BAB 31

Romance Series 8741

"Fikir office ni papa kau punya ke nak datang lambat? Kau tak reti tengok jam pukul berapa?" perli Ikin apabila melihat Iya yang baru sahaja sampai.

"Aku terlajaklah Ikin. Bukan aku sengaja."

"Alasan je kau. Bukan kau tinggal dengan lagi 3 orang bff kau tu. Apahal diaorang boleh datang awal pula?"

"Aku suruh dorang gerak dulu memanglah. Pastu jalan jem sikit. Eh jap macam mana kau tahu aku pindah? Aku tak bagitahu sesiapa tau benda ni..." tanya Iya yang berasa pelik.

"Eh adalah. Btw kau jangan nak rapat rapat dengan Faiz ea. Kalau aku nampak siap kau!" kata Ikin memberi amaran.

Iya tersentak. Kata kata Ikin sama seperti di dalam kad yang dia dapat semalam. Berubah air muka Iya ketika itu. Dia terus mengundur ke belakang dan terus masuk ke dalam biliknya tanpa melihat wajah Ikin. Ikin tersenyum sinis. Tidak menyangka Iya takut dengan ugutannya itu.

BILIK IYA

Iya tidak senang duduk. Dia kembali menggigil. Apa yang terjadi 2 tahun lepas juga turut bermain main dalam fikirannya. Sungguh dia berasa takut ketika itu. Dia tidak tahu apa yang ingin dilakukan.

"Tak kan Ikin? Macam mana dia tahu rumah aku? Kenapa apa yang dia cakap tu sama macam dalam kad semalam. Dia orang yang sama ke? Papa tolong adik!!!!! Adik takut!!!!!" ngadu Iya seorang diri dan dia mula menangis.

Perasaan takut itu sudah menguasai badan Iya ketika itu. Iya hanya dalam ketakutan. Sekarang di dalam otaknya hanya memikirkan peristiwa dua tahun lepas yang dimana ada orang pernah ingin menculiknya, pernah disimbah air manis dan lain lain lagi. Itu semua perbuatan peminat tegar lelaki itu. Nasib kes ini tidak diviralkan atas permintaan Iya. Dia tidak mahu kes itu menjadi semakin rumit. Kini, dia berulang kembali. Dia masih tertanya tanya siapakah yang buatnya begini. Mengapa perkara itu sering terjadi kepada dirinya. Kenapa ada juga yang busuk hati kepadanya.

TOK! TOK! TOK!

Diam tanpa nyahutan. Perlahan lahan pintu dibuka. Terkejut Faiz melihat Iya dalam keadaan gigil, lantas dia mendapatkan Iya. Hatinya mula risau.

"Sofea...Sofea kau kenapa ni? Kenapa kau gigil macam ni? Bagitahu aku Sofea." kata Faiz memegang lengan Iya.

Iya tidak mampu menjawab, badannya terasa lemah kerana peningnya tiba tiba menyerang. Mungkin disebabkan tertekan. Pandangan Iya mula kabur dan terus menjadi gelap. Panggilan Faiz juga makin lama di dengar perlahan.

"Sofea...Sofea!!!" panggil Faiz.

Lantas Faiz mendukung Iya dan terus berlalu keluar. Semua pekerja memandang mereka dengan penuh tanda tanya. Ikin mengetap bibir menahan geram. Syasya pula masih terpinga pinga.

"Sya...cepat Sya ambil kunci kau." arah Faiz dan berlalu ke lif. Syasya pula sudah mengelabah mencapai handbagnya dan mengikut Faiz.

HOSPITAL

"Wey Faiz apa yang jadi ni? Kenapa Iya boleh pengsan?"

"Aku tak tahulah Sya...aku masuk bilik dia tengok dia dah menggigil. Aku tanya dia, dia tak jawab pastu tiba tiba pengsan je."

"Allahuakbar. Pagi tadi dia okay je."

"Aku dah cakap tak payah pergi kerjakan... Kenapa dia pergi juga. Ini nasib Hana bagitahu aku. Kalau tak macam mana?"

"Dah lah kau tak payahlah marah. Ni kita tunggu doktor keluar."

Selang beberapa saat doktor pun keluar daripada wad. Faiz dan Syasya terus melangkah ke arah doktor.

"Doktor, macam mana keadaan dia?" tanya Faiz yang masih lagi risau.

"Jangan risau tak ada benda yang serius pun. Dia cuma mengalami tekanan dan demam biasa. Itu sebab dia pengsan. Jadi saya sarankan Cik Ara rehat dulu kat hospital, esok baru balik."

"Terima kasih doktor."

"Sama sama. Saya pergi dulu ya."

"Okay."

"Faiz jom masuk."

"Kau masuk dulu kejap lagi aku masuk. Aku nak settlekan something."

"Ha yelah. Aku tunggu kau kat dalam." kata Syasya dan beransur masuk. Faiz terus mengeluarkan telefonnya. Dia mendail nombor seseorang.

"Hello. Kejap lagi aku hantar gambar dengan location. Aku nak kau cari siapa yang hantar benda ni." arah Faiz serius dan terus meletakkan telefonnya.

Jam sudah menunjukkan pukul 4. Faiz masih lagi setia menunggu Iya. Syasya pula sudah balik ke office semula kerana ingin menyelesaikan kerjanya. Iya merasakan kepalanya berat tetapi dia sedaya upaya membuka matanya. Orang pertama yang dia lihat ialah Faiz yang sedang merenungnya. Iya bergerak sedikit, lantas Faiz bangun dan memanggil nama Iya.

"Sofea... Kau okay?"

Iya mengangguk perlahan. Dia cuba bangun. Faiz dengan pantas menolongnya.

"Na...nak air." bagitahu Iya lemah. Faiz mensuakan gelas ke mulut Iya. Iya menghirup perlahan lahan.

"Kejap aku panggil doktor." beritahu Faiz namun langkahnya terhenti apabila Iya mencapai tangannya dan menggelengkan kepala.

"Kau okay? Kan aku dah cakap jangan pergi kerja. Kenapa kau pergi juga Sofea?" soal Faiz yang masih lagi risau.

"Saya dah okay. Sebab tu saya pergi office."

"Okay apa kalau kau pengsan tadi. Aku tahu kau tak sayang aku ni lagi. Tapi cuba dengar apa aku cakap. Lain kali kau buat macam ni lagi aku suruh Sya kunci pintu grill bagi kau tak boleh keluar."

Iya terdiam. Sebaris ayat Faiz itu bermain di dalam fikirannya. "Aku tahu kau tak sayang aku ni lagi." Dada Iya berasa sesak apabila Faiz berkata begitu. Entah mengapa ingin sahaja dia menjawab tetapi dia masih berdiam. Air matanya mula bertakung. Faiz yang menyedari air muka Iya berubah terus berasa serba salah. Ingin sahaja dia melempang mulutnya sendiri ketika itu.

"Eh...adu Sofea kau jangan nangis. Okay okay aku mintak maaf okay.

"Saya minta maaf. Saya banyak susahkan awak."

"Kau cakap apa ni? Bila masa kau susahkan aku? Kau jangan cakap macam ni aku tak sukalah."

"Awak... Awak pergilah balik office. Mesti lama kan awak dekat sini..awak dah makan?"

"Belum."

"Awak pergilah makan. Ajak Sarah teman. Kesian dia. Mesti dia tunggu awak kan."

"Sofea kau cakap apa ni? Kau boleh stop tak sebut nama Sarah. Sekarang aku dengan kau kan?" kata Faiz sedikit dingin.

"Sa...saya cakap je. Awak pergilah makan. Saya okay kat sini."

"Kau tu yang kena makan. Daripada pagi tak makan kan? Dah ni ada makanan hospital kau makanlah. Aku dah lama perati makanan tu tapi sebab aku fikir tu kau punya tu aku tak usik tu." jawab Faiz tersengih. Mahu dia tidak lapar daripada tadi hanya duduk di bilik Iya tidak pergi mana mana.

Iya tertawa kecil melihat Faiz. Dia tahu Faiz sudah lapar. Iya mencapai bekas makan itu. Kemudian dia membaca doa sebelum nasi itu disuakan ke mulut Faiz. Faiz tergamam. Dia tidak menyangka pula yang Iya membaca doa dan kemudian ingin menyuapnya.

"Awak buka la mulut... Aaaaaaa." arah Iya. Faiz teragak agak sebelum nasi itu selamat mendarat dalam mulutnya.  Iya tersenyum kemudian dia menyuakan nasi ke dalam mulutnya. Walaupun makanan hospital tidaklah sesedap mana tetapi dia menjadi sedap dan menyelerakan apabila ia disuap oleh orang tersayang.

"Dah meh sini. Patutnya aku suap kau. Kau sakit. Harini aku jadi nurse peribadi kau. Ha ni 5 stars ni." gurau Faiz yang saja ingin mengurangkan malunya. Iya tersenyum manis.  Kini bekas makanan itu sudah pun berada di tangan Faiz. Faiz mula menyuakan sudu ke mulut Iya. Iya tersenyum sebelum membuka mulut. Faiz juga tersenyum gembira melihat Iya kini tersenyum semula.

"Sofea doktor kata kau kena stay sini sehari tau." beritahu Faiz sambil menyuakan nasi ke mulut Iya. Iya yang baru sahaja ingin membuka mulut terhenti. Perkara yang dia tidak suka apabila perlu bermalam di hospital.  Berubah terus air muka Iya ketika itu. Mukanya menjadi masam.

"Alaa ni kenapa tak nak makan ni? Makanlah Sofea."

"Tak nak. Dah kenyang." jawab Iya sambil bermain jarinya. Faiz tersenyum melihat kelakuan Iya. Comel!

"Kau baru makan dua tiga suap. Cepat meh makan. Daripada pagi kan kau tak makan."

"Tak nak. Awak makanlah."

"Sayang." panggil Faiz lembut.

Iya bagaikan terkena renjatan elektrik apabila Faiz memanggilnya begitu. Jantungnya berdegup laju. Dia mula menunduk malu. Mukanya pula sudah muka merah dek kerana malu. Faiz tersenyum nakal melihat Iya tertunduk begitu. Saja dia ingin menyakat Iya.

"Meh cepat nganga mulut...Aaaaaa." kata Faiz sambil menyuakan sudu ke mulut Iya. Iya masih berdiam.

Aduh dia ni nak goda aku ke? Apa ke comelnyalah dia ni buat macam ni. Aduh Iya sabar Iya. Pahal kau tak tentu arah ni? Ha jantung ni pun aku cabut ni karang kemain laju dia pam. Arhhh aku malu!

"Sofea." panggil Faiz lagi. Lembut sahaja suaranya. Iya mengangkat kepala. Perlahan lahan dia membuka mulut dan mengunyah. Faiz tersenyum puas hati apabila makanan di dalam bekas itu sudah habis. Mana tidaknya satu suapan untuk Iya dan kemudian dia menyuapkan nasi ke mulutnya. Ini kalau nurse yang mahu mengutip semula pasti memandang pelik. Jarang pesakit menghabiskan makanan yang diberikan.

"Good girl." puji Faiz dan kemudian meletakkan bekas itu di atas meja. Iya tersenyum malu apabila dipuji begitu oleh Faiz. Tetapi apabila teringat yang dia perlu bermalam di hospital mukanya kembali muram.

"Eh ni kenapa masam je ni?"

"Awak....."

Ha panggil meleret macam ni memang ada bendalah dia minta ni. Aduh aku lemah betullah dia panggil macam ni. Macam nak terbang je rasa. Eh miss artist kau tahu tak kau comel!!! Ish geram aku.

"Apa dia?"

"Boleh tak awak bagitahu doktor yang saya nak balik? Saya tak nak duduk sini wak hmmm."

"Ala Sofea tak bolehlah macam ni. Kau stay je lah sini. Esok kau dah boleh balik kan."

"Tak nak....Papa dengan mama dah lah tak ada. Abang pun tak adakan pergi Dubai."

"Siapa cakap papa mama kau tak ada? Adalah tadi masa kau pengsan dorang datang tau. Tapi kejap je lah. Papa kau cakap dia ada meeting penting. Mama kau pula katanya dah janji nak keluar dengan kawan dia." cerita Faiz.

Iya tersenyum sebaris. Sudah biasa dengan perkara begini. Mama tidak pernah menghiraukannya. Kata mama dia banyak kerja. Nak kata mama bekerja? Tidak, mama tidak bekerja. Hidupnya sibuk dengan rakan rakan yang sama taraf dengannya. Memang daripada dulu hubungannya bersama mamanya tidak seperti ibu orang lain yang sentiasa risaukan anaknya. Kalau berjumpa pasti akan bergaduh walaupun hal itu hanyalah hal yang kecil.

"Mama tak pernah kesah pasal saya."

"Asal kau cakap macam tu pula? Kan tadi dia datang. Aku tengok muka dia risau tau."

"Di boleh je cancel dengan kawan dia wak. Ikutkan dengan janji dia dengan kawan dia tu apalah sangat dengan anak dia yang terbaring dekat hospital ni. Kalau dia risau dia tak kan tinggalkan sayalah Faiz. Dia akan tunggu saya sedar. Tapi bila saya sedar, awak yang ada depan mata saya Faiz. Kalau papa saya faham dia ada meeting penting. Tapi mama? Mama bukannya kerja. Tak boleh ke dia luangkan masa dengan saya? Memang pilihan tepat saya keluar daripda rumah." luah Iya. Dia sedikit kecewa dengan mamanya yang tidak mengambil tahu tentangnya. Air mata yang ditahan mengalir membasahi pipi. Mama kurang mengambil tahu tentangnya sejak dia mula memasuki bidang lakonan. Mama hanya sibuk menentukan drama yang perlu Iya shooting. Dan lama kelamaaan, mama semakin kerap keluar rumah berjumpa rakan rakannya.

"Hey janganlah menangis. Kenapa kau mudah nangis ni? Daripada dulu tak berubah. Ala biarlah mama kau nak buat apa pun. Aku kan ada teman kau. Dah jangan nangis macam ni... Tak comellah. Senyum sikit." pujuk Faiz sambil mengelap air mata Iya menggunakan jarinya. Iya berasa lebih tenang apabila dapat meluahkan perkara itu dengan Faiz. Iya tersenyum mendengar pujukan Faiz.

"Ha ini baru my miss artist. Dah jangan nangis nangis okay. Apa pun jadi aku ada dengan kau . Aku janji."

"Terima kasih awak." ucap Iya tersenyum senang hati.

"Sama sama." balas Faiz sambil membalas senyuman Iya.

"Ehem."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience