BAB 37

Romance Series 8741

"Eh Sarah. Bila awak sampai?" tegur Eliy mesra.

"Saya baru je sampai. Ara mana?"

"Ouh dia ada dengan Fa...iz." jawab Eliy perlahan. Sarah tersenyum memandang Eliy. Dia tahu Eliy tidak mahu melukakan hatinya.

"Sokaylah Eliy. Saya okay je."

"Sarah awak okay? Saya nampak badan awak susut je ni." tanya Hana. Semua memikirkan perkara yang sama.

"Saya okaylah. Iyeke nampak susut. Saya rasa sama je."

"Betul Sarah, awak nampak makin kurus." celah Syasya.

" Em tak tahulah..."

"Lama tak nampak awak pergi mana Sarah?" tanya Rezza.

"Ouh saya ambil cuti balik Melaka. Rindulah ibu ayah. Ni kira dah habis cutilah ni. Tu yang balik. Lepas tu baru teringat yang dorang tunang tu terus sampai sini. Jalan jem teruk tadi."

"Ouh patutlah. Tadi kitorang ada juga tunggu awak."

"Sorry. Eh saya nak jumpa Ara dengan Faiz kejap."

"Awak bagitahulah saya siapa? Nak tengok chat tu....." ngadu Iya lagi.

"Sayang...orang pandanglah. Nanti aku tunjuklah."

"Ala awak ni dengan saya pun nak berahsia. Dah la tak nak kawan." kata Iya sambil menyilangkan tangan.

Alamak dah merajuk pula baby aku ni. Aku bukan tak nak bagitahu tapi aku takut kau tak percaya je. Ala macam mana ni."

"Sofeaaaa...."

"Ouhhhh Sofea...."

"Ala sayang, janganlah merajuk. Ya nanti aku bagi kau tengok okay. Jom makan jom aku laparlah."

"Makanlah sorang."

" Ala...janganlah macam tu. Ke kau nak aku ajak cousin kau teman aku? Lawa juga ek cousin kau tu." puji Faiz sambil memandang wajah sepupu Iya yang berada di meja makan.

Lantas satu cubitan hinggap di lengan Faiz. Faiz menjerit perlahan kesakitan. Tangannya terus menggosok lengannya.

"Sakitlah!"

"Padan muka. Gatal!"

"Dah kau tak nak teman, aku makan lah cousin kau makan. Salah ke?" usik Faiz lagi. Iya menjeling tajam melihat Faiz sudah tersengih sengih.

"Haiiii."

"Sarah?" panggil mereka serentak. Sarah tersenyum.

"Sayalah ni. Sorry baru sampai. Jalan jem tadi."

"Sarah....awak pergi mana? Lama tak jumpaa...." kata Iya sambil memeluk Sarah. Dia berasa bersalah apabila teringat dengan perjanjian mereka. Faiz hanya memandang  tersenyum ke arah sahabatnya itu.

"Saya balik Melakalah Ara. Ni kan saya dah balik."

"Kenapa awak tak bagitahu saya Sarah."

"Sorry Ara. Ara saya tak dapat pun tangkap gambar dengan awak." ngadu Sarah.

"Tak apa kita boleh tangkap sekarang. Jom kita suruh emm...ha kita suruh Azim tangkapkan."

"Eh apa Azim pula. Aku boleh tangkapkan." celah Faiz tidak puas hati.

"Nak makan sangat kan. Pergilah. Jom Sarah. Tak payah layan dia." kata Iya sambil menarik tangan Sarah mengikutinya. Sarah tertawa melihat muka Faiz yang jelas tidak puas hati.

Azim. Azim. Azim. Aku yang tunang dia ni tak nak cari. Ish budak ni geram aku. Kau tunggu kita kahwin kau tak ikut cakap aku, aku ikat dekat katil.

2 BULAN KEMUDIAN

"Eh korang, perasan tak, Airees dah lama tak lepak dengan kita. Kalau lepak pun tak sampai sejam dia dah chaw. Asal ek?" tanya Izz.

"Ha kau pun perasan kan Izz. Tu lah busy sangat ke dia tu sampaikan jarang lepak dengan kita." sokong Rizwan.

"Diakan model. Banyak job. Apalah sangat nak lepak dengan kita ni." kata Azim.

"Oi...yang korang cakap tu member kita tau. Suka suka je buruk kan dia. Dia memang busy arh, ritu dia suruh aku hantarkan lunch dekat dia." kata Syasya memihak Airees.

"Eh apa ni cite pasal Airees...cuba cerita pasal wedding member kita ni tak lama lagi. Kan Iya kan." usik Eliy. Iya membuat muka selambanya. Walham sudah malu.

"Nak cerita apa Liy... Benda lagi 2 bulan. Lek sudahlah." kata Faiz selamba.

"Awak lelaki memanglah rileks. Ni kitaorang perempuan ni kena sibuk uruskan semua benda. Baju nikah dengan sanding,kalau saya tak uruskan, ha awak pun buat tak tahu je. Baik saya kahwin dengan wedding planner tu." bebel Iya sakit hati. Faiz sudah tersengih, yang lain pula sudah tertawa geli hati.

"Kau sanggup ke kahwin dengan wedding planner tu?"

"Eh sanggup. Boleh la lepas ni baju saya semua lawa lawa je. Baju anak tak payah cakap memang gempak punya." balas Iya sakit hati.

"Ouhh kau dah ada niat eh nak cari pengganti aku. Arhhhh lepas ni nak pergi mana mana pergi dengan aku je."

"Tahu pulak jeles."

"Eh Faiz. Awak tak reti tukar ke panggilan awak dengan Ara. Kasar sangatlah panggil tunang macam tu." tegur Sarah.

"Kan Sarah. Saya sokong. Apa panggil tunang aku kau." kata Izz.

"Bukan saya tak pernah nak panggil elok elok tapi dia yang kata, dia lagi selesa saya panggil macam ni, kan Sofea kan."

"Ouh saya ada cakap ke?" usik Iya sambil tergelak kecil.

"Sayang, dulu kau yang cakap macam tu. Kau jangan macam macam, aku gantung kau dekat kipas ni kang." ugut Faiz. Yang lain sudah pun ketawa.

"Yelah....saya ada cakap."

"Berapa awak nak bayar saya, saya dah backup awak ni." bisik Iya. Faiz tergelak kecil. Ada sahaja si miss artist ni nak mengusiknya.

"Nanti aku belanja kau aiskrim."

"Okay set ea." jawab Iya sambil mengeluarkan jari kelingkeng untuk berjanji. Faiz pula terus membalas.

"Ha apa ni. Ada je tau dua orang ni. Tahu tahu dah ada janji je..." kata Rezza.

"Eh adalah...Ni hal aku dengan tunang aku je."

"Wah berlagak ea."

"Eh orang yang kacau kau tu apa cite Iya?"

"Hm dia still menghantui hidup aku Wan. Asyik asyik dapat chat je tapi dengan lain lain nombor. Aku pun dah penat tidur tak lena."

"Dia cakap apa je?"

"Banyaklah dia cakap... So korang kena hati hati. Maybe korang jadi sasaran dia."

"Ara awak tak risau ke? Saya yang dengar yang risau."

"Saya risau Sarah. Tapi selagi dia tak sentuh orang sekeliling saya...saya okay."

"Report je lah." kata Hana.

"Dah Na...tapi polis still tak cakap apa apa."

"Lahh...habis tu acane? Takkan nak biar macam ni je."

"Itulah aku suruh korang hati hati. Kalau boleh pergi mana mana berdua."

" Ha ye lah...dah jom makan." ajak Eliy.

KEESOKKAN HARINYA

"Sayang, jom teman pergi meeting."

"Awak merepek apa ni Faiz? Saya accountant je... Awak ajaklah Hana."

"Ala lepas ni aku nak pergi makan. Kita makan sekali lah."

"Awak pergi je lah...nanti ambil saya dekat office. Btw wak gambar kita dah siap tau."

"Gambar tunang? Mana nak tengok."

"Saya belum pergi ambil lagi. Saya fikir nak ambil petang karang dengan Eliy."

"Ambil dengan aku je lah."

"Alaa awak habis meeting lambatkan...Saya ambil dengan Eliy je lah."

"Sayang kau jangan degil ea. Aku kata ambil dengan aku kan."

"Elehhhh awak cakap je lah awak jeles kan abang photographer tu lagi hensem daripada awak." usik Iya.

" Eh cakap baik sikit. Aku lagi hensem tau. Jap kau nak cakap mamat tu lagi hensem daripada aku lah? kau jangan macam macam ea Sofea. Aku tahu kau ada scandle dengan  sesiapa kau siap."

"Eleh awak...Kalau saya tahu awak ada perempuan lain... Saya bocorkan tayar awak. Awak beranilah ada perempuan lain belakang saya."

"Eh come on lah. Aku sayang kau sorang je tau.... Tak akan aku nak cari lain. Tapi kalau orang tackle aku tu ramailah." kata Faiz tertawa. Iya mencubit lengan Faiz geram.

"Aduh sakitlah sayang."

"Main main kan. Saya serius tau."

"Lah apa pula main main. Betullah tak kan aku nak usya perempuan lain. Kau pun aku tak terlayan. Ni lagi nak layan yang lain. Tak nak aku."

"Bagus good boy... Dah pergilah buat kerja jangan kacau saya."

"Eleh kerja tak banyak pun saja nak halau aku."  jawab Faiz tertawa dan ia membuatkan Iya turut tertawa.

RING! RING!

"Abang Zaf?" kata Eliy dan kemudia mengangkat panggilan itu.

"Hello."

"Hello, abang Zaf. Kenapa call Eliy ni?"

"Gambar kita hari tu dah siap tau."

"Ouh ye ke bang...nak tengok!"

"Ush kemain hapy lagi. Abang belum ambil lagi. Ingatkan nak ambil petang ni. Eliy nak ikut?"

"Eh petang ni pun Eliy nak teman Iya ambil album dia. Kita gerak sekali je lah."

"Ha okaylah tu. Gerak sekali je."

"Abang Zaf."

"Ha ye kenapa?"

"Eliy nak gambar kita. Orang tu ada bagi dekat abang kan."

"Ada...Ingatkan Eliy tak nak tadi. Kejap lagi abang send. Dengan gambar Eliy sorang sorang pun abang ada."

"Abang ada gambar Eliy?"

"Haah abang minta."

"Aik kenapa abang minta pula."

"Saja...Okaylah abang nak cakap tu jeeee. Petang ni jumpa."

"Abangggg."

"Ha ye apa lagi?"

"Kalau Eliy nak post gambar kita boleh?" tanya Eliy malu malu. Tetapi itulah pekara pertama dia mahu buat.

"Sure, honey. Jumpa nanti bye." kata Zafran dan terus mematikan talian. Eliy masih lagi tercengang apabila Zafran memanggilnya begitu. Kemudian di tersenyum apabila gambarnya sudah pun dihantar oleh Zafran.

"Tunangnya orang lain. Lain pula yang tangkap gambar. Siap buat album.Aduh sah aku angau ni. Eliy jangan berharap nanti kau sakit. " kata Eliy mengingatkan dirinya. Kemudian dia teringat kejadian itu.

"Bro, ingat aku tak?" tanya Zafran.

"Lah apa pula tak ingat. Tadi kau yang cakap nak tangkap dengan....." belum sempat juru kamera itu menghabiskan kata katanya, Zafran sudah pun memotong.

"Ha ingatkan dah lupa tadi. Dah habis tangkap gambar adik aku belum?"

"Dahhh tu ha diorang."

"Eh abang. Abang buat apa dekat sini?"

"Eleh fikir adik je nak tangkap gambar. Abang pun nak tangkap gambar juga."

"Eleh...Mana partner abang ha?" usik Iya.

"Ni partner abang. Kan honey kan." kata Zafran sambil menunjuk ke arah Eliy. Membulat mata Eliy apabila Zafran memanggilnya begitu.

"Wahhhh Zaf...apa cite ni?" tanya Faiz sambil tergelak kecil.

"Liy???Apa ni? Kau tak bagitahu aku pun."

"Eh...ehh...ma...mana ada apa apa. Abang Zaf ni pandai pandai." kata Eliy sedikit gugup.

Mereka semua ketawa melihat Eliy sudah tidak senang duduk. Mukanya juga kembali berbahang malu.

"Eh janganlah usik dia...abang je boleh buli dia. Dah gi sana, my turn."

"Eleh abang sudahlah. Jom awak kita pergi sana. Malas nak kacau sweet couple ni." usik Iya.

"Iya....." panggil Eliy meleret. Iya tertawa. Dia tahu rakannya itu malu.

"Aku guraulah. Aku tunggu kau dekat sana okay." kata Iya sambil jalan beriringan dengan Faiz.

"Okay honey. Let's go. Turn kita pula. Bro buat album nanti."

"Okay no problem."

"Album?"

"Ye lah...selalu abang tengok orang punya album je. Ni abang nak buat album abang sendiri. Dah jom. Kejap lagi dorang balik baru Eliy tahu." kata Zafran. Eliy masih lagi terpinga pinga.

"Eliyyyy."

Eliy tersenyum. Kemudian dia memilih gambar untuk di update di instagramnya.

SYARIKAR FAIZAL HOLDING.

"Hai Sya..."

"Eh Rees. Lama tak jumpa. Busy betul kau sekarang."

"Ala ada photoshoot lah. Ni baru free tu yang aku datang ni. Jom la lunch sekali."

"Ha jap bagi aku settlekan kerja aku jap."

"Ha okay. Ajak Hana sekali. Eh tu bilik Iya an?"

"Haah."

"Aku nak kacau dia kejap lah."

"Suka hati kau lah."

TOK! TOK! TOK!

"Masuk."

"Iya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience