BAB 24

Romance Series 8741

"Boleh saya tahu bila Faiz balik Malaysia? Dengar cerita Faiz sambung belajarkan dulu."

"Ha ya saya sambung belajar. Saya pun baru je balik 5 hari lepas. Ni baru je hari ke 3 saya bekerja."

"Faiz tak pernah terfikir untuk buat single pertama Faiz macam orang orang lain?"

"Pernah juga terfikir, tapi tak tahu bila lagi nak keluarkan single tu."

"Ouhh macam tu... Saya harap awak akan keluarkan single terbaru secepat mungkinlah tak sabar nak dengar. Okay korang kalau nak tahu saya tak bawak Faiz je, ha di sini kita juga ada Ara Sofea...."

"Hai..." sapa Iya mesra.

"Hai Ara.... Wah lama tak keluar tv sekarang makan lawa ya. Ara apa khabar?" tanya wartawan itu mesra. Iya dan Faiz tergelak kecil.

"Alhamdulillah saya sihat."

"Okay kebetulan ha terjumpa pula Ara dan Faiz bersama dua orang lagi kawan diorang tadi tengah makan. Jadi memang tak lepas, kacau lah apa lagi ya tak?" kata wartawan itu tergelak. Faiz dan Iya juga tutut tertawa.

"So apa perkembangan Ara sekarang?"

"Ouhh saya bekerja di syarikat Faizal Mega Holding sebagai akauntan dan ya saya rakan sepejabat Faiz."

"Ouhh maknanya korang ni rakan sekerjalah. Okay 5 tahun lepas korang pernah ditangkap oleh wartawan sebab selalu sangat berdua. Tapi masa tu dengar cerita korang ada hubungan, jadi sekarang masih bersama? Atau macam mana?" tanya wartawan itu berhati hati.

Iya dan Faiz berpandangan. Mereka sendiri tidak tahu bagaimana ingin menjawab soalan itu.

"Okay seperti yang saya cakap dulu semua doakanlah baik baik." jawab Faiz tenang.

"Ha betul tu. Kami seperti dulu busy dengan hal masing masing. Jadi untuk ada atau tak hubungan tu kami masih mengenal satu sama lain dan paling mudah fahamlah kami kawan rapat." jawab Iya pula.

"Okay jadinya semua diorang ni bolehlah dikatakan sebagai ttm sekarang ha." kata wartawan itu kepada kamera Iya dan Faiz tertawa dan menganggukkan kepala bersetuju.

"So Ara bila nak berlakon lagi ni?"

"Em buat setakat ni tak ada job lagi. Tapi apa apa pun saya nak fokuskan kerja saya yang sekarang ni. Tak akan saya nak harapkan berlakon je kan."

"Ouh macam tu. Okay apa apa pun saya doakan semoga korang punya pengenalan ini sehingga ke jinjing pelamin. Okay terima kasih sudi jawab soalan soalan saya ni. Ha sorrylah ganggu korang makan lagi ha. Kata orang nak cari makan kan." kata wartawan kita tertawa. Iya dan Faiz juga turut terikut.

"Sama sama. Tak apa kami faham. Dah ini kerja nak taknak kena buat juga betul tak."

"Ha betul tu Faiz. Okay itu saya untuk kali ini, jumpa saya di episod akan datang bersama artis artis lain dalam rancangan Hei Artis.Assalammualaikum Babye." kata wartawan itu untuk menghabiskan siaran.

****************************************

DI DALAM KERETA

"Tunggu je lah sehari dua, virallah korang." kata Syasya yang duduk di sebelah pemandu.

"Hana lah ni. Mulut masin. Tengok dah datang dah wartawan."

"Eh apa aku pula. Dah memang itu yang nak jadi. Korang boleh je tolak tadi."

"Tak kan kitaorang nak tolak kau ni. Kesian le wartawan tu. Dia cari makan tau."

"Dah tu kau tak payahlah bising- bising benda dah jadi dah pun. Nak tak nak kita hadaplah. Asal kau takut kantoi dengan pakwe kau ke kau keluar makan dengan aku?" celah Faiz selamba.

Syasya dan Hana dapat merasakan perang dingin akan berlaku. Berdesing telingan Iya apabila Faiz berkata begitu. Di terus ke tempat duduk tengah dan mendepankan kepalanya untuk memandang Faiz. Faiz tersentak, pemanduannya hampir terganggu. Dia berlagak selamba.

Aduh budak ni, dia boleh tengok aku macam ni pulak...Karang aku hilang kawalan ter kiss dia baru dia tahu. Kau tahu tak kau dah lah comel. Sabar wahai hati sabar.

"Kau asal ni pandang aku macam tu? Tahu aku hensem." kata Faiz sedikit gugup apabila matanya bertentang mata dengan Iya. Hana dan Syasya hanya terdiam, tidak terasa ingin mengacau mereka.

"Perasan je hensem. Ha jangan salahkan saya lepas ni ramai orang nak tangkap gambar dengan awak ya." kata Iya sambil menyandar kembali.

"Buat apa nak menyesal, daripada dulu aku cakap aku akan hadap benda ni selagi kau ada dengan aku." jawab Faiz selamba. Memang itu yang Faiz katakan pada 5 tahun lepas. Iya terdiam, dia mula rasa serba salah.

Awak masih ingat? Faiz saya tak tahu sampai bila saya ada dengan awak. Awak milik orang lain bukan milik saya. Saya minta maaf Faiz. Kalau saya tak libatkan awak dalam dunia seni ni, mesti ini semua tak terjadi.

"Dah muka tak payah macam tu. Kau tak payah serba salah lah. Lagi pun memang daripada dulu, dunia seni ni dunia aku juga. Cuma orang tak kenal aku je. Ouhhh ya btw esok rumah aku ada buat kenduri kesyukuran...Nanti semua datanglah." kata Faiz yang memandang ke arah cermin kecil tengah.

"Kenduri kesyukuran?Untuk apa Faiz?" tanya Syasya.

"Mama aku lah nak buat kenduri anak dia ni ha balik."

"Ouhhh ha tengoklah macam mana nanti."

"Eh tak ada tak ada. Kawan kawan kita lain semua datang. Kau tak datang, aku datang rumah kau."

"Hek eleh ugut pula."

"Memanglah. Hana pun jangan tak datang pula."

"Insya allah."

"Iya. Kau datang tak?"

"Tak."

"Eh apasal pula tak datang." celah Faiz tiba tiba.

"Buat apa nak datang...dah lah kenduri untuk awak, malas saya."

"Ouhhhh macam tu. Okay tak apa, kau datang esok aku halau kau."

"Okay! Saya tak datang."

****************************************

KEESOKKAN HARINYA

"Adik tak nak ikut maa. Adik penatlah." kata Iya merungut.

"Adik jangan nak mengada ngada boleh tak? Nanti apa mama nak jawab dengan dorang adik tak datang? Dah mama nak adik ikut juga!" kata mamanya berkeras.

"Kalau adik tak ikut, majlis tu jalan juga. Adik penatlah ma."

"Adik jom lah teman abang. Abang bukan ramai kawan pun. Teman abang okay?" pujuk abangnya pula.

Aduh ini aku lemah ni. Abang dah lah jarang nak memujuk aku, kalau dia pujuk mesti auto aku lemah. Dahlah aku dah cakap dengan Faiz aku tak nak pergi. Kalau betul betul dia halau aku macam mana? Arhhh kau lah ni Iya, kemain berlagak lagi cakap tak nak pergi, ha tengok sendiri malu.

"Dah tak payah buat muka macam tu. Naik atas siap sekarang." arah mamanya.

"Ish mama ni. Okay fine kali ni adik ikut." kata Iya dengan nada sakit hati.

Daripada dulu sampai sekarang, semua perkara dipaksa. Bekerja di syarikat Encik Faizal pun dipaksa oleh mamanya juga. Iya kalau diikutkan memang dia mahu menolak tawaran itu, tetapi mamanya pula memaksa Iya bekerja di situ dengan alasan Encik Faizal memahaminya apabila ada shooting di mana mana nanti. Itu lah fikirannya, shooting, shooting dan shooting. Sekarang pun mamanya mana tahu duduk rumah, apabila Iya balik, mamanya masih di luar. Kadang kadang seharian tidak jumpa walaupun mereka serumah.

****************************************

DI RUMAH FAIZ

Ini kalau Faiz tahu aku datang, memang sah sah kena halau ni. Mama lah ni, ish. Mana nak sorok muka aku ni. Harap harap dah nak balik baru jumpa. Aku belum sedia nak kena gelak wey.

"Ha sampai pun. Ingatkkan tak datang." tegur Uncle Faizal mesra.

"Eh apa pula tak datang. Mestilah datang."

"Eh Laila...." sapa Auntie Shila mesra sambil memeluk rakannya itu.

"Faiz mana?" tanya mama Iya mesra.

"Ada dengan kawan kawan dia. Ha Iya, lama ea tak datang rumah auntie. Terasa tau Iya tak datang."

"Ala auntie bukan tak nak datang, tapi busy sikitlah auntie.Sorry auntie."

"Auntie gurau je lah. Tu ha kawan kawan Iya yang lain ada dekat sana."

"Ouh okay. Abang nak ikut adik tak?"

"Ha abang ikutlah. Abang bukan kenal sesiapa."

"Ma,pa abang ikut adik tau."

"Ha yelah. Tengoklah tu asyik berkepit je. Mana orang tak salah sangka dengan diorang tu. Macam belangkas." kata papa Iya tergelak kecil. Yang lain turut tertawa.

"Iyaaa....Lamanya tak jumpa kau. Rindu." ucap Eliy memeluk Iya apabila melihat Iya mendekatinya dan yang lain.

"Aku pun rindu kau. Tu lah tak datang rumah."

"Eh aku datanglah. Cuma aku datang kau tak ada rumah." jawab Eliy tidak puas hati  Iya tertawa.

"Ala sorrylah."

"Eleh....Eh abang Zaf....Abang pun ikut sekali." tegur Eliy mesra.

"Hye Eliy. Wah besar dah sekarang ya. Lawa." puji Zafran. Eliy tersenyum malu.

"Abang pun hensem. Sorry masa abang balik tu Eliy tak datang rumah. Eliy busy sikit."

"Lah tak apalah."

"Ehem! Kitaorang ada dekat sini tau. Borak bertiga nampak." tegur Rezza. Mereka tergelak kecil.

"Iya...lama do tak jumpa kau. Wah makin lawa kau sekarang ea." puji Rizwan.

"Itu puji ikhlas ke tak ha?"

"Eh ikhlaslah."

"Hai Azim." sapa Iya mesra.

"Hai Ara. Lama tak jumpa."

"Ha tulah...lama tak jumpa."

"Wah kau Iya. Aku tercegat kat sini kau tak nak hai. Azim bukan main lagi. Aku balik lah macam ni." kata Izz pura pura merajuk. Yang lain tergelak mendengar gurauan Izz.

"Alalala...merajuk pula. Hai Izzzz."

"Hai." sapa Izz balik mesra. Mereka tersenyum dan gelengkan kepala.

"Eh Syasya mana?"

"Tu ha baru sampai." tunjuk Eliy.

"Sorry lambat sikit, tunggu Hana ni ha lambat." kata Syasya. Hana hanya tersenyum. Malu kerana dia tidak mengenali rakan rakan mereka. Pada awalnya Hana tidak mahu mengikut, tetapi setelah dipaksa oleh Syasya dia terpaksa mengikuti.

"Eh ha lupa nak kenalkan. Hayyan Zafran, bf aku." kata Iya memperkenalkan abangnya.

Terbeliak mata semua orang apabila Iya mengenalkan seorang lelaki disebelahnya itu sebagai teman lelakinya. Zafran pula mahu sahaja tertawa melihat muka masing masing yang terkejut.

"Ya saya bf Ara. Boleh panggil Zaf." gurau Zafran juga sambil meletakkan tangannya di bahu Iya. Apabila melihat muka mereka masih lagi terkejut, serentak dengan itu , Iya, Zafran dan Eliy tergelak besar.

"Abang aku lah." kata Iya yang masih dengan sisa gelaknnya.

"Ish kau ni terkejut aku. Wah bang. Abang pun boleh tahan ya...Sama sama naik dengan Iya." tegur Rezza. Zafran tergelak.

"Sorry sorry. Alah tak yah abang abanglah...kita beza umur 3 tahun je."

"Lah ingatkan jauh sangat beza. Aku Rezza." kata Rezza sambil bersalaman dengan Zafran.

"Sya, kau tak nak kenalkan membe kau tu ke?" tanya Rizwan tiba tiba. Jujur dia daripada tadi memerhati gadis itu. Entah mengapa dia berasa gembira melihat gadis itu tertawa.

"Wah kau Wan. Asal dah terminat dekat membe aku ke?" usik Iya.

"Aku tanya je." kata Rizwan yang berlagak membuat muka selambanya.

"Ni Hana. Kawan sekerja kitaorang." kata Syasya memperkenalkan Hana.

"Hai semua." sapa Hana malu.

"Eleh Na malu malu pula." usik Iya. Mereka semua tertawa.

"Ehem!" dehem seseorang. Semua berpaling ke arah yang mereka dengar itu. Iya yang sememang mengenali suara itu mengerutkan dahinya.

"Habislah aku." gumam Iya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience