BAB 38

Romance Series 8741

"Eh Rees....Lama dah kau sampai?" tanya Iya sedikit teruja.

"Baru je. Ni nak ajak kau lunch. Jomlah."

"Ouh ha jap aku bagitahu Faiz."

"Nak bagitahu apa? Tak akan makan dengan aku pun dia nak marah."

"Bukan macam tulah Rees. Hari ni ingat nak lunch dengan dia. Tu yang aku nak call dia ni. Nak bagitahu lunch sekali je."

"Okay juga tu. Aku tumpang kau tau. Sebab aku naik grab je tadi."

Naik grab? Model macam dia ni naik grab je? Mana la pergi kereta mewah dia ni?

"Kereta kau mana?"

"Wah cakap macam tak bagi aku tumpang je." perli Airees.

"Eh bukan macam tu lah... Aku pelik kau naik grab."

"Aku malas drive. Tu naik grab je. Jomlah lunch. Sya dah tunggu tu."

"Eh ha jap."

"Saa...yang." panggil seseorang di muka pintu. Iya dan Airees memandang si pemanggil. Airees sudah tersenyum senyum. Faiz hanya membuat muka selamba sambil memandang tunangnya.

"Saya baru nak call awak."

"Lah buat apa. Kita dah janji nak lunch sama sama kan? Jomlah sayang...dah lapar ni."

"Cop. Hari ni korang kena makan dengan aku. Tak kira eh. Aku jarang tau jumpa korang." celah Airees.

"Em sebab tu saya nak call awak. Nak bagitahu yang saya makan dengan dorang."

"Abis aku macam mana?" tanya Faiz dengan wajah masamnya. Baru dia mahu berdating dengan tunangnya. Tetapi ada pula yang mengganggu.

"Ala Faiz. Jom je lah join sekali. Macam tak biasa pula." kata Airees.

"Haah awak. Jom join sekali." kata Iya tersenyum. Faiz memandang sekilas ke arah Airees dan Iya lalu kakinya terus melangkah pergi. Terpinga pinga Iya dan Airees sewaktu itu.

Sah lah ni dia merajuk. Adu macam mana aku nak pujuk ni? Tapi apa salahnya makan sekali? Macam tak biasa pula. Iya fikir Iya, macam mana nak pujuk tunang kau tu.

"Kenapa dengan Faiz tu?"

"Erm tak ada apalah. Biasalah dia muka macam tu."

"Tapi macam lain je... Japlah aku pergi pujuk dia. Kau settlekan kerja kau dulu." kata Airees berlalu pergi. Iya tergamam.

Aku salah dengar ke tadi? Dia nak pujuk Faiz? Tunang aku? Eh nasib kau kawan tau. Kalau orang lain, dah lama aku tarik rambut kau. Sabar Iya... Diaorang kawan okay. Dah cepat cepat tutup laptop ni lepas tu boleh lunch.

"Sayang, kau memang tak reti nak pujuk aku kan?" kata Faiz geram apabila tadi Airees yang datang memujuknya. Baru dia mahu bermanja dengan Iya namun dia terpaksa mengalah apabila Airees yang datang memujuknya.

"Dah Airees offer diri. Saya tak sempat cakap apa dia dah pergi. Salah saya ke?" tanya Iya selamba sambil berjalan ke kedai makan.

"Eeeee dia ni. Tak jeles agaknya ada orang pujuk tunang dia. Perempuan pula tu. Kau hati batu ke?"

Jeles? Gila tak jeles...perempuan pujuk tunang ikut pergi makan? Ikutkan nak je aku hempuk si Airees tu. Tapi fikir dia kawan je.

"Buat apa nak jeles. Diakan kawan kita." jawab Iya selamba.

"Ish tak fahamlah aku dengan kau ni. Aku je beria, kau tak pun. Aku pula marah sebab Airees pujuk aku. Kau? Selamba cakap tak jeles. Suka hatilah." kata Faiz sakit hati dan berlalu mahu meninggalkan Iya. Sakit hatinya melihat riak wajah Iya yang tiada perasaan.

Belum sempat dia melangkah jauh, tangannya sudah dicapai oleh Iya. Nasib baik rakannya yang lain sudah pun berada di kedai makan apabila Faiz menyuruh mereka masuk ke kedai dulu sementara Faiz mencari tempat parking. Langkah Faiz terhenti dan kemudian memandang ke arah Iya.

"Sayang...awak nak tinggalkan saya ke?" tanya  Iya perlahan. Faiz tergamam apabila Iya memanggilnya begitu.

"Mana ada." jawab Faiz sedikit gusar. Iya tersenyum. Kemudian dia menarik tangan Faiz dan berjalan dengannya. Faiz hanya mengikut langkahnya sambil terpinga pinga.

"Mestilah saya jeles. Tapi saya tahu awak sayang saya sorang je kan." kata Iya tersenyum comel. Faiz tersenyum.

"Mana tahu aku sayang kau sorang je?"

"Saya tahulah awakkan nyawa saya." kata Iya mengenyitkan mata.

"Amboi...siapa ajar ni?" tanya Faiz sambil mencuit hidung Iya.

"Harraz Faiz."

"Eh bila masa aku ajar kau macam ni. Ha kau jangan macam macam ea."

"Apa saya pula. Awak tu jangan macam macam. Kalau saya tahu awak gedik dengan perempuan lain...awak dengan perempuan tu saya campak dalam lombong."

"Bukan main sembang lagi kau kan. Larat ke kau nak angkat aku? Kau nak angkat kotak pun terkial kial tau."

"Eh buat apa saya nak angkat. Saya tukang arah je. Nanti ada oranglah angkat."

"Amboi dia ni kemain lagi ea."

"Dorang ni pergi parking ke buat parking. Bukan main lama lagi." kata Hana.

"Ala Na...bagilah dorang dating kejap. Kejap lagi dia nak pergi ambil gambar dia."

"Gambar pe Sya."

"Ala...gambar tunang doranglah Rees. Dia kata nak pergi dengan Eliy petang ni."

"Ouh gambar tu nak siap dah ke? Tak sabar aku nak tengok. Mesti gambar tu lawa gila sebab ada aku an." kata Hana tertawa. Airees dan Syasya mencebik.

"Eh kalau ada gambar aku, lagi lawa gambar tu tau." celah Airees.

"Tu lah kau. Sibuk photoshoot. Kalau tak dah lawa gambar kawan kawan kita ada."

"Nak buat macam mana. Benda semua last minutes. Aku nak tolak pun tak sampai hati."

"Iyalah...Eh ha tu pun dorang."

"Eh Faiz...kenapa lama sangat cari parking ni? Tengok dengan peluh ha. Nah tisu lap peluh tu." kata Airees menghulurkan tisu. Yang lain hanya memerhati. Iya hanya mendiamkan diri dan mengambil tempat duduk.

"Thank you. Sayang tolong lapkan." kata Faiz sambil menghulurkan tisu ke arah Iya. Hana dan Syasya tersenyum. Mereka tahu, Faiz mahu bermanja dengan Iya. Selalu mereka hanya bergaduh, jadi mereka hanya membiarkan mereka tanpa mengacau. Airees hanya memerhati kemudian tersenyum sebaris.

"Lap la sendiri." jawab Iya selamba. Faiz memasamkan mukanya lalu dia menggambil tempat duduk di sebelah Iya. Tisu masih lagi ditangannya. Iya memandang wajah Faiz lalu dia tergelak kecil. Geli hati melihat wajah masam Faiz ketika itu. Lalu dia mengambil tisu daripada tangan Faiz lalu dia mula mengelap.

"Saya gurau jelah biy." kata Iya perlahan. Bagaikan terkena renjatan elektrik Faiz ketika itu. Dia memandang wajah Iya lalu tangan Iya yang masih mengelap dahinya dipegang. Syasya dan Hana sudah tersengih seperti kerang busuk melihat aksi romantik itu.

"Kau panggil aku apa?"

"Panggil apa? Saya tak panggil apa apa pun." kata Iya ingin bermain tarik tali.

"Betul betul lah sayang. Kau panggil aku apa tadi?" kata Faiz yang betul betul ingin tahu. Iya tergelak kecil.

"Biy."

"Eyyyy Sofea janganlah panggil aku macam tu lagi. Tak nakk."

"Kenapa? Scandle awak panggil nama tu ke?" perli Iya.

"Eh mana datang pula scandle? Aku ada kau sorang je tau. Daripada kau panggil aku biy baik panggil aku hubby. Ha kan sedap dengar."

"Itu one more steplah." jawab Iya malu. Faiz tertawa kecil.

"Eh dah lah tu. Mentang mentang kitaorang diam makin menjadi pula korang. Hormat yang single ni please." kata Airees. Yang lain sudah tertawa.

"Itulah. Semut dah hurung ni." tambah Hana pula. Makin galak mereka tertawa.

"Eh tu bukan Ikin ke?" soal Syasya.

"Ha ye la tu dia. Kenapa?" tanya Hana.

"Tak adalah...Dia makan sorang sorang je.  Pastu dia pandang kita."

"Kesian pula dekat dia. Ajak dia join kita nak tak?"

"Eh kau gila ke Iya. Minah tu kau bukan anti ke? Ini nak ajak  makan sekali pula."

"Ala Sya tak kesian ke kat dia? Kalau kau makan sorang sorang kau bosan kan. Ha macam tu lah dia. Kau fikir aku ni jahat sangat ke nak buat dia macam tu."

"Siapa dia tu Iya?" tanya Airees.

"Musuh Iya sejak kecil lagi." celah Syasya.

"Ouhhhhh."

"Kalau kau nak tahu, minah tu suka juga dekat Faiz ni. Aku rasa dia yang buat semua ni."

"Ish Sya. Tak baiklah cakap macam tu. Kita tak ada bukti tau."

"Eh first memang kita rasa dia kan. Habis tu siapa lagi yang buat kau macam ni?"

"Haih tak tahulah. Tapi jomlah ajak dia makan dengan kita. Boleh kan awak?"

"Boleh pergilah." kata Faix lembut.

Iya terus bangun daripada kerusinya. Baru sahaja dia ingin melangkah ke arah Ikin, Ikin sudah pun bangun dan berjalan keluar daripada kedai makan. Iya terpinga pinga melihat Ikin yang langsung tidak memperdulikan dia. Dia tersenyum sebaris dan kemudian duduk semula.

"See...kemain sombong lagi. Tak payahlah Iya kau nak buat baik dengan orang macam tu."

"Dia ada hal kot. Dah jangan fikir sangat." kata Faiz, ingin menenangkan Iya. Iya tersenyum dan mengangguk perlahan.

"Eh Iya."

"Ikin? Wey kenapa aku nak datang dekat kau,  kau blah macam tu je?"

"Kau tak payah nak buat baik dengan aku lah."

"Ya allah Kin. Kita kenal daripada kecil lagi. Kau tak penat ke asyik nak bergaduh dengan aku je. Sampaikan kau takutkan aku jauhkan diri daripada Faiz...lepastu masa hari tunang aku, kau nak langgar aku. Apa salah aku dekat kau Kin?" luah Iya. Dia tidak tahan dengan apa yang dia lalui selama ini.

"Kau merepek apa ni? Aku nak langgar kau?" soal Ikin pelik.

"Kau kan yang nak langgar aku masa balik daripada shoot gambar aku? Kau kan yang bagi kotak ada patung tu?"

"Kau ni gila ke apa? Ya aku memang tak suka kau. Tapi kau fikir aku ni tak tahu mana baik mana buruk ke?Mama papa aku tak ajar aku dendam dengan orang macam tu lah. Masa hari tunang kau tu, aku tak datang sebab aku masuk hospital. Apa jadah aku nak pergi langgar kau. Lagi satu, aku tahu rumah kau sebab mama kau bagitahu. Aku bukannya tahu nombor rumah kau yang mana. Eh kau fikir aku kejam sangat ke?" kata Ikin sakit hati dituduh begitu. Iya terdiam. Dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Ikin adalah benar atau tidak.

"Ha...habistu yang kau warning aku jauhkan diri daripada Faiz tu apa? Kau tahu tak malam tu aku dapat kotak ada anak patung tu. Ayat dia lebih kurang macam kau. Sebabkan warning kau tu lah aku jadi takut and pengsan."

"Ha? So yang kau pengsan ritu sebab kau takut? Wey sumpah aku tak tahu apa apa. Lagipun lepas kau tunang sikit pun aku tak kacau kau kan."

"Habis kalau bukan kau siapa yang buat Ikin? Kau je yang selalu tak puas hati dengan aku tau."

"Eh Iya, sejahat jahat aku. Aku ni tak adalah sampai nak musnahkan masjid yang orang bakal bina. Aku pun dah redha yang Faiz bukan milik aku. Percayalah bukan aku yang buat semua ni Iya. Tapi aku rasa yang buat semua ni......"

"Siapa Kin? Bagitahu aku."

"Aku tak sure kau nak percaya aku tak. Tapi aku rasa perempuan yang keluar makan dengan kau tadi."

"Perempuan yang makan dengan aku? Airees? Kenapa kau cakap dia pula? Dia kawan aku."

"Sebab tu aku cakap aku tak tahu lah kau nak percaya aku tak. Lama aku perati dia. Aku rasa dia ada perasaan dekat Faiz."

"Tapi Kin....dia okay je aku tengok."

"Terpulanglah Iya kau nak percaya aku ke tak. Ingat balik apa yang pelik dekat dia. Aku tahu kau pun anggap aku musuh kau. Tapi bila aku fikir balik, apa apa hal keluarga kita ni rapat. Tak akan kita nak bermusuh macam ni. Aku minta maaf atas apa aku buat selama ni. Aku doakan kau bahagia dengan Faiz. Apa apa hal kau boleh call aku." kata Ikin dan berlalu pergi. Iya masih lagi diam. Fikirannya mula bercelaru. Dia sendiri tidak tahu sama ada ingin percayakan Ikin atau tidak.

Hye semua! Sorry lama menghilang..sorry kalau bosan utk chapter kali ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience