BAB 14

Romance Series 8741

2 BULAN KEMUDIAN

Faiz dan Iya kini sudah boleh menghembus nafas lega apabila mereka sudah  pun habis menjawab peperiksaan SPM. Sepanjang dua bulan itu mereka sama sama fokus tentang pelajaran mereka. Tiada masa untuk bergaduh atau merajuk seperti dulu. Sekiranya bergaduh pun, ianya disebabkan jawapan mereka berbeza. Dah mereka akan berperang mulut untuk mempertahankan jawapan masing masing. Sekiranya jawapan Faiz betul, panjanglah muncung Iya tanda protes.

Hari ini mereka akan pergi makan bersama rakan rakan yang lain. Ia kerana untuk meraikan yang dimana meraka sudah habis menjawab peperiksaan. Sepanjang perjalanan Iya hanya tersenyum. Dia mengingati semasa wartawan menemuinya dan Faiz sedang makan selepas balik daripada ulang kaji.

"Hai sorry ganggu Ara dengan kawan tengah makan. Boleh akak tanyakan beberapa soalan?" tanya jutawan itu.

Iya memandang ke arah Faiz. Faiz menganggukkan kepalanya sedik tanda setuju. Dia tahu perkara ini akan berlaku kerana Iya dan Faiz selalu mengulangkaji bersama sama. Semestinya akan menarik minat orang ramai untuk mengetahui hubungan mereka.

"Boleh kak. Kita nak buat dekat mana?" tanya Iya mesra.

"Kita pergi dekat sanalah. Kalau boleh kawan Ara pun ikut sekalilah." minta kakak itu. Faiz mengangguk setuju.

"Assalammualaikum semua. Kembali lagi bersama saya Elin. Okay hari ni saya ada jemput seorang artis muda, cantik semualah. Nama dia ni pun dah naik mendadak sejak sejak akhir ini. Jadi mari kita jemput Ara Sofea bersama seseorang untuk mengetahui lebih lanjut."

"Hai." sapa Ara mesra. Faiz tersenyum manis. Tidak nampak dia hanya berlakon.

"Hai Ara. Wah makin cantik sekarang."

"Terima kasih." ucap Iya tergelak kecil.

"Okay Ara. Ara sendiri tahu yang nama Ara dah naik sejak sejak akhir ni kan. Banyaklah sebab nama Ara naik. Antaranya sebab drama terbaru Ara yang dimana Ara membawa watak sebagai perempuan yang gedik. Rasanya ini pertama kali Ara membawa watak yang boleh membuat netizen mengecam. Jadi apa Ara rasa bila dapat kecaman daripada netizen."

"Ouh ya ni merupakan pertama kali saya memegang watak macam tu. Sebenarnya masa dapat watak tu saya takut sebenarnya. Sebab pertama kali kan...Tapi bila saya tahu watak dia macam ni macam tu. Saya terima. Saya nak cerita banyak tentang watak saya pun tak boleh sebab drama ni baru saja mulakan. Yang boleh saya bagitahu, segala kecaman itu lah yang membuatkan saya rasa semangat. Sebab selama saya baca komen yang ada. Semua mengecam watak saya tu. Nampaknya watak saya tu berjaya membuatkan semua terkesan dengan lakonan saya."

"Kalau kecaman untuk diri Ara yang di mana, netizen mengatakan Ara seperti lali membuat watak watak sebegitu. Apa yang Ara ingin cakap?"

"Kepada yang cakap semua tu. Saya hanya boleh cakap yang itu hanya lakonan saya sahaja. Tak ada kaitan dengan diri saya. Orang yang rapat dengan saya akan tahu perangai saya macam mana." jawab Iya tenang.

"Betul tu Ara. Orang yang mengecam tak kenal Ara ni macam mana. Saya yang sudah beberapa kali berkerja sekali dengan Ara ni pun rasa yang perwatakan dalam drama itu sama sekali tak ada dalam ciri ciri Ara ni. Ara ni saya boleh katakan seorang yang ramah dan sentiasa tersenyum...Kan Ara kan." kata kakak itu tergerlak kecil. Iya dan Faiz turut tertawa.

"Okay..Selain topik perwatakkan Ara tu. Ni ada berita lagi panas mengenai Ara. Rasanya ini sebenarnya yang ramai ingin tahu. Sejak tengah bulan ni, ha ramai pula ada buat story terserempak dengan Ara dan seorang lelaki. Semestinya lelaki tu yang berada di sebelah Ara sekarang. Ara tak nak kenalkan dekat semua ke siapa sebelah tu."

Iya memandang ke arah Faiz. Faiz tersenyum.

"Awak kenalkan lah diri." minta Iya mesra.

"Eh cakaplah. Faiz tak tahu apa apa." kata Faiz malu.

"Alamak dorang main bisik bisik pula." usik kakak itu. Ara dan Faiz tertawa malu.

"Okaylah biar Ara kenalkan. Yang sebelah Ara ni Harraz Faiz. Dia ni merupakan classmates Ara."

"Ouhhh classmates. Kejap nama Harraz Faiz? Macam pernah dengar je. Faiz ada masuk pertandingan TV apa apa ke? Sebab Kak Elin macam pernah dengarlah nama Faiz ni."

"Ha ye saya pernah masuk idola kecil dulu." jawab Faiz malu dan tersenyum. Iya memandang ke arah Faiz dengan pandangan terkejut. Sesungguhnya dia tidak tahu tentang hal itu.

"Ouh ye ke? Saya tak tahu pun." kata Iya.

"Dah tak tanya." kata Faiz selamba.

"Ouh ya betul. Faiz dapat tempat ketiga kan masa tu. Akak Elin dah ingat dah. Patutlah akak pernah dengar nama tu. Ha bukan calang calang orang sebenarnya kawan bersama dengan Ara ni. Jadi semua sendiri nampak Ara dan Faiz selalu keluar sama sama. Tak akan setakat classmates je?" tanya kakak itu ingin mengorek rahsia.

"Ya saya mengaku yang di mana saya dan Faiz memang bersama buat masa ini. Tapi...ha ada tapi eah.." kata Iya mesra.

"Buat masa sekarang, kami busy dengan diri masing masing. Faiz dengan diri dia. Saya dengan diri saya."

"Wah jadi betul lah apa yang semua katakan tu. Ramai juga yang up ig story terserempak dengan Ara dan Faiz ni."

"Sebenarnya sepanjang kami keluar, kami hanya busy ke library je. Kalau semua perasan ramai yang up story yang kami kat kedai makan tu, tu semua lepas kitaorang balik daripada library. Ha yang akak Elin jumpa kami ni pun kami baru balik daripada library. Dan semua vid dan gambar meraka ambil pun, kami sentiasa bawak beg bersama sama."

"Ha ye betul. Tadi kak Elin adan nampak beg Faiz dengan Ara. Jadi Faiz macam mana bersama dengan Ara? Adakah agak susah kerana Ara sering sibuk dengan shooting dia."

"Macam yang Ara cakap. Sekarang kami masing masing busy dengan diri sendiri. Kami sekarang lebih fokus tentang SPM tak lama lagi. Jadi soal susah ke tak tu sebenarnya tak susah pun kalau each other faham satu sama lain. Saya faham dia dan dia faham saya." jawab Faiz profesional.

"Wah tengok baru umur 17 tahun sudah berfikiran macam ni. Bagus akak suka dengan apa yang Faiz cakap tu. Jadi bagi Faiz, apa Faiz harapkan dalam relay ni? Faiz rasa boleh pergi jauh tak?"

"Insya allah... Selagi Faiz boleh bertahan Faiz akan bertahan.  Nak cakap boleh pergi jauh tu, Faiz tak boleh nak bagi apa apa kata putus. Sebab Faiz dengan Ara masih muda, banyak lagi benda yang kiraorang kena hadap. Apa pun doa yang baik baik."

"Amin...akak harap relay korang ke jinjing pelamin. Okay semua, apa yang kita nak tahu sudah terbongkar..Apa pun kita doakan pasangan baru ni. Terima kasih Ara Faiz sudi jawab soalan akak."

"Sama sama." jawab mereka serentak dan tersenyum.

****************************************

"Iya dah sampai ni." kata Pak Mad.

Iya kembali ke alam nyata. Cepat cepat dia membetulkan rambutnya. Punyalah lama dia termenung sehingga sudah sampai.

"Okay Pak Mad terima kasih."

"Sama sama. Iya nanti dah nak balik bagitahu Pak Mad ya."

"Okay Pak Mad,Iya pergi dulu assalammualaikum."

"Waalaikummussalam."

****************************************

"Ha sampai pun. Jauh betul rumah kau." perli Eliy.

"Lah kau ni. Bukan aku yang bawak.  Ni kan aku dah sampai ni. Cantik kan aku." kata Iya tersengih kemudian melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Ye do Iya. Aku baru perasan kau lawa duh. Asal lah aku tak try kau dulu." usik Rezza. Mereka tertawa.

"Woi. Sedap puji nampak. Awek aku tu." kata Faiz selamba.

Semua sudah terbahak tertawa. Iya pula sudah berbahang muka.

"Lah kau ni. Tak kan tu pun nak jeles."

"Tah awak ni. Eh Azim mana?"

"Dia lambat sikit, kejap lagi sampailah." kata Eliy.

"Bf ada depan mata sibuk tanya orang lain." kata Faiz seakan merajuk. Semua sudah tersenyum dengan penuh makna.

"Bf ni dah selalu pandang. Bosan lah. Nak pandang orang lain pula."

"Ouh kau nak cakap kau dah muak tengok aku lah ni."

Semua sudah tertawa. Jarang jarang Faiz bersikap mengada begini di hadapan semua orang.

"Lah merajuk pulak.Tak kan lah saya nak muak tengok muka awak ni." jawab Iya.

"Aku tak kesah kau dah muak. Ramai lagi nak dekat aku. Maklumlah sejak famous balik ni ramai orang dm." kata Faiz selamba.

Tersembur sekali lagi tertawa semua. Iya sudah memasamkan mukanya. Terasa dengan gurauan Iya itu.

"Mentang mentang ramai orang dah minat dia, berlagak pula. Kalau orang tahu perangai kepala batu awak ni, memang tak ada yang nak lah."

"Eh kau nak je dengan aku." kata Faiz selamba.

Iya memandang tajam ke arah Faiz. Sakit pula hatinya bercakap dengan Faiz. Memang selalu kalau gaduh mulut Faiz sahaja yang menang. Iya terus bangun daripada duduknya.

"Woi nak gi mana tak akan sentap kot?" tanya Rizwan.

"Toilet! Aku nak air macam biasa." jawab Iya berlalu pergi. Semua tertawa melihat Iya yang sudah merajuk.

"Apa lah kau ni Faiz. Kau tengok dah merajuk." kata Rezza.

"Ala aku gurau je. Kejap lagi dia okay lah tu. Tak kan kemanalah merajuk dia."

"Ha kau biar biarkan. Jangan sampai dia dah tak ada perasaan untuk merajuk tau. Sebab dah terbiasa tak dipujuk. Ha kau jangan main main Faiz.  Perempuan ni kalau dah tawar hati memang dah tak ada harapan lah." nasihat Eliy. Sebenarnya dia hanya mahu menakutkan Faiz sahaja. Kesian pula dia lihat rakannya tidak dipujuk.

"Ha betul tu. Kang kena kebas baru kau datang akal." kata Rezza.

"Lah ye lah..Aku pergi pujuk dia. Eh air aku sama macam Sofea." kata Faiz berlalu pergi.

Mereka tergelak kecil sambil menggelengkan kepala. Ada sahaja drama Iya dan Faiz sekirannya lepak.

Selang 5 minit Faiz kembali ke meja makan tetapi berseorangan. Mukanya kelihatan tegang sahaja. Semua memandang pelik ke arah Faiz.

"Aik cepatnya. Kata nak pujuk Iya." kata Rizwan.

"Tak jadi."

"Lah asal pula ni? Mana Iya?"

"Kang dia datanglah. Ni air Iya kan?" tanya Faiz. Belum sempat mereka menjawab Faiz sudah menjauhkan air itu ke tempat kosong di sebelah kerusi Iya. Semakin pelik semua orang di situ.

"Ni asal ni? Kitaorang suruh pujuk, yang kau pulak merajuk ni kenapa?"

"Bila masa aku merajuk? Buang masa aku je. Ni makanan bila nak sampai ni..Aku lapar."

"Eh sabar baru order." jawab Rezza tergelak kecil.

"Payah hal laki bini bawak lepak dengan membe." gurau Eliy. Mereka tertawa mendengar kata kata Eliy itu. Faiz pula sudah memasamkan mukanya.

Eh nasib hari ni ada makan makan je. Kalau tak aku dah blah dah. Sampai hati kau Sofea buat aku macam ni. Selama ni kau perbodohkan aku je ke? Aku sorang je beria? Eh nasib baik ni public, kalau tak memang hancur dah dia tu. Tak apa kau tunggu, kau tunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience