Bab 15

Romance Completed 57621

"Mama! "

Nadia memeluk wanita separuh abad itu seerat mungkin. Dia ingin melepaskan rindu yang sudah lama ditahan.

"Rindunya dengan Mama, "

"Mama pun rindu Nad. Nad sihat? "

Nadia mengangguk. Air mata yang baru saja ingin mengalir lekas-lekas diseka. Dia tak mahu tampak lemah di mata Mama.

"Mama sihat? "

Puan Masyitah pula mengangguk. Naqib yang sedari tadi berdiri di belakang Nadia sudah dilupakan sama sekali. Terasa hanya Nadia dan Puan Masyitah saja di sini.

"Kalau asyik berpeluk je, bila nak masuknya? " suara Encik Daud kedengaran dari dalam rumah.

"Eh, lupa pulak. Jemput masuk, Nad, Naqib. "

"Mama ada masak special memandangkan Nad datang hari ni, " ujar Puan Masyitah lantas menggamit Nadia masuk.

"Wah, special? Macam sedap je? "

"Mestilah, Mama masak nasi hujan panas. Nad balik sini ni sampai pukul berapa? "

Pantas Nadia menoleh memandang Naqib yang duduk di sofa menonton televisyen bersama Encik Daud. Dia pasti lelaki itu mendengar soalan ibunya tadi.

Ikutkan perancangan, mereka mahu melawat ibu bapa Nadia dan Naqib. Tapi, memandangkan ibu bapa Naqib pergi mengerjakan umrah, mereka cuma singgah ke rumah keluarga Nadia saja. Selepas itu, belum ada perancangan lain.

Naqib langsung tidak memberi apa-apa reaksi. Nadia mengeluh kecil.

"Tak tahu lagi, Ma. Yang tahu, Nad makan dulu. "

"Macam-macam lah Nad ni. Jap, Mama tolong ambilkan pinggan. "

"Eh, tak payah tak payah. Biar Nad ambil sendiri. Mama duduk je eh. Mama dah masak pun dah cukup elok, " tingkah Nadia.

Puan Masyitah senyum sambil mengangguk. Anak perempuan sulungnya kini tampak lebih matang.

Nadia terus bergegas masuk ke dapur. Almari tempat kebiasaan Puan Masyitah meletakkan pinggan dan mangkuk dibuka. Beberapa buah pinggan saiz sederhana diambil.

"Nasi yang kat sini dah sejuk dah. Mama ambil yang dalam periuk eh? Yang tu masih panas. "

Nadia sekadar mengangguk. Pinggan disusun di atas meja makan.

Beberapa minit Puan Masyitah datang sambil menatang sebuah bekas berisi nasi hujan panas seperti yang dijanjikan tadi. Bekas diletakkan di atas meja lantas wanita separuh abad itu mengajak suamu serta menantunya untuk menjamu selera.

Naqib menarik kerusi kosong di sebelah Nadia duduk. Sempat dia mengerling Nadia yang sedang mengaut nasi ke dalam pinggannya.

"Thanks, "

"Sama-sama, "

"Naqib nak gulai ni tak? " tawar Puan Masyitah.

"Mestilah nak. Mama masak kan sedap? " seloroh Naqib.

Pantas Nadia menoleh memandang Naqib. Berkerut dahinya. Apa kena lelaki ini? Tiba-tiba saja bersemangat.

"Nah, "

Puan Masyitah menghulur bekas berisi gulai ayam yang masih berasap. Naqib menyambut huluran lalu mencedok gulai ke dalam pinggannya.

"Nak? "

Terhenjut bahu Nadia. Ya lah, tiba-tiba lelaku itu menghulur bekas kepadanya sambil tersenyum.

Pelik!

"Er.. takpe. "

***

"Esok aku balik lewat sikit. "

Nadia pantas menoleh memandang Naqib. Tiba-tiba je?

"Pukul berapa? "

"Dalam pukul 9 macam tu. Jangan masak banyak. Aku makan luar dengan client. "

Nadia mengangguk tanda faham.

"Aku tengok, sejak dua menjak ni, kau rajin pergi rumah Kak Asma. "

"Awak kenal Kak Asma? "

Naqib merengus perlahan.

"Kenal lah. Jiran sebelah kan? Aku dah lama tinggal situ. Mustahil lah tak kenal. "

"Oo.. "

Sunyi. Rasa kekok kembali menyelubungi suasana.

"Em, Naqib. "

"Hm, "

"Boleh saya tahu, kenapa awak nak kahwin dengan saya? "

"No reason, "

Terbeliak mata Nadia dibuatnya. Oi, no reason?! Ingat kahwin ni macam main mak mak ke?

"Tak ada sebab untuk aku cakap. Aku anggap mungkin dah jodoh aku dengan kau. "

Nadia senyum sumbing. Dah jodoh sangat!

"Kenapa kau setuju kahwin dengan aku? Boleh je kau reject. Lagipun, ramai je lelaki lain nak dekat kau. "

Nadia tahan senyum. Macam jealous je?

"Jealous ke? " giat Nadia.

"Tak ada maknanya, " bidas Naqib.

***

Nadia melangkah masuk ke dalam bilik. Dia meregangkan badan sedikit sebelum membuka suis lampu dan kipas.

Beg tangan diletak di sebelah katil lantas dia merebahkan badan. Mata dipejam rapat dengan harapan segala sakit dan sengal otot hilang di bawah tilam.

Beberapa minit menghilangkan lesu, Nadia bangkit lalu membuka lilitan tudung di kepala lalu diletak di kerusi yang setentang dengan meja solek.

Telefon dari dalam beg tangan diambil. Kebetulan tadi dia terdengar notifikasi mesej terus-terusan berbunyi. Seolah ada mesej yang menderu masuk.

Bilamana dia membuk mesej dari Fitri, matanya terus terbeliak besar. Ternganga mulut dibuatnya.

"Biar betul! "

Pantas dia menekup mulut. Takut jika Naqib terdengar atau terjaga. Dia tahu lelaki itu pasti mengamuk andai tidurnya diganggu.

'Nad! ' -Fitri.

'Esok aku dengan Atirah nak datang rumah kau tau! ' -Fitri.

'Saiful pun ada. Aku lupa nak bagitahu kau haritu masa call kau. ' -Fitri.

'Jumpa esok! ' -Fitri.

Laju saja tangan Nadia menepuk dahi sendiri. Bagaimana dia boleh terlupa tentang Fitri dan Atirah yang ingin menziarahinya esok?

Saiful? Mati lah aku!

Aduh.. masak aku kalau Naqib mengamuk nanti.

Runsing Nadia dibuatnya. Dia menggaru kepala yang sudah pasti langsung tidak gatal. Dia cuba memikirkan penyelesaian masalah ini.

'Pukul berapa nak datang? '

Beberapa minit kemudian Fitri membalas. Wah.. nak sergah rumah orang, laju saja ya.

'Petang boleh? Pukul 3 ke? '

'Kitorang sanggup tau apply emergency leave demi nak melawat kau. Bising Puan Normah bila dia tahu kitorang tiga-tiga apply cuti. '

'Akulah sahabat sejatimu, Nad. Hohoho.. '

Makin runsing Nadia jadinya.

"Aduh... bala! Bala! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience