BAB 20

Romance Series 8741

5 TAHUN KEMUDIAN.....

Surat yang dulu yang mampu mengubah seseorang yang bernama HARRAZ FAIZ daripada gagah menjadi selemah wanita masih tersimpan bersama Faiz. Apabila dia merindui gadis itu dia akan membaca isi surat itu. Dia tahu dia tidak akan dapat mengubah apa apa. Jadi itu sahaja pengubat rindunya.

Assalammualaikum Faiz. Ni saya Ara Sofea. Saya harap lepas awak baca surat ni awak dah tak perlu cari saya. Saya minta maaf sebab tak jenguk awak. Saya tahu mesti awak ingat yang saya guna guna kan awak kan. Terpulanglah apa awak nak fikir. Terima kasih lakukan surgery ni. Saya tak tahu niat awak untuk siapa...mungkin untuk mama awak. Awak...Saya rasa saya tak layak berada dalam hati awak selama ni. Saya tak pandai nak faham awak. Saya tuduh awak. Saya tahu saya selfish. Saya tak pernah nak faham perasaan awak. Jadi saya buat keputusan untuk putuskan hubungan ni. Awak...awak terima Sarah ya.... Dia baik awak, dia faham awak, dia ada waktu awak perlukan seseorang. Saya harap awak dapat cari kebahagiaan awak sendiri. Soal saya luah apa saya rasa hari tu semua tu hanya nak buat awak lakukan surgery ni je. Ya saya tahu saya kejam. Mainkan perasaan awak. Saya minta maaf. Saya harap awak tak cari saya lagi lepas ni. Terima kasih untuk everything.

-YOUR MISS ARTIST-

"Luah lah panjang mana pun Sofea. Saya akan sentiasa tunggu awak. Saya tak mungkin akan cari pengganti awak. Cukup 5 tahun saya bagi awak masa untuk tenang. Now, saya akan balik untuk dapatkan balik hati awak. You always mine, miss artist." kata Faiz seorang diri yang sedang mengemas barang untuk balik ke Malaysia.

SYARIKAT FAIZAL MEGA HOLDING

Entah mengapa Iya dimasukkan ke syarikat itu, pada mulanya papanya sudah menawarkannya untuk bekerja dengan syarikat mereka. Tetapi Iya menolak dengan alasan ingin berdikari mencari kerja sendiri. Sudah berapa syarikat dia pergi tetapi semua tidak dapat kerana dengan alasan bidang akaun sudah penuh. Iya ingin mengambil bidang itu kerana dia semestinya jarang ada di syarikat disebabkan berkemungkinan ada shooting. Jadi dia tidak mahu memegang jawatan yang berat untuknya. Pada mulanya Iya tidak mahu bekerja dengan Encik Faizal tetapi setelah dipujuk paksa rela oleh mamanya, dia terpaksa mengikut. Kini sudah 3 minggu dia bekerja di situ. Hal yang ditakutkan adalah apabila Faiz muncul secara tiba tiba. Dia memang mendapat berita yang Faiz sambung belajar di UK tetapi kalau diikutkan bila bila sahaja Faiz akan balik ke Malaysia.

"Iya nah ni ada bunga lagi untuk kau." beritahu Syasya rakan sepejabatnya.

Syasya? Ya Syasya yang menjadi musuh Iya semasa zaman sekolah dahulu. Bagaimana mereka boleh berbaik? Ha begini ceritanya.....

Selepas mereka mengambil keputusan SPM, Syasya terus balik ke rumah. Tidak sabar rasanya ingin menunjukkan keputusannya kepada ibu bapanya. Semasa dalam perjalanan untuk pulang, dia merasakan ada seseorang mengikutnya.  Syasya mula tidak sedap hati. Dia melajukan langkahnya. Tiba tiba seseorang menyentuh bahunya, dengan lambat dia memusing ke belakang. Dengan sekeliling yang sunyi membuatkan dia semakin takut. Kelihatan seseorang lelaki memandang tepat kepadanya.  Syasya melangkah ke belakang sikit demi sedikit. Belum sempat dia ingin melarikan diri, tangannya dicengkam oleh lelaki itu. Syasya meraung meminta tolong.

"TOLONG! LEPASLAH! TOLONG!!!" jerit Syasya yang sudah meronta ronta.

Lelaki itu tersenyum sinis. Dia mendekatkan wajahnya ke arah leher Syasya kemudian dia menghidunya. Syasya meronta ingin dilepaskan. Semakin galak lelaki itu tertawa. Tiba tiba seseorang memanggil nama Syasya.

"SYASYA!"

Dengan pantas mereka memandang ke arah si pemanggil. Lelaki itu melepaskan cengkaman tangan Syasya. Tersembam Syasya di jalan tar.

"SYASYA LARI!" arah Iya.

Lelaki itu semakin mendekati Iya. Iya sudah mengundur ke belakang.

"Eh perempuan kau sini!" laung lelaki itu.

"IYA LARI IYA!" jerit Syasya yang sudah teresak.

"PAK MAD!" panggil Iya.

Langkah lelaki itu terhenti. Dia cuba mencari jalan keluar tetapi hampa jalan itu sudah dikepung. Iya terus mendapatkan Syasya yang sudah teresak.

"Syasya kau okay tak ni?" tanya Iya sambil memeluk Syasya.

"A....aku takut Iya." kata Syasya yang sudah menangis.

Sejak daripada itu Syasya dan Iya menjadi kawan baik. Dan sekarang menjadi rakan sekerja.

"Bunga? Kau ambil jelah Sya. Rumah aku dah macam taman bunga kau tahu tak."

"Untunglah kau ramai sangat peminat. Aku ni tak ada siapa yang nak."

"Arh kau mengada je. Ha ambillah bunga tu."

"Iyalah."

"Eh korang...korang..." panggil seorang lagi rakan sekerja mereka iaitu Farhana.

"Kau asal ni Hana? Kenapa?"

" Aku dengar cerita anak bos nak masuk kerja esok!" beritahu Hana teruja.

Berderau darah Iya ketika mendengar kata kata Hana. Berubah air muka Iya ketika itu.  Syasya yang menyedari air muka Iya berubah terus menanyakan soalan.

"Siapa yang cakap?"

"Hakim yang cakap tadi. Agak agak anak bos tu hensem tak? Tinggi tak? Ish tak sabarnya aku."

Iya memandang Hana atas bawah. Apa yang dikatakan oleh Hana membuat hatinya sedikit terusik. Tetapi tidak mengubah debaran di hati Iya.

"Ish kau ni Hana ke situ pula. Orang fikir dia tu baik ke tak? Tegas ke? Apalah."

"Wey esok agak agak aku boleh cancelkan meeting aku dengan bos tak? Aku rasa aku ada hal lah esok."  kata Iya secara tiba tiba.

"Lah hal apa ni Ara. Kau bukan ada shooting pon."

"Memanglah tak ada shooting tapi aku ....aku ada hal dengan papa aku ha."

"Mana boleh Ara. Kita memang dah confirmkan meeting ni. Kau tak kesian ke kat aku nak kena ubah ubah jadual bos?" kata Hana.

"Aduh...memang tak boleh lah ni?"

"Tak kau asal tiba tiba nak ubah ni? Semalam kemain semangat cakap no hal. Ni ubah fikiran pula. Kau takut jumpa anak bos ke?"

"Eh buat apa aku nak takut dengan dia. Dia bukan sesiapa untuk aku takut."

"Berlagak nampak." usik Syasya. Dia tahu Iya takut ketika itu.

"Ish dah lah aku nak buat kerja. Bunga ni kau bawak sekali. Buat penuh bilik aku je." arah Iya.

"Dia halau kita Na. Tak apa jom keluar." kata Syasya yang buat buat merajuk. Iya tertawa kecil.

"Kejap lagi lunch sama sama."

"Okay."

Kenapa secepat ni awak balik Faiz. Saya belum sedia nak jumpa awak. Patut ke aku berhenti kerja? Tapi masih awal lagi. Mesti mama papa bising nanti. Bukan mama papa je abang pun boleh marah juga ni. Arhhhhh itulah Iya, nak berdikari sangatkan, ha tengok ini yang kau kena hadap. Ya allah dugaan apa lepas ni.

KEESOKKAN PAGINYA

"Adik!!!! Cepatlah dah lambat ni." laung abangnya.

Abangnya iatu Hayyan Zafran yang baru sahaja pulang daripada Australia itu sudah mula bekerja dengan syarikat bapanya. Mereka hanya dua adik beradik sahaja jadi memang tidak ada panggilan lain selain abang dan adik.

"Aduh nak pergi kerja ke tak ni? Kalau tak pergi mesti kena azan dengan abang aku ni. Arhh."

"Adik!! Lagi sekali abang panggil adik tak jawab abang tak nak hantar dah lepas ni."

"Yeeee! Kejaplah adik nak turun lah ni." laung Iya.

"Ish Zaf ni, apa bising bising ni. Datang pula jiran kita nanti." tegur mamanya.

"Adik tu ma. Penat Zaf panggil dia tak nak turun."

"Kejap lagi turunlah tu. Cuba sabar sikit."

"Sabar apa ma. Dah lambat dah ni.Papa mana?"

"Ada dalam bilik. Rilek je tak ada nak cepat cepat macam Zaf."

"Papa bos ma. Bila bila papa boleh masuk. Zaf ni pekerja."

"Lah nanti cakap je lah hantar anak kesayangan dia pergi kerja. Confirm tak marah punya."

"Ha mengumpat apa ha?" celah papanya.

"Anak manja abang tu tak turun turun lagi. Zaf ni dah lambat. Karang abang marah dia pula."

"Lah adik tak turun lagi? Ha tak apa biar papa hantar. Zaf pergilah kerja dulu."

"Betul ni pa?"

"Ya betul. Zaf ada meetingkan pagi ni? Ha pergilah. Karang lambat pula."

"Okay thank you pa. Zaf pergi dulu mama papa." ucap Zafran sambil menyalam kedua tangan orang tuanya. Dia terus berlalu pergi.

"Abang!!!!! Tunggulah adik." laung Iya yang turun daripada tangga. Dia terus berlalu ke pintu hadapan. Namun hampa abangnya sudah pun memecut laju.

"Pa.....tengok abang. Dia tinggal adik." ngadu Iya di meja makan.

"Itulah adik lambat sangat. Daripada tadi abang panggilkan." kata mamanya.

"Adik sakit perutlah." tipu Iya.

"Banyaklah adik punya sakit perut. Tadi mama tengok okay je. Alasan lah tu."

Belum sempat Iya ingin membalas kata kata mamanya, Encik Ikhwan sudah memotong.

"Eh dah jangan gaduh depan rezeki. Adik makan cepat."

"Adik makan kat office je lah."

"Dah tak ada jangan mengada. Nanti gastrik siapa susah. Papa juga. Dah makan cepat. Kalau tak makan adik naik grab."

"Sampainya hati papa suruh adik naik grab." kata Iya merajuk sambil menyuakan mee goreng ke mulutnya.

DI LIF

Arh mati aku. Aku dah lambat 5 minit. Ini semua papa punya pasal. Dia boleh bawak macam nak pergi holiday pula. Orang dah cakap suruh Pak Mad hantar. Dia nak hantar juga. Aduh baru tiga minggu kerja dah ada rekod corot. Tapi lambat 5 minit je kan. Jalan jem tadi.

Semasa Iya sudah sampai ke tingkatnya. Dia melihat semua orang berkumpul. Dengan lambat dia mencuri ingin masuk ke bilik tapi gagal apabila bosnya Encik Faizal memanggil namanya. Iya mengerutkan mukanya. Lambat lambat dia berpaling ke arah semua orang. Muka di maniskan. Dia terus mendekati mereka. Dia berasa ingin lari apabila melihat susuk tubuh seseorang yang dia sangat mengenali. Semakin bergaya, hensem dan segak. Sudah pasti dia akan menjadi bual mulut sebentar sahaja lagi. Faiz memandang ke arah Iya. Gadis yang sangat dia rindui. Dia tersenyum sebaris. Mukanya mengingatkan Iya pertama kali Faiz masuk ke kelas sebagai pelajar baru.

"Ara baru sampai ke?" tanya bosnya.

"Ya bos. Saya minta maaf lambat sikit sampai. Jalan jem tadi." beritahu Iya perlahan.

"Orang macam ni papa ambil kerja? Datang lambat." perli Faiz.

Berdesing telinga Iya ketika itu. Semua mata tertumpu ke arah mereka berdua. Syasya sudah menutup mulut supaya tidak ketawa. Iya merenung Faiz tajam.

Hey cakap baik sikit. Kau tu baru masuk kerja hari ni tau. Yang berlagak macam bos ni kenapa? Bapak kau pun tak cakap apa. Poyo!

"Eh dah la, kan Ara cakap jalan jem. Okay memandang semua dah ada dekat sini, saya nak kenalkan anak tunggal saya Harraz Faiz. Dia bakal menggantikan saya tak lama lagi."

"Hye semua saya Harraz Faiz. Panggil saya Encik Faiz .Saya harap semua dapat bekerja sama dengan saya. Terima kasih."

"Okay kamu semua boleh kenalkan diri  masing masing."

Semua mengenalkan diri mereka. Sampai sahaja giliran Iya. Iya seperti lambat lambat ingin mengenalkan diri.

" Accountant...nama saya..." belum sempat Iya mengenalkan diri Faiz sudah memotong.

"Ara Sofea." panggil Faiz. Terbutang mata Iya apabila Faiz memanggil namanya.

"Yang awak pandang saya macam tu kenapa. Awak lupa awak tu kan artis. Mana mana gambar awak je. Dah bosan saya tengok. Nasib sekarang dah tak ada job. Katanya nak fokuskan kerja kan." perli Faiz.

Ingin sahaja Iya menarik rambut Faiz ketika itu. Pekerja lain sudah tertawa kecil mendengar kata kata Faiz itu. Iya yang sudah sakit hati, hanya menghiraukan Faiz.

"Bos. Jadi ke meeting kita kejap lagi?"

"Ouh cancel. Saya lupa anak saya masuk hari ni."

"Ouh okay. Saya masuk pejabat dulu. Banyak kerja nak buat."

"Accountant je pun." perli Faiz. Iya menjeling ke arah Faiz. Kaki Faiz dipijaknya dan terus berlalu pergi. Mujur semua sudah balik ke tempat masing masing. Muka Faiz sudah merah menahan sakit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience