BAB 28

Romance Series 8741

KONDO IYA

"Besar juga kondo kau ni Iya. Berapa ni?" tanya Rezza apabila sudah tawaf satu rumah Iya. Dia pula terlebih teruja.

"Harga kita borak tepilah Rezza. Btw thank you korang sudi habiskan cuti korang tolong aku."

"Lah awak ni. Kitaorang mula pun belum Ara, awak dah ucap thank you." kata Azim tergelak kecil.

"Tah kau ni, kitaorang baru je datang dah cakap terima kasih, kang kitaorang balik kang." gurau Rizwan. Mereka tergelak kecil.

"Faiz mana? Tak join ke? Dia kata nak join kita..." tanya Hana.

"Faiz kata dia datang lewat sikit. Kejap lagi sampailah tu." beritahu Izz.

"Btw kan barang dapur semua pun kita tak beli lagi tau wey." beritahu Eliy.

"Itu kau jangan risau Eliy, hari ni kita settle kemas rumah ni, esok kita beli barang dapur pulak." kata Syasya.

"Ye tak ye barang dapur...kang tak memasal pergi ke kedai baju lah, kasut lah...Macam tak kenal perempuan." perli Rezza.

"Hello kitaorang pergi pasaraya okay." bidas Syasya. Mereka tertawa melihat Rezza dan Syasya tidak sudah sudah bergaduh daripada zaman sekolah lagi.

"Assalammualaikum." ucap seseorang.

"Waalaikummussalam." jawab mereka semua sambil memandang ke arah pintu. Terlihat dua susuk tubuh sudah pun melangkah masuk ke dalam. Senyuman Iya yang tadi sedikit mengendur apabila melihat Faiz.

"Eh bro, sampai pun. Eh Sarah pun ada." sapa Rezza mesra.

"Hai..sorry lambat sikit. Ni saya ada bawak makanan dengan minuman. Mana tahu penat nantikan. Alas alas perut." kata Sarah tersenyum.

"Wahh thank you Sarah." ucap Syasya.

"Ara." tegur Sarah.

Iya sedikit tersentak daripada hayalannya. Dia tidak tentu arah memandang si arah pemanggil.

"Ya. Sorry awak panggil saya kan?"

"Ya lah saya panggil awak. Awak okay tak ni? Ke awak tak suka saya datang?"

"Eh mana ada Sarah. Saya sukalah awak datang. Ramai lagi best. Btw thank you bawak kan makanan. But kejap lagi saya belanja semua orang makan okay. Nak masak tapi tak ada barang lagi."

"Awak pandai masak ke Ara? Kenapa saya tak tahu?" tanya Azim.

"Eh saya pandai masak tau. Tapi makanan yang saya minat je lah. So sapa jadi husband saya dia kena makan apa saya suka makan je...Kalau tak..pergi makan kat rumah bini nombor dua."

"Sanggup ke memadu?" soal Faiz yang diam daripada tadi. Iya terdiam sebentar, kemudian dia menelan sedikit air liurnya sebelum menjawab.

"Memang tak lah saya nak bermadu. Tak sanggup saya kongsi kasih sayang. Kan korang kan.."

"Setuju." jawab perempuan serentak.

"Ha dah tu tolak tepi. Now pilih bilik. Bilik aku, bilik paling lawa dalam rumah ni. So mana satu bilik lawa?" kata Iya tertawa kecil.

"Wah bukan main lagi kau." kata Eliy tidak puas hati.

"Bagi je lah Eliy. Kita kan menumpang je." kata Syasya tertawa kecil.

"Aip! Lagi sekali aku dengar korang kata korang menumpang aku merajuk dengan korang. No korang tak menumpang..Ini rumah korang juga, rumah kita. Aku tak suka korang anggap korang menumpang." tegur Iya.

Mereka semua tersenyum. Inilah kebaikan Iya, sentiasa merendah diri dengan kemewahannya. Faiz tersenyum sebaris mendengar kata kata Iya itu.

"Ara bilik ni cantik. Besar pun besar berbanding bilik lain. Ha kau ambil bilik ni lah." kata Hana yang sudah berada di hadapan bilik utama.

"Ha betul Iya, aku usya bilik tu lawa." sokong Rezza.

"Korang tak kesah ke?"

"Tak." jawab mereka serentak.

"Eh dah lah jom mula. Nanti lambat siap." celah Faiz. Mereka mengangguk setuju.

Semua mengambil tugas masing masing. Lelaki di arahkan oleh Iya mengalihkan sofa mengikut cita rasanya. Ada yang mengemop lantai, ada yang mengelap perabot yang berhabuk dan bermacam macam lagi. Suasana di dalam rumah itu kelihatan meriah dengan gelak ketawa.

Iya memandang ke arah Faiz yang sesekali melihat tangannya. Daripada riak wajahnya Faiz sesekali menahan sakit. Iya mendekati Faiz lalu diberikan segelas air.

"Nah ambil ni minumlah. Daripada tadi awak buat kerja." tegur Iya. Faiz memandang sekilas wajah Iya kemudian mengambil air itu dan duduk di sofa. Iya juga turut duduk bersebelahan dengan Faiz. Dia ingin menanyakan tentang tangan Faiz itu.

"Awak dah pergi klinik?"

"Belum." jawab Faiz sepatah seolah olah malas melayan.

"Kenapa awak tak pergi? Kan saya dah suruh pergi.. Buat ada kuman ke apa macam mana?" kata Iya yang mula ingin membebel.

"Perlu ke aku ikut cakap kau? Sarah tak paksa, asal kau sibuk nak paksa aku ni?" tanya Faiz sinis. Tersentak Iya ketika itu. Sungguh tidak menyangka kata kata itu keluar daripada mulut Faiz.

"Sa..saya tak nak tangan awak melarat je." kata Iya perlahan.

"Hal aku bukan urusan kau..." kata Faiz lalu bangun. Iya hanya mendiamkan diri. Terdengar suara Faiz lembut memanggil nama Sarah.

"Sarah.... Saya ada air ni awak nak minum tak?" panggil Faiz.

Iya lambat lambat tersenyum sebaris. Ia, itu yang dia mahukan selama ini. Buat apa dia ingin bersedih. Iya bingkas bangun dan masuk ke dalam biliknya. Dia melihat sekeliling. Nafasnya ditarik dalam dalam dan dihembus perlahan. Dan kemudian dia tersenyum.

Kau tak payah risau pasal dia Iya. Dah ada orang yang akan ambil berat pasal dia. Kau tak perlu sibuk nak masuk campur urusan dia.

"Iya!!!! Jom keluar makan." panggil Syasya.

"Okay!" jawab Iya sambil mengelap air matanya yang tidak sedari turun membasahi pipi. Dia terus melangkah keluar daripada biliknya.

****************************************

Sampai sahaja di kedai makan mereka mengambil 2 meja, setiap satu meja ada 5 orang. Iya, Azim, Hana, Rizwan dan Eliy satu meja, yang lagi 5 orang satu meja. Semua sudah sibuk mengorder makanan yang mereka inginkan. Iya menarik muka apabila makanan yang ingin dipesan tiada di kedai itu.

"Semua dah order kan?" tanya Rizwan.

"Ara, awak belum order lagi. Awak tak nak makan ke?" tanya Azim.

"Em tak apalah tak lapar."

"Eh kau ni Ara, makanlah kejap lagi kita sambung buat kerja balik tau." kata Hana.

"Ala kan tadi aku dah makan roti Sarah beli. Aku okaylah."

"Kau jangan mengada, nanti kau kena gastrik macam mana? Nanti papa kau marah lah Iya. Makanlah." beritahu Eliy.

"Ala okaylah sebenarnya apa aku nak makan tak ada kat sini. Kejap lagi aku beli maggi aku masaklah dekat rumah."

"Betul ni tak nak makan?" tanya Azim berbau risau.

"Ya ...Korang makan je lah."

****************************************

KONDO IYA

"Ara, awak pergi mana tadi?" tanya Sarah.

"Saya beli meggi."

"Beli meggi? Kenapa? Awak tak makan ke tadi?"

"Takk..."

"Yang kau tak makan kenapa? Kalau kau gastrik kang macam mana?" tanya Faiz dengan nada serius.

"Saya tak rasa nak makan tadi." jawab Iya perlahan.

"Mengada je." jawab Faiz berlalu pergi.

Iya hanya mendiamkan diri. Sarah pula mula serba salah melihat Faiz berkata begitu.

"Iya sorry tau. Faiz terlepas cakap tu."

"Eh tak apalah... Saya okay je. Okaylah saya nak masa meggi.

"Ush sedapnya bau... Sedap ea awak makan kat sini." tegur Azim.

"Tak kan saya nak makan kat depan. Korangkan buat kerja. Awak nak?" pelawa Iya.

"Awak nak share ke?"

"Boleh je. Saya dah makan banyak, saya saja masak dua bungkus. Nah makanlah."

"Tak apalah tangan saya kotor. Awak makan je lah."

"Basuhlah tangan dulu. Makanlah, saya tak habis makan sorang ni."

"Malaslah kejap lagi kotor balik. Saya saja je jengah awak. Awak makanlah." kata Azim yang ingin ke depan semula.

"Eh awak kejap. Sini saya suap."

"Srs awak nak suap? Awak tak main main ke ni?" tanya Azim tidak percaya.

"Ya...buka mulut..bismillah...aaaa. " kata Iya sambil menyuakan meggi ke mulut Azim. Azim teragak agak ingin membuka mulut. Aksi mesra itu diperhatikan oleh Faiz yang mahu mengambil air. Hatinya berasa sakit melihat kemesraan Azim dan Iya. Dia terus berlalu pergi ke hadapan. Semua memandang pelik melihat muka Faiz berwajah serius.

"Iya, kau dah siap makan?" tanya Izz apabila melihat Iya dan Azim sudah ke depan.

"Dah...dah ada orang tolong aku habiskan." kata sambil memandang ke arah Azim sambil tersenyum.

"Ouhhh Zim curi tulang ea. Sedap je korang dating kat belakang ea."

"Aku nak jengah Ara je tiba tiba dia ajak makan, rezeki tak boleh tolak haaa." kata Azim tersengih.

"Sudahlah kau."

"Eh Zim sini tolong aku." kata Faiz dengan nada dingin. Azim memandang pelik kepada semua orang yang ingin jawapan. Semua mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Awak nak Azim tolong apa? Azim belum siap kerja dia. Nak saya tolong?" tanya Iya lembut.

"Tak payah aku minta tolong Sarah je. Sarah....sini kejap tolong saya." panggil Faiz. Apabila memanggil Sarah suaranya bertukar menjadi lembut tidak sedingin tadi. Iya tersenyum sebaris. Azim memandang pelik ke arah Faiz. Pelbagai persoalan bermain di kepalanya.

Apahal dengan Faiz tu? Kenapa dia macam marah je dengan Ara? Asal dia jadi cam tu?

2 MINGGU KEMUDIAN

Faiz dan Iya masih lagi dengan perang dingin yang direka oleh Faiz. Ada sahaja yang tidak kena di mata Faiz. Iya juga sering dimarah atas hal yang kecil. Lama kelamaan hati Iya semakin tawar dengan layanan Faiz terhadapnya. Iya tidak lagi banyak mendiam setiap kali Faiz memarahinya. Kadang kala sampai ke luar bilik mendengar pergaduhan mereka. Hana dan Syasya tidak ingin memasuk campur urusan mereka.

"Ara, kau buat apa ni? Cuba check betul betul jumlah keseluruhan tu berapa!" marah Faiz apabila keuntungan yang dikira oleh Iya tidak sama dengan kiraan yang dia dapat daripada pengurus projeknya.

"Encik Faiz, saya dah kira lebih dua kali. Memang itulah hasil dia." kata Iya mempertahankan dirinya.

" Tapi kenapa Elex kata keuntungan dia lain. Kau jangan main main dengan aku ea."

"Ya allah saya dah kira betul betul encik Faiz. Entah entah encik Elex yang salah kira. Encik Faiz dah suruh dia kira balik tak?"

Faiz terdiam. Sesungguhnya dia tidak pula menyuruh Elex mengira semula kerana melihat keuntungan Elex lebih banyak berbanding kiraan Iya.

"Okay kalau Encik Faiz tak percaya juga tak apa. Jom masuk bilik saya, encik duduk sebelah saya tengok saya kira." arah Iya yang mula hilang sabar apabila dituduh meluru begitu.

"Kau fikir aku apa tak ada kerja nak ikut kau. Suka suka je kau arah arah aku. Kau bos ke aku bos ni?"

"Okay fine! Kita vc. Encik Faiz jangan tak angkat pula!" kata Iya dan terus melangkah keluar. Pintu ditutup kuat sedikit tanda dia sudah marah. Faiz merengus kasar.

Kau fikir pintu bapak kau yang beli nak hempas hempas. Nasib papa aku yang ambil kau kerja. Kalau aku, dah lama aku pecat je. Kau fikir kau ada title ex aku, kau boleh buat apa kau suka? Ex tak ex kalau dah kerja buat cara kerja. Itu marah marah fikir aku nak minta maaf? Memang tak lah. Entah entah memang dia salah kira. Perempuan biasalah nak menang je.

Ring!

Ring!

Ring!

"Aku hempuk juga muka si robot ni karang. Aku suruh dia datang bilik aku tak nak. Aku vc tak angkat. Memang nak kena kau ni. Kau sabar jap, biar aku datang sana." rungut Iya sambil bangun dan membaca pen drivenya.

Pintu diketuk beberapa kali. Kali ke tiga barulah Faiz mengarahkan untuk masuk. Iya melangkah masuk dengan muka bengisnya. Kelihatan Faiz bukan berseorangan, Sarah juga turut ada di situ. Mungkin ingin keluar makan bersama sama. Namun muka Iya tidak sedikit pun mempamerkan wajah mesranya seperti selalu. Sarah mula kehairanan melihat Iya begitu.

"Nak apa? Tak nampak aku ada tetamu?"

"Saya nak tunjukkan pengiraan saya tadilah. Encik Faiz tepi, saya nak buka dekat laptop encik." kata Iya dengan nada tengangnya. Faiz masih lagi mengeraskan badan. Iya merengus marah. Dia mencapai laptop Faiz tanpa menunggu jawapan daripada tuan badan.

Sarah dan Faiz tersentak melihat perlakuan Iya yang selamba itu. Iya memandang ke arah Faiz. Kemudian dia terus mengangkat laptop dah berdiri di sebelah Faiz. Faiz hanya mendiamkan diri. Matanya terbaca sesuatu yang mencuri perhatiannya di bahagian fail.

"First love"

First love? Apa yang ada dalam fail tu? Siapa first love dia ni? Azim? Ha Azim la tu. Dia fikir aku tak tau dorang bercinta senyap senyap.

"Ni tengok betul betul. Saya dah siap buat satu satu lagi." kata Iya sambil mendekatkan laptop ke arah Faiz. Faiz melihat hasil kerja Iya. Dia menelan air liurnya. Cara Iya membuat jalan kerja itu seperti budak sekolah rendah. Entah mungkin mahu Faiz lebih faham dan selebihnya memerli. Apabila melihat hasil kiraan, semuanya betul dan tiada kesilapan.

"Saya rasa encik Elex tak tolak modal yang kita dah tolak hari tu." beritahu Iya. Faiz mengangguk perlahan tanda bersetuju.

"Okaylah saya keluar dulu. Saya nak ingatkan, kalau telefon mahal mahal tapi tak reti jawab call baik buang je telefon. Kalau Encik Faiz angkat tadi, tak adalah saya kacau encik dan tetamu encik. Kalau tak ada apa apa, saya keluar dulu." kata Iya memerli.

"Ara, awak tak nak join kitaorang makan?" tegur Sarah.

"Tak apalah. Saya tak rasa nak lunch hari ni. Saya ada banyak kerja. Awak pergilah makan berdua. Saya keluar dulu." kata Iya berlalu pergi tanpa menunggu jawapan daripada Sarah.

Faiz hanya terdiam. Dia tahu kali ini adalah salahnya. Sarah pula memandang Faiz untuk Faiz menjelaskan apa yang berlaku. Namun Faiz hanya diam dan menyambung kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience