BAB 18

Romance Series 8741

"A...azim." panggil Iya yang sedang menahan sakit.

"Ara, awak kenapa ni?" tanya Azim cemas.

"Sakit...." jawab Iya perlahan.

"Okay jom saya bawa awak pergi hospital. Awak boleh jalan tak ni?" tanya Azim. Iya mengangguk perlahan.

****************************************

"Faiz. Awak okay tak ni? Muka awak pucat ni."

"Saya okaylah Sarah. Janji dengan saya jangan bagitahu sesiapa tentang hal ni."

"Kenapa awak tak nak bagitahu mama papa? Diaorang patut tahu tau Faiz."

"Saya tak nak dorang risau."

"Kalau saya tak nampak tadi, awak memang tak nak bagitahu kan? Bila awak kena ni?"

Semasa Faiz sedang minum tiba tiba dia terbatuk. Apabila dia melihat tapak tangannya, kelihatan darah berada ditangannya. Hal itu kantoi apabila Sarah melihat mulut Faiz ada sisa darah.

"2 tahun lepas."

"2 tahun? Awak berahsia selama 2 tahun! Ara pun tak tahu hal ni?"

"Tolong jangan bagitahu Sofea. Saya tak nak dia risau. Saya tak nak tengok dia sedih." rayu Faiz. Dia terbatuk kembali.

Sarah mendekati Faiz. Dia mengosok belakang Faiz. Terselit perasan risau di wajah Sarah.

"Fa...Faiz?" panggil sesorang. Kedengaran suaranya lemah.

Faiz terus memandang tepat ke arah Iya yang dipapah oleh Azim. Tidak tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Marah disebabkan Azim menyentuh Iya dan risau melihat muka Iya yang kelihatan pucat tidak bermaya. Cepat cepat Faiz mendekati Iya.

"Sofea. Kau okay tak ni?" tanya Faiz cemas.

"Baru sekarang awak nak tanya keadaan saya? Kalau saya mati pun ada awak kesah? Ada?! Awak asyik sibuk berkepit dengan perempuan tu je!" luah Iya.

Dalam keadaannya menahan sakit, dia berasa kecewa melihat aksi mesra Sarah dan Faiz. Faiz hanya membiarkan Sarah menyentuhnya. Sejak dari rumah Faiz lagi dia memendam perasaannya.

Kelihatan semua di situ tersentak apabila Iya meninggikan suara ketika itu. Bernasib baik tiada tetamu yang lalu di situ.

"Ya allah Sofea. Bukan macam tu. Kau salah faham ni."

"Salah faham? Salah faham apa kalau daripada dekat rumah tadi awak biar dia sentuh awak! Awak fikir saya tak nampak dia tarik lengan awak petang tadi. Ini awak biar je dia gosok belakang awak. Saya sendiri tak pernah buat macam tu lah."

"Sofea apa kau cakap ni. Sarah bukannya saja saja. Kau salah faham ni."

"Salah faham? So yang dia gosok belakang awak tadi salah faham lah." sinis kata kata Iya ketika itu.

"Ara. Awak memang salah faham. Saya dengan Faiz tak ada apa apalah." celah Sarah yang diam daripada tadi.

"Eh diamlah. Sebab kau aku dengan Faiz bergaduh. Apa niat kau ha!"

"Sofea apa kau cakap ni?"

"Apa? Awak nak back up dia? Hey saya pun tak pernah buat kat awak macam tu lah."

"Memang kau tak pernah buat dengan aku, tapi ni tengok depan aku kau biarkan lelaki lain sentuh kau! Mana maruah kau?" tanya Faiz yang mula hilang sabar apabila di tuduh tanpa usul periksa.

Seperti disiat siat hati Iya ketika itu. Hatinya cukup sakit ketika itu. Dengan kasar Iya menepis tangan Azim. Azim seakan tersentak dengan tindakan Iya. Iya seakan ingin terjatuh tetapi digagahkan dirinya untuk berdiri.

"Ara. Awak okay tak ni? Awak dah teruk sangat ni." kata Azim risau.

"Tak apa Azim. Saya okay. Maruah saya bukan senang senang kena pijak dengan orang macam dia ni. Dia tak akan peduli saya sakit ke atau mati sekali pun!  Kau... apa lagi kau nak cakap dengan aku ha? Cakap!" kata Iya yang sudah hilang sabar. Tangannya masih memegang perutnya untuk menahan sakit.

Faiz tersentak apabila Iya sudah berkasar dengannya timbul perasaan risau apabila melihat Iya seakan menahan sakit.

"Sofea. A..aku minta maaf. Aku tak sengaja marah kau." ucap Faiz menyesal.

"Awak tipu saya Faiz. Awak tipu saya. Awak cakap awak sayang saya. Awak cakap saya je dalam hati awak. Tapi apa semua ni? Kenapa awak sanggup cakap macam ni dekat saya. Apa salah saya?" ucap Iya dalam tangisannya.

Faiz terdiam. Sungguh dia menyesal memarahi Iya seperti itu.  Dia betul betul tidak sengaja. Dia hanya sedikit kusut apabila Iya menuduhnya seperti itu.

"Sofea aku minta maaf. Sumpah aku tak...." Faiz terdiam apabila Iya memotong kata katanya.

"Awak cakap awak tak nak buat saya menangis lagi. Tapi..." Terhenti kata kata Iya apabila sakitnya semakin menjadi. Iya membongkok.

Faiz terus mendapatkan Iya yang sedang menahan sakit. Iya menepis kasar.

"Jangan sentuh. Saya dah penat dengan semua ni. Saya penat nak layan perangai awak yang macam ni. Awak fikir saya apa? Tunggul tak ada hati? Salah minta maaf. Saya tak sangka sehina tu awak pandang saya Faiz. Saya fikir awak lain, awak faham saya tapi saya salah. Semua sama. Saya sendiri tak mintak saya jadi terkenal. Saya tahu awak cakap macam tadi sebab dalam drama dah banyak lelaki sentuh saya kan. Awak mesti fikir saya murah."

"TAK! Tak sayang. Aku tak fikir kau macam tu. Sayang aku betul betul minta maaf. Aku tak sengaja"."

"Stoplah Faiz. Stop paksa diri awak untuk sayang saya. Hadiah yang saya bagi tu awak boleh buang. Mulai hari ni kita dah tak ada apa apa hubungan!" luah Iya.

Faiz terkaku. Apa yang dikatakan oleh Iya memberi kesan yang mendalam, dalam dirinya. Perkara yang paling dia takut kini terjadi. Sarah dan Azim terdiam. Tidak tahu ingin berkata apa. Sungguh mereka tidak sangka perkara ini terjadi sehingga begini.

"Tak...tak Sofea. A...awak tak boleh tinggalkan saya. Saya sayang awak Sofea. Ja..jangan tinggalkan saya." rayu Faiz sambil memengang lengan Iya. Terus berubah panggilan Faiz ketika itu.

"Faiz. Awak berhak cari yang lebih baik daripada saya. Sarah ada dengan awak."

"Tak! Tak ada sesiapa boleh ganti tempat awak Sofea. Jangan buat saya macam ni please." rayu Faiz lagi. Dia terbatuk kembali. Tidak sempat dia ingin menutup mulutnya, darah sudah terkeluar daripada mulutnya.

Iya seakan terkejut dengan apa yang terjadi. Bukan Iya sahaja tapi termasuk Azim. Cepat cepat Sarah mengosok belakang Faiz. Tapi dengan lembut Faiz menepis tangan Sarah.

"Jangan sentuh saya Sarah. Saya tak nak Sofea sedih lagi."

"Sofea. Saya minta maaf saya tak ada niat nak marah awak tadi. Saya betul betul minta maaf."

"Per...pergi hospital Faiz." kata Iya perlahan dan terus terjatuh. Dia tidak dapat menahan sakitnya, Iya terus terbaring.

Cepat cepat Faiz mendapatkan Iya. Air matanya mula mengalir.

"Sa..sayang bangun. Jangan buat saya macam ni!" luah Faiz yang sudah memangku Iya.

Semua kelihatan cemas ketika itu. Darah yang berada di mulut Faiz dibiarkan.

"Zim cepat call ambulans! Sofea awak sabar kejap. Saya minta maaf sayang. Saya minta maaf." laung Faiz.

****************************************

DI HOSPITAL

"Ni apa yang dah jadi ni? Cuba bagi tahu uncle?" tanya papa Iya risau.

"Tadi Iya bagitahu Eliy dia senggugut. Dia nak pergi tandas." jawab Eliy takut apabila melihat muka encik Ikhwan ketat begitu.

Faiz hanya mendiamkan diri di kerusi. Tisu yang berdarah itu hanya dipegangnya. Dia bukan risaukan tentang dirinya tetapi dia risau tentang Iya yang berada di dalam.

"Patutlah dia cakap dengan saya dia tak nak ikut tadi bang. Tapi saya paksa dia." beritahu puan Laila menyesal.

"Awak paksa dia? Inilah awak, semua benda nak dengar cakap awak, sekarang tengok apa yang dah jadi. Apa apa jadi dekat anak perempuan saya siap awak!" marah Encik Ikhwan kepada isterinya. Mana tidaknya Iya memang manja dengannya.

Puan Shila menggosok belakang Puan Laila untuk bersabar. Kesian pula dia melihat rakannya dimarah begitu. Tiba tiba matanya terlihat tisu yang berada di tangan Faiz. Hatinya mula tidak sedap.

"Faiz. Kenapa tisu tu berdarah? Darah siapa?" tanya mamanya yang risau.

Semua mata memandang ke arah Faiz. Semua sedikit terkejut dengan apa yang dilihatnya. Faiz masih lagi menunduk menahan sebaknya. Lambat lambat dia mengangkat muka. Mata yang merah itu membuatkan semua terkesima memandang Faiz. Faiz menangis?

"Faiz bagitahu mama. Darah siapa? Darah Iya ke?" tanya mamanya yang semakin risau.

"Tak ma. Bukan darah Sofea." jawab Faiz perlahan. Sikit sebanyak melegakan hati mama dan papa Iya.

"Habistu darah siapa?"

"Darah....darah Faiz ma." jawab Faiz dengan berat hati.

Semua seakan terkejut dengan jawapan Faiz itu. Lantas mama dan papanya mendekati Faiz. Sarah bangun memberi ruang.

"Kenapa dengan Faiz sayang. Mana luka bagitahu mama."

"Faiz cakap nak. Jangan diam macam ni. Ada cedera dekat mana mana ke?" tanya papanya pula.

"Faiz tak cedera mana mana pun pa ma. Faiz sebenarnya ada sakit." jawab Faiz perlahan dibahagian sakit itu.

"Ha? Faiz sakit apa? Bagitahu mama."

"Batuk berdarah." jawab Faiz. Sungguh berat dia ingin katakan sewaktu itu.

"Allah abang anak kita." kata Puan Shila yang mula teresak. Cepat cepat Faiz memeluk mamanya. Tiada niat dia ingin membuat mamanya menangis begitu. Cukuplah dia buat Iya menangis. Dia tidak mahu sakiti orang yang dia sayangi.

"Sejak bila Faiz sakit? Kenapa tak bagitahu papa mama?" tanya papanya.

"2 tahun dah pa Faiz tanggung sakit ni." jawab Faiz.

"Kenapa Faiz tak bagitahu mama papa Faiz. Kenapa?"

"Sebab dulu papa mama tak pernah hiraukan Faiz dekat Melaka. Sebulan sekali je mama papa datang. Perlu ke Faiz bagitahu." luah Faiz. Sungguh dia sangat kecewa dengan mama papanya.

Puan Shila dan Encik Faizal terdiam. Mereka sedar itu salah mereka.

"Maafkan mama sayang. Maafkan mama tak perdulikan Faiz selama ni. Jom kita pergi check jom." ajak mamanya lembut.

"Tak ma. Faiz tak nak. Faiz nak tunggu Sofea. Faiz nak jumpa dia ma." jawab Faiz yang mula mengeluarkan air matanya apabila menyebut nama Sofea. Tersentuh hati semua melihat Faiz begitu.

Terselit perasaan cemburu dalam diri Sarah apabila melihat rakannya begitu.

"Kita check kejap je. Lepastu kita datang sini balik. Jom lah Faiz mama risau."

"Patutnya mama risau sejak mama tinggalkan Faiz dekat Melaka dulu bukan sekarang ma." jawab Faiz tanpa berfikir.

Terbutang mata mama dan papanya. Sungguh  mereka tidak percaya kata kata itu keluar daripada mulut Faiz.

"Faiz. Sedar tak Faiz cakap dengan siapa ni? Faiz cakap dengan mama tahu tak." tegur papanya.

"Sedar. Faiz sedar. Apa yang Faiz cakap ni semua yang Faiz rasa, Faiz pendam selama ni ."

"Faiz." tegur papanya sedikit tegas.

"Sorry ma. Faiz tak patut luah apa yang Faiz rasa. Faiz tak patut lukakan hati mama kan. Tapi Faiz minta sangat dengan mama. Jangan paksa Faiz pergi jumpa doktor sekarang ma. Faiz nak tunggu Sofea. Tolonglah ma kali ni je mama faham Faiz." luah Faiz.

Kata kata Faiz sangatlah memakan dalam di hati Puan Laila. Dia sering memaksa Iya melakukan perkara yang Iya tidak suka. Puan Laila menahan tangisannya. Sungguh dia risaukan anak perempuannya.

Tiba tiba doktor keluar dari wad pesakit. Semua terus berkumpul ke arah doktor.

"Doktor."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience