BAB 1

Romance Series 8741

Nama Aku Ara Sofea. Orang panggil Iya. Aku merupakan seorang artis. Namun bidang ini bukanlah bidang kesukaanku. Tetapi apakan daya aku terpaksa mengikut kata-kata mamaku. Walaupun aku dikenali ramai tetapi ia tidak menjamin apa-apa. Dalam erti kata lain aku tiada kawan dan aku selalu diperli oleh budak-budak disekolah.

****************************************

"Ma, adik tak nak ambik watak ni. Adik tak nak berlakonlah Ma. Mama tahu tak adik nak SPM tak lama lagi." marahku.

Apa tidaknya, ada ke patut mamaku  menyuruh aku mengambil watak sebagai perempuan gedik. Mahu aku lebih galak dibahan oleh kawan di sekolah aku itu nanti.

"Mama dah suruh adik homeschool adik tak nak. Adik kan dah lama berehat, so apa salahnya adik ambil job ni." cadang Puan Laila iaitu mama Iya.

"Ma adik nak ambil SPM lepas tu masuk U. Adik dah tak nak berlakon."

"Mana boleh adik berhenti macam tu je. Adik ni rezeki adik tau. Tak baik adik tolak."

"Rezeki? Ma buat kerja lain pun kira rezeki ma. Daripada dulu adik cakap adik tak nak jadi pelakon tapi mama paksa adik. Ma,faham tak adik minat sukan ma...Adik minat sukan."

"Iya ni tak habis-habis dengan sukan. Iya nak kulit Iya tu hitam. Sukan-sukan ni lelaki je."

"Sapa cakap lelaki je? Ma, sukan pun ada perempuan ma. Apa salahnya adik nak minat sukan."

"Iya, sukan ni tak ada masa depan Iya tahu tak? Sibuk dekat tengah panas je. Kalau Iya gelap nanti apa mama nak cakap bila kawan-kawan mama tanya."

"Siapa cakap tak ada masa depan? Ma kalau Iya dapat wakil Malaysia, semua bangga dengan kejayaan Iya ma. Daripada berlakon just dunia seni buat apa. Sukan untuk negara."

"Iya ni degil kan. Dah mama tak kira, Iya kena terima juga job ni. Shooting minggu depan. Mama akan bagitahu orang tu Iya terima." Kata Laila berkeras hati lalu terus pergi meninggalkan Iya seorang diri.

Ini yang dikatakan bahagia? Bahagia apa kalau apa aku minat semua tidak boleh. Aku tidak faham dengan mama aku ni. Apa yang dia nak sangat aku jadi artis. Aku dah penat berpura-pura depan kamera. Lepas ni sah-sah aku kena hadap budak-budak dekat sekolah bahan aku. Bilalah papa nak balik outstation ni.... Selalu papalah yang menyebelahi aku sehinggakan papa juga yang membenarkan aku memasuki atlet di sekolah dalam acara larian. Itu pun tanpa pengetahuan mamaku . Kalau mama tahu, mahu satu sekolah dia kejar.

KEESOKKAN DI SEKOLAH

Seperti biasa kelas akulah diantara kelas terbising. Nasiblah ini tahun last aku menghadap muka masing-masing kalau tak, mahu kena darah tinggi. Meja disebelahku kosong, tiada siapa ingin duduk disebelah aku . Mentang-mentang aku pelajar baru.Ini sudah sekolah ke tiga aku berpindah disebabkan papa mendapat tawaran kerja. Tidak sempat mendapat kawan sudah tukar sekolah. Aku berharap, Ini adalah sekolah terakhir aku. Sudah malas aku ingin kenal orang baru lagi.

"Assalammualaikum semua." ucap Cikgu Andy iaitu guru kelas ku.

"Waaalaikummussalamwarahmatullahiwabarokatu cikgu." jawab rakan sekelasku seretak.

"Okay hari ini, kita ada pelajar baru. Dia baru sahaja berpindah ke sini. Awak boleh masuk." arah cikgu Andy.

Rakan-rakan aku sudah seperti cacing kepanasan meninjau-ninjau di muka pintu. Semua tertanya-tanya sama ada, pelajar baharu itu perempuan atau lelaki. Aku juga tertanya-tanya sama ada, adakah dia juga akan membahan aku seperti pelajar lain atau mungkin akan menjadi rakan aku.

Pelajar itu masuk ke dalam kelas. Lelaki! Ya allah boleh jatuh iman aku melihat lelaki itu sedang memandang ke arah sekeliling. Pelajar perempuan lain sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.

Boleh tahan hensem mamat ni. Tapi dia ni robot ke dah tak reti senyum. Macam kerek je mamat ni. Eh janganlah dia kena duduk sebelah aku. Harap-harap duduk sebelah Rezza senget tu. Aku rela duduk sorang. Bukan apa nanti apa yang aku belajar semua tak masuk dah asyik pandang muka dia je. Atleast dia duduk belakang aku tak nampak.

"Okay kenalkan diri awak dekat semua." arah cikgu Andy.

"Nama saya Harraz Faiz. Semua boleh panggil Faiz." lelaki itu memperkenalkan diri.

Sah mamat ni kerek. Kenalkan diri pun macam tak ada perasaan. Macam mana nak jadi buah hati aku ni? Wah Iya kau dah jauh sangat dah ni. Kau tak nampak minah-minah dalam kelas ni dah rupa apa tersenyum-senyum.

"Okay Faiz. Awak boleh pilih sama ada nak duduk sebelah Iya atau sebelah Rezza di belakang sana." kata cikgu Andy.

Faiz memandang ke arah Iya dan kemudian memandang ke arah Rezza.

Apahal aku rasa berdebar pulak masa dia pandang aku? Arh sudah. Kau jangan buat hal eah.Kau fikir drama cinta pandang pertama. Weh asal dia jalan arah aku ni. Eh jantung kau jangan berhenti tiba-tiba, aku belum minta maaf dekat mama papa lagi.

Faiz menarik kerusi di sebelah Iya. Iya hanya menunduk. Bukan apa, semua sedang memandang ke arahnya. Kalau dia naikkan muka dan pandang ke arah Faiz mahunya kejap lagi Iya kena pukul dengan perempuan-perempuan di dalam kelas ini. Lagi-lagi si Syasya yang sedang memandang tepat ke arah Iya. Entah apa yang tak puasnya sejak Iya masuk ke sekolah ini. Ada sahaja point ingin mencari gaduh.

"Kerusi ni tak ada orang duduk kan?" tanya Faiz.

"Ha?Awak tanya saya ke?" tanya Iya sedikit blur.

"Ye lah,ada lagi ke yang duduk dekat dengan kau." kata Faiz selamba.

Wah mamat ni dah lebihlah. Hey aku tanya elok-elok okay. Walaupun soalan aku macam bodoh tapi cakaplah elok-elok. Ini hampeh. Reject nak jadikan buah hati. Eh tiber.

"Ha tak ada." jawab Iya pendek.

"Ha bagus. Aku ambil kerusi ni. Belakang tak ada kerusi." beritahu Faiz dan kemudian berlalu.

Lah macam tu je kau blah.Eh nasib lah kau tak duduk sebelah aku.Kalau kau duduk sebelah aku, aku rasa boleh perang dunia ni. Ha dah nampak dah ahli baru Rezza untuk bahan aku tak lama lagi. Dah lah aku ada shooting nanti.Arhhhh dahlah watak aku tu untuk dikecam. Aku bukan tak suka orang bagi komen yang macam tu, sebab kalau dorang bagi komen berunsurkan sakit hati, mestilah lakonan aku mendalami tapi sekarang ni aku jadi watak elok pun dorang bahan, apa tah lagi watak macam ni.

RING!!!!!!!! [ LOCENG REHAT BERBUNYI]

"Eh bro kau daripada mana?" tanya Rezza.

"Aku daripada Melaka." jawab Faiz.

Ouh mamat ni daripada Melaka. Helok juga orang Melaka ni. Eh Iya kau tak payah nak sibuk-sibuk... Baik kau keluar sekarang ni, Semua dah tak ada ni, kang tak memasal kau kena bahan.

Baru sahaja Iya ingin bangun dan ingin keluar, tiba-tiba jalannya dihalang oleh Rezza. Iya memandang ke arah Rezza yang tinggi itu.

"Tepilah aku nak lalu." kata Iya dengan nada malas ingin berbual.

"Eh aku tahulah kau ni dah lama tak masuk sekolah, dah tak reti keluar ikut pintu depan. Kau masuk rumah guna pintu belakang ke?" perli Rezza.

"Eh selama ni okay je aku lalu belakang. Tepilah aku nak makanlah." marah Iya.

"Lalu depan. Kau tak reti bahasa ke?" celah seorang lagi kawan sama-sama naik Rezza iaitu Rizwan.

"Pergi makan pun susah." marah Iya sambil terus menuju ke arah pintu depan.

Apabila dia keluar... kelihatan Rezza, Rizwan dan Faiz keluar daripada pintu belakang.Iya berasa benggang. Mahu sahaja dia menghempuk kepala mereka.

DI KANTIN

Apabila Iya sedang elok makan di meja kantin, tiba-tiba sekumpulan geng perempuan mendekati Iya. Semestinya kumpulan si Syasya.

Aduh apa lagi minah ni nak dengan aku. Boleh tak sehari je aku rasa nikmat nak sekolah dekat sini.Hilang mood aku nak makan.

"Eh perempuan. Kau bangun ni tempat aku." halau Syasya.

"Sanakan ada tempat kosong. Aku baru nak makanlah. Cuba jangan kacau."

"Peduli apa aku kau baru makan ke apa, aku nak duduk sini. Bangun."

"Ish kau ni. Apa masalah hidup kau ni. Semalam aku duduk sana, kau cakap tempat kau, aku duduk sini pun kau kata tempat kau. Apa masa mula sekolah dulu bapak kau bayar untuk tempat duduk kantin sekali ke?"

Syasya mengetap bibirnya sakit hati. Lalu makanan yang dimakan oleh Iya ditolaknya sehingga terjatuh. Nasib baik tidak terkena baju sekolah Iya. Iya sangat terkejut dengan perbuatan Syasya itu.

"Sekarang kau dah habis makan kan, so blah lah." sinis suara Syaya.

Iya menggenggam penumbuknya. Ikutkan memang mati perempuan ni. Nasib dia masih bersabar. Iya terus bangun dan terus masuk ke kelas. Sampai sahaja di kelas kelihatan Faiz sedang duduk di mejanya sambil makan roti. Bukan tadi dia bersama dengan Rezza dan Rizwan?

"Arhhh laparnya. Elok-elok dapat makan ada perempuan gila kacau. Kalau papa tahu aku skip makan lagi memang habis kepala aku dia luku-luku ni." ngomel Iya seorang diri. Lalu kepalanya diletakkan di atas meja.

Tiba-tiba ada sesuatu dicampakkan terkena muka Iya. Cepat-cepat Iya mengangkat muka. Roti? Faiz sudah berdiri tegak disisi Iya sambil memandangnya. Tidak langsung muka dia disenyumkan.

"Makan. Kang perut kau masuk angin." arah Faiz. Iya pula masih terkebil-kebil.

Wey robot ni bagi aku roti...Aduh ini yang buat terharu ni. Sepanjang aku sekolah sini, gula-gula pun susah dapat. Aku pun tidak tahu mengapa semua pelajar sebaya dengan ku tidak bermesra dengan aku . Tapi junior bawah kemain lebar dia senyum. Eceh junior.

"Eh tak apalah.... Nanti awak tak ada benda nak makan."

Eceh Iya kemain lembut ye kau. Acah je tak apalah padahal kau dah kebulur.

"Aku bagi ambil je lah. Banyak bunyi pulak." kata Faiz selamba dan terus balik ke tempatnya.

Eleh kemain nak kerek lagi...Tapi terima kasihlah bagi aku roti ni...aku memang lapar sangat dah ni.

"Terima kasih." ucap Iya sambil membuka plastik roti itu.

Baru satu gigitan, kendengaran loceng berbunyi. Semua pelajar masuk ke dalam kelas. Syasya terus menuju ke arah Iya.

"Kau tak dengar bunyi loceng ke? Yang kau makan lagi kenapa? Pergi buang." arah Syasya .

"Kecoh betul lah kau ni. Tak boleh ke kau tak kacau aku. Ada aku kacau hidup kau? Tak ada kan."

"Memang kau kacau hidup aku.Mentang-mentang kau artis kau fikir kau baguslah."

Faiz yang hanya memasang telinga teranguk sedikit.

"Ouh dia ni artis. Patut aku macam pernah nampak. Lawa pun lawa. Apahal budak-budak sini suka kacau dia eak?" gumam Faiz dalam hati.

"Bila masa pulak aku fikir aku bagus. Tak sekarang ni apa kau tak puas dengan aku? Tak ada apa kan. Boleh bagi aku makan dengan tenang tak?" kata Iya sambil menyuakan roti ke dalam mulutnya.

Lantas roti itu ditepis oleh Syasya sehingga terjatuh. Jelas di wajah Iya kelihatan sakit hati ketika itu. Dia terus bangun daripada kerusi.

"KAU TAK PUAS APA DENGAN AKU!" tengking Iya.

Kelihatan semua terkejut mendengar suara Iya. Iya sungguh hilang sabar ketika itu. Mahu sahaja dia menarik tudung Syasya itu. Tiba-tiba seorang guru muncul di muka pintu.

"Ni ada apa bising-bising ni? Saya nak mula kelas dekat sebelah pun tak senang." marah cikgu Alina.

Kelas menjadi sunyi, tiada sebarang bunyi melainkan bunyi kipas.

"Sekali lagi saya dengan riuh-riuh saya bagi nama dekat cikgu disiplin." kata cikgu Alina sambil beransur pergi.

Kemudian kelas kembali bising.

"Fuh artis marah do." perli Rezza.

Iya memandang tajam ke arah Rezza. Kemudian dia merempuh sedikit tubuh Syasya dan terus berlalu keluar. Semua hanya terdiam. Rezza juga menelan air liur apabila Iya memandangnya dengan pandangan marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience