Faiz tunggu adik."

"Mama papa pergilah dulu. Adik penat. Adik nak rehat dulu."

"Dah lah Laila. Awak jangan paksa dia. Nanti dia pergilah tu. Jom kita ajak Faizal dengan Shila pergi makan dulu. Adik, papa mama pergi makan kejap ya. Kejap lagi papa datang balik."

"Okay pa."

Sorry Faiz, bukan saya tak nak tengok awak tapi saya takut saya menangis depan awak. Saya tak nak awak risaukan saya. Saya tak sanggup tengok muka awak.Saya tahu saya pentingkan diri. Saya minta maaf Faiz. Saya minta maaf.

DI BILIK WAD FAIZ

"Faiz, awak makanlah sikit. Daripada tadi awak tak makan." pujuk Sarah.

"Saya tak nak. Saya nak tunggu Sofea. Saya nak dia suap saya."

"Awak...Ara tengah rehat. Awak makanlah dulu."

"Saya cakap tak nak kan...Kenapa nak paksa ni." marah Faiz. Dia paling tidak suka orang memaksanya.

Sarah seakan tersentak apabila Faiz memarahinya. Sudah lama Faiz tidak marah dengannya seperti ini. Dia sedikit terasa dengan Faiz.

"Awak...awak dengar sini. Kalau Ara tu nak jumpa awak daripada tadi dia dah datang. Ataupun daripada awak dah habis surgery dia datang.Tapi mana? Tak adakan. Dia dah berapa hari dekat hospital ni. Ada dia jenguk awak semalam? Ada? Ada ke saya tanya awak. Saya je yang tunggu awak daripada semalam." luah Sarah yang mula hilang sabar.

Dalam marahnya,Iya yang baru sahaja ingin masuk membatalkan niatnya. Dia mencuri dengar apa yang dikatakan oleh Sarah. Apa yang dikatakan oleh Sarah membuatkan Iya mengalirkan air matanya.

"Sarah apa awak cakap ni? Sekarang awak nak berkira dengan apa awak buat. Saya tak mintaklah awak jaga saya. Awak jangan sesuka hati cakap Sofea macam tu. Awak tak kenal dia, jadi jangan buat andaian sendiri." kata Faiz menyebelahi Iya.

"Inilah awak. Pantang saya sebut pasal Ara, awak melenting. Apa bagusnya dia? Eh hari tu dia datang rumah awak pun lambat tau. Padahal hari tu hari istimewa awak. Orang macam tu awak sayang awak agungkan?"

"Diam! Kalau awak duduk dalam bilik ni untuk semata mata nak sakitkan hati saya, burukkan Sofea, baik awak berhenti. Saya tahu Sofea bukan macam apa awak cakap."

"Faiz awak ni butakan. Lama saya tunggu awak, tapi awak tak pernah nampak saya. Apa hebat sangat Ara sampai awak tergila gilakan dia. Hey saya yang ada dengan awak masa family awak hantar awak dekat Melaka. Saya yang selalu dengan awak masa awak susah. Ini yang awak balas. Ouh mentang mentang dah ada Ara, awak nak buang saya macam tu?" luah Sarah dalam esakkan. 

Faiz terdiam. Sungguh dia serabut ketika itu. Dia tidak tahu Sarah ada hati dengannya. Dia mula rasa serba salah. Tetapi dia sangat sayangkan Iya.

Iya yang tidak sanggup berdiri di situ terus berjalan menuju ke biliknya kembali. Dia tidak tahu apa yang ingin dia rasakan. Dia tidak sangka dia adalah penghalang cinta Sarah kepada Faiz. Sampai sahaja di dalam bilik wad, dia terus ke arah katilnya. Dia meluahkan apa yang dia rasa.

Allah Iya apa kau buat ni Iya. Sebab kau Faiz jadi selemah tu. Patutnya daripada dulu kau tak terima dia Iya. Kau tengok sekarang apa jadi. Patutnya tempat Sarah tu adalah kau Iya. Patutnya kau yang jaga Faiz. Kau selfish Iya. Kau selfish! Kau memang tak layak untuk dia. Kau tak layak dapat orang macam Faiz. Punyalah dia jaga hati kau, tapi kau tuduh dia bukan bukan. Kau tak layak Iya, Kau tak layak!

TOK!TOK!TOK!

"Hye Faiz."

"Hye nurse."

"Macam mana hari ni? Okay?"

"Okay. Tekak tak adalah rasa perit macam semalam."

"Ouh baguslah tu. Ha nah ubat makan lepas makan tengah hari tau."

"Okay."

"Ouh ya lagi satu, ni ada surat untuk Faiz. Ada orang suruh bagi." kata jururawat itu sambil menghulurkan surat.

"Siapa bagi?"

"Mana saya tahu. Okaylah saya pergi dulu."

Selepas sahaja jururawat itu keluar, Faiz terus membuka surat itu. Apabila membaca isi surat itu, automatik air muka Faiz berubah.

"Tak mungkin. Tak mungkin." kata Faiz beberapa kali sebelum meraung memanggil nama Iya.

"SOFEA!!!!!!"

Hye semua! lepas baca plz komen...niena nak tahu pendapat masing masing dgn novel kedua niena ni...Thankyou membaca!

Share this novel

Natasha aslam
2021-10-19 17:02:42 

bab 19,,buat saiya nngis


NovelPlus Premium

The best ads free experience