BAB 45

Romance Series 8741

"Rees kau okay tak ni? Macam mana kau boleh jatuh ni?"

"Tadi aku kena catwalk... pastu aku terpelicuk itu yang jadi macam ni. Tapi tadi dah ada orang urutkan dah."

"PA kau mana ni? Ni semua dah balik ke? Tak kan diaorang tinggalkan kau dekat sini?"

"PA aku ada hal...so dia tak teman aku hari ni Ye lah semua dah balik tinggal aku je. Tu aku call kau...aku call Syasya dia tak angkat."

"Kalau macam tu jomlah aku teman kau gi klinik. Check dulu kaki kau tu okay ke tak..."

"Ala tak payahlah...aku kan dah urut tadi. Kita baliklah jom... eh sebelum tu, teman aku makan please."

"Aduh aku bukan tak nak tapi..."

"Pleaselah Faiz. Aku daripada tadi tahan lapar. Jomlah."

"Haih... ha ye lah jom."

Airees tersenyum gembira apabila Faiz bersetuju ingin menemannya makan. Dia cuba bangun namun kakinya berasa sakit.

"Adu...."

"Eh kau okay tak ni?"

"Okay...sakit sikit je."

"Ha mehlah aku tolong kau. Meh beg tu, aku bawakan. Slow slow." arah Faiz sambil memimpin tangan Airees. Airees mengangguk dan kemudian tersenyum memadang Faiz.

"Sya lepas ni kita makan dekat sini. Sedap gila weh kuew tiaw dia tadi."

"Aku dah cakap sedap kau tak nak percaya."

"Manalah aku tahu. Aku ingat biasa biasa je. Lepas ni boleh ajak yang lain lepak sini. Tapi tu lah... Iya sekarang dah busy dengan shooting je. Kau tengoklah balik rumah asyik tengah malam je. Risau aku kau tahu tak."

"Nak buat macam mana dah tu kerja dia. Ha ni kita nak pergi mana lagi ni?"

"Shopping jom. Lama aku tak bazirkan duit."

"Banyaklah kau punya dah lama. Ha bolehlah... tapi kalau ada Eliy, Airees, Ikin dengan Iya kan best...ini masing masing busy...hari hari aku hadap kau."

"Wah kau bukan main ek. Kau nak cakap kau dah muak tengok muka aku la ni? Kurang asam betul." Hana memandang tidak puas hati apabila melihat Syasya sudah tersengih dan tertawa kecil.

"Ala kau ni Na...aku guraulah. Dah jom shopping."

"Eh Sya...jap kau tengok tu."

"Apa dia Na?"

"Tu kau tengoklah sana... Itu bukan Faiz dengan Airees ke?" tunjuk Hana apabila nampak mereka masuk ke kedai makan.

"Eh haahlah... bukan Aireen ada job ke hari ni?"

"Itulah... kau tengok Faiz siap papah dia lagi... Diaorang ada apa apa ke?"

"Eh mana aku tahu."

"Aku kan sebenarnya lama nak cakap dengan kau, tapi aku takut kau fikir aku ni nak pecah belahkan kau pula."

"Ha? Kau nak cakap apa ni Na? Kau buat aku takut tau."

"Tak adalah...aku rasa si Airees tu macam something je. Tapi tak tahulah kalau aku je ke yang nampak."

"Something? Maksud kau?"

"Aku rasa dia dah lama syok dekat Faiz. Sebab aku tengok dia bukan main caring lagi dengan Faiz tu."

"Eh Na tak akanlah macam tu. Aku dah kenal dia lama lah. Dia memang jenis caring dengan orang."

"Ye tapi aku tengok cara dia dengan Faiz tu lain macam. Macam dia ada hati dekat Faiz. Masa kita cakap pasal Iya dengan Faiz, mesti dia banyak diam lepas tu suka tukar topik."

"Ish tak ada lah Na... eh dah jom lah shopping. Panas ni diri sini." kata Syasya sambil terus berjalan menuju ke arah kereta.

Kenapa aku rasa Airees tu macam ada hati dengan Faiz ek? Ke aku je yang rasa macam tu? Janganlah Iya tahu...habis nanti.

Eh dah lunch. Aduh bibik tak masak pula hari ni. Nak masak? Pukul berapa baru aku dapat makan ni? Nak tak nak kena keluar juga la ni makan. Tapi nak ajak siapa ni? Iya shooting..Syasya dengan Hana dah sakan shopping...Eliy? Dia tak sihat lagi.... Azim?

Sebut sahaja nama si dia, Ikin tersenyum penuh makna. Dia terus mencapai telefon. Nombor Azim di cari lalu dengan bacaan bismillah dia menekan nombor itu. Setelah 5 saat berdering panggilan itu di angkat.

"Hello, Ikin?"

"Ha hello, Azim, awak busy tak?" entah mengapa tiba tiba Ikin berasa gugup ketika itu.

"Ouh nak jumpa kawan kejap lagi." jawab Azim dihujung talian. Berubah wajah Ikin seakan sedih ketika itu.

"Ouh...tak apalah. Sorry ganggu."

"Kenapa Ikin?"

"Ha nothing."

"Lah...bagitahulah kenapa?"

"Ingatkan nak ajak awak teman lunch. Sebab yang lain busy. But awak pun busy hari ni. Tak apalah...saya makan sorang."

"Eh ni nak dekat pukul tiga...awak tak lunch lagi?"

"Tadi sibuk siapkan kerja sampai tak perasan. Tu nak pergi keluar makan ni. Em okaylah saya nak siap nak keluar."

"Keluar dengan siapa ni?"

"Soranglah."

"Eh... Em tak apa awak siap dulu. Kejap lagi saya datang ambil."

"Aik...awak cakap nak jumpa kawan. Tak apalah saya boleh pergi sorang. Bukannya tak biasa."

"Tapi awak call saya ajak teman kan? So awak memang nak peneman hari ni. Dah siap je...dengan kawan saya tu nanti pandailah saya bagitahu dia. Dalam 20 minit lagi saya sampai."

"Eh tak apa ke ni?"

"Ye tak apa. Okaylah jumpa kejap lagi. Byeee."

"Bye." jawab Ikin sebelum meletakkan panggilan itu. Dia bersorak gembira...lalu terus mencapai tuala.Laju saja kakinya menuju ke bilik air untuk pergi bersiap.

"Kau lain kali hati hati. Nanti terus cari tukang urut mana mana. Takut lagi bengkak pula kaki kau tu."

"Ye Faiz. Daripada dalam kereta kau cakap benda sama. Aku tahu...nanti cari tukang urut. Jangan kerja selagi kaki tak elok kan....aku dengar, kau ni risau sangatlah." jawab Airees sambil tersenyum. Gembira hatinya apabila Faiz mengambil berat tentang dirinya. Tidak sangka pula rancangannya menjadi.

"Mana aku tak risau kau call cakap kau terjatuh semua. Yang penolong kau tu pun satu time time ni lah ada hal itu lah ini lah. Benda ni boleh saman tau."

"Eh kau ni tak akan sampai nak saman. Tapi kan...sayang juga kau dekat aku kan..." kata Airees tersenyum memandang Faiz. Faiz sedikit tersentak namun dia bijak mengawal air mukanya. Dia tersenyum sebaris.

"Dau makan. Kejap lagi aku hantar kau balik rumah."

"Lain kali tengok jam tu pukul berapa. Ini fokus sangat buat kerja sampai makan pun lambat. Nanti kena gastrik macam mana?"

"Lah kan dah cakap tak perasan buat kerja tadi. Ya lah saya kena kejar date dia."

"Lain kali kunci jam... Ni nak makan dekat mana?"

"Yelah....em tak kesah, saya ikut je."

"Ni mimpi apa tiba tiba call ajak teman makan?" tanya Azim seakan mahu mengusik Ikin. Membahang wajah ikin ketika itu. Sungguh dia malu.

"Kan saya cakap semua busy. Tu saya ajak awak. Awak pun tahu saya tak ramai kawan. Ye lah perangai saya kan dulu berlagak semacam."

"Lah awak ni....bagi saya awak okay je sebenarnya. Tapi sebabkan awak punya muka tak pandai senyum tu yang buat orang tak ada nak kawan dengan awak."

"Awak..." marah Ikin sambil menampar bahu Azim perlahan. Tertawa Azim apabila Ikin membuat muka tidak puas hatinya.

"Eeee dah lah gelak."

"Okay okay sorry." kata Azim dengan sisa gelaknya.

"Eh awak saya nak cakap something ni. Tapi tak tahulah awak perasan ke tak."

"Apa pasal apa? Kawan kita?"

"Ha."

"Ouh perasan. Awak nak cakap Airees tu rapat semacam dengan Faiz kan."

"Ha....awak pun perasan. Saya lama perati Airees tu. Awak tak rasa dia something ke? Saya ni sejak dia datang office saya dah rasa dia tu something."

"Saya pun rasa benda sama. Sama pun lama perhati dia. Tapi nak cakap lebih lebih pun tak boleh. Dia kan kawan Syasya. Nanti takut dia terasa pula."

"Tapi kan wak...saya pelik kenapa Faiz pun melayan je dia. Eeee saya yang sakit hati tengok dia bermesra dengan Airees tu. Kesian Iya tau."

"Ke awak ada lagi hati dekat Faiz? Itu yang awak marah ni kan."

"Eh saya dah lama move on. Sekarang saya kejar orang lain." jawab Ikin malu. Azim mengangkat kening lalu tergelak kecil sambil menggelengkan kepala melihat muka Ikin yang malu malu itu.

"Finally...habis pun shooting hari ni." kata Iya sambil mengambil telefonnya.

"Kan...habis pun. Eh ni you naik apa balik ni?"

"Naik abang I kut. Entahlah tak fikir lagi."

"Naik I je lah... Ni dah pukul 9 dah ni. Nanti you nak tunggu abang you lagi. " ajak Helmi.

"Tak susahkan you ke Helmi?"

"Lah nak susah apa...tentu kita satu jalan juga."

"Em okaylah jap I chat abang I bagitahu dia." kata Iya sambil membuka whatsapps nya. Data di telefon di aktifkan. Mesej masuk dari telefonnya. Tiba tiba dia berasa pelik dan mengerutkan dahinya apabila nombor yang dia tidak kenali menghantar sesuatu kepadanya. Dengar perasaan yang sedikit takut dia membuka mesej itu. Hampir terduduk Iya apabila melihat gambar Faiz dan Airees nampak seperti mesra. Yang lagi membuatkan Iya sakit hati apabila melihat Faiz memapah Airees dan beg tangan Airees berada di bahunya. Helmi memandang pelik ke arah Iya apabila melihat air muka Iya berubah ketara. Dia mula berasa tidak sedap hati.

"Ara...you kenapa ni? You okay tak?"

"Ara? You jangan diam macam ni. You okay tak ni?"

"Helmi...tolong I boleh?" minta Iya dengan nada yang ingin menangis. Air matanya juga sudah bertakung.

"Tolong apa Ara?"

"Tolong bawa I satu tempat ni."

"Ouh...ha okay jom. Tapi you okay tak ni?"

"Please Helmi not now. Jom gerak sekarang."

"Okay...okay jom."

Semasa Faiz baru sahaja sudah mandi, telefonnya berdering. Dia terus mendapatkan telefonnya lalu mengangkat panggilan itu.

"Hello."

"Hello Faiz. Aku kacau kau ke?"

"Tak adalah. Asal kaki kau sakit ke Rees?"

"Eh kaki aku okay je. Ni beg tangan aku tertinggal dekat dalam kereta kau."

"Ha? Lah ye ke..."

"Ha tu lah...Boleh tolong hantarkan tak? Banyak barang penting aku dalam tu. Ic semua dalam beg tu."

"Ha ye lah kejap lagi aku sampai."

"Okay...thank you Faiz. Sayang kau." ucap Airees sebelum mematikan talian. Terangkat dahi Faiz apabila Airees berkata begitu.

"Kalau bukan sebab plan Malik...memang tak aku nak layan kau. Sorry sayang aku terpaksa buat semua ni. Janganlah Sofea tahu. Masak aku."

TING! TONG! TING TONG!

"Eh Faiz dah sampai. Cepatnya sampai. Ouh no no aku tak boleh pakai macam ni. Aku kena tukar baju." kata Airees teruja apabila terdengar bunyi loceng rumahnya. Apabila sudah menukar baju, Airees terus membuka pintu. Dia sedikit terkejut apabila bukan Faiz di muka pintu tetapi Iya.

"Eh Iya... Kenapa kau datang ni?"

"Boleh aku masuk?"

"Ha masuklah." dengar teragak agak Airees menjemput Iya masuk.

"Kenapa ni Iya? Tak pernah pernah kau datang rumah aku. Ada problem ke? Share lah dengan aku."

"Kau lawa lawa ni nak keluar ke?" tanya Iya pula. Langsung dia tidak menjawab pertanyaan Airees itu. Dia sedaya upaya mengawal perasaan marahnya.

"Ouh tak adalah...aku tunggu kawan aku datang."

"Ouhh tunggu kawan pun pakai macam ni ek? Kau tak nak ke ubah penampilan kau ni."

"Kau kenapa ni Iya?"

"Tak ada apa...salah ke aku tegur?"

"Tak sekarang kau datang rumah aku, kau nak apa?"

"Aku nak tanya kau, apa sebenarnya motif kau?"

"Motif? Motif apa ni Iya? Aku tak faham?" tanya Airees. Sungguh dia sendiri tidak tahu apa yang di katakan oleh Iya waktu itu.

"Kau tak payah buat buat tak tahu lah. Ni apa function kau keluar dengan Faiz ha?" meninggi suara Iya ketika itu. Telefonnya di campakkan ke atas kerusi. Lantas dengan itu, Airees mengambil dan meneliti gambar itu. Dia terdiam seketika. Tidak sangka lain di rancang lain pula yang jadi.

"Kenapa kau diam? Selama ni kau dengan Faiz pura pura je depan aku kan!"

"Ni siapa pula depan rumah Airees ni." tanya Faiz sambil memberhentikan keretanya. Beg milik Airees di capai lalu dua terus turun daripada kereta mendekati lelaki di hadapannya.

"Bro...kau buat apa dekat sini?"

"Eh kau bukan Faiz ke? Ex tunang Ara kan? Aku Helmi kawan sekerja Ara."

"Ouh ha Helmi. Ada, ada. Sofea ada bagitahu."

"Dia bagitahu?" soal Helmi pelik ketika itu. Faiz seakan baru tersedar dengan kata katanya tadi.

"Eh...Kenapa kau ada dekat sini?"

"Sebenarnya....." belum sempat Helmi menghabiskan kata katanya, terdengar bunyi bising bising di dalam rumah. Membulat mata Helmi dan Faiz ketika itu. Mereka terus berlari masuk ke dalam rumah.

"Aku benci kau! Sampai hati kau buat aku macam ni? Apa salah aku Rees? Apa?!" tengking Iya ketika itu.

"Sofea?" panggil Faiz perlahan. Dia masih lagi terkejut melihat Iya mengamuk seperti itu.

"Faiz tolong....Iya tampar aku." ngadu Airees sambil mendekati Faiz. Faiz dan Helmi masih lagi tergamam melihat wajah Iya yang sangat bengis.

Iya merenung tajam ke arah Faiz dan Airees. Dia mendekati mereka, dengan pantas Airees terus menyorok di belakang Faiz. Faiz masih lagi kaku. Iya merenung Faiz dengan penuh rasa marah. Lagi lagi dia melihat Faiz memegang beg tangan milik Airees.

"Kau tepi!" tengking Iya secara tiba tiba. Ternaik bahu semua orang ketika itu. Helmi hanya mampu melihat... dia tahu Iya tidak dapat di kawal ketika itu.

"Sayang....sabar sayang. Jangan macam ni." pujuk Faiz.

"Aku cakap tepi!" tengking Iya lagi. Lagi sekali Faiz terdiam lalu dia bergerak sedikit, namun Airees sudah memegang baju Faiz ketika itu, pantas tangan Iya merentap rambut Airees yang tidak di ikat. Airees meraung kesakitan. Faiz dan Helmi cuba membantu namun dihalang keras oleh Iya.

"Jangan dekat! Kalau tak lagi teruk aku buat! Kau! Bila masa aku tampar kau ha! Bila masa?"

"Faiz...tolong...sakit." rayu Airees. Iya seperti di rasuk tiba tiba sahaja tertawa.

"Nak minta tolong kekasih hati kau pula? Panggillah aku tak kesah."

"Sayang... Jangan macam ni...Kita bincang elok elok. Lepaskan dia sayang."

"Kau diam! Aku benci kau! Kau tipu... Kenapa aku bodoh sangat percaya dengan kata kata kau... Selama ni korang memang ada hubungan belakang aku kan. Apa salah aku....apa salah aku sampai korang sanggup buat aku macam ni ha?" luah Iya...Air matanya juga sudah membasahi pipi. Sakit yang tersangat dalam apabila orang yang dia sangat cintai ada hubungan dengan kawannya sendiri.

"Ya allah sayang...bukan macam tu. Sumpah aku tak ada apa apa dengan dia."

"Kau tak payah main sumpah dengan aku...ini, ini apa Faiz? Ini apa!" tanya Iya sambil menunjukkan gambar yang di terima. Faiz tergamam lalu melihat nombor si penghantar...

"Tak guna kau Malik! Macam mana kau dapat nombor Sofea ni! Kau tunggu aku dapat kau, aku hentak kepala kau." gumam Faiz di dalam hati. Dia tahu Malik mahu mengenakannya.

Disebabkan Malik mengenali rakan baiknya itu, sebab itu dia tidak takut mahu mengenakan Faiz. Dia saja ingin melihat Faiz gelabah di saat Iya akan mengamuk. Kadang kadang gurauan mereka memang tidak masuk dek akal. Nama sahaja polis tapi Malik sama sahaja seperti Faiz tiga suku.

"Sayang dengar dulu apa aku nak cakap. Ni semua salah faham. Bagi aku explain dulu."

"Faiz...kita dah tak boleh nak sorok apa apa. Better kita bagitahu hal yang sebenar. Sayang dah tak sanggup nak sorokkan semua ni. Baik kita bagitahu apa yang kita plan selama ni." kata Airees secara tiba tiba. Berdesing kata kata Airees di telinga Iya ketika itu.

"Kau cakap apa ni ha? Plan apa?"

"Faiz please...sayang dah tak sanggup nak tipu Iya lagi. Sayang dah bagitahu kat dia semua plan kita selama ni. Sayang dah bagitahu tentang kotak yang kita hantar tu. Sayang dah bagitahu tentang kita yang plan nak langgar Iya dulu. Sayang minta maaf...sayang dah tak nak sorokkan lagi."

"Eh kau cakap apa ni? Bila masa aku plan semua ni dengan kau! Sayang aku tak buat semua tu....percaya cakap aku." rayu Faiz sambil menggenggam tangan Iya. Lantas Iya merentap tangannya kasar.

"Bukan kali ni Faiz. Aku dah muak untuk percaya orang macam kau. Aku tak sangka orang aku cinta aku sayang buat macam ni belakang aku. Aku menyesal kenal kau. Dan kau Rees... aku dah tak nak tengok muka kau lagi lepas ni. Plan korang dah berjaya dah pun. Terima kasih untuk kau bagi aku info tentang langgar lari aku dengan takutkan aku selama ni. Aku rasa langgar lari Eliy pun plan kau kan. Senang aku kerja aku tak payah upah orang siasat semua ni. Aku sendiri dah dapat." kata Iya dengan nada sini sambil mengeluarkan telefonnya sudah di recordkan sejak Iya sampai tadi. Terbeliak mata Airees ketika itu. Dia terus berlari ke arah Iya, namun sempat di halang oleh Helmi.

"Tak guna punya perempuan. Bagi telefon tu dekat aku! Aku tak teragak agak nak bunuh kau! Bagi aku! Bagi!" jerit Airees dengan penuh rasa marah. Iya tersenyum sinis... Dia mengambil begnya untuk melangkah pergi, namun di halang oleh Faiz.

"Sayang jangan buat aku macam ni. Tolonglah... jangan tinggalkan aku. Kau dah janjikan."

"Arhhhhhhh." tersentak mereka apabila terdengar jeritan Helmi. Kelihatan kepala Helmi sudah mengalir darah disebabkan Airees menghempuknya menggunakan pasu. Serpihan pasu itu di pegang oleh Airees...

"Sofea lari Sofea.." arah Faiz sambil menghalang Airees yang seperti di rasuk.

"Tepi...tepi.... Aku nak bunuh dia."

"Kau gila ke Rees... Mengucap Rees. Dia kawan kau!" kata Faiz sambil berhati hati dengar pergerakkan Airees. Airees tertawa apabila Faiz berkata begitu.

" Kawan? Bila masa aku anggap dia kawan? Aku just gunakan dia untuk rapat dengan kau Faiz. Lama aku tunggu kau. Tapi kenapa kau pilih perempuan tu... kenapa?"

"Kau merepek apa ni Rees..."

"Faiz kita kahwin jom...kita kahwin. Kita pergi jauh daripada sini."

"Kau gila ke Rees! Aku tak cintakan kau. Aku cintakan Sofea!"

"Arhhhhhhh....Tak ada siapa boleh dapat kau. Aku tak kira... Kalau aku tak dapat tak ada siapa boleh dapat kau!" marah Airees... dia mula mengganas dia terus mencari jalan untuk mendapatkan Sofea yang berada di satu sudut sudah pun teresak...bukannya Iya tidak mahu melarikan diri namun kakinya seakan di kunci.

"Sofea lari Sofea lari..." arah Faiz lagi.

"Tepi....tepi...." Pergerakkan Airees sudah di halang oleh Faiz... Faiz sedaya upaya ingin merampas serpihan kaca itu namun entah apa yang merasuk Airees ketika itu, tenaganya lebih daripada kemampuan dirinya. Mereka bergelut lalu entah bagaimana, serpihan pasu kaca itu tertikam ke perut Faiz. Darah sudah laju keluar. Airees terdiam.... bukan itu yang dia mahukan...

"Faiz....Faiz... Bangun, bangun." laung Airees. Iya yang berada jauh di situ teresak memanggil Faiz. Dalam beberapa saat polis tiba dan terus menerjah masuk. Airees tidak melarikan diri namun merantap Faiz sudah pun terkulai. Cepat cepat polis itu menggari tangan Airees. Iya yang berada di hujung sudut dengan langkah yang longlai mendapatkan Faiz. Dia terus mengangkat kepala Faiz ke ribanya....

"Faiz......Faiz...bangunlah awak jangan buat saya macam ni. Tolonglah bangun.... Faiz....."

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN

Semua yang berada di dalam dewan sedang sibuk menguruskan majlis itu. Ramai tetamu yang turut hadir untuk memeriahkan majlis. Orang yang paling gembira semestinya papa dan mama Iya. Merasa juga mereka membuat majlis untuk anak mereka sendiri. Pasangan pengantin di atas pelamin juga kelihatan sama cantik dan sama padan. Rakan rakan mereka semestinya turut hadir meraikannya.

"Iya...kau termenung apa ni?" tegur Ikin yang berada di sebelahnya.

"Tak adalah...aku tak sangka kahwin juga abang aku dengan Eliy....aku happy tengok diaorang."

"Kan aku pun... tak sangka Eliy dapat orang yang dia nak selama ni. Tengok sekarang dah jadi kakak ipar kau." kata Ikin sambil tetawa. Iya tersenyum kecil.

"Tak lama lagi giliran kita pula okay sayang." celah seseorang. Ikin dan Iya memandang ke arah yang bersuara. Mereka tersenyum.

"Okay lah Iya...aku tak nak kacau daun. Aku nak cari buah hati aku." sempat lagi Ikin mengusik Iya dan terus melangkah pergi. Iya tergelak kecil.

"Cantiknya sayang hari ni."

"Biy pon hensem."

"Sayang... Tak sangkakan banyak benda kita hadap selama ni..."

"Betul tu... Sayang pun tak sangka kita boleh sampai ke tahap ni."

"Sayang apa pun yang jadi biy sayang dekat sayang. Biy tak kan tinggalkan sayang. You is mine and you my miss artist only."

"Sayang pun sayang sangat dekat biy...Tak lama lagi wedding kita pula...tak sabar."

"Biy pun tak sabar...tak sabar nak buli sayang." usik Faiz sambil mencuit hidung Iya...

"Eeee awak ni..." rajuk Iya namun cepat saja Iya tersenyum melihat Faiz tersenyum manis kepadanya.

"Korang jom tangkap gambar dengan pengantin." ajak Rezza.

"Okay."

"Sayang...jom."

"Jom."

Siapa sangka pada mulanya, mereka hanya kawan sekolah dan kini akan mendirikan rumah tangga mereka sendiri. Kini masing masing sudah mendapat kebahagiaan mereka sendiri. Pada awalnya dirancang perkahwinan Iya dan Faiz namun banyak dugaan yang mereka tempuhi sehingga tersekat di tengah jalan. Zafran dan Eliy... cinta yang lama berputik kini sudah mekar apabila mereka sudah pun sah menjadi suami isteri. Ikin dan Azim kini sudah menjalinkan hubungan dan tidak lama lagi akan bertunang. Hana dan Rizwan juga turut sedang menjalinkan hubungan mereka. Syasya dan Rezza masih lagi bermain tarik tali....apa tidaknya mereka masih lagi bergaduh mulut sekiranya bertemu walhal mereka sudah pun mempunya perasaan antara satu sama lain. Izz? Siapa sangka dalam diam dia ada menyimpan perasaan kepada Sarah..ya Sarah rakan kepada Faiz. Pada mulanya Sarah menolaknya disebabkan penyakitnya, tetapi setelah dia tidak berputus asa dan tetap ingin mahukan Sarah...Sarah memberi peluang itu kepada Izz.. Dan peluang yang diberikan itu diguna baik oleh Izz dan kini mereka sudah pun mengikat petunangan dan lagi 2 bulan akan mendirikan rumah tangga. Airees? Dia sudah pun di masukkan ke hospital sakit jiwa disebabkan dia sudah lama tidak mengambil ubat penenang. Dia jadi begitu disebabkan ibu bapanya suka membanding bandingkannya dengan Iya. Dan disebabkan itu juga di berdendam dengan Iya dan cuba merampas kebahagiaan Iya. Tidak sangka hanya disebabkan itu, dia menjadi makin teruk kerana dia sering mengikut perkembangan Iya di media sosial dan rata rata banyak memuji Iya seperti ibu ayahnya suatu sekolah menengah. Sebab itu dia ingin mendapatkan Faiz agar Iya merasai kesakitan yang dia rasakan selama ini.


TAMAT

Assalammualaikum. Alhamdulillah tamat juga cerita My Miss Artist. Niena minta maaf sebab ambil masa yang lama untuk chapter last ni. Niena harap ramai terus menyokong niena dalam menulis novel ni. Terima kasih sudi baca novel Niena daripada awal sampai habis. Btw pengajaran untuk novel ni... Apa yang berlaku kita perlukan kepercayaan antara satu sama lain. Apa segala cabaran kena hadap bersama. Dan untuk ibu bapa terutamanya...janganlah suka banding bandingkan anak dengan orang lain...takut ia akan jadi tekanan untuk anak anak... sekian. Lagi sekali Niena ingkn berterima kasih kepada semua yang menbaca... happy ending! Jangan lupa komen okay! selamat menyambut bulan Ramadhan. Niena sayang semua muah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience