BAB 16

Romance Series 8741

“Tolonglah pergi Faiz. Saya belum sedia nak cakap dengan awak. Saya sendiri tak tahu kenapa saya emo gila sampai saya boleh menangis macam semalam. Saya tak tahu apa salah saya dekat awak." gumam Iya di dalam hati. Tiba tiba dia berasa sayu kembali apabila mendengar Faiz memanggil namanya.

"Sofea. Pandanglah aku."

"Sa..saya nak pergi toilet." jawab Iya perlahan. Terdengar suara Iya bergetar menahan diri supaya jangan menangis.

Faiz yang menyedari nada Iya kelihatan lain cepat cepat mendapatkan Iya. Faiz melutut bagi mudah bercakap dengan Iya. Air mata yang bertakung itu mengalir dengan mudah. Iya sendiri tidak tahu mengapa dia mudah menangis ketika itu. Nasiblah ramai yang sudah keluar kelas untuk mencadang aktiviti aktiviti yang bakal diadakan untuk bagi meraikan mereka yang akan tamat persekolahan.

Faiz kelihatan sedikit cemas apabila melihat Iya yang mula menangis. Dia tidak sangka pula yang Iya akan menangis di hadapannya.

"Sofea. Kau kenapa ni? Kenapa kau nangis macam ni?"

"Tak ada apalah. Kaki saya sakit."

"Tipu. Tak akan lah sakit sampai muka kau macam ni. Kau macam seharian menangis ni."

Ya memang. Memang saya seharian nangis. Bukan sebab kaki tapi sebab awak. Sebab awak saya menangis macam ni. Awak buat apa ha dekat saya sampai saya mudah menangis macam ni.

"Be..betul lah kaki saya sakit." tipu Iya lagi sambil mengelap air matanya.

"Tepilah wak. Saya nak pergi toilet betulkan tudung."

"Tudung kau dah okay....Sofea. Aku minta maaf marah kau semalam." ucap Faiz.

Iya hanya mendiamkan diri. Air matanya mula mengalir semula.

"Sofea. Kau jangan nangis macam ni. Aku serba salah do... Aku tahu memang salah aku semalam sebab marah marah kau. Aku jadi macam tu sebab...." kata Faiz terhenti.

"Sebab apa? Sebab awak memang dah tak nak kat saya dah pun kan. Sebab awak dah bosan, dah rimas dengan saya pun kan."

"Tak. Mana ada aku rasa macam tu. Sebab aku jeles tengok Azim pegang kau. Aku tak suka...aku tak suka mana mana laki pegang kau."

"Dia tolong saya je. Kalau saya tak jatuh, awak fikir saya bagi ke dia pegang saya? Saya tahu lah wak mana baik mana buruk."

"Ya salah aku. Aku mintak maaf. Kau janganlah nangis macam ni. Kang orang nampak." pujuk Faiz. Iya mengesat air matanya kemudian dia bangun.

"Kau nak pergi mana?" tanya Faiz yang sudah berdiri menghalang Iya.

"Suka hati sayalah nak pergi mana. Tak ada kena mengena dengan awak."

"Aku tahu aku salah. Aku minta maaf."

"Awak fikir dengan maaf awak, berbaloi ke dengan air mata saya yang keluar sejak balik rumah awak. Lain kali nak marah fikir dulu, jangan main lepas. Orang  ada perasaan, bukan macam awak hati batu." jawab Iya berlalu pergi. Tetapi masih lagi laluannya dihalang oleh Faiz.

"Nak pergi mana?"

"Tepilah, nak pergi toilet. Nak ikut juga?"

"Hati hati." pesan Faiz dan memberi laluan kepada Iya untuk lalu. Ingin sahaja Faiz mengendung Iya kerana berasa kesian melihat Iya bersusah payah untuk jalan. Dia hanya memerhati Iya dengan matanya. Kemudian dia terus mendekati rakan sekelasnya.

"Nurul, boleh tolong aku?"

"Tolong apa?"

"Pergi teman Iya gi toilet. Kaki dia terseliuh tu. Kang dia jatuh pula."

"Wah kemain sayang lagi kau eah."

"Eh siapa tak sayang awek woi.... Tolong au."

"Ha yelah yelah. Aku pergi teman dia."

[ SETELAH 5 MINIT KEMUDIAN ]

"Eh Nurul, Sofea mana?"

"Ouh dia cakap dia pergi dekat Rezza dengan yang lain lain."

"Ouh ha okay okay. Terima kasih tolong aku."

"Okay."

****************************************

[ LUAR STOR SUKAN ]

"Hye cikgu."

"Eh Iya. Ni kenapa kaki ni?"

"Lah kau ni Iya. Orang suruh duduk kelas, kau datang sini buat apa. Faiz mana?" tanya Rizwan.

"Kaki saya terseliuh sikit cikgu. Ala aku bosanlah tunggu korang, tu aku datang sini."

"Eh Izz tolong ambil kerusi dalam stor bagi dekat Iya." arah cikgu Khairul.

"Terima kasih."

"Ni Faiz mana?" tanya cikgu Khairul.

"Dalam kelas." jawab Iya seperti tiada perasaan.

"Lah kenapa pulak ni? Ada masalah laki bini ke? Selalu berkepit je." gurau cikgu Khairul.

Siapa sahaja yang tidak tahu dengan hubungan Iya dan Faiz. Satu sekolah tahu termasuk guru guru. Ada juga beberapa guru menasihati mereka supaya walaupun bercinta , mereka harus fokus tentang kerjaya masing masing. Tiada pula guru mereka menghalang hubungan mereka malah mendoakan adalah.

"Ish cikgu ni. Ni aktiviti apa nak buat ni?" tanya Iya ingin menukar topik.

"Eleh tukar topik lah tu." usik Rezza. Mereka semua tertawa.

"Eh Faiz. Panjang umur, baru cikgu sebut nama dah muncul."

Iya tidak langsung memandang belakang, malah dia hanya berlagak biasa.

"Saya pergi tandas tadi cikgu." perkataan tandas ditekankan sedikit untuk ditujukan kepada Iya.

"Cikgu ni nak wat aktiviti apa ni?" tanya Iya selamba.

"Iya nak buat aktiviti apa?"

"Lari 100m nak tak?" tanya Iya teruja.

"Banyaklah kau punya lari. Tak nampak kaki tu berbalut lagi." tegur Faiz.

"Ala aktiviti ni kan hari Jumaat. Kaki saya mesti dah elok punya."

"Eh kalau kaki kau dah okay pun fikir aku nak bagi kau lari. Dah tak ada. Cikgu 100m cancel."

Mereka semua tertawa melihat layanan Faiz tentang Iya. Sangat risau sekiranya jadi apa apa yang berbahaya kepada buah hatinya. Rakan yang lain memang sedia maklum dengan perangai Faiz yang suka membatah. Lagi lagi cadangan itu daripada Iya. Iya sudah bersilang tangan dan memuncungkan mulutnya tanda protes.

"Sorry Iya. Pakwe awak tak bagilah."

"Ala cikgu janganlah dengar cakap dia. Kita buat eah? Dah lama saya tak berlari. Bolehlah cikgu." pujuk Iya.

"Tanyalah Faiz." usiki cikgunya lagi.

Iya memandang ke arah Faiz dengan membuat muka kesian. Faiz merenungnya. Terbit rasa simpati melihat Iya membuat muka seperti itu.

"Ya lah. Ya lah. Boleh." jawab Faiz malas.

"Yeay!!!!!" sorak Iya gembira.

"Tapi."

"Ala tapi apa?"

"Kalau kaki tak elok lagi terus cancel je."

Mereka tertawa dan menggelengkan kepala melihat terlatah Faiz dan Iya. Nasiblah cikgu Khairul sporting. Jadi tiada masalah sekiranya Iya dan Faiz membuat layanan mesra mereka.

"Macam ni lah cikgu hari hari kitaorang hadap dorang gaduh. Benda kecik je pun." beritahu Izz tertawa.

"Haih korang ni. Nasib dapat cikgu macam saya. Kalau dapat cikgu lain memang dorang sumbat korang dalam bilik disiplin."

"Bukan kitaorang buat apa apa pun cikgu."

"Eh awak dah lukakan hati orang orang single dekat sini." gurau cikgunya. Mereka tertawa kecil.

****************************************

[ DALAM KELAS ]

"Iya, kau nak apa apa tak?" tanya Izz.

"Em belikan aku air kotak dengan roti je lah Izz."

"Dua dua macam biasa kau beli ea?"

"Iyep.Thank you Izz."

"No hal la. Eh korang nak gi beli ke tak ni?"

"Ha jom lah.Eh Faiz nak ikut tak?" tanya Rizwan.

"Malaslah. Kau belikan aku roti dengan air je."

"Pantang free, nak dating je korang." gurau Rezza tergelak kecil. Mereka pun keluar daripada kelas.

Di dalam kelas hanya tinggal Iya dan Faiz. Iya hanya membuat kerja sendiri. Langsung tidak menghiraukan Faiz yang merenungnya. Lama lama Iya berasa tidak selesa.

"Ish pandang pandang apa?"

"Lah aku ingat kau bisu. Boleh bercakap rupanya."

"HA HA HA lawaknya."

"Bila masa aku buat lawak?" usik Faiz. Iya merenung tajam.

"Sayang."

Arh ini taktik lama, fikir aku akan cair bila kau panggil aku sayang. Ini Ara Sofea lah. Memang tak aku nak lembut hati. Ouh kau dah buat aku menangis semalam, fikir aku nak layan?Tapi cairlah jugak. Eh no Iya. Ego!

Panggilan Faiz seperti angin lalu. Langsung tidak berubah wajah Iya ketika itu. Faiz mengeluh perlahan.

"Iya."

Walaupun itu namanya, entah mengapa dia berasa tidak senang mendengar nama itu dipanggil oleh Faiz. Dia terus memandang ke arah Faiz. Mukanya sedikit terkejut. Faiz yang menyedari air muka Iya berubah tersenyum sebaris.

"Sayang, aku minta maaf okay buat kau macam tu. Aku janji lepas ni apa apa aku akan tanya kau dulu. Aku tak marah marah macam semalam dah."

Iya hanya mendiamkan diri. Dia mula berfikir sama ada mahu memaafkan atau pun tidak.

"Aku tahu kau nangis sebab aku marah kau semalam. Srs wey aku tak dapat kawal jeles aku semalam. Aku sendiri tak sangka aku buat kau nangis sampai macam ni sekali. Sorry Sofea."

"Sofea, janganlah diam macam ni. Kau tahukan aku tak reti pujuk. Sorry okay. Lepas ni aku tak buat kau nangis lagi."

Sofea masih mendiamkan diri. Masih berfikir sama ada ingin memaafkan atau tidak. Memandangkan hari persekolahan hanya tinggal 3 hari lagi dan hari lahir Faiz juga akan disambut selepas hari cuti persekolahan, terbit di fikiran Iya tentang idea nakalnya.

"Tengoklah macam mana." jawab Iya malas. Sengaja dia berkata begitu. Di dalam otaknya sudah banyak idea untuk membuat kejutan untuk Faiz.

Faiz  mengeluh. Sungguh dia tidak suka dengan situasi begini. Dia tidak suka Iya berperangai begini. Dia terus bangun daripada tempat duduknya.

"Suka hati kau lah." kata Faiz berputus asa.  Dia terus beredar daripada tempat Izz.

Sorry awak buat awak macam ni. Saya dah maafkan awak. Saya saja nak buat macam ni, saya nak buat awak tersenyum masa birthday awak nanti. Saya sayang awak tau!

"Lah ini apahal korang duduk sikit main jauh masing masing ni? Hal rumah tangga tak selesai lagi ke?" tanya Rizwan.

"Diamlah kau. Bak meh air dengan roti aku." jawab Faiz malas. Sungguh dia tiada mood waktu itu. Hatinya menjadi sakit melihat Iya kelihatan ceria bercakap dengan Izz. Apabila dengannya seakan tidak mahu melayan pula.

"Terima kasih Izz belikan. Nah duit."

"Eh tak payahlah. Aku belanja kau. Bukan selalu aku belanja kau kan ha."

"Aku kau tak nak belanja?" perli Faiz.

Iya hanya tersenyum sebaris. straw dan roti ditanggalkan plastik. Kemudian dia bangun untuk membuang sampah.

"Eh Iya nak gi mana?" tanya Izz.

"Buang sampahlah." jawab Iya. Apabila dia ingin melangkah. Automatik terhenti apabila Faiz merampas plastik sampah itu dan berlalu ke tong sampah dan terus keluar daripada kelas. Mukanya kelihatan ketat sahaja dan selamba. Semua mata memandang ke arah Faiz dengan pandangan pelik. Iya terdiam dan duduk kembali. Terbit rasa serba salah dalam hatinya. Tetapi bila difikirkan hari lahir Faiz tidak lama lagi, Iya terus membuang perasaan itu jauh jauh.

"Korang tak baik lagi ke?" tanya Rezza.

"Em 50/50." jawab Iya selamba.

"Lah macam tu pula. Cepat cepat lah baik. Takut pula aku tengok muka dia ketat macam tu. Dia tu aku rasa kalau baran fuh memang habislah."

"Lah aku tahulah. Aku saja je buat tak tahu. Eh nanti masa birthday dia, korang jangan wish apa apa tau..buat macam tak tahu. Aku ingat nak sambut birthday dia."

"Wah kemain lagi."

"Ala tolonglah aku. Tahu je lah aku ni tak pernah sambut birthday bf aku tau. Semua cp sekejap sebab kaki kikis. Dia ni je setia dengan aku. Tolong ea."

"Ala Iya, aku gurau je lah... Apa pula tak boleh. Nanti apa apa whatsapps je kitaorang okay."

"Terima kasih." jawab Iya senang hati.

Sorry lambat submit. Niena sibuk dgn family. Sorry kalau tak best.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience