Bab 12

Romance Completed 57621

Terbuka saja pintu unit kondominium milik Naqib ini lelaki itu lantas merebahkan badannya di atas sofa kulit putih rona cream yang tersusun cantik di ruang tamu.

Lelaki itu kelihatan mengurut-urut kepalanya. Mungkin sakit kepala. Semalam mereka bagaikan pelari 1500 meter. Penatnya tidak terkata.

"Naqib, nak minum tak? Saya boleh buatkan, " tawar Nadia.

Lelaki itu menggeleng.

"Saya nak rehat kejap. Awak masuklah bilik tu, buat apa yang patut. "

Nadia akur. Beberapa buah beg bagasi ditolak masuk ke bilik tidur utama. Bilik itu cukup kemas dengan hiasan dalaman yang cukup memukau.

Nadia kagum seketika. Mujur saja dia teringat tugasnya.

Beg satu persatu dibuka, mengeluarkan segala isi yang asa sebelum disusun kemas di dalam almari.

Baru saja dia ingin merebahkan badan di atas katil empuk di tengah bilik, Naqib yang sudah selesai mandi dengan tuala di pinggang muncul lalu melempar pakaian yang dipakai tadi ke wajah Nadia.

"Naqib, kenapa ni? "

Mahu saja dia menengking lelaki itu. Namun, atas dasar hormat, ditanam saja niatnya itu.

Macam sewel, tiba-tiba lempar baju berpeluh dekat muka aku?! Apahal!

"Cuci baju aku, pastu masak. Aku lapar, " arah Naqib.

Nadia masih terpinga-pinga.

"Cepat! "

Bahu Nadia terhenjut seketika kemudian dia bingkas bangkit menuju ke bilik dobi.

Pakaian Naqib dimasukkan ke dalam mesin basuh. Mujur saja mesin basuh ini automatik.

"Cuci guna tangan. Aku tak nak baju aku rosak sebab guna mesin. " Naqib tiba-tiba terjegul di muka pintu.

Mujur saja Nadia belum menekan apa-apa butang. Dia akur. Pakaian dikeluarkan sebelum dia memasukkannya ke dalam baldi.

Dia melangkah ke dalam bilik mandi sebelah dapur. Baldi diisi dengan air hingga hampir penuh. Penutup botol Dynamo di tangan dibuka lalu dituang sedikit ke dalam baldi berisi air.

Botol Dynamo diletakkan di bawah sinki. Tangannya masuk ke dalam baldi, meratakan cecair pekat Dynamo ke seluruh pakaian Naqib.

Usai saja, dia keluar dari bilik mandi. Tatkala dia menyeka peluh yang mula mengalir di tepi dahi, Naqib muncul lagi.

Dengan wajah bengis lelaki itu menyilang tangan. Pakaiannya sungguh santai. T-shirt hijau gelap yamg dipadankan dengan seluar tracksuit.

"Kau buat apa kat sini? Masaklah! " tengking Naqib.

Nadia terkejut. Apa kena dengan lelaki ini? Setahu dia, pagi tadi lelaki ini begitu manis dengannya. Tiba-tiba berubah seperti ini. Dirinya rasa seperti didera!

"Awak kenapa marah-marah ni? Cakap elok-elok boleh kan? "

Nadia hampir hilang sabar. Sudahlah penatnya merendam pakaian di bilik mandi baru surut, tiba-tiba disuruh memasak.

"Naqib! "

Rambutnya tiba-tiba dicengkam kasar oleh Naqib. Matanya membuntang terkejut. Lelaki ini bagai sudah dirasuki!

"Kalau tak kerana Mama kau, silap-silap dah lama lebam satu badan kau ni aku kerjakan! " marahnya.

Nadia memejam mata. Air matanya mengalir menahan perit di kulit kepala.

"Naqib.... lepas.... "

Naqib lantas melepaskan cengkamannya dengan kasar. Nadia terduduk di lantai.

"Naqib, kenapa buat saya macam ni? " soal Nadia.

Air mata tidak mampu ditahan lagi. Dia membiarkan saja lantai jubin ini basah dengan air mata yang henti-henti mengalir.

"Kenapa? Sebab kau ni bodoh! Kalau tak kerana kau, Tahir takkan rampas Dania dari aku! Aku mungkin dah bahagia dengan Dania! " tempelak Naqib.

Nadia terkedu.

"Naqib.. awak cakap apa ni? "

"Kau yang bodoh sebab tak terima Tahir yang terhegeh-hegeh dekat kau! Kalau kau terima dia dulu, dia takkan belot aku! "

"Dah, pergi masak! Kalau aku bangun tidur nanti tak ada apa-apa atas meja tu siap lah kau! "

Sempat Naqib menendang kaki Nadia. Nadia hanya mampu menahan. Air matanya mengalir lagi.

***

Usai solat Isha tadi, Nadia berkira-kira untuk tidur. Memandangkan dia baru selesai mengemas dapur setelah Naqib selesai makan.

Dia melangkah masuk ke bilik tidur utama. Naqib yang sedang lena dikerling sekilas.

Apa kena lelaki itu?

Baru saja dia duduk di hujung katil tiba-tiba Naqib bangkit.

"Kau buat apa kat sini? " soalnya garang.

"Tidurlah, "

"Tidur? Tempat kau tidur bukan kat sini. Pergi ambil barang kau semua, pindah bilik maid sebelah dapur tu! " halau Naqib.

Nadia terkesima. Dia dihalau?

"Tunggu apa lagi? Blah lah! "

Nadia lekas-lekas membuka almari. Segala pakaiannya diambil lalu dibawa keluar.

Hatinya sakit. Hatinya pedih.

Terasa bagai dihiris-hiris.

***

"Awak tak tidur lagi, Mas? " soal Encik Daud yang sedang menonton televisyen bersama Najwa.

"Belum. Tiba-tiba rasa haus. "

Puan Masyitah masuk ke dapur. Cawan dari rak sederhana besar di tepi sinki tempat kebiasaan dia meletak cawan diambil.

Langkah dibawa ke mesin penapis air berjenama Coway di sebelah rak cawan itu. Air diisi separuh cawan lalu dibawa ke ruang tamu.

Dia duduk di ruang kosong tempat Encik Daud duduk.

"Tengok cerita apa ni? " soalnya.

"Oh, cerita ni pasal laki dia suka pukul bini dia. Laki dia tu jenis yang cemburu buta sikit. " terang Najwa.

Puan Masyitah sekadar mengangguk faham. Air diteguk lagi.

"Awak tak mengantuk ke? " soal Encik Daud, prihatin.

"Tak. Dari tadi lagi tak boleh tidur. Saya ni asyik rasa susah hati je dari tadi. " keluh Puan Masyitah.

Najwa masih setia sebagai pendengar. Tak ingin mencelah perbualan ibu bapanya. Mereka juga perlu masa berbual.

"Apa nak susah hati? Anak sulung awak tu sihat je kat sana. Nadia pun okay dengan Naqib. Najwa ni haa depan mata. Apa awak nak risau? "

"Tak tahu lah, bang. Saya asyik-asyik teringat dekat Nadia. "

"Banyak-banyak bawa berdoa. Doakan semoga rumah tangga dia orang tu kekal sampai ke Jannah. "

"Amin, " ucap Puan Masyitah.

"Saya naik tidur dulu, Bang. Rasa pening kepala pulak, "

Puan Masyitah bangkit. Baru saja dia ingin melangkah ke dapur, cawan di tangan terlepas lalu terhempas ke lantai. Bunyi kaca berderai memenuhi ruang tamu.

"Ya Allah, Mama! "

Cepat-cepat Najwa mendapatkan Puan Masyitah yang masih terkejut. Segara dibawa Puan Masyitah agar-agar jauh dari cebisan kaca tajam itu.

"Awak okay, Mas? "

Puan Masyitah tidak menjawab. Sebaliknya dia mengangguk.

"Ma, kita naik bilik dulu eh? Kaca tu nanti biar Najwa kemas. " ajak Najwa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience