Epilog

Romance Completed 57621

"Nad, "

Mata Nadia terbeliak. Dia seolah-olah tidak percaya siapa yang berdiri depan matanya kini. Wajah itu. Dia fikir dia mungkin sudah kehilangan peluang untuk melihat wajah itu buat selama-lamanya.

Doa istikharahnya sudah dijawab. Lelaki ini. Lelaki ini berdiri di hadapannya memberi jawapan.

"Na.. Naqib, "

"Apa dia, Nad? " soal Puan Masyitah di hujung talian.

"Ma, Nad end call dulu. Assalamualikum, "

"Hm, wa'alaikumussalam. Elok-elok kat sana, "

"Okay, Ma. "

Telefon dimasukkan ke dalam tas tangan setelah panggilan ditamatkan.

"Nad, awak buat apa kat sini? " soal Naqib.

"Saya? Saya saja jalan-jalan kat sini, "

"Em, bro. Aku pergi sana dulu lah. Korang borak lah dulu, " Imran menepuk bahu Naqib kemudian berlalu pergi. Sempat dia senyum kepada Nadia tanda hormat.

"Nad, jom duduk kat sana? " ajak Naqib.

"Tapi, saya nak balik dah.. "

"Please. I want to talk with you, " potong Naqib.

Mahu tak mahu terpaksa juga Nadia ikut duduk bersama Naqib di bangku tempat dia duduk tadi. Penutup botol air mineral di tangan dibuka lalu diteguk perlahan. Mahu menghilangkan dahaga dan gemuruh.

"So, what do you want to say? "

"Nad, I've think about it. "

"Think about what? "

Jujur. Jujur dia rimas dengan sikap Naqib yang begini. Sikapnya yang tiba-tiba serius dan suka membuat orang ternanti-nanti. Pendek kata, suka buat orang suspended.

"First of all, I want to ask you. "

"Go ahead, "

"Kenapa and macam mana awak boleh sampai sini? I thought semalam awak kahwin dengan Saiful, isn't it? "

Nadia senyum nipis.

"About that, there's something that you didn't know. "

"What? Cakap lah, "

"Actually, saya tak jadi kahwin. "

"Hah? "

Terbeliak mata Naqib. Mahu saja dia menampar pipi sendiri. Ya lah, mana tahu jikalau ini hanya mimpi. Namun rasanya tidak kerana baru saja tadi dia mendesis sakit akibat tergigit lidah.

"Macam mana pulak? Saya fikir awak betul-betul serius nak kahwin dengan dia, kan? "

"That's true. Tapi dia tak datang masa nak nikah tu. He told me that he doesn't want to marry me. "

Naqib menarik nafas lega. Ternyata dia masih punya peluang seperti yang dikatakan oleh Imran. Ya, dia masih ada peluang.

"Back to topic, what brings you here? " soal Naqib.

"I don't know. Mungkin sebab jawapan yang saya cari ada kat sini, "

Naqib terpanar seketika. Apa benar apa yang dia dengar tadi? Dia tidak salah dengar bukan? Tentulah. Eh, jangan perasan dulu. Dengar dulu penjelasan Nadia.

"Sebelum hari saya nak nikah dengan Saiful tu, banyak kali juga saya solat istikharah. Hampir setiap malam. Saya doa supaya Allah tunjukkan saya jawapan yang sebenar. Jawapan yang sepatutnya saya pilih, and it was you, Naqib. "

"Habis tu kenapa awak datang juga masa nak nikah tu? "

"Saja. Saya nak tengok apa yang Saiful akan buat. Literally, it was funny. Macam drama Melayu klasik. Pengantin perempuan yang ditinggalkan. " Nadia ketawa kecil.

"Nad, "

"Ya? "

"Kalau saya tanya, awak nak tak jadi isteri saya sekali lagi, awak nak tak? " soal Naqib.

"Naqib! "

Mata Naqib terbeliak dek terkejut. Eh, takkan mahu marah pula? Dia hanya bertanya.

"Mesti lah nak! "

***

DUA BULAN KEMUDIAN.

Naqib mundar-mandir di depan pintu masuk masjid. Dia silih berganti memandang jam tangannya dan kawasan parkir kereta masjid.

Sudah hampir lima belas minit. Bukan, sudah lima belas minit Nadia lambat. Takkan lah dia pun bakal jadi pengantin yang ditinggalkan juga?

"Naqib, relaks. Nanti sampai juga lah tu, " Encik Fairuz menepuk bahu anak lelaki tunggalnya. Sekadar memberi semangat.

"Abah, dah lambat 15 minutes kot. Ib risau. Risau kalau ada apa-apa jadi kat Nad. "

"Alah, jangan risau. Angin lintang ringan je tu, " seloroh Encik Fairuz kemudian lelaki separuh abad berjalan masuk semula ke dalam ruang masjid.

"Bro, Nad tak sampai lagi ke? " tegur Aidil.

Naqib menggeleng.

"Entah-entah Nad tu nak balas dendam agaknya. Ya lah, lepas apa kau buat kat dia sebelum-sebelum ni. " celah Imran.

Naqib hanya pekakkan telinga. Wah, ini lelaki ke perempuan? Lancang benar berbicara. Macam perempuan. Bagaimana lah lelaki ini boleh berkahwin?

"Eh, kau ni. Memandai aje tuduh orang. Mana tahu kalau betul dorang ada masalah ke? " Aidil kemudian menyiku Imran.

"Aku cakap je, "

"Nak cakap pun kena fikir juga, Im. "

"Ya lah, "

Naqib terus berjalan masuk ke dalam ruang masjid meninggalkan Imran dan Aidil yang berlaga mulut.

"Naqib, "

"Haa, Najwa. Dapat tak call Nad? "

"Tak, dah cuba banyak kali. Mama dengan Kak Ati pun Najwa dah banyak kali call. Tapi tak angkat. "

"Kenapa Nad tak naik sekali dengan Najwa? "

"Entah lah Kak Nad tu. Selalu je perangai pelik-pelik, "

Tok Kadi yang berpakaian serba putih tiba-tiba bangkit. Dia membawa bersama beg bimbitnya.

"Eh, Tok. Jangan pergi dulu. Boleh tunggu sekejap? Sekejap aje, " pujuk Encik Daud.

Tok Kadi itu kelihatan mengeluh.

"Encik, ni dah lambat sangat ni. Saya pun ada appoinment lain nak kena pergi, "

"Tok, tunggu dulu Tok. Saya jamin sekejap aje lagi, " pujuk Nadwir pula.

Tok Kadi itu geleng kepala sambil mengeluh. Terpaksa juga dia menanti sebentar.

Pin! Pin!

Naqib terus saja bangkit lalu berlari ke arah kereta Honda City putih milik Atirah. Tercungap-cungap lelaki berbaju Melayu teluk belanga putih gading itu berlari.

"Nad, what happened to you? Awak okay? "

Nadia yang berbaju kurung pesak gantung rona sama dengan warna busananya itu hanya tersenyum.

"Oh, risau eh? "

"Nad, I'm serius! "

"Ya lah. Tadi tayar pancit je. Lepastu minta tolong ada sorang adik ni. Kebetulan dia mekanik. Tapi dia tak bawak barang nak repair. Guna tools box Ati, barang pula tak ada kena mengena, "

"Oh, Thanks God. Saya ingat awak tak datang tadi, "

"Eh, mana boleh tak datang. Nanti termimpi-mimpi pula malam nanti. "

"Cepat, cepat! Nanti Tok Kadi lari kang, " seloroh Puan Masyitah.

"Jom! "

Terkocoh-kocoh mereka menaiki tangga kecil masuk ke dalam ruang masjid. Masing-masing mengambil tempat di tempat sepatutnya.

"Boleh mula ya? "

"Boleh, Tok. "

"Bismillah, "

***

"Thanks, "

"Untuk? " Nadia kerut dahi.

"Ya lah, sebab terima saya balik. "

"Naqib, kan dah jodoh saya dengan awak. Tak kemana pun, "

"That's true. And one more thing, "

"Apa dia? "

"You will always be my savior, "

"Hm, bukan awak yang always be my savior? " giat Nadia.

"Hey, hey! Nak sweet konon. Pandang sini! Aku nak tangkap gambar ni, " bebel Fitri.

Wanita berbaju kurung hijau pudina itu sudah duduk semacam lelaki mahu melamar wanita sambil memegang kamera DSLR dengan kedua tangan. Wajahnya sudsh merah. Mungkin kerana menahan terik mentari yang menyengat.

"Ready! One! Two! Three! "

"Nazifah pun nak tangkap gambar jugak! " rengek Nazifah yang didukung oleh Atirah. Saiful ada di sebelah gadis itu sambil memegang payung melindungi Nazifah daripada terik mentari.

Bagi orang mungkin kelihatan kurang relevan untuk photoshoot di cuaca panas selepas Zohor begini. Namun mereka tidak peduli. Kata Fitri, natural light akan membuatkan gambar kelihatan lebih cantik.

"Meh sini dekat Ibu! " ajak Nadia. Tangan didepa.

"Yeay! "

"Ready! "

Nadia sudah sedia sambil mendukung Nazifah. Naqib pula sudah posing macho.

"One! Two! Three! "

Dan, walau satu dunia pun kita berpisah membawa haluan masing-masing,

Andai sudah tertulis di Luh Mahfuz yang mana kita sudah berjodoh, pasti tak akan ke mana.

Ya lah,

Kalau dah jodoh, tak ke mana!

-TAMAT-

- - - - - - - - -
From Author :
- - - - - - - - -

Assalamualikum, semua!

Thanks kepada semua yang rajin baca every chapter sampai habis cerita ni. You're the best!

Thanks juga pada yang rajin komen, yang rate, yang bagi rewards. Thanks sangat-sangat!

Hope you guys enjoy reading!

A big thanks for all of the comments. Especially dari mereka yang rajin comment setiap kali ada chapter baru keluar. Saya ketawa terbahak-bahak masa baca comment tu semua.

Last but not least, a very big thanks untuk semua yang senantiasa support saya and this story. A big love for you.

Ouh oh, sebelum lupa,

Nanti saya akan publish cerita baru. Maybe dua tiga hari keluar lah. Mungkin esok kalau tak sibuk? Who knows?

Tunggu tau. Jangan lupa baca juga, also rate and comment!

Ahaa, ada pantun sikit ni.

Botol kaca air selasih,
Kepada pembaca terima kasih.

Love,

Zhw.

Share this novel

Acik
2021-06-17 00:13:12 

tahniah...citer best...akhirnya ....happy ending.

Acik
2021-06-17 00:13:11 

tahniah...citer best...akhirnya ....happy ending.


NovelPlus Premium

The best ads free experience