Bab 45

Romance Completed 57621

Nadia garu kepala. Kejap-kejap dia mundar-mandir. Telefon yang dari tadi berdering minta diangkat dipandang resah.

Dia panik tatkala ketika dia sedang menanda buku pelajarnya, tiba-tiba Naqib menelefon. Mahu diangkat, takut. Tidak diangkat, terasa pula lelaki itu.

"Nad, apa bising-bising tu? " Puan Masyitah bersuara dari luar pintu bilik.

"Tak ada apa! Ada orang call je! " laung Nadia.

"Hm, kalau macam tu Mama turun dapur dulu. Nanti Nad turun tolong Mama masak eh? "

"Ya, ya. Okay, Ma! "

.
. .

"Kad kahwin Nad, Nad dah urus ke? " soal Puan Masyitah sambil membasuh periuk kaca di sinki.

"Itu Mama jangan risau. Ditanggung beres, " jamin Nadia.

"Wah, confident eh? Nad tempah kat mana? "

"Adalah. Insha Allah nanti dah siap, Nad tunjuk kat Mama. "

"Kalau macam tu, okay lah. Mama ikut je, "

.
. .

Terngiang-ngiang perbualannya dengan Puan Masyitah tempoh hari. Lantas dia menampar dahi.

"Bodohnya aku, " omelnya sendiri. Dahi ditampar beberapa kali.

Telefon di atas katil dipandang sekali lagi. Nadia merengus. Kalau telefon sekali saja tak apa juga. Ini berkali-kali. Sudah sepuluh miss call dari Naqib.

"Angkat je lah, "

Nadia lantas mengambil telefon yang diletak di atas katil. Ikon telefon diselak ke slaid hijau.

"Haa, jawab pun. " Naqib bersuara di hujung talian.

Nadia ketap bibir. Malunya.

"Assalamualikum, " ucap Nadia lalu berdeham.

"Wa'alaikumussalam, "

"Ada apa awak call ni? " soal Nadia.

"Oh, I just want to tell you. Saya dah siapkan a few design untuk kad kahwin awak. Saya ingat nak tunjuk kat awaklah supaya awak boleh pilih. Then, saya akan pass up kat kawan saya yang ada business buat kad. " terang Naqib.

Sungguh Nadia rasa terpukul. Naqib benar-benar berpegang pada kata-katanya. Lelaki benar-benar mahu yang terbaik buatnya. Sekaligus menimbulkan rasa bersalah dalam hatinya.

"Kalau petang ni, awak free tak? " soal Nadia.

"Saya free je petang ni. Boleh je kalau awak nak jumpa saya. "

"Hm, okay. Petang ni eh? "

"Sure, petang ni. "

"Er.. saya letak dulu eh? "

"Eh boleh boleh. Nanti saya send location okay? " ujar Naqib.

"Okay, bye. Assalamualikum, "

"Wa'alaikumussalam, "

Gagang diletak. Telefon kemudian diletakkan di atas meja belajarnya.

"Argh.....! " Nadia menjerit sekuat hatinya.

"Hoi! Apa jerit-jerit ni! " Najwa dari luar menendang pintu bilik Nadia.

"Sorry! "

***

"Here, "

Matanya membulat tatkala Naqib menyelak slaid pada tabletnya. Sungguh indah.

"Awak buat semua ni? " soal Nadia tidak percaya.

Nadia kagum dengan kebolehan Naqib. Semuanya sama cantik. Tak tahu mana yang patut dipilih.

"Awak nak yang mana satu? "

"I don't. Semua cantik sangat. Tak tahu mana nak pilih, " luah Nadia.

"Kalau saya pilihkan, awak okay? " soal Naqib.

"Boleh je, "

"Kalau saya, saya pilih yang ni. "

Naqib menyelak ke slaid kedua. Slaid yang memaparkan templat kad perkahwinan minimalis berona kehijauan. Sungguh ringkas dan berseni.

"Cantik, " puji Nadia.

"So, apa tema awak dengan Saiful? "

"A bit like this. Masa nikah we gonna wear white, masa sanding pulak warna macam beige and hijau pastel like this. "

Naqib menganggukkan kepalanya. Tanda faham dengan penjelasan Nadia.

"Awak okay ke dengan pilihan saya ni? " soal Naqib.

"Okay, okay. I'm fine with it. "

"So, you want me to proceed it? "

"Sure, "

***

Najwa senyum nipis. Dia bersandar di pintu beranda memerhati Nadia yang sedang termenung jauh. Lantas dia berjalan menghampiri kakaknya itu.

"Menung apa tu? "

Seperti yang dia jangka, Nadia menoleh dengan wajah terpinga-pinga. Najwa ketawa kecil.

"Eh, Naj. Tak tidur lagi? " soal Nadia.

Najwa tahan ketawa. Namun akhirnya terburai jua tawanya. Nadia yang memandangnya sudah mengerut dahi.

"Kelakar lah kau ni, Nad. Tidur apa masa Asar macam ni? Kau pun tahu, waktu asar tak elok tidur. Boleh cepat sewel, "

Nadia mencebik.

"Aku tengok sejak dua menjak ni kau asyik termenung je. Ada something wrong ke? Ke kau nak cancel perkahwinan ni? "

"Eh, jangan! " halang Nadia.

"Haa, habistu? Apa masalah? Cuba cerita, jangan diam je. Ni tidak, asyik termenung je. Kalau cerita dengan aku, mana tahu beban kau boleh berkurangan? " cadang Najwa.

Nadia mengeluh perlahan. Dia rasa berbelah bahagi mahu memberitahu Najwa.

"Cakap lah, "

"Kau ingat kan masa Mama tanya aku pasal kad kahwin tu kan? "

"Ha'ah, kenapa? Kad kahwin kau tak tempah lagi ke? Ke kau tak tahu design mana nak pilih? Nak aku pilihkan ke? Ke nak aku tolong design? " soal Najwa bertubi-tubi.

Nadia senyum nipis lalu menggeleng perlahan.

"It's okay. Pasal tu aku dah settle dah, "

"Baguslah. Siapa tolong settle-kan? Ada orang tolong design kad tu ke? "

Nadia mengangguk kepalanya.

"Siapa? "

"Naqib, "

"What?! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience