BAB 41

Romance Series 8741

"Ha kau gi mana? Lama tau kitaorang tunggu. Call tak jawab." tanya Rezza.

"Aku ada hal sikit. Ni apahal semua pandang aku macam ni?" tanya Faiz dengan nada yang malas.

"Kau okay tak ni?"

"Nampak macam aku tak okay ke? Aku dah malas nak fikir."

"Ha yelah... Eh ni bila kita nak gi tengok Eliy?" tanya Azim menukar topik. Tidak mahu rakannya serabut.

"Lepas asarlah kita gerak." kata Hana.

"Okay juga tu. Ni Faiz kau tak nak order makan ke?" tanya Rizwan apabila melihat Faiz hanya mendiamkan diri termenung.

"Tak naklah...Aku tak lapar. Korang makan je lah." kata Faiz sambil mengaktifkan telefonnya.

Mereka semua tahu bukannya Faiz tidak lapar tetapi tiada selera. Faiz juga sudah kelihatan kurus. Bermacam cara mereka lakukan supaya Faiz makan tetapi apabila makan hanya sesuap dua.

"Faiz... Makanlah. Badan kau dah kurus tau. Kalau ya pun kau tak kesiankan diri kau...Kau kesiankanlah mama papa kau weh. Diaorang tu sampai minta tolong kitaorang suruh kau makan. Kau makan sikit ea Faiz?" pujuk Airees lembut. Faiz mendiamkan diri seperti berfikir kemudian dia mengeluh perlahan.

"Ye lah...aku makan. Orderkan aku macam biasa." arah Faiz. Mereka seakan tidak percaya Faiz termakan dengan pujukan Airees. Namun hal itu tidak penting..yang penting Faiz bersetuju untuk makan. Mereka semua tersenyum lega.

Sesudah sahaja shooting. Iya terus bergerak ke hospital untuk melawat Eliy. Hatinya tidak tenang selagi Eliy masih di hospital tidak sedarkan diri. Walaupun dia sekarang berasa serabut disebabkan soalan soalan tentang pertunangannya dia masih lagi ingin bekerja. Sekira duduk di rumah dia semakin serabut jadi sebaiknya dia pergi bekerja. Sampai sahaja ke hospital dia terus menuju ke wad Eliy. Kelihatan abangnya masih setia menunggu Eliy sedar daripada koma.

"Abang..." tegur Iya apabila melihat abangnya tekun merenung Eliy.

"Eh adik. Sorry abang tak perasan. Adik baru habis shooting ke?"

"Ha ah adik baru habis shooting. Abang.. abang still tak pergi kerja ke? Adik bukan apa kesian papa uruskan syarikat."

"Abang tak boleh. Kalau abang pergi office. Satu apa abang tak fokus."

"Adik faham. Abang sebenarnya sukakan Eliy kan? Adik tahu. Daripada dulu lagi adik tahu abang suka dia."

"Abang sayang dia dik. Kalau abang teman dia mesti semua ni tak jadi. Mesti adik pun tak akan putuskan pertunangan ni."

"Abang...bukan salah abang. Ni salah adik. Kalau adik tak bertunang...benda ni tak akan jadi. Orang tu tak akan buat macam ni."

"Kenapa adik putuskan pertunangan ni? Adik tak sayang dekat Faiz ke? Adik tak kesian dekat dia ke?"

"Siapa cakap adik tak sayang? Adik sayang sangat dia bang. Dia nyawa adik. Sebab adik sayang and kesiankan dialah adik buat semua ni. Biarlah adik tak dapat kahwin pun dengan dia...adik tak nak apa apa jadi dekat dia..dekat orang sekeliling adik. Biarlah kitaorang pisah hidup daripada pisah mati. Adik tak sanggup." luah Iya yang mula sebak. Cepat cepat Zafran mendapatkan adiknya lalu memeluk erat. Dia tahu bertapa beratnya apa yang adiknya lalui ketika ini. Tapi apakan daya..dia sendiri tidak tahu apa yang ingin dia lakukan.

Jam sudah menunjukkan pukul 5. Selepas sahaja solat asar di masjid, mereka terus ke hospital untuk melawat Eliy. Pada mulanya, Faiz berkeras hati tidak mahu ikut dengan memberi alasan dia ada kerja, tetapi setelah dipujuk dia akur dan mengikuti dengan paksa rela.

"Eh lupa nak bagitahu, Eliy dah pindah wad biasa." bagitahu Hana.

"Ouh ye ke? Alhamdulillah." ucap Azim syukur.

"Kat mana wad dia awak?" tanya Rizwan.

"Sana tu. Tapi jangan bising bising. Kat sini patutnya tak boleh ramai ramai. Tapi tak apalah kita tak lama kan."

"Dah cepatlah masuk."

Syasya membuka pintu perlahan lahan. Lantas dengan itu, Iya dan Zafran juga memandang ke arahnya. Lalu semua masuk ke dalam. Sampai sahaja orang terakhir iaitu Faiz, Iya menundukkan pandangan. Faiz pula, apabila ternampak wajah Iya, dia membuat lagak biasa walaupun dalam hati sudah terjerit jerit nama Iya.

Awak....Kenapa awak nampak kurus. Awak tak makan ke? Awak sakit ke? Saya rindu dekat awak. Saya minta maaf.

"Ush ramai ramai masuk ni nurse tak bising ke?" soal Zafran apabila melihat semua rakan adiknya ada.

"Dia tak nampak macam mana nak marah." jawab Hana tertawa kecil. Yang lain sudah tersengih kerana mengikut plan jahat Hana. Zafran tersenyum kemudian menggelengkan kepala.

"Macam mana dengan keadaan Eliy, Zaf?"

"Entahlah Rezza sill sama tak ada respond lagi. Aku risau juga sebenarnya."

"Tak apalah. Slow slow. Kau banyakkan berbual dengan dia. Aku dengar orang koma ni boleh dengar suara kita kadang kadang." kata Izz.

"Betul lah tu. Hari tu ada sekali aku cakap cakap kat dia, ada air mata mengalir. Doktor cakap dia dengar apa aku cakap."

"Erm.. Eliy cepatlah bangun. Rumah sunyi kau tak ada. Cepatlah bangun. Tak ada siapa nak bebel dekat aku, aku rindu dengar kau bising bising. Cepat bangun tak, aku tunggu kau." luah Syasya yang duduk bersebelahan Eliy. Semua terdiam. Mungkin mereka juga turut rasakan perkara yang sama. Eliy sejenis yang suka membebel dan nasihat orang sekiranya mereka berjumpa. Jadi sejak dia begitu, mereka terasa sunyi.

"Iya...Kau baru balik shooting ke?" tanya Airees yang hanya diam daripada tadi. Tersentak kecil Iya ketika itu.

"Ha ah pukul 4:30 tadi habis terus datang sini. Ingatkan nak singgah kat korang sebab korang kata ada lepak kan tadi, tapi lambat pula shooting aku abis tadi."

"Ouh...patutlah. Kitaorang ada tunggu juga tapi dah setengah jam memang tak adalah kan."

"Sorry."

Bukannya Iya tidak perasaan Faiz sedikit pun tIdak memandangnya, mata Faiz hanya memandang Eliy yang terbaring dan juga rakan rakan mereka. Itu sudah cukup membuatkan Iya terasa hati dengannya. Tapi dia tahu, Faiz mungkin akan tidak menyukainya selepas ini kerana pertunangan mereka diputuskan tanpa berbincang dengan Faiz.

"Aku keluar jap." kata Faiz secara tiba tiba. Semua memandangnya.

"Nak pergi mana?" tanya Izz.

"Dalam ni bukan boleh ramai ramai. Aku keluar dulu, kang apa apa aku masuk balik." jawab Faiz dengan nada yang seperti malas ingin menjawab. Belum sempat mereka membalas kata kata Faiz, dia sudah pun keluar.

"Em aku keluar kejap." kata Iya berlalu keluar. Mereka semua memerhati. Tiada pula rasa ingin tanya atau menghalang. Bagi mereka biarlah Iya dan Faiz berbaik seperti dulu.

"Awak." panggil Iya apabila melihat Faiz duduk di kerusi. Faiz memandang sekilas kemudian dia kembali memandang telefonnya. Iya menarik nafas dan kemudian memberanikan diri duduk bersebelahan Faiz. Mereka hanya mendiamkan diri. Kemudian tiba tiba Faiz bersuara.

"Kau buat apa duduk sini? Pergi masuk nanti orang nampak tak pasal pasal nama aku naik lagi." kata Faiz dengan nada seratanya. Iya terdiam. Nampaknya Faiz memang tidak mahu berbual dengannya.

"Saya nak cakap sorry dekat awak. Saya tahu lepasni awak akan benci saya."

Aku tak pernah terfikir nak benci kau Sofea. Cuma aku sendiri tak ada kekuatan nak jumpa kau. Nak cakap dengan kau. Mana mungkin aku akan benci kau, tapi aku terkilan dengan apa kau buat...itu je.

"Kalau kau nak cakap pasal tu, tak payahlah. Pergi masuk dalam."

"Faiz... saya tak nak kita macam ni. Ya saya tahu salah saya, putuskan pertunangan ni tanpa bincang dengan awak. Tapi saya buat semua ni sebab awak, sebab orang sekeliling kita. Untuk kebaikan kita.

"Tak. Itu untuk kebaikan kau bukan kebaikan aku. Dua kali...dua kali kau tinggalkan aku. Aku ni memang tak layak ke untuk bahagia. Aku ni tak layak ke nak rasa orang aku sayang, sayang aku balik? Jawablah Sofea...aku memang tak layak ke?" luah Faiz tapi suaranya masih dikawal. Iya tersentak mendengar luahan hati Faiz. Dia tahu dialah punca Faiz sering kecewa begini. Air matanya mula membasahi pipi. Perasaan serba salah itu muncul serentak.

"Sa...saya minta maaf."

"Itu bukan jawapan aku nak. Aku tanya kau, aku memang tak layak ke dapat kebahagiaan tu?" soal Faiz lagi dengan nada tegas. Sakit hatinya melihat Iya menangis. Tapi dia hanya inginkan jawapan itu untuk dia meneruskan plannya.

"La...layak." jawab Iya tersekat sekat.

"Kalau layak aku minta satu je. Kau tunggu aku....boleh?" tanya Faiz dengan nada lembut. Bertukar nadanya yang tegang tadi. Iya mengangkat kepala kemudian mengangguk perlahan. Faiz tersenyum kemudian dia mengelap air mata Iya. Tidak sampai hati pula dia ingin bersikap dingin begitu.

"Hey...sayang jangan nangis macam ni. Nanti orang nampak." pujuk Faiz lembut.

"A....awak tak benci saya?"

"Tak kan aku nak benci kau. Kau cinta hati aku sampai bila bila. Tapi lepasni tolonglah jangan buat something tak bincang dengan aku please. Aku dah macam orang gila haritu."

"Saya minta maaf. Saya cuma takut keadaan jadi teruk sebab tu saya terus buat macam ni."

"Sokay. Lepas ni aku nak kita macam tadi. Tak bertegur langsung. Even depan kawan kawan kita."

"Tapi kenapa?"

"Ikut je cakap aku."

"Em okayy."

"Goodgirl. Dah pergi masuk dalam. Diaorang mesti tunggu sayang."

Entah mengapa Iya berasa malu pula apabila Faiz masih lagi memanggil dirnya sayang. Sikit sebanyak ia mengubat rindu Iya.

"Tak akan saya nak masuk dengan muka macam ni. Nanti diaorang pandang pelik. Saya pergi toilet kejap."

"Ha yelah hati hati. Nanti kalau diaorang tanya kita ada jumpa tak, cakap kita tak bertembung langsung tau."

"Okay awak. Awak masuklah dulu."

"Okay sayang." jawab Faiz sambil mengenyit mata dan melangkah pergi.

Iya tersenyum. Dia berasa nyaman. Seolah olah satu masalah yang membebankan sudah hilang di bahunya. Setidaknya dia tahu yang Faiz tidak memarahinya lagi... Itu sudah cukup baginya. Sekiranya mereka memang tidak ditakdirkan bersama, Iya redha asalkan masih dapat berjumpa dengan Faiz. Itu sudah cukup baginya.

Setelah sudah mencuci muka dan bertacap. Iya terus melangkah pergi ke bilik wad. Tiba tiba dia melihat seseorang yang dia kenali.

"Ikin." tegur Iya. Ikin menoleh kemudian memberhentikan langkahnya.

"Iya."

"Kau buat apa dekat sini? Nak lawat Eliy ke?"

"Haah.. last aku melawat tiga hari lepas. Ni aku tahu dia dah masuk wad biasa. Tu aku cari ni yang mana satu."

"Ouhhh...ha jomlah ikut aku. Aku pun nak pergi tengok dia ni. Semua ada dekat sana."

"Semua? Membe kau yang lain ada ke? Tak apalah lain kalilah."

"Eh apa pula macam tu. Kau dah datang kan. Jom je lah. Tak apa aku ada."

"Hmmm okay." jawab Ikin masih ragu ragu. Iya mencapai tangan Ikin dan tersenyum. Ikin juga tersenyum kemudian mereka berjalan dengan berpimpin.

Sampai sahaja di wad Eliy. Iya berasa pelik apabila semua orang sudah berada di luar. Semakin membimbangkan semua membuat muka gusar. Langkah Iya terhenti. Hatinya mula berdebar. Semua sudah memandang ke arahnya dengan wajah risau. Beg tangan di tangan Iya sudah terjatuh. Mukanya kini sudah semakin cuak dan takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience