Bab 43

Romance Completed 57827

"Mummy, "

Naqib mengerling ibu serta bapanya. Ingin memastikan apa yang dia hendak katakan ini kena pada waktunya. Suasana begini nampaknya seakan terkawal.

Suasana yang mana hanya bunyi kipas berpusing diselangi dengan bunyi dentingan sudu dan garpu berlaga dengan pinggan kaca.

"Ya, ada apa? "

"Naqib nak cakap something ni, "

"Go ahead. "

Naqib menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencari kekuatan. Mummy sudah memberikan green light.

"Petang tadi masa Naqib jogging, Naqib jumpa Nadia. "

"Hah? Nadia? " Puan Faiza terkejut.

Naqib mengangguk. Dia sudah jangka reaksi ibunya begini. Mujur saja ayahnya tidak diserang sakit jantung.

"Cucu Mummy ada sekali? " soal Puan Faiza teruja.

"Mestilah ada. Nazifah tu mana boleh berenggang dengan Ibu dia, "

"Jadi, Naqib sembang apa dengan dia? " soal Encik Fairuz.

"Nothing. Just tanya khabar, cerita pasal masa lalu, flash back. Tu je, "

"Tak cakap pasal kahwin balik? " giat Encik Fairuz.

"Eh, Ayah ni. Nad dah tunang lah. "

"Hah? Dengan siapa? " nada suara Puan Faiza melengking tinggi.

"Woo.. relax, Mummy. Nad tunang dengan kawan lama dia lah. Dia pun ada hak nak bahagia dengan orang yang dia suka. Lagipun, kami bukan suami isteri lagi. " terang Naqib.

"Jadi, Naqib boleh bawak Nazifah jumpa Mummy dengan Ayah? " soal Puan Faiza.

Sungguh dia amat merindui akan satu-satunya cucu yang dia ada itu. Mahu ke rumah keluarga Nadia, malu pula setelah apa yang berlaku.

"Boleh, Mummy. "

***

"Kau jumpa Naqib kat taman selalu korang pergi dulu? Ui, nostalgia. " Fitri menepuk tangan.

Nadia menjeling jengkel. Dia tahu Fitri sengaja memerli. Lihat saja intonasi wanita itu tadi. Sarkastik.

"Dah nak 'ter'jumpa, nak buat macam mana? "

"Kau bagi pulak eh Naqib jumpa Zifah? " soal Atirah.

"Naqib tu ayah dia, Ati. Dia pun ada hak atas Nazifah. " jawab Nadia.

"Eleh, habistu kalau Naqib nak ambil Nazifah dari kau, kau nak biar je lah? Macam tu? Lepastu kata 'dia pun ada hak atas Nazifah'. " Atirah mengajuk Nadia.

"Eh, kau ni. Sedap mulut kau je bercakap. Patut tak kahwin lagi, " perli Fitri. Sempat dia menyiku Atirah.

"Aku cakap je, "

"Jadi, kau sembang apa dengan Naqib? " soal Fitri busy body.

"Alah, cliche-nya soalan kau ni. Tanya khabar lah, takkan aku nak tanya berapa ramai girlfriend yang dia ada? " sindir Nadia.

"Huh, aku tanya je. " rajuk Fitri.

"Padan muka, " bisik Atirah.

"Kau kan, aku tampar sat lagi! " marah Fitri. Telapak tangan ditayang.

"Bluek..! " Atirah menjuling mata. Sengaja mahu menaikkan kemarahan Fitri.

"Eish, patut kau tak kahwin lagi. "

"Jangan sampai kau jadi andartu baru kau nak cari boyfriend, " pesan Fitri.

"Macam mana lah aku ni nak ada boyfriend kalau orang yang aku suka pun tak sedar aku suka dia, "

Nadia telan air liur. Dia benar-benar tersentap dengan kata-kata Atirah. Seolah memanah terus ke hatinya.

"Ati, aku minta maaf kalau aku tunang dengan Saiful buat kau terasa. " ucap Nadia.

"It's okay, Nad. He chose you. Aku tak boleh nak berharap lebih. Lagipun, kumbang bukan seekor. "

Nadia mengangguk setuju. Ya, kumbang bukan seekor. Dan bukan Naqib seorang saja yang boleh buat dia bahagia. Ramai lagi.

"So, apa kata kita pergi kedai stationary kejap. Aku nak kena beli water colour Iman lah, " cadang Fitri.

"Boleh jugak. Aku nak cari novel, " Atirah teruja.

"Jom! "

***

"Wah, comelnya cucu nenek ni. " puji Puan Masyitah.

"Biasalah. Nazifah kan memang comel, " celoteh Nazifah.

"Betul lah tu. Eh, mana Zifah dapat baju ni? Nenek tak pernah nampak pun? " soal Puan Masyitah.

"Oh, ni Aunty Fit yang bagi. Cantik kan, Nenek? "

"Cantik. Sesuai dengan cucu nenek, "

Puan Masyitah kemudian mendukung cucu perempuannya itu lalu dibawa ke ruang tamu. Saluran kartun kegemaran Nazifah dibuka.

"Wah, cerita ni lah! " sorak Nazifah.

Puan Masyitah kemudian menoleh ke belakang setelah terdengar derapan kaki Nadia. Dia tersenyum nipis.

"Nad, nak lari mana tu? " giatnya.

Nadia terus berhenti melangkah. Dari belakang sudah tahu bahawa anaknya itu sedang mengetap bibir.

"Er, tak lah. Tak lari lah, Ma. " bidas Nadia.

"Ya ke? Meh sini, Mama nak bincang something. " ajak Puan Masyitah.

"Bincang? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience