BAB 27

Romance Series 8741

Setitis demi setitis air mata mengalir. Entah mengapa kata kata Faiz sebentar tadi membuatkan Iya sangat terasa hati.

Kenapa Faiz macam tu? Kenapa dia perlu marah aku? Apa aku buat? Ya allah Iya kenapa kau perlu menangis ni...Dah Iya kau kena stop menangis.

TOK! TOK! TOK!

Apabila dengar sahaja pintu diketuk, Iya terus memandang ke arah pintu. Belum sempat Iya memberi keizinan pintu dibuka. Terserlah satu susuk berdiri di depan Iya...Iya pula menundukkan kepalanya sambil mengelap air matanya. Faiz sedikit tersentak melihat Iya. Terbit rasa risau dalam dirinya. Tetapi apabila mengingati peristiwa malam itu, dia membuang sifat risau itu jauh jauh.

"Ya encik Faiz ada apa?" tanya Iya perlahan.

"Aku nak bagitahu Izz ajak lunch sama sama hari ni. Hana dengan Syasya aku dah bagitahu." beritahu Faiz dengan nada selambanya.

"Ouh ha okay."

"Ha dah lah aku keluar dulu..." kata Faiz. Namun tiada respon daripada Iya. Dia masih lagi menunduk. Itu sudah membuatkan Faiz mula gelisah. Dia mengeluh perlahan. Tisu yang berada di atas meja Iya dicapai.

"Iya." panggil Faiz lembut. Seperti biasa walaupun nama itu namanya tetapi dia tidak senang hati apabila Faiz memanggilnya begitu. Lambat lambat Iya mengangkat kepala. Terlihat tisu yang dihulurkan oleh Faiz itu. Dengan ragu ragu dia mencapai.

"Lap air mata kau... Jangan bazirkan untuk orang yang bukan sesiapa dalam hidup kau." kata Faiz dan terus berlalu pergi meninggalkan Iya masih lagi tercengang. Otaknya masih tidak dapat menangkap maksud yang disampaikan oleh Faiz.

****************************************

WAKTU LUNCH

"Eh Faiz, nak gerak sekali ke macam mana?" tanya Syasya semasa mereka menunggu lif.

Faiz memandang Iya sekilas kemudian terus menjawab.

"Korang pergi tiga oranglah. Aku nak ambil Sarah sekali makan dengan kita. Nanti aku sampai." kata Faiz selamba. Sebenarnya dia sendiri tidak merancang ingin keluar makan tengah hari bersama Sarah tetapi idea itu tiba tiba sahaja muncul.

Iya hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia merasakan Faiz sudah mula berubah.

Ting!

Lif terbuka, mereka terus memasuki perut lif itu.

"Kalau camtu okaylah kitaorang pergi dulu. Nanti jumpa sana. Memang tak ada pilihan naik kereta aku lah kan." kata Syasya.

"Ha naik kereta kau lah." kata Hana.

DI KEDAI MAKAN

"Eh Faiz mana?" tanya Izz apabila melihat hanya Iya, Syasya dan Hana sahaja yang berada di hadapannya.

"Dia kata dia pergi jemput Sarah. Nak ajak Sarah makan sekali." beritahu Syasya.

"Ara, awak okay? Kenapa diam je ni?" tegur Azim apabila melihat Iya hanya mendiamkan diri.

"Ha? Saya okay. Korang dah order?" tanya Iya menukar topik.

"Dah... Korang je belum order. Jap aku call Faiz dia nak makan apa."

"Dia makan daging masak merah." jawab Iya. Memang itu makanan yang selalu diorder oleh Faiz. Makanan sama sepertinya.

Apabila melihat wajah semua berkerut, Iya sudah mula tidak senang duduk. Dia menundukkan kepalanya.

"Aku cakap sebab selalu aku nampak dia order tu je. Ha kau call lah tanya dia." kata Iya perlahan.

"Eh apani....Ha yang lain mana?" tanya Syasya menukar topik.

"Yang lain tk dapat join...Eliy ada hal, Rezza pun ada hal, Wan pun ada hal. Sorry eh Hana." usik Izz.

Hana terkejut apabila namanya disebut, mereka tertawa kecil melihat respon Hana.

"Eh ha okay..." jawab Hana malu.

Setelah beberapa minit selepas mengorder kelibat Faiz kelihatan, tetapi hanya berseorangan, belum sempat dia menghampiri meja makan itu, ada dua orang perempuan menyapanya. Gaya ingin mengambil gambar bersama. Terbit rasa cemburu di hati Iya apabila Faiz bersetuju bergambar dengan gadis itu. Hatinya semakin sakit melihat Faiz tersenyum bersama dua orang gadis itu. Dia menunduk sambil memain dengan strawnya. Azim yang daripada tadi memerhati Iya tersenyum sebaris. Apabila selesai bergambar, Faiz terus menghampiri meja mereka.

"Eh sorry lambat sikit." jawab Faiz sambil bersalaman dengan Izz dan Azim.

"Tak ada hal lah. Wah bro dah ada peminat sekarang. Lawa juga minah tadi tu." usik Izz.

Berubah juga air muka Iya ketika itu. Entah mengapa dia berasa sakit hati mendengar kata kata Izz sebentar tadi.

"Nak tak nak layan jelah...Eh kau dah orderkan ke belum."

"Dah...kau aku call tak angkat. Lepastu aku order je."

"Kau order apa?"

"Daging masak merah lahh... Itu je kau selalu orderkan."

"Lain kali order benda lainlah. Dah muak makan benda sama." kata Faiz selamba. Iya yang mendengar kata kata Faiz itu mengetap bibir. Sungguh terkesan dengan kata kata Faiz itu apabila dia juga turut memesan makanan yang sama.

"Faiz. Tadi kata nak bawak Sarah. Mana dia?" tanya Syasya ingin menukar topik.

"Ha ah lah...Mana Sarah?" tanya Hana pula mencari kelibat Sarah.

"Ouhhh masa otw tadi, dia call cakap ada hal. Tu aku sorang je ni." jawab Faiz. Daripada tadi bukannya dia tidak perasan, Iya hanya menundukkan kepala sambil bermain straw. Saja dia buat tidak menghiraukan Iya ketika itu. Hatinya masih lagi sakit.

"Eh Faiz, tangan kau tu asal? Semalam okay je..." tanya Azim yang lagi tadi memandang ke arah tangan Faiz yang berbalut. Jawapan itu juga yang Iya mahu tahu sejak daripada tadi.

"Tak ada apalah..." jawab Faiz tenang.

Tak kan aku nak jawab aku pecahkan cermin sebab meraung sebab perempuan ni. Nanti lagi galaklah dia suka. Nasib aku dah kenal kau lama je, kalau tak memang tak aku nak duduk semeja, pastu sebelah dengan kau.

"Ya je tak ada apa. Macam teruk je. Macam mana kau drive tadi?"

"Macam biasa jelah. Cuma aku tak cengkam betul betul je lah setereng tadi."

Terus Iya mengangkat muka. Terbit rasa risau apabila Faiz berkata begitu, apa dah jadi dengan tangan Faiz? Mengapa Faiz seperti marah denganya? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran Iya ketika itu.

Tidak lama kemudian, Makanan pun sampai. Faiz memikirkan bagaimana dia ingin memotong daging itu menjadi serpihan kecil kerana agak sukar apabila tangannya berbalut begitu. Baru dia rasa keseksaan apabila luka dia telapak tangannya sesekali datang. Iya yang nampak kepayahan Faiz itu dengan selamba mengambil pinggan yang berisi daging itu dan memisahkan menjadi kecil. Sikit pun dia tidak memandang Faiz yang merenungnya sambil mengerutkan dahinya. Rakan rakannya yang lain hanya memerhati, tidak rasa ingin merespon apa apa. Bukannya mereka tidak perasan sejak daripda tadi Iya dan Faiz tidak bertegur.

"Eh tak payahlah. Aku boleh buat sendiri." kata Faiz apabila Iya langsung tidak menghiraukan renungannya.

"Biarlah saya buat. Tangan awak sakitkan. Saya lupa suruh orang tu potong kecik kecik tadi." jawab Iya tanpa memandang ke arah Faiz.

"Aku bukan budak budaklah... Aku tahulah nak buat macam mana." larang Faiz lagi. Nadanya seakan menahan geram.

"For me, you budak budak sekarang Harraz Faiz. Jangan banyak bunyi, nah makan." kata Iya memberanikan diri merenung wajah Faiz. Mukanya saja menunjukkan wajah serius. Faiz merengus kasar dan makan seperti yang diarahkan oleh Iya.

Kawan mereka yang lain menahan diri daripada ketawa apabila melihat situasi itu. Situasi yang dimana ibu memaksa anaknya makan.Terasa lucu melihat wajah masam Faiz apabila diarahkan begitu. Tetapi lain pula yang dirasakan oleh Iya yang berasa sesak nafas apabila melihat wajah Faiz seperti singa lapar. Entah daripada mana keberanian itu hadir untuk memandang ke arah Faiz sebentar tadi, dia pun tidak tahu. Faiz pula dengan wajah masamnya hanya makan tanpa menghiraukan orang lain. Sakit hatinya apabila diarah arahkan begitu.

Kau fikir, kau siapa nak arah arah aku macam tu ha? Eh nasib depan ni ada orang lain lah kalau tak memang tak aku nak makan. Aku ni kira baik tak nak bagi kau malu depan diaorang ni. Ikutkan memang tak aku nak sentuh hasil potongan kau ni. Ini nasib aku lapar je. Itulah kau Faiz bodoh, sebab perempuan ni, kau cederakan diri kau. Dia ni apalah sangat. Baik lagi si Sarah tu.

"Eh ha btw kitaorang nak minta tolong korang ni." kata Iya yang baru teringat tentang kondonya itu.

"Awak nak mintak tolong apa?" tanya Azim prihatin.

"Kitaorang tak lama lagi nak pindah duduk sekali, so em boleh tak nak mintak tolong korang macam tolong angkat angkat barang?"

"Nak pindah? Korang duduk bertiga ke?" tanya Izz.

"Berempat. Dengan Eliy sekali."

"Awak nak kemas bila tu?" tanya Azim.

"Kitaorang ingat hari sabtu ni nak kemas. Boleh tak Azim? Ke awak busy?" tanya Iya lembut.

Faiz memandang ke arah Iya dan Azim. Perasaan menyampah itu datang secara tiba tiba apabila mendengar kata kata Iya yang lembut itu.

Gedik je kau nak cakap lembut lembut macam tu. Dengan si Azim ni dah patut panggil aku kau je. Dah lama kot berkawan. Awak saya, awak saya hempuk muka kang sia sia je.

"Saya rasa time tu saya free je. Izz kau macam mana?"

"Aku pun onz je."

"Faiz, kau?" tanya Syasya.

"Tengoklah kalau aku tak busy aku datang." jawab Faiz endah tidak endah.

Faiz kalau awak datang pun, saya tak akan bagi awak buat kerja berat berat. Saya tak nak tangan awak makin teruk.

"Alah...Faiz datanglah...nanti mudah sikit kerja kitaorang." kata Hana.

"Ya Hana. Nanti apa apa aku bagi tahu kau okay." kata Faiz lembut. Hana tersenyum.

Ring!

"Eh jap Sarah call." kata Faiz sambil mengangkat call.

"Hello...ha ya sayang. Saya dah habis makan dah...Eh korang aku gerak dululah." kata Faiz beransur pergi.

Yang lain masih lagi tercengang. Mereka sendiri tidak percaya ayat itu keluar daripada mulut Faiz. Iya pula masih mendiamkan diri, dia tidak tahu mengapa dia tidak berasa gembira malah berasa sedih.

Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku tak happy pun? Bukan sepatutnya aku gembira ke Faiz dengan Sarah dah bersatu. Ya allah kau kenapa ni Iya. Iya ini yang kau nak kan? Kenapa kau nak sedih? Tapi kenapa dia makin berubah dengan aku? Kenapa? Kalau la macam ni lah, aku harap sangat aku boleh putarkan balik masa yang aku sendiri tak akan bekerja dekat syarikat ayah dia. Aku sendiri akan bertegas untuk bantah cakap mama. Aku nak Faiz yang dulu. Aku nak segarang garang dia, dia masih berlembut dengan aku. Aku tak nak yang sekarang. Aku tak nak yang tiba tiba berubah macam ni. Apa salah aku buat sampai dia boleh berubah macam ni. Ya allah kau kuatkanlah hati aku. Iya kau kena  ingat, ini yang kau nak, ini yang kau pilih, kau memilih untuk dia bahagia dengan orang lain, bukan bahagia dengan kau . Cukup lah Iya fikirkan pasal dia.

next bab maybe niena update lambat sikit okay...niena busy sikit sekarang. Thank you sudi baca!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience