BAB 12

Romance Series 8741

Keeesokkan petangnya, mereka pun beransur pulang. Hubungan Iya dan Faiz sedikit renggang sejak malam itu. Faiz dan Azim sudah menjadi kawan. Banyak perkara yang diborakkan semasa mereka mengambil angin pagi itu.

"Eh Faiz, apa maksud kau yang malam tadi tu?"

"Ha?Yang mana satu ni?"

"Lah yang pasal relay kau dengan Aralah . Kau tak perasan ke sejak kau cakap macam tu, Ara terus jadi pendiam. Lepastu kau perasan tak malam tadi lepas dia balik daripada toilet mata dia merah. Aku rasa dia nangis do."

"Gila aku tak perasan. Dia cakap dengan aku pun nak tak nak je. Sepatah aku tanya sepatah dia jawab. Asal dia jadi macam tu ha? Salah ke aku cakap?"

"Lah kau ni...Kau boleh tanya salah ke? Tentu le dia terasa. Kau cakap macam seolah olah relay kau tak lama. Itu aku tanya apa maksud kau?"

"Lah korang faham lain ke? Betullah aku cakap relay aku dengan dia ni belum tahu sampai bila... Kalau allah dah tentukan masa aku dengan dia singkat, aku tak boleh kata tak, aku tak boleh halang. Kalau aku bagitahu mama papa aku. Mesti dorang akan berharap. Dah la aku satu satunya anak diaorang."

"Memanglah Faiz. Masalahnya kau cakap macam tu, macam kau tak confident ada relay dengan Ara. Kalau aku jadi Ara pun aku terasa."

"Yang sekarang ni kau faham ke apa aku maksudkan ni?"

"Apa dia?"

"Maksud aku, hanya mati je dapat pisah aku dengan dia. Kalau umur aku tak panjang, dalam masa terdekat ni, bila bila aku boleh pergi. Even kita muda lagi. Kalau aku masih hidup tak mustahil aku tinggal dia. Dia cinta pertama aku Zim. Kalau aku bagitahu mama papa aku, tapi katakan umur aku tak panjang, kau tak rasa ke dorang sedih. Bukan sedih kehilangan aku je, tapi dorang sedih tak dapat tengok aku naik pelamin dengan perempuan yang berjaya lembutkan hati anak diaorang. Aku ni dulu tak macam ni.Dulu aku ni keras kepala. Semua aku cakap orang kena ikut. Kalau aku kata A...A lah. Tapi lepas aku jumpa Sofea, aku dah berubah sikit sikit. Aku tahu mama papa aku perasan dengan perubahan aku. Aku sendiri pun tak sangka aku boleh jdi selembut sekarang." luah Faiz tenang.

"Tak sekang kau cakap macam kau ada penyakit ni asal? Kau ada sakit ke?"

"Mana ada sakit....apa lah kau ni."

"Lah...kau sembang macam kau ada sakit tau. Semua orang boleh salah faham dengan ayat kau malam tadi."

"Lah...Tak akan sakit je boleh pergi...Kekadang yang sihat sihat ni pergi dulu."

"Dah kau tak payah nak banyak bunyi. Kau dah buat Ara menangis tau malam tadi. Aku ikutkan nak je luku luku kepala kau. Nasib kau bf dia. Kau explain kat dia Faiz. Kalau tak sampai ke sudahlah dia diam dengan kau."

****************************************

"Eh masuklah dulu rehat rehat. Pak Mad pun belum sampai lagi." pelawa Encik Faizal.

"Ha ah betul tu masuklah dulu. Kita minum minum. Ni pun dah pukul 10 lebih." sokong Puan Shila.

"Ha iyalah." jawab Encik Ikhwan mesra.

Mereka pun masuk ke dalam dan duduk di ruang tamu.Puan Shila mengarahkan pembantu rumahnya menyediakan air.

"Iya. Iya okay ke tu? Auntie tengok dah kecik sangat mata tu. Iya mengantuk ya."

"Eh tak adalah auntie Iya okay je."

"Iya ni memang macam ni. Kalau penat ha dah macam orang tak tidur dua hari gayanya." kata mamanya. Mereka semua tergelak kecil.

"Iya pergilah naik atas dulu. Tidur kejap. Kejap lagi kalau Pak Mad dah sampai auntie kejutlah."

"Eh tak apalah auntie. Iya okay."

"Pergi je lah Iya naik atas rehat. Kejap lagi turunlah. Ni mana Faiz ni? Orang nak suruh tunjukkan bilik tetamu." kata Encik Faizal mencari anak tunggalnya.

"Dia awal awal dah naik atas bang. Tak apalah biar saya tunjukkan."

"Eh tak apa auntie. Iya boleh pergi sendiri. Auntie bagitahu je yang mana satu."

"Betul ni? Ha naik atas, belah kanan bilik yang ketiga....Kan belah sini ada dua pintu bilik lepas tu berhadapan dengan bilik first tu ada satu bilik. Iya masuk bila yang tu." Terang Puan Shila.

Sejujurnya Iya tidak faham. Lagi-lagi mengantuknya sudah menguasai diri. Dia hanya mengangguk dan terus menaiki tangga.

"Entah faham ke tidak tu...Angguk angguk bukan dia dengar sangat tu." kata papanya.

Encik Ikhwan sedia maklum dengan perangai anaknya itu. Ada satu hari itu, Iya boleh memasuki bilik tidurnya bersama Laila dek kerana terlalu penat.

"Itulah. Risau saya dia salah bilik." kata Puan Laila. Encik Faizal dan Puan Shila tergelak kecil.

"Biar je lah... Ni jemput minum." pelawa Encik Faizal.

****************************************

"Mana satu bilik tetamu tadi eak? Aduh kau ni Iya time orang bagitahu kau nak tak nak je dengar. Ha sekang dah tercari cari. Ada tiga bilik. Berhadapan. Em yang ni kot." teka Iya sambil membuka pintu bilik pertama.

Apabila dia memasuki bilik itu. Matanya sudah tertangkap katil yang bersaiz king di hadapan matanya. Dia terus berlari anak ke arah katil itu tanpa melihat sekeliling lagi.

"Katil....Come to me." kata Iya sambil sudah merebahkan diri ke atas katil itu. Dalam masa 15 saat Iya sudah terlena.

DI DALAM BILIK AIR

"Siapa pula masuk bilik aku ni? Bibik ke? Tapi selalu bibik ketuk pintu dulu. Kalau aku tak nyahut dia terus blah. Ni siapa pula ni?" tanya Faiz yang berada dalam bilik air biliknya.

Perlahan lahan Faiz keluar dari bilik airnya. Dia tertangkap sebentuk tubuh sedang baring di atas katilnya. Dia mula berasa cuak. Dia mendekati tubuh itu. Wajah yang berada di atas katil itu terhalang oleh rambut. Faiz semakin berdebar. Perlahan lahan dia menyelak rambut itu supaya empunya badan tidak terjaga. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat wajah si empunya badan.

"Sofea!" kata Faiz terkejut dan terus menutup mulutnya.

Iya bergerak sedikit.Faiz sudah mula cuak. Keadaan kembali reda apabila Iya tidak terjaga daripada lenanya. Faiz menghembus nafas lega.

Aduh dia buat apa dekat sini... Dah lah masuk bilik orang pastu selamba je baring dekat katil aku. Kau bukan bini aku lagi tau. Mama aku nak duduk kat katil ni pun minta izin aku dulu.
Haih penat sangat ni. Macam dia pula yang drive. Ni acane esok nak sekolah ni. 

Faiz merenung wajah Iya. Kemudian otak nakalnya berfungsi. Dia tersenyum kemudian terus mencapai telefonnya. Beberapa keping gambar di tangkapnya. Kemudian dia meneliti gambar itu bersama senyuman lebar.

Kau ni tidur pun comel je muka. Mana aku tak jatuh hati. Ush kau ni Faiz anak dara orang tu yang kau renung. Baik kau keluar, kang tak memasal kahwin free. Memanglah nak kahwin dengan dia tapi bukan dengan kena tangkap basah woi. Ni sah lah dia ni salah bilik ni. Sofea sofea macam budak budak umur dah nak masuk 18 dah woi.

"Goodnight sayang." ucap Faiz tersenyum dan berlalu keluar.

****************************************
DI RUANG TAMU

"Ha Faiz turun pun. Meh sini minum sekali." ajak mamanya yang nampak kelibatnya dari arah tangga. Faiz mendekati mereka.

"Sorry Faiz terus naik atas tadi." ucapnya kepada mama papa dan mama papa Iya.

"Tak apa Faiz. Auntie faham Faiz penat. Iya pun dah tertidur."

"Ha Faiz. Iya ada kat bilik tetamu tidur. Mama tengok dia ngantuk sangat sebab tu mama suruh naik atas."

"Bilik tetamu apanya ma...ada dalam bilik Faiz tu ha." beritahu Faiz selamba.

Semua seakan terkejut dengan kata kata Faiz sebentar tadi.

"Kalau Iya dalam bilik, kamu baru turun, maknanya kamu ada dalam bilik tu berdua dengan dia?" tanya papanya ragu ragu.

"Iyalah pa. Eh jangan fikir bukan bukan eh. Masa Sofea masuk tu, Faiz dalam bilik air. Keluar keluar dah nampak je dia terbaring atas katil Faiz. Nasib baik Faiz tak libas dia." jawab Faiz yang cuba membuat lawak.  Mama papa Iya tergelak kecil.

"Kan dah cakap, dia kalau mengantuk memang macam tu. Pernah sekali dia masuk bilik tidur aku. Nasib anak. Kalau perempuan lain, mahu kena hambat dengan bini aku. Mana tidaknya, balik balik kerja nampak ada perempuan atas katil. Uncle pun macam kamu lah Faiz, nasib tak libas dia." cerita Encik Ikhwan tergelak kecil. Semua turut serta tertawa.

"Maafkan Iya ye." ucap mama Iya.

"Lah tah ada apa lah Laila. Dia bukan sengaja. Dah memang mengantuk." kata mama Faiz.

Ouh macam ni rupanya perangai miss artist ni. Bahaya juga ni.Nasib tadi aku buang air je kalau aku mandi tadi. Tak memasal je. Astagfirullahalazim Faiz apa kau merepek ni.

"Dah sebelum Pak Mad sampai habiskan dulu air ni." minta papa Faiz.

****************************************

"Adik....Bangun sekolah." kejut mama Iya.

Iya hanya bergerak sedikit tetapi mata masih lagi dipejamkan.

"Adik....Bangun dah pukul berapa ni. Adik tak sekolah ke?" tanya mamanya sambil menepuk anaknya. Tapi hampa, tiada nyahutan.

Nampaknya terpaksalah Puan Laila menggunakan tekniknya. Puan Laila membuka lampu kemudian menutup kipas dan beransur keluar. Dengan cara ini, selang 5  minit Iya sudah terjaga daripada lenanya. Iya mengeliat malas.

"Em mama ni kenapa tutup kipas." ngomel Iya yang masih lagi mamai. Telefon disebelahnya, di capai. matanya terbeliak melihat skrin telefonnya, bukan kerana melihat jam tetapi melihat panggilan masuk dan mesej.

"10 call , 5 chat! Banyaknya. Macam mana aku  boleh tak terjaga ni."

Lantas Iya membukan chat itu.

"Sofea, bangun solat subuh. Harini sekolah."

"Sayang, tidur mati ke? Bangunlah sekolah."

"Jangan cakap tak datang sekolah eh. Aku jemput kau ni kang."

"Sofea angkatlah call.Dah bangun belom ni. Ya allah susahnya nak bangun. Datang sekolah tau rini."

Dalam Iya membaca chat itu, dia tersenyum. Rasa tenang pula apabila ada orang selalu mengingatkannya untuk menunaikan solat. Terlupa seketika yang dia sedang merajuk dengan Faiz. Mesej itu tidak dibalas, lantas dia terus bangun untuk mandi. Tidak mungkin dia akan ponteng di masa lagi beberapa bulan akan SPM. Dia perlu kejar semula subjek yang dia masih lemah.

****************************************

DI MEJA MAKAN

"Ha, turun pun. Ingatkan tak pergi sekolah." perli papanya.

"Tak kan Iya tak pergi sekolah pa, Iya lagi dua bulan je nak SPM."

"Mana tak bangunnya. Saya tutup kipas memanglah. Kalau tak memang tidak lah dia nak sekolah harini."

"Ala mama ni. Iya penatlah semalam. Sampaikan Iya tak sedar kita dah sampai rumah. Thank you pa angkat adik malam tadi kat rumah auntie Shila." ucap Iya tersenyum.

Rasa macam princess pula. Papa tolong dukung aku. Macam ni hari hari nak tidur macam tu. Nanti papa boleh angkat lagi.

"Banyaklah papa angkat. Putera raja yang angkat adik. Fikir papa larat ke? Ikutkan nak je tinggal adik. Tapi fikir adik sekolah tu papa hangkut anak papa ni."

"Aik putera raja mana pula ni pa?" tanya Iya pelik sambil menghirup air teh o nya.

"Faiz." jawab papanya selamba. Mahu tersembur air daripada mulut Iya apabila mendengar nama Faiz. Cepat cepat mamanya menggosok belakang anaknya.

"Adik minum elok elok." tegur mamanya.

"Fa...Faiz pa angkat adik? Ye je papa ni. Adik tak percaya lah." kata Iya sedikit gugup. Sesak pula nafasnya ketika itu.

"Betul lah. Faiz yang dukung adik bawa turun. Kalau papa angkat adik mahu kita gelongsor ke bawah. Papa bukan larat sangat. Lagi lagi turun tangga...bahaya. Faiz muda lagi jadi ada jugalah keseimbangan."

"Ish papa ni. Papa biarkan je lelaki usik anak papa ni." marah Iya tidak puas hati.

"Bukan papa suka suka suruh. Kamu nak tidur sana?"

"Tak nak."

"Ha tahu pun. Ni malam tadi papa yang bawak adik naik atas tau."

"Eleh papa...Naik lif bolehlah. Poyo je." kata Iya menyampah. Papa dan mamanya tertawa mendengar kata kata Iya.

"Dah...dah minum air tu. Ni dah pukul berapa dah." kata mamanya.

Aduh macam mana aku nak pergi sekolah ni. Sumpah aku malu gila. Boleh tak aku naik atas balik tak payah pergi sekolah. Aku baru nak buat suprise aku datang sekolah. Ni kau yang suprise aku dulu. Mana aku nak letak muka ni kejap lagi..... Tu lah kau Iya tidur tak ingat dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience