BAB 43

Romance Series 8741

"Iya kau okay tak ni?" tanya Ikin di sebelah Iya sambil tekun memandu.

"Aku okay. Asal aku nampak macam tak okay ke?"

"Tak adalah. Tak pernah pernah kau nak naik aku ni macam tiba tiba je asal?"

"Wey Kin. Jom kita balik nak? Kau hantar aku. Aku nak balik."

"Tapi tadi kau yang okay je kan nak join diaorang. Ni asal tiba tiba nak balik ni?"

"Kalau kau kat tempat aku, kau tak janggal ke lepak dengan ex tunang. Wey baru seminggu and kitaorang boleh lepak sama sama? Tak masuk akal kan? Nanti silap silap nama aku dengan dia naik lagi tau. Dahlah pasal hal putus tunang ni tak reda lagi. Ni kang tambah gosip baru."

"Betul juga kan. Tapi ni kau pun satu Iya. Yang kau putuskan pertunangan tu kenapa? Faiz tu sayang gila kot dekat kau."

"Aku takut Kin. Aku takut orang tu buat lagi teruk daripada ni. Mula mula Eliy, lepas ni siapa pula? Aku tak nak jadi apa apa dekat korang semua."

"Iya negara kita ada undang undang. Polis mesti tengah cari orang tu. Ni tengok sekarang kau dah makin jauh dengan Faiz. Tadi pun kau tengoklah muka Faiz sikit pun tak tegur kau."

Tak akan aku nak bagi tahu Ikin pasal plan Faiz. Faiz dah cakap jangan bagitahu sesiapa even diaorang. Arhhhh susahnya benda ni.

"Nak buat macam mana benda dah jadi. Nak tak nak aku kena redha la."

"Iya...Iya. Kalau aku tahu, aku rampas dah Faiz tu daripada kau." kata Ikin selamba. Membulat mata ketika itu. Lantas dengan itu tersembur ketawa Ikin. Terhibur rasanya melihat muka Iya begitu.

"Ha tahu pun kau...Aku guraulah... aku dah tak ada hati dengan Faiz tu. Baik aku ambil Azim." kata Ikin tersenyum manis. Iya memandang lantas dengan itu dia juga turut tersenyum lebar.

"Wah...Kin sejak bila ni kau suka dia?" tanya Iya ingin mengorek rahsia.

"Aku sendiri tak sure sejak bila...tapi suka tengok dia macam cool je tak ada baran semua. So sebab tu aku tersuka dekat dia." jujur Ikin tersenyum lebar.

"Kalau dia Kin. Aku approve. Srs talk arh dia baik weh. Sesuai dengan kau."

"Iya...boleh tak kita join diaorang malam ni? Please..." pujuk Ikin sambil membuat muka kesian. Iya memandang Ikin terselit perasaan ingin membantu.

"Yelah...kita join."

"Yeayyyy....thankyou Iya." ucap Ikin gembira. Iya tergelak kecil melihat Ikin.

"Eh kau nak apa call aku time sekarang ni? Aku dengan kawan aku kau tahu tak. Orang kalau dah tak angkat tak payahlah banyak kali call." marah Airees apabila telefonnya tidak berhenti berdering semasa dia dan lain lain duduk di meja makan.

"Aku nak duit aku."

"Duit...duit. Tak kan duit aku bagi kau haritu dah habis. Kau beli apa ha?"

"Duit aku, suka hati aku lah nak bila. Sekarang bagi aku cepat."

"Eh kau ni tak reti sabar ke? Aku dah cakapkan aku ada dengan kawan kawan aku. Nanti aku bagilah."

"Kau ingat ea.... Kalau aku kena tangkap, aku tak akan biarkan kau bebas."

"Apa maksud kau ni?" tanya Eliy sedikit cuak.

"Maksud aku....."

"Airees." panggil seseorang.

"Iya, kau nak makan apa ni?" tanya Izz sambil menyelak menu di tangannya. Iya hanya mendiamkan diri, dia sendiri tidak tahu apa yang ingin dia makan.

"Kin kau nak makan apa? Aku tak tahu lah nak makan apa." tanya Iya. Semua memandang Iya pelik apabila Iya seakan rapat dengan Ikin ketika itu.

"Kita makan tomyam nak tak Iya? Aku dah lama tak makan." cadang Ikin.

"Tomyam? Erm sedap juga. Ha okaylah kita order tomyam."

"Nice makanan fav tu. So sama la order tomyam untuk 3 orang makan." celah Azim. Iya dan Ikin berpadangan kemudian tersenyum ada makna.

"Eh Airees dengan Faiz mana? Tadi bukan Faiz ada ke?" tanya Izz apabila mula menyedari kekurangan ahlinya.

"Tadi Faiz cakap nak pergi tandas. Airees pula ada orang call dia. Kejap lagi diaorang sampai lah tu." jawab Syasya.

"Diaorang nak order apa ni? Kalau air Faiz aku tahulah memang sama dengan Iya. Yang Airees ni nak orderkan apa?"

"Ha tu ha diaorang dah sampai. Korang pergi mana?" tanya Rizwan apabila nampak kelibat rakannya.

"Lah kan aku dah cakap pergi toilet." jawab Faiz sambil duduk berhadapab dengan Iya.

"Ni kau nak makan apa ni?" tanya Rizwan inginkan kepastian. Faiz memandang Iya sekilas, dengan pantas Iya memandang ke arah lain.

"Yang lain order apa?"

"Ikin, Iya dengan Azim order tomyam. Hana, aku, Sasya order chiken chop... yang si Rezza order nasi goreng cili padi. Kau dengan Airees nak order apa ni?"

"Aku nak chiken chop juga lah...air jus apple." pesan Airees setelah daripada tadi mendiamkan diri. Kelihatan wajahnya sedikit gusar.

"Aku nak chicken chop juga... air macam biasa." pesan Faiz.

"Kenapa awak macam sesuatu Faiz? Kenapa awak rapat sangat dengan Airees." gumam Iya di dalam hati. Entah mengapa dia berasa cemburu ketika itu. Dia merasakan Faiz mula ada hati dengan Airees.

Faiz memandang Iya sekilas. Dia dapat merasa Iya menyorokkan sesuatu daripadanya. Lantas dia mengambil telefonnya.

"Sayang kenapa ni?" ( send)

Iya membuka telefonnya setelah dia mendengar ada mesej masuk. Dia melihat nama, lalu dia memandang Faiz sekilas.

"Nothing."

"Sayang tipu. Kenapa muka masam macam tu? Aku ada buat apa apa ke?"

"Saya okaylah."

"No...you' re not. Baik bagitahu sebelum aku tarik tangan kau."

"Awak gila ke? Awak sendiri suruh saya buat macam tadi. Now awak nak tarik tangan saya pula?"

"Memanglah. Tapi kalau muka masam macam tu buat aku rasa tak senang hati. Bagitahulah kenapa?"

"Buat apa nak rasa tak senang hati, saya bukan sesiapa." balas Iya. Terus dengan itu, Faiz memandang tepat ke arah Iya. Sakit pula hatinya dengan Iya ketika itu. Mata Iya terpandang ke arah Faiz, dia menelan air liurnya. Kelihatan muka Faiz ketat ketika itu.

"Sayang. Lagi sekali kau cakap macam ni, aku tak teragak agak bawa kau balik."

"Ish ye lah.... Saya jeles!" balas Iya dengan sakit hati. Sikit sikit ugut. Berubah terus air muka Faiz. Kelihatan dia sedang menahan senyum.

"Lah jeles kenapa pula ni?"

"Awaklah. Kenapa rapat sangat dengan Airees ha? Awak dah suka dia ke?"

Faiz tidak dapat tahan tertawanya. Semua memandangnya pelik apabila dia tertawa seperti itu. Sejak putus pertunangannya dan Iya, tidak pernah Faiz tertawa seperti itu. Iya dengan rasa sakit hati meminta diri pergi ke tandas.

"Kau pahal gelak gelak main fon. Tak akan dah jumpa pengganti?" soal Rezza.

"Ish kau ni Rezza. Agak agaklah nak bercakap pun. Nasib Iya pergi toilet." tegur Syasya.

"Eh ya allah aku lupa. Nasib baik dia gi toilet. Tak sekang kau gelak gelak apa?"

"Lah biarlah aku gelak ke apa...salah ke?"

"Tak adalah orang duduk borak, kau main fon. Pastu gelak gelak."

"Ala tak ada apalah. Ni aku nak call orang jap." jawab Faiz terus melangkah pergi.

"Happy semacam je dia asal? Tadi bukan main ketat muka." soal Rizwan.

"Mana aku tahu dia."

"Biarlah atleast dia dah macam dulu happy tu kira okay laa." kata Airees.

"Kan. Eh ni makanan siapa ni?" tanya Izz."

"Aku." balas Rezza.

"Dia fikir lawak lah tu gelak macam tu. Ish orang jeles dia boleh gelak macam tu. Aku tahu aku tak mengaku tau. Benci!" marah Iya di depan cermin. Sakit hatinya melihat Faiz tertawa begitu.

Tiba tiba telefonnya berdering. Iya mengeluarkan telefonnya. Dia menarik muka apabila melihat nama si pemanggil. Dengan lambat dia mengangkat panggilan itu.

"Sayang."

"Pe." jawab Lia sepatah. Faiz tersenyum.

"Sayang merajuk ke?"

"Entah."

"Alalala. Sorrylah. Aku tak sengaja gelakkan. Bukan apa, aku rasa kau comel sebab jeles."

"Habistu awak nak buat saya jeles lagilah lepas ni?"

"Haa...okay juga. Jarang nampak kau jeles macam ni. Dahlah duduk dalam toilet tu. Jom makan jom."

"Tak nak. Pergilah dekat Airees." jawab Iya. Lagi sekali Faiz tertawa di hujung talian.

"Ha gelak lah lagi. Gelak, gelak." marah Iya.

"Okay okay tak." jawab Faiz yang masih dengan sisa gelaknya.

"Sayang...aku tak ada apa apalah dengan Airees tu. Aku kan ada kau."

"Tapi awak rapat sangat dengan Airees sejak sejak akhir ni."

"Sayang...aku dah cakap percayakan aku kan. Tak ada apalah. Jom makan. Mesti semua tunggu kau."

"Makanan dah sampai ke?"

"Dah sayang...Tomyam sayang pun baru sampai. Makan jom. Nanti perut masuk angin."

"Yelah."

"Good girl." puji Faiz. Iya tersenyum suka lalu terus mematikan talian.

Next chapter dah last tau tau hehehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience