BAB 34

Romance Series 8741

"Faiz. Tak kan kau nak diam je macam ni bro? Hari pertunangan kau lagi seminggu je tau. Satu benda kau tak buat lagi." kata Rezza.

"Haah lah Faiz. Benda lagi seminggu je. Kau buat macam tak ada benda jadi." celah Izz.

"Aku nak siapkan apa? Sofea tak nak dengan aku." jawab Faiz mengeluh.

"Lah kau ni tak akan benda ni pun kau tak boleh settle. Pujuklah dia."

"Masalahnya Wan, Sofea ni kepala batu. Kau fikir senang ke nak buat dia setuju. Dia tak habis habis fikirkan Sarah. Serabut aku kau tahu tak."

"Peliklah aku dengan korang ni. Sayang tapi masing masing macam ni."

"Faiz, perempuan ni kalau kau pujuk lama lama dia mesti lembut hati punya. Ke kau nak aku yang pujuk? Tapi silap silap dia jadi bini aku lah." gurau Azim.

"Arhhh kau. Biar aku pujuk. Kau bukan boleh percaya habis Sofea aku kau nak kebas."

Azim tergelak kecil. Tahu pula cemburu. Perkara mudah pun perlu diajar.

"Yang tercongok dekat sini lagi buat apa? Call lah ajak jumpa." kata Rezza apabila melihat Faiz masih lagi duduk dan memikirkan sesuatu.

"Ha? Sekarang ke?" tanya Faiz terpinga pinga.

"Tak lah masa kau tunang nanti." jawab Izz geram melihat Faiz. Yang lain tergelak kecil.

RING!!!! RING!!!!

"Iya angkatlah." arah Hana. Pada mulanya Iya tidak mahu mengangkat panggilan itu, tetapi apabila sudah ditegur oleh Hana dia mengangkat juga.

"Hello." sapa Faiz.

"Hm hello."

"Sofea, kita kita kena bincang."

"Bincang apa? Saya dah cakap saya tak nak." jawab Iya selamba dihadapan kawannya. Sempat lagi dia menjeling kawannya yang menjadi pemerhati. Faiz mengeluh perlahan. Dan diam seketika.

Baru cakap macam ni dah mengeluh. Macam ni nak buat jadi suami? Tak gentle langsung. Perh Iya suka hati kau je kutuk dia.

"Sayang...." panggil Faiz meleret dengan nada lembutnya. Tergamam Iya ketika itu. Dada mula berdegup laju.

"Kita jumpa okay? Kejap lagi Faiz datang ambil sayang. Bye assalammualaikum." kata Faiz dan mematikan telefon tanpa menunggu jawapan daripada Iya. Iya masih lagi dalam keadaan kaku dan berdebar. Mengapa hatinya berasa gembira apabila Faiz memanggilnya begitu? Rakan rakan lain memandang pelik apabila melihat air muka Iya berubah menjadi kemerahan.

"Iya? Iya? Iya!" panggil Eliy. Tersentak Iya daripada lamunannya.

"Ha?" soal Iya terkejut.

"Kau kenapa? Faiz cakap apa?"

"Faiz? Eh, aku siap dulu." jawab Iya berlari masuk bilik. Semua memandang pelik melihat kelakuan Iya begitu.

****************************************

DALAM KERETA

"Awak nak bawak saya pergi mana?" tanya Iya dengan nada malasnya.

"Dating." jawab Faiz selamba. Iya memandang tajam ke arah Faiz.

"Kita pergi beli barang hantaranlah. Mama dah bising lagi seminggu nak tunang tak beli apa apa lagi." jawab Faiz tenang.

"Faiz, awak masih nak teruskan? Kan saya cakap saya tak nak kahwin dengan awak? Awak tak faham ke?"

"Okay bagi aku sebab kenapa kau tak nak kahwin dengan aku. Bagi aku tiga sebab."

"Okay boleh....first, saya tak nak lukakan hati Sarah sebab saya tahu dia sayangkan awak. Second, sebab saya tak nak orang tu buat benda bukan bukan dekat orang yang rapat dengan saya termasuk awak."

"Ketiga?"

"Ha ketiga? Er..... sebab...sebab..."

"Sebab apa?" sergah Faiz.

"Sebab awak tak sweet!" balas Iya tanpa berfikir. Tersembur ketawa Faiz ketika itu. Bukan kerana jawapan Iya tetapi kerana wajah Iya yang terkejut. Tertunduk Iya ketika itu kerana malu.

Kau cakap apa ni Iya....Memang cari malu betullah. Kalau ye pun dia tak sweet janganlah bagi jawapan tu. Ada yang aku keluar daripada kereta ni kang.

Faiz masih lagi dengan sisa ketawanya. Iya pula mula berasa geram apabila Faiz tidak berhenti tertawa.

"Okay berdasarkan tiga tu...kau tak ada pun cakap yang kau tak sayang aku. Kau takkan bahagia dengan aku. So alasan kau tak diterima." jawab Faiz tenang.

"Eh apa pula? Awak suruh bagi tigakan...tu saya dah bagi."

"Okay untuk yang first tu, Sarah sendiri chat aku masa balik hospital yang dia nak lupakan aku...dia nak aku bahagia dengan kau."

"Ha? Sarah chat awak?"

"Haah. Amik fon aku tu pastu bukak whatsapps nama Sarah." arah Faiz. Iya teragak agak ingin membuka. Mana tidaknya itu adalah privasi orang.

"password awak apa?"

"Birthday kau." jawab Faiz tersenyum. Iya sedikit tergamam namun dia hanya menekan nombor yang dikatakan tarikh hari jadinya. Iya kelihatan terkejut apabila melihat wallpaper Faiz gambarnya bersama Faiz semasa di padang bola. Tidak sangka Faiz masih menyimpan gambar itu. Faiz yang menyedari Iya masih lagi kaku melihat wallpapernya tersenyum.

Ya Sofea. Aku masih simpan gambar tu. Gambar pertama kita bergambar.

"Ha bukak whatsapps tu." tegur Faiz.

"Em tak apa ke?"

"Tak apa. Aku bukan ada scandle." jawab Faiz bersahaja.

"Eleh ni ha belum apa apa dah ada nama "my heart" ni apa? Nak menipu je." perli Iya apabila melihat nama itu di pin oleh Faiz.

"Itu mamalah."

"Ouh ye ke? Sorry tak tahu." jawab Iya tersengih malu apabila dia salah meneka. Senyuman Iya pudar apabila melihat nama dibawah nama mamanya itu. Nama itu dipin juga dengan nama "Love" ...siapakah dia? Iya mencuri membuka profile whatsapp itu. Terbutang matanya apabila melihat gambar itu adalah gambarnya.  Ya itu adalah gambar profilenya.

"Dah jumpa belum chat Sarah?" tanya Faiz tiba tiba.

"Err... Sa..Sarah awak letak nama apa?"

"Baby." jawab Faiz. Laju kepala Iya memandang Faiz. Mahu sahaja dia menghempuk Faiz menggunakan telefon itu. Faiz tertawa melihat muka Iya yang mula menyinga. Tahu pula marah.

"Tak adalah. Aku letak nama Sarah lah."

"Okay." jawab Iya menaip nama Sarah. Kemudian Iya dengan tekun membaca chat itu. Hatinya menjadi sedih apabila kata kata Sarah itu membuatkan dia tersentuh.

"Awak...Awak rasa Sarah macam mana? Dia okay tak? Sejak kat hospital tu saya tak jumpa dia dah."

" Masa aku pergi office dia, pekerja kat situ kata dia ambil cuti panjang. So aku rasa dia balik Melaka."

"Ouh..."

"Okay alasan first kau kira cancel okay. Alasan nombor dua pula... Aku tak akan biarkan dia ganggu or sentuh orang yang rapat dengan kau. Aku dah pasang spy baik punya."

"Spy?"

"Yelah... Masa kau masuk hospital tu terus aku suruh orang siasat. Risau aku kalau orang tu apa apakan kau."

Terbit rasa terharu dalam hati Iya apabila Faiz dalam diam mengambil berat tentangnya. Hatinya mula berasa sedikit lega.

"Okay alasan nombor tu pun kira cancel. Nombor tiga tu......"kata Faiz meleret... Iya menelan air liurnya. Terasa seram sejuk pula tiba tiba.

"Belum kahwin memanglah aku layan kau macam ni. Lepas kahwin aku layan kau macam tuan puteri tau. Ha aku takut kau je penat nak layan aku nanti...." jawab Faiz mengenyit mata. Iya memukul lengan Faiz.

"Ish awak ni."

"So Ara Sofea, kau tak ada alasan untuk tolak tawaran tunang tu." 

Belum sempat Iya ingin menjawab, noti telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Iya membuka. Tiada nama.

EH PEREMPUAN! AKU DAH WARNING KAU JAUHKAN DIRI DARIPADA FAIZ! KALAU KAU TUNANG DENGAN DIA, AKU TAK TERAGAK AGAK BUAT HIDUP KAU TAK AMAN ARA SOFEA. FIKIR ELOK ELOK. KALAU BUKAN KAU, MUNGKIN ORANG YANG RAPAT DENGAN KAU JADI MANGSA!

Terus berubah air muka Iya apabila membaca mesej itu. Dia mula berasa gelisah. Ketakutan itu mula mengusai dirinya. Faiz yang melihat air muka Iya ketara berubah mula berasa tidak sedap hati.

"Sofea? Kenapa ni? Siapa chat?" tanya Faiz risau. Iya masih lagi diam tidak berbunyi. Air matanya mula bertakung. Faiz semakin risau lalu dia terus memberhentikan kenderaannya di tepi jalan. Lalu dia terus mencapai telefon Iya. Mesej itu dibaca. Jelas Faiz sedikit terkejut membaca mesej itu. Dia memandang ke arah Iya yang mula menangis.

"Sofea jangan nangis." pujuk Faiz.

"Sa...saya takut wak."

"Hey...aku ada kan dengan kau. Dah dah jangan risau okay."

"Kalau dia apa apa kan keluarga saya, keluarga awak macam mana? Kalau dia apa apakan kawan kawan kita? Apa apakan awak? Macam mana Faiz? Saya takut." kata Iya yang mula teresak.

"Tak Sofea. Dia tak kan boleh buat macam tu. Aku tak akan biarkan. Kau jangan takut okay."

"Faiz...Kita tak payah tunang okay. Saya takut. Please Faiz."

"Sofea... Pandang aku." pujuk Faiz. Iya masih lagi menunduk. Faiz perlahan lahan mengangkat muka Iya. Iya memandang Faiz.

"Dengar sini...Aku akan jaga kau. Aku tak kan biarkan apa apa jadi dekat kau. Aku tak kan biarkan orang tu cederakan kau. Jangan sebab dia kau jadi macam ni Sofea. Kau kena lawan dia."

"Tapi....."

"Aku akan sentiasa dengan kau. Aku janji." pujuk Faiz lagi sambil menggenggam tangan Iya untuk diberi keyakinan. Entah mengapa kata kata Faiz itu membuatkan dia berasa selamat lalu dia mengangguk perlahan. Faiz tersenyum. Akhirnya Iya bersetuju untuk menjadi suri hatinya.

"Dah dah jangan nangis. Kita nak pergi beli barang hantaran kan. Tak comel lah macam ni." pujuk Faiz sambil mengelap air mata Iya. Iya tergelak kecil. Hatinya mula berasa lega.

2 HARI KEMUDIAN

Iya pulang ke rumah papa mamanya untuk menyiapkan hantarannya yang last minute. Bising mamanya apabila Iya baru ingin menyelesaikan soal itu. Nasib baju untuk pertunangan itu sudah awal awal mama dan mama Faiz pergi menepah baju Iya tanpa diketahui oleh Iya. Kalau tidak mahu lagi huru hara dibuatnya. Rakan rakan Iya pun dihangkut oleh Iya tidur dirumahnya. Dengan rela hati mereka bersetuju. Ia kerana itu merupakan hari bahagia rakannya.

"Adik ni dah siap ke belum?"

"Sikit lagi ma nak siap."

"Itulah adik ni lambat lambatkan. Adik tahu tak lagi 5 hari je lagi adik nak tunang. Ini satu benda tak buat. Mama call tak reti nak angkat." bebel mamanya.

"Ish mama ni. Kang adik batal je ni kang."

"Ha melawan. Mama cakap melawan. Tengoklah Eliy perangai kawan kamu ni." ngadu mama Iya. Eliy hanya mamapu tergelak kecil. Badannya masih penat kerana baru sahaja pulang kerja. Iya awal awal susah mengambil cuti.

"Mana Hana dengan Sya? Dorang tak balik kerja lagi ke?" tanya Iya ingin menukar topik.

"Haah...kejap lagi baliklah tu. Aku naik atas kejaplah nak mandi."

"Okay."

"Adik...Eliy tu dah ada boyfriend tak?" tanya mamanya apabila kelibat Eliy tidak kelihatan.

"Tak ada. Kenapa ma?"

"Mama daripada dulu suka kat Eliy tu. Comel je."

"Ha mama nak calonkan untuk abang ea?" teka Iya sambil tersenyum.Mamanya juga turut tersenyum. Terlupa sebentar tentang pergaduhan mereka tadi.

"Kalau Zaf nak. Dia tu lain sikit pening kepala mama."

"Ala tak apa lah ma nanti abang bawak lah calon menantu mama. Ni ma mana yang cantik ni? Pening adik nak pilih."

"Meh mama tengok."

Apa yang di sibukkan oleh Iya adalah mencari tukang solek dan jurukamera. Puas dia meneliti seorang demi seorang punya hasil kerja. Bukannya dia tidak mengenali sesiapa dalam bidang itu tetapi dia tidak tahu yang mana pilihan hati. Dalam mamanya meneliti, Iya termenung.

Betul ke apa aku buat ni? Why aku rasa tak sedap hati. Faiz, awak janjikan awak tak akan tinggalkan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience